click click

ikut momo jom

09 April 2013

Aura white & felinna inchloss lotion

Dapatkan Felinna Beauty Lotion & Aura White dari momo!
Promosi untuk Felinna Beauty Lotion RM 70/sebotol dan RM 130/ 2 botol. Dapatkan produk ini sementara promosi ini!

Aura White hanya RM 150 dan anda akan mendapat free gifts + free postage.

Sila ke page felinna inchloss- jumping momochan atau sms/ watsapp 013-400 3614 untuk tempahan.

Terima kasih!

22 March 2013

Sambung Belajar

Okay minta maaf terlalu lama menghilangkan diri. Agak kurang ajar meninggalkan blog diam sepi =.=
Momo sekarang sambung belajar di peringkat sarjana muda pentadbiran perniagaan kewangan di UiTM.
Pelajar sepenuh masa ye.

Di sini berbeza sungguh dengan Arau. Jauh berbeza !. Sana suasana macam nak kampung sini suasana bandar.Sentiasa sibuk.Rimas.
Makanan nak sesedap kat Arau memang tak dapat la kan. (Rindukan tomyam yang kawkaw kat sana T__T )Harga murah pun memang byebye la.Mencekik je harga. Haha.

Kawan?
Haa..kawan ada je dari kampus Arau. Dalam kelas tu termasuk momo da 4 orang. Ceitt menguasai pula ex-student Arau ni kat sana. hewhew..Classmate ada dari Terengganu, Kedah, Perak..etc.. lepas tu banding-bandingkan kampus siapa lagi best. WAHAHHA... serious momo bangga jadi UiTM (Arau) student. Setiap kampus ada keburukan dan kebaikannya and of course lerr momo citer benda baik-baik aje kat diaorang. Lepas tu hasut makanan sedap weyhh sedap giloss. Murah sangat sampai nak nangis makan macam heaven. Tau? Pergilah jalan-jalan kat Arau. Pergi makan je lepas tu balik la.HAHA kejam.

Tengah menaip ni pun da telan air liur banyak kali teringat kesedapan makanan kat sana. Wuuuuu~

Kat kampus ni(classmates) momo dipanggil jiejie/amoi .. hekelehh...Glamour nama I kan? Wohoot!
Lepas tu disebabkan momo ni kuat makan and asyik google gambar makanan dalam kelas. Gila ko momo buat benda macam ni? =.=
Diaorang selalu bising (especially member baru nak rapat) potpet potpet jiejie ni makan aja perut tak reti kenyang ke? Badan kecik tapi selera makan tinggi. IshIsh..

So bila petang, diaorang tanya "jiejie malam ni makan tak?Nak makan apa?" Ini bila diaorang baik hati nak makan bersama. Tapi bila diaorang buat don't know,momo akan text "lapa..lapa..jom makan" tau reply apa?
"HAHAHA da agak da jiejie mesti lapar punya.Tapi rasanya nak makan maggi je kot malam ni".

Perghh anda tahu tak statement sebegini seperti membunuh jiwa dan raga orang yang kuat makan macam momo ni.KEJAM. Nak tak nak momo pergi tapau sendiri, heh lapar ah! Kiri kanan tak pandang orang da. Jiwa sensitif.


Ehh kejap macam terlebih semangat pula menaip kan. So sampai sini sahaja dulu. Bila momo rajin momo akan update okay? And untuk pengetahuan semua momo ada menjual Felinna Inchloss Lotion (dropship) now price RM70 1 botol. 2 botol RM130. Bagi yang nak membeli silap ke Facebook(personal) momo atau ke page Felinna Inchloss - Jumping Momochan
Promosi akan tamat pabila diberitahu kelak di page Fb.


Sekian.

p/s :Nak makan takotao























30 January 2013

Felinna Inchloss Lotion

Holaaa!!

Good news untuk orang kampung semua.

Sekarang momo jadi dropship untuk Felinna Inchloss Lotion.Horeyyy!

Yes hanya dropship sahaja ya, bukan stokis lagi. Tidak berkemampuan lagi.HOHO
Maka momo akan mula dari bawah.Cewahhh

Oh yea.Boleh juga like page Felinna Inchloss-Jumping Momochan 

Momo masih lagi baru dalam bidang ni, harap kawan-kawan semua dapat mendoakan kejayaan momo ini dan tidak hangat-hangat tahi ayam. huhu
InsyaAllah momo akan cuba untuk memberi services yang terbaik untuk anda semua.

So, sambil kita jumping tu jom kita try lotion Felinna Inchloss Lotion ini ! yeahhh!

Harga yang sedia ada *fixed price*

RM 75 Semenanjung
RM 80 Sabah/Sarawak


Ini bentuk botol lotion seperti yang ramaaaai yang da tahu.hehe

Okayla momo nak pergi tapau krusher nescafe untuk member and untuk diri sendiri.Ada sesiapa nak momo tapaukan juga? hehehe

notakaki:Sesiapa yang ingin membeli OFFICE make up product boleh direct message di FB atau comment di entry ini.

Thanks!



15 January 2013

Baharu tak berapa nak baharu


Cewaaahh konon crop sikit la kan..agak-agak la korang mesti da tahu apa dia kan?

Jeng Jeng Jeng..Kita tunggu siapa yang kena.Biarlah rahsia dulu buat sementara ini. :)

06 January 2013

maaf maaf maaf ada kerja kosong tak?ada yang nak?

Maaf maaf maaf ya..sungguh la lama tak mula menaip kan.Adess tak syok nya asal nak start menulis je mesti maaf maaf lambat update.Kan? Tak suka betul la.hmm


Nevermind..


Momo sebenarnya nak offer korang..cewahh offer pulak. tak tak just nak tolong la sesiapa yang ada kepakaran dalam buat sales and masih lagi tidak bekerja. Dan ingin mula bekerja secepat mungkin boleh baca di bawah ini dengan laju-laju !


Mempersembahkan...



Amber Chia Academy is a forward-thinking academy specialising in the creative art of the fashion & beauty industry. The core focus of our skills training modules are in modeling, makeup & photography. A little over a year and a half in operations, we already have academies in four locations - Berjaya Times Square, Petaling Jaya, Malacca, and Penang, with a total of over 500 students. For more information about Amber Chia Academy (ACA), please visit http://supermodel-academy.com/

We are currently hiring:

1) BUSINESS & MARKETING EXECUTIVE (based in ACA -Berjaya Times Square, KL)

Overview Responsibilities:
  • Plan and manage business development, sales, marketing / advertising activities, events, and campaigns
  • Ensure and achieve monthly sales as well as revenue targets
  • Involve in the fine-tuning of our courses to ensure graduating students are equipped with the best skills set
  • Monitor sales performance & image of all our ambassadors
  • Monitor and produce reports with regards to the efficiency of business development, marketing, advertising activities in direct correlation with sales
  • Possess own transport
Requirements:
  • Minimum 1-2 years experience in similar capacity
  • Education, training and experience in the expertise of marketing, sales and promotion
  • Must have experience from the fashion and beauty industry
  • Ability to produce proposals on presentation software & produce reports on spreadsheet software
  • Possess ability to work in a fast-paced and dynamic working environment




Important note:
All applicants, please email your resume to  ace@amberchia.com and esther@amberchia.com attached with a photo of yourself. You will be contacted if your application has been selected. Thank you.





 Jeng..Jeng..Jeng.. berminat ke?

Boleh hantar resume di email yang tertera di atas.

Yeee.bukan senang nak dapat kerja sekarang ni kan?So, why not try and yang paling penting usaha untuk berjaya dalam kerjaya yang dipilih.Sentiasa berfikiran positive and creative.

Apa lagi tunggu?

Jika anda la orang yang kami cari.Lets join ACA-BTS !


AMBER CHIA

*Yea Yea Yea nanti boleh jumpa Amber Chia. LOL LOL LOL








21 December 2012

Office Product in the houseeeee



Yeay ! Yeay ! Yeay !

Seperti yang telah dijanjikan in previous entry, momo akan memperkenalkan make-up product.

OFFICE


Kawan-kawan boeh tengok page di sebelah kiri atas. Ke atas sebelah kiri?
Ada kan? Okay click situ untuk lihat apa je yang ada untuk OFFICE product.

Setakat ini hanya ada 4 sahaja yang mampu momo letak di blog.
So kalau rasa macam tak puas tengok gambar je boleh datang terus di Berjaya Times Square 8th Floor, Amber Chia Academy untuk lihat sample dia okay?
Nak pegang-pegang tenung-tenung pun boleh hehehe..

Lepas tu kalau teringin nakjoin course seperti yang ada di bawah ni.Boleh terus datang or make appoinment.



Promosi valid sampai 24th Dec sebab 25th cuti Christmas kan..
So di sini bermakna kalau betul-betul berminat with this promotion you need to make payment dulu.
New intake will start on 3rd January for modeling pro class.

Seriously siapa yang minat modeling boleh try masuk and you will not regret :)

Boleh call 03-2141 8998 -Nadhirah-

Thank You !

Merry Christmast!




28 November 2012

Make up product




Yelllooo Yeelllooo!!


Heee~Ambil kesempatan sekejap untuk mengupdate malam ni before beradu.

Macam ni, tajuk pun pasal make-up product kan? so..momo maybe akan mula promote product make-up ni di blog ni buat sementara waktu. Haaa..Okayla tu kan,perempuan kan suka pasal make-up ni.

Alright, so sekarang macam ni.Momo akan mula promote product ni tak lama lagi.*depends dengan masa yang momo ada and kerajinan tangan waktu itu*

Produk make-up ini dilabelkan sebagai OFFICE.

Mungkin ramai yang kurang dengar pasal make-up ni.Tetapi ! Haaa..ni nak habaq mai.Product OFFICE ni selalunya digunakan oleh make-up artis,professional gituhhh.Kalau ada fashion show ke event yang panas-panas meletup tu.Haa...make up artist KEBANYAKKAN guna product ini.Yes.OFFICE ini merupakan produk dari Korea

Sejujurnya, tak semua tempat ada jual product ini.Memang rare.Tapi kalau korang selalu jumpa tak tahulah pula momo jenis apa korang jumpa kan.Sebab bukan senang nak dapat OFFICE ni.Hanya tertentu tempat sahaja.

Kualiti?

Okay..bagus.Sebabnya?
Product ni memang khas berkualiti tinggi malah semestinya akan puas hati. Kalau idok takdenya make-up artist guna kan?

Okay.

Nanti*akan datang* momo akan cuba update sikit demi sedikit ye tentang product ini.InsyaAllah.


Sampai sini sahaja dulu.Seni menaip pun sekarang macam dah terkikis.Idea macam air karat, nak keluar taknak keluar. Heuwww..

Goodnight kawan-kawan blogger.mimpi indah!

notakaki: Tabahkan hati untuk menempuh hari esok.AMIN.













10 November 2012

Amber Chia Academy





Kakak-kakak adik-adik yang teringin nak belajar modeling boleh lah datang pada tarikh tersebut. Okay?

Are you the one we are looking for to make Malaysia proud on the international Platform in KOREA next year ? Call us at 03-79608010 for our next modeling intake on 14th NOV 2012 ! (Jaya One) 21 NOV 2012 (Berjaya Times Square) See you there !







08 November 2012

Korea Pro Make up Association (KPMA)



Hanya berbelanjakan RM 1 200 sebulan x 8 bulan anda mampu mengubah diri anda menjadi yang terhebat dengan mengaplikasikan apa yang diajar di akademi ini !

Semestinya di Amber Chia Academy !

Inginkan maklumat lanjut boleh inbox momo di Facebook !


Thank you !

Majulah sukan untuk negara! eh? HAHAHA











Belajar cara make up dengan betul supaya muka tidak rosak dan kusam !





Di mana kah tempat nya?

Times Square, Kuala Lumpur

Berminat?

Boleh inbox momo di Facebook

Ini khas untuk yang ingin sangat jadi mak andam

Khas untuk yang ingin belajar make up (mak andam) !!
Sangat berbaloi yeee...
Datanglah ke Times Square, Kuala Lumpur
atau terus inbox momo di Facebook

Jangan malu Jangan segan...





Amber Chia Academy ada PROMOTION !!!


[[DEEPAVALI PROMOTION]] In conjuntion with the Deepavali festive, sign up for any of these beauty and makeup courses during this period to be eligible for our exciting and value for money promotions! Promotion only valid at Amber Chia Academy Berjaya Times Square. Call 03-2141 8998 now for further inquiries.



Grab the chance NOW !!!


notakaki: If nak tanya apa-apa kat momo pun boleh.... just inbox kat my FB ya? :)


04 November 2012

Putrajaya Challenge Park.Here we go !!

Wehoooo!!! Wehoooo! Wehooooo!

Semalam momo and adik, Izzat went to Putrajaya Challenge Park (PCP) Wall Climbing. Eheh!
This is our 1st time to climb at PCP .. and kitaorang join climb sekali dengan club dot dot dot (Mr. Ant ada! ) HEHE Kalau cuma berdua je memang tak bergerak la kakak and adik ni haa..Tak reti nak pasang tali-tali lagi.Huuuu~

Masa sampai tu agak shy-shy la lagi.HAHA Tempat besar orang ramai so pemalu dia terover-over. Korang kalau nak main tak payah malu la.Kalau malu serious rugi, better tak payah datang la kan?

Entrance fee dia tak silap RM3 and sewa kasut sepasang RM7 for the harness boleh sewa juga rasanya but tak tahu la berapa sebab tak sewa pun, main pinjam-pinjam kat budak-budak ni je.HOHO

Haa kat bawah ni la harness yang korang pakai kat pinggang tu..Itu climbing shoes and juga chalk bag.Sangat diperlukan bila korang nak climb, kang tangan berpeluh-peluh licin susah nak pegang so kena celup-celup tangan dalam chalk ni. Okay?










Harness.





Rupa dia macam ni la lebih kurang bila da dipakai





Okay kat PCP ni ada bahagian-bahagian dia... untuk gambar diatas ni adalah for the beginners. Tak beginners pun ramai je yang main kat sini. HAHA
Kat sini tak payah pakai harness no tali-tali.You can just climb. Naik sampai atas yee..sebab kat belakang tu sudah ada tangga so bila sampai atas da boleh turun ikut tangga :)
Semua orang harus try sebabnya Izzat yang jenis gayat and he's only twelve pun boleh buat...Takkan yang besar dari dia tak boleh kan? HUHUHU


Okay yang this part kena guna harness and seangkatan dengannya. HAHA
Percaya tak kalau momo kata momo panjat sampai ke atas and berjaya turun dengan selamat?  :)
If tak selamat tak da pula nak update entry ni haaa...






Momo try yang wall tengah warna kelabu ni...tapi bahagian yang paling kanan sekali. Seronok hokayy bila dapat naik and then turun balik. Cuma nak kena kuat la tangan tu, terketar-ketar juga la tangan tu. Mr. Ant sebagai belay.. yang tukang pegang tali kat bawah. Dia awal-awal da ugut da kalau tak sampai atas tak boleh turun. Nak tak nak kena paksa gak diri naik sampai ATAS. and I did it ! yeay! Itupun selepas ditunjuk ajar oleh Mr. Ant. Thank you!
Psttt~ tapi masa kat atas tu dalam hati "siap arr sampai bawa japgi smackdown gak budak Ant ni"
HAHA...tapi sampai bawah lupa terus nak smackdown segala.Dok happy bagai. LOL !

Continue balik cerita kita..
Izzat dia naik sampai atas juga tau ! Haaa percaya tak? Lihat wall di sebelah kanan yang ada girl pakai baju biru tu tengah climb..Eh itu bukan Izzat tapi nak beritahu dia naik wall di situ.Agak tinggi untuk budak kemetot macam dia tu.Tralalala~~~


Part ni agak susah ..Momo tak try pun sebab da tak larat da tangan. Letih kot! Siap ada luka sikit-sikit. Biasalah no pain no game! Setakat calar balar tu.hantaran still tak turun punya lah. :p

Dan kat sini jangan risau kalau nak solat,surau sudah disediakan di tingkat atas. Nak mandi pun boleh..Tempat disediakan.Bila da bermain ni comfirm la berpeluh macam hujan. Cuma perlu bawa sabun etc (toiletries) Dan juga untuk kanak-kanak yang teringin untuk climb boleh cuba juga di tingkat atas! Yehuuu!
Marilah seisi keluarga datang beramai-ramai untuk berpeluh beramai-ramai.Eh?


Apa-apa pun I had fun ! I mean.. WE had fun !!! Next time mestilah nak cuba lagi..


notakaki: Best kan dating kat sini dari pergi mall...kalau momo dah blurr tak tahu nak buat apa kat mall.Baik beriadah.Badan pun sihat.. :)

notakaki: Gambar sendiri tak dapat digunakan akibat masalah teknikal :'(
















01 November 2012

Interview okay esok.Tarik diri tak

Hai ! Ciao !

Eh kejap.

Tarik nafas...hembus.Tarikkkkk hembus...Tarik lagi..dan kemudian hembus..
Okay cukup.

KORANGGGGG! Esok Momo ada interview.......................

Interview untuk kerja

and I'm scared.sob sob sob

What to do? What to do?

Okay.Relax.Cool.Calm Down.
 Hmm ni nak taip pun tiba-tiba nak nervous juga.HAHA
Adoii..begini rasanya bila nak pergi interview kan? Nak pula 1st time macam momo ni haa..
Gelabah.

Esok momo akan pergi dengan my bestfriend, Izzati. Sama-sama pergi untuk interview ni.Sama-sama cuak dalam nak DITEMUDUGAKAN. Hamikk ko masa belajar tak sabar nak kerja sangat kan..sekarang orang da panggil interview menggelabah macam ekor cicak putus.(Tergedik-gedik ekor cicak atas lantai)


Actually masa dapat call I was like..hmm nak angkat? tak nak angkat? nak angkat? tak nak angkat?
Orang lain yang normal mesti laju je angkat but not me.Okay I am weirdo.. Dushhh sekali di muka momo please?

Okay momo jawab dengan tangan terketar-ketar pegang handphone!!!

Tapi kan macam kelakar la bila ingat balik. Jawab phone je pun. Phewww~

If esok tiba-tiba keberanian datang Fuyooo...tak dapat nak imagine lorh.

 Anyone would like to give me any tips? HUHU..

To be honest, I'm not that excited anymore to go for the interview. Tarik diri boleh?Haiyooo..Why? Me also donnolaaaaa~ I just don't know why.No reason.

Maybe because I'm not ready? or too nervous maybe? is it too early for me to work?

Hmm..Anyway,I will do my best for the interviews and hope nothing goes wrong!

Interviewer please be nice to interviewee. Grazie mille.




Caiyok! Caiyok!



Off to bed! Goodnight bloggers! See you next morning!


1st adventure for this month here I come!!! :D














30 September 2012

CArtoon !!!

Entry kali ini genaplah entry yang ke 600 .Wooot Woot !

Macam eh 600? Apa kebanyak la 599 tu merepek semua? TOHOHO



2 kali ada idea nak update, 2 kali juga tiba-tiba otak blank.Haa macam mana tu?








Tiba-tiba keluar pula gambar kan? HA-HA-HA
Gambar ni saya si momochan bersama mak saudara kesayangan ku dan adik ku yang gila! hang buat muka sakit perut nak berak lepas tu interframe.GRRRRR...

Lepas tu kan tengok gambar ni baru tersedar eh muka macam cina la.HAHAHA
Kalau midah tengok ni mesti dia kata MESTI ye..'budak kecik cina masuk Islam'  =.="

Ohh da teringat da nak cerita apa kat entry ni.

Ceritanya macam ini.Di suatu malam sedang seronok melayan Upin & Ipin sambil ikut menyanyi datanglah kawan-kawan dalam bilik.
ye kawan sebab tidak berapa nak rapat sangat.gitu-gitu je

Diaorang pelik bila momo tengok cartoon dengan bersemangat waja.
Tau semangat tu?
Macam korang sanggup beratur panjang nak beli tiket nak tengok movie kat KLCC sebab nak tengok AVENGER? TOTAL RECALL?STEP UP?
Faham?

Lepas tu diaorang kata lagi "Dira ni comel macam budak-budak tengok cartoon.Muka da macam cartoon.Perangai pun cartoon"
Wuuu~Wuuu~ T____T
Diaorang kata momo yang tough ni cartoon?

Tapi rasanya normal la tu kan semua orang tengok cartoon apa..Best je.Walaupun kadang-kadang cerita tu tak logic tapi bantai gelak je.
Best bila ada cartoon macam anime yang laki-laki semua stock nak hensem jambu jambu! Perghh rambang mata.Lagi semangat nak tengok.
Cartoon yang dari dulu sampai sekarang rasa handsome ialah Syaoran ! Siapa peminat Cardcaptor Sakura tahulah siapa.



SAKURA



SYAORAN





VERSI REMAJA ??


Kiri: TOUYA         Kanan: YUKITO

Rasa nak sekeh je bila diaorang buat muka macam ni KEHKEH

Touya ni abang Sakura yang suka membuli tapi pada masa yang sama menjaga Sakura dengan baik.
Yukito ni pula bestfriend kamceng sampai mati dengan si Touya ni, dan merangkap lelaki idaman Sakura.(termasuk saya) Eh?Eh?
Minat Touya juga la sebab dia handsome. HAHAHA

Ahhhh suka sangat cerita ni, sebab ada magic boleh lawan-lawan lepas tu ada binatang comel yang boleh bercakap-cakap.
Kalau in real life sumpah da lari jauh-jauh seram weyh bila kucing lalu sebelah then dia tegur "HAI!"
Tak ke frozen di situ kena tegur?
HA-HA-HA


So kesimpulannya di sini.Momo suka tengok cartoon yang cantik dan hensem sahaja.!

Sekarang suka tengok itu BOBOIBOY ~~

Go Gopal ! Go ! Go !

notakaki: Kenapa rasa macam cerita berterabur je ni? Takpelah ehh janji korang faham..huhuhu

25 September 2012

Degree

FINANCE?

HUMAN RESOURCE?

MARKETING?

etc..etc..


ma...ma...ma....ma.........

tiba-tiba terpilih masscomm.eh?eh? 




Buntu







08 September 2012

Apa yang ada untuk saya?


Hello !! Harini momo hendak share kan barang momo yang selalu/kadang-kadang digunakan.
Ehem!

SABUN BADAN!


Yaa..Sabun badan sangat penting untuk kegunaan seharian.Tak ada sabun tak lengkap rasa kita mandi kan?Macam kotor-kotor sahaja badan ni haa...

Maka, momo telah membuat decision untuk membeli sabun dan juga scrub (berasingan) ..
Bila masuk Watson terjumpa pula Ginvera SPA Massaging Shower Scrub GREEN TEA hamboi nama kemain panjang. HAHA
Momo pilih ni sebab senang dia da sekali dengan scrub so tak payah beli asing-asing da..Beli asing mahal so beli yang 2 in 1.Kan jimat di situ? :)

  Ginvera SPA Massaging Shower Scrub ni ada LAVENDER, GREEN TEA and APRICOT
Momo pilih GREEN TEA sebab bau dia best! Wangi and rasa sedap macam nak makan je.Teheee
LAVENDER pun macam best juga..colour pun lawa purple yang cun!
Next time boleh try.Harga pun okay-okay je :)






SHAMPOO

TRESemme`




Momo pilih yang hijau juga sekali dengan moisturizer. Bau dia wangi.Bila pakai rambut sangat lembut dan halus.Lebih yakin untuk keluar berjalan-jalan tanpa perlu sikat rambut!!
Mudah didapati di Watson juga.HEHE

Oh jangan shampoo rambut hari-hari tau, nanti rambut rosak pula.Sayang rambut da rosak nanti susah nak elok.Lainlah kalau duit dalam bank ada bannnnnyaakk.


Sabun dan shampoo ni sahaja dah buatkan momo teruja untuk mandi setiap hari dan yakin untuk berhadapan dengan kawan-kawan.Cewaah ayat.









Okay. Disebabkan momo agak cerewet memilih produk untuk muka maka Nano White menjadi pilihan hati.
Pakai Nano ni masa mula-mula dia baru nak keluar,time tu pula momo tengah usha pencuci muka baru sebabnya before pakai Nano ni momo pakai sabun susu kambing yang buku tu.Sangat melecehkan.
Nano ni dah pun mempengaruhi roomate-roomate momo untuk beli juga  :)
Pakai..pakai..kita kan nak sama-sama cantik? 





Ni yang selalu pakai make-up tebal boleh guna ni untuk cuci muka..Tapi momo tak make-up pun tapi pakai juga pencuci ni sebab nak tanggalkan compact powder yang seharian bertempek kat muka.
Warna dia best putih susu..bau pun wangi.
Suka sangat!





HAHAHA! Siapa tak tahu benda putih ini?
Yes! Colgate Plax Whitening..
Semua orang patut ada satu untuk menyegarkan mulut anda selepas makan tempoyak,petai, budu dan sewaktunya..







Skin 79 product dari Korea..
Ni baru 1st time pakai, selama ni tak pernah pun pakai foundation ke bb cream apa.So tak dapat nak compare apa bezanya dengan product lain.
Tertarik nak beli pun sebab colour dia pink ! HAHA alasan tak munasabah.
Tapi ka kan..nak gitau..bila pakai ni bau dia sedap and lepas tu muka jadi shinny shinny gituh.auwww.
Rasa lagi korea gituh HOHOHO
Momo beli ni kat kawan momo Razz









Ini compact powder yang awesome bagi momo! Sebabnya dia boleh jadi compact powder biasa or basahkan span dia dan jadilah foundation :)
Yahooo! sangat awesome bukan?
Malangnya momo baru tahu hal ini semalam selepas da lama guna product ni.Alahaiii nampak sangat tak alert senang cakap pelupa yang ni boleh dijadikan foudation.Main redah je pakai nak pergi kelas.




Haaa..yang ni momo rasa semua orang ada kan? Benda wajib la untuk dipakaikan..
Tapi sekarang momo jarang da pakai..da tukar yang lain pula




Ini dia lip balm yang dipakai sekarang! Comel je kan bekas dia? Fuhhh tergugat betul bila dapat tengok.
Lip balm ni boleh didapati di BodyShop.
Sangat bagus dipakai sebab tiada perasa buah-buahan atau wangi yang terlebih.
Momo tak suka kalau lebih-lebih bau and macam ada rasa mesti nak termuntah.
Bau buah pastu melekat kat bibir, macam tak best kot..ishish






So, bila da bosan asyik warna pink aje..momo pilih nak warna oren.
Dan akhirnya oren ini jadi pilihan.Tengok sahajalah bekas dia pun macam georgeous.
Bibir di atas bukannlah milik momo ya.HAHHA

Semua gambar ni diambil dari Google.

Okay itu sahaja untuk dikongsi.

Jumpa lagi di lain entry !






01 August 2012

Test 1 done dan cerita ceritutatitu

Test 1 done ! Yeay! Yeay! Alhamdulillah semua paper boleh jawab :) Walaupun agak stress paper berderet dari kuiz terus ke test 1 Fuhh Fuhh semput..Maka dengan harini momo dengan bergumbiranya boleh online. Sambil buat assigment macam biasa :)



Keadaan bilik waktu 4 pagi dan paper pula pukul 10 pagi. 4 orang berterabur atas lantai & tilam momo yang jadi mangsa =.=


Rupanya seronok la belajar lebih dari 2 orang. Seorang tanya ni seorang lagi explain dan seterusnya.Bila salah faham konsep."Woii salah salah ! bukan macam tu yang betul macam ni...blablablabla...." Sedikit sebanyak ilmu yang tak berapa nak lekat time dalam kelas tu da lekat balik.Mudah-mudahan sampai la bila-bila boleh ingat kan.  AMIN.

Eh kenapa ye tilam momo kat bawah?
Sebab momo since 1st day(before roomate tak reti-reti nak masuk bilik lagi) da angkut tilam letak bawah dan tidur bawah.Katil kat atas so bayangkan panas ke idok.Pagi angkat tilam simpan atas katil malam angkat bawa turun.Dengan tenaga super hero momo mengangkat tilam yang beratnya macam berat seguni beras. KAH-KAH tak tahu nak cakap berat macam mana tapi serious berat dowh.Elok hujung semester ni tangan momo berotot kalah Mr.Ant. HAHAHA


Cakap pasal tilam berat ni..nak cerita la pagi tadi kan ada la accident dalam bilik momo.
Disebabkan cuaca waktu malam panas bahang so keempat-empat bawa turun tilam.Paginya nak ke kelas pukul 8 tu, macam biasa la siap-siap then momo nak angkat la tilam momo ni.Nak angkat seorang tak boleh sebab Farah (junior) tidur menghalang jalan.Kalau momo angkat tilam yang panjang dan berat tu comfirmlah jatuh atas Farah ni. So, I asked Syasya to help me. Thank You !

Angkat berdua ni senang sikit tilam tu nak lalu atas Farah. *Bayangkan korang tidur ada tilam besar lalu atas korang.Takut tak?*
Accident berlaku bila tilam yang diangkat tak melepasi palang katil.Sudahlah angkat dengan tenaga yang kuat bila kena palang tu pun kuat tilam melantun balik kat kitaorang terus terlepas tangan DAN tilam tu LANDING baik punya atas Farah!! HAHAHHAHA

Tengah baik punya tidur sekali tilam hempap.HAKHAK Mahunya pecah perut masing-masing pagi tu, kasihan pula tengok Farah terus terjaga.Muka blur.

Adoi.Kak Dhirah & Kak Syasya minta maaf la pasal pagi tadi ye.Tak sengaja.HEHE





notakaki: Mengira waktu untuk pulang ke rumah!
notakaki: Teddy Bears tu tak dapat nak diambil gambar lagi diatas kesibukkan cik momo.hehe










20 July 2012

Teddy Bears untuk dijual

Dengan ini dimaklumkan
Momo akan menjual teddy bears (pre-loved items)
Teddy bear ni semuanya masih lagi dalam keadaan yang bagus dan baik. Tiada sebarang cacat cela atau kekotoran.
Sekiranya berminat boleh la drop comment or send mesej kat FB pun boleh. :)
Gambar akan diupload a.s.a.p.
Thank You.
And selamat berpuasa :)

08 July 2012

Masa sudah tiba


 Masa sudah tiba untuk apa entah? HA-HA
Semalam lepas buat assigment sajalah duduk depan laptop terkebil-kebil tak tahu nak buat apa...
Last-last buka webcam then ehem-ehem faham sahaja la.perempuan kan?

Tambah pula phone camera ni kalau nak bluetooth kat laptop tak boleh !cisss ! Hantar reformat macam apa jadinya laptop ni.Tak guna.
DA LA BANYAK GAMBAR nak letak kat laptop ni.Acewahh!
Semalam pun ada nak cerita pasal latihan kebakaran.Tapi disebabkan bluetooth tak boleh, so nanti la..HEHE

Okay semua tau kan dari hari tu lagi momo dok bising nak potong rambut apa la..style mana saloon mana...



MEOW MEOW kita comel kan? MEOW MEOW rimas tuannya rambut panjang bangat !

Dan akhirnya rambut ni dipotong pada 15 June 2012.Wahh gituh siap bagi tarikh segala. Ehemm ada la sebab kan kena letak tarikh tu.Hari yang sama juga momo dapat retainer ! owhh yahh! Momochan sudah buka braces tau haritu..

Gambar kat bawah ni la 1st picture lepas da tak pakai braces.
Cun tak?
Oyeahh!






With my lil brother. Otw nak pergi hantar Mal kat UiTM Jengka.

 So, pergilah saloon area Setiawangsa dengan umi...
Ingatkan saloon tu okay la kan..tapi entahlah.HUHU
Minta potong biasa je pun..Dia kata itu macam budak sekolah.Aishh suka hati la..
Pastu umi menyokong kata buat layer.
Maka hendak tak nak pun layer dan pendeklah rambut hamba ni. T___T



Ni baru ambil gambar rambut pendek.Before this amik and tunjuk kat Mr Ant.Dia cakap okay je macam amoi. Momo je yang sedih sengsorang T__T

  HAHA gelak lah puas-puas.Balik rumah memang tak puas hati.Pastu majuk dengan umi.Kata rambut ni buruk pasni taknak pergi saloon tu da.Tak best! *apek hensem pun tak ada nak usha* :p




 Seharian suntuk la semalam dok main edit ni ha ! Tak reti nak edit pun tapi ahh cuba juga.
Momo suka tengok budak cina diaorang edit mesti ada menatang comel kat gambo tu..Geramm ! ambil kat mana ? Adobe photoshop ke ek? Momo edit pun kat picasa je kot. Member bagi Lightroom tapi tak reti guna   =.=



Speck ni roomate momo jealous giloz! Saja nak show off pastu time study pun buat-buat pakai.Realiti tak rabun ya!












Tuan kepada MEOW MEOW ! Rindu MEOW MEOW ehh


Okaylah itu sahaja update untuk harini! Selalu entry momo mesti pendek je kan.Teheee~ Rasa macam panjang bila taip sekali tengok TRALALLA~ so pendek meh !

Hujung bulan ni momo ada common tests ! Doakan momo dapat study elok-elok takda tension nak jawab exam nanti.Semoga dipermudahkan semuanya.Amin.

Thank You !
MochosMochos~




Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN