click click

ikut momo jom

31 March 2010

alamak spotcheck!!macam mana ni?

spotcheck dahlia yang sememangnya tak semua orang suke termasuk la momo.hahaha
malam semalam bilik momo kene serbu :(
fify baru balik kelas bile nampak ramai je ajk dahlia(bertudung labuh ye) kelam kabut die masuk bilik dengan ketuk pintu yang agak kuat.tapi momo tak sedar langsung.maybe penat seharian terkejar sana sini.kalau tidak momo ni jenis senang terjaga kalau dengar bunyi.
nasib si fify ni ada kunci bilik and..

WEYYY SPOTCHECK!!!CEPAT!!!

momo terjaga terus bangun nak kemas kepala pun ting tong lagi.so just amik baju kat penyakung baju lipat-lipat letak lam almari then duduk kat meja study diam-diam.
sebelum tu kene isi borang warna kuning.dalam borang tu momo kene isi name saja dan bagi balik kat ajk kolej.borang kuning tu ada soalan la kot macam katil kemas tak..tingkap bersih tak..

then both of us tgu elly balik(die selalu lepak kt bilik study).try kol tak dapat adesss...ajk da bising da tanya mana roomate lagi seorang.sibuk suruh cepat sikit la apela.

malam tu ramai tol ajk depan bilik momo even dalam bilik.hahaha agaknya taknak bagi kitaorang lari keluar kot.sebab ade budak tuh orang tengah check bilik die pergi mandi hahhaa

kan tak dapat contact elly so fify lari pergi cari la...JUMPE..tapi fify balik jalan kaki ayam sebab selipar die hilang tercampak mane entah.agaknya laju sangat kot lari tuh boleh hilang.hehe

mase fify cari elly.momo duduk seorang dalam bilik kat atas riba ada buku AKAUN(ada kuiz nanti)study la konon.suddenly KAK IZZATI masuk....(OH MY!!!)

~kak izzati pangkat tertinggi antara dahlia 1 dan 2.last sem die jadi ketua kolej je.this sem jadi ketua kepada ketua kolej dahlia 1 dan 2.(makk oii susah betul nak explain)

die tutup pintu pulak tuh...(MAMAmia!!)
ada member die seorang jugak ye time tu..

lepas tu kak zati tanya, "non muslim ke?"
"err tak" (i was smiling) muka comel la konon-konon.
"ohh maaf..dari sabah?"
"tak saya dari selangor"fuhhh i was wondering ape kes nih tanya-tanya main tutup pintu memang suspens habis.

kak zati cakap lagi...
"saya dapat aduan ada orang merokok dalam bilik nih"
"HAAAA?????muke momo da tak comel time ni.memang terkejut habis.
mana ada.kitaorang tak merokok la."
"betul ni?"
"betul kak.tak merokok.sumpah saya cakap"haaa amik siap sumpah lagi tu..dasyat haha
momo takut gak die syak tengok muka momo yang terkejut habis kang die ingat 'heh rahsia kamu dah terbongkar la'.perhhh kaw-kaw la kene soal siasat nih macam pesalah lak.
setenang yang boleh momo jawap..yela momo tak salah.

alrite lets continue..
"betul ke?roomate awak pun?tak tipu nih?"
"ye kak tak tipu lagipun saya memang tak boleh bau rokok"
"kalau camtu terima kasih sebab bagi kerjasama"
"ok"(smiling lagi)
da seterusnya die tanye...momo da malas nak taip :p

penat la momo nak taip panjang betul cerita kan?nak stop boleh?ishhh okla...nak sambung la nih..

ajk-ajk tunggu la RS(resident staff) nak masuk check bilik.
tibala masa yang ditunggu-tunggu.....RS masuk..
wahhh RS yang cantik masukla...heeee*(RS baru sem ni da die sangat la lemah lembut)
"meja ok?"
"ok..."
"katil ok?"
"OK...."
"akta 174 ada?"
"ADA..."
tingkap kotor la"
ohh(silent)hehe guilty la wey..tapi baru je lap cepat kotor tol.ish...

RS lagi seorang masuk...yang ni yang lame arrr tengok muka cam garang habis...
blah2....die tanye...
"buku akta ada?"
"ade"sambil tunjuk kat pintu...
"tuh bukan buku"
"oh no... and bagi signal sesame sendiri(buku kat mane ek?)masing-masing tak tau
"silent AGAIN"

lepas tuh abis...papai~hehe
and momo start study akaun sambil online..huhu

YEaayyy no QMT!! leh study akaun...

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN