NO 11,Jalan Seharian
Taman Kangar,
23400 Kongos,
Araustralia.
NO 12, Jalan Sekejap,
Taman Tepi Rumah,
23400 Kongos
Araustralia. 20 SEPTEMBER 2010
SEHARIAN BERSAMA ROOMATE SAYA
Mengikut perkara di atas,semalam momo and izyan pergi Kangar dengan nawaitu hanya nak makan pizza untuk lunch sahaja.tetapi kami makan berdua sehingga menceceh rm60.auchh! stock makanan untuk sebulan kami makan sekali sahaja.memang gila.kemudian kami pergi main bowling di The Store.sebelum itu momo cari stoking dulu sebab nak beli yang skin colour boleh pakai pergi kuliah.ok kami masuk and pusing pusing tak jumpa stoking.tanya workers kat situ ada cakap “entahla tak tahu” ehh pekerja pun tak tahu ada jual ke tidak?so kami tanya orang lain pula dia cakap ada kat sekian sekian..tapi bila pergi itu stoking budak!bila cakap situ stoking budak sahaja dia cakap adala kat situ stoking dewasa.ngekk betul.pusing punya pusing tanya punya tanya akhirnya jumpa dan beli la 2 pasang dengan harga RM6.90.
Dari situ kami bergegas pergi ke tempat bowling dan bermain dengan sepuas hatinya.sampai sakit jugala jari kuku pun macam biasalah tak sah kalau tak patah.huhu selepas bermain kami pergi beli stok makanan iaitu maggi!sudah bayar cepat cepat cari taxi tetapi! Nampak ada saloon la..waaahh... “eerr nak ke?” jawapannya “Jomlah” hahhaa so pusing pusing kat kangar tu semua saloon tak macam kat Arau, Nampak lebih selesa la.Jadi amik taxi haa pakcik laju laju tau bawa.ahaks..
Sampai je saloon cadang masing masing nak wash sahaja..alih alih dua dua potong rambut depan.hehe after ke saloon terus pergi kedai makan depan matrix dan disebabkan malam tu ada football match M.U v.s LIVERPool maka ramailah jejaka yang tidak hensem melepak.HAHHA dan kerana mereka jugala nasi yang kami tunggu tidak kunjung tiba dan terpaksa membuat order untuk kali kedua dan akhirnya 2 jam kami menunggu.grrrr~
Pagi esoknya..masing masing sakit perut sangat sampai pergi toilet 2-3 kali.arghhh lemah badan tau.sudahnya nekad taknak makan kat situ lagi.sengsara betul~
Sekian terima kasih.
Yang benar,
(MOMOCHAN)
0 comments:
Post a Comment