click click

ikut momo jom

30 October 2010

resepi kuey teow kung fu

akhirnya momo dapat juga resepi ni!

Bahan-bahan yang diperlukan:
kuey teow:
500g kue teow
5 biji telur
*100g = 1 biji telur ye

kuah kuey teow:

100 g udang (udang kecik pun boleh.kulit buang la)
150g daging ayam (dihiris)
100g sotong (dihiris)
100g sawi kailan (dipotong)
100g bunga kobis (dipotong)
100g lobak merah (dipotong)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 camca besar minyak masak
2 camca besar tepung jagung
1/2 cawan air
1 cawan air rebusan ayam
2 camca besar sos tiram
1 camca besar lada sulah
garam secukup rasa

Cara membuatnya :

Untuk kuah : 1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih tadi sampai kekuningan. masukkan udang, sotong ayam. ;epas tuh air rebusan ayam, lada sulah, sos tiram dan lobak merah. bila da mendidih, masukkan bungan kobis dan juga bancuhan tepung jagung tadi, kacau rata dan masukkan kailan pula.biarkan mendidih perlahan, masukkan garam pula! kalau nak sedap lagi letak pula belahan tomato.ok siap tutup api tau!!

untuk kuey teow : Panaskan minyak dan gorengkan kuey teow dengan telur.( minyak memang kena PANAS) goreng sampai garing. sudah siap.

untuk penyediaan : letak kuey teow tadi dalam pinggan cantik-cantik. kemudian tuangkan kuah yang kita sudah masak tadi.kebussshh!banjir pinggan. then akhir sekali kita hiaskan dengan letak bawang goreng, dan daun bawang.hidangkan time panas-panas. memang sedap

SELAMAT MENCUBA





notakaki: tolong abaikan kecacatan kuey tow kung fu momo tu ye..momo makan dulu!




5 comments:

Aqilah Nur said...

diamcm ladna jgk kan rasa dia?

momochan said...

aah..apa yang beza nya tak tahula.
rasanya ladna tu kuetow die tak celup dengan telur.if im not mistaken.

ok lepas ni momo nak cuba kuew tow ladna pula. nak investigate perbezaan ladna and kungfu. :)

salina nur dian said...

OMG! bagusnye you post recipe kat sini!! i nk try! :D

momochan said...

good...try la.its so easy macam kacang goreng ja.huhu

Ciao Annin-sama said...

Macam kacang goreng? Ok nanti saya pergi beli kacang dan goreng. Tengok kalau-kalau boleh bertukar jadi Kuey Teow Kung Fu Haha!

Thanks share resepi Momochan!

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN