click click

ikut momo jom

01 November 2010

jangan minta tolong dengan momo!

Hello! Dan selamat hari hujan! Cuaca yang sangat lembab dan sejuk hari ini.sambil kita minum milo panas dan berselimut mengadap laptop dan menulis entry untuk hari ini. Ahhh menggeliat sekejap. Renggangkan otot-otot yee. Kiri kanan kiri kanan.stop. duduk diam-diam.

Kali ni momo nak cakap pasal girl/boyfriend yee.hoi hoi jangan tutup lagi la sabar cuba baca dulu sampai habis. Al-kisahnya begini.. if someone or maybe your bestfriend ke kawan tak berapa nak ngamm korang tiba-tiba minta tolong.ohh minta tolong apa tu?minta tolong tengok awek die?boyprieng die?pun bukan. Tapi minta tolong cari seseorang untuk dijadikan buah hati kekasih pujaan jati hati.ohh minta tolong itu je pun..alaaa~ EH EH EH ulang balik? Apa? Cari kekasih untuk kau?eh biar betul ko ni.sekejap telinga aku tersumbat agaknya. ZZzzz sumpahlah kawan korang kejap lagi bagi pelempang baik punya. HAHA

So what are the problems?

Problemnya senang aja..mari kita lihat.

1. Taste engkau macamana? Ingat senang nak cari?

2. Kita ni agent pencari jodoh ke?

3. Kita tak ada masa la nak mix and match

4. Kalau bergaduh siapa yang diaorang cari? Kita juga.

5. Kita tak ada masa nak buat benda-benda mengarut ni

6. Engkau ni da terdosak terdesak sangat ko apo?

7. Kita MALAS!

8. Tak nak la kita pertaruhkan kawan kita bagi kat engkau.kawan kita semua baik.innocent lagi.karang dapat kat engkau rosak budok tuh.

9. Engkau ni carilah sendiri tak boleh ke?

10. Nanti gaduh lepas tu berpisah.korang salahkan kita.

11. Pendekkan cerita. Kita tak suka buat benda begini.tau tak?!

Ohh tolonglah cari sendiri.wahai lelaki-lelaki.jangan lah sampai engkau pergi meminta-minta suruh kawan engkau carikan.tolonglah. gaya macam ni memang kene reject habis. Lagi satu haa main kirim-kirim salam lepas tu minta tolong mintakkan no telefon..ohh please. Korang ni da minta kat salah orang la. Momo tak akan sesekali bagi yee.. dan tak akan kenalkan kawan-kawan momo kat kamu..kamu..dan kamu.. momo tak jeles! Tapi tak mahu ambil risiko. Ok faham semua?

Gaya brutal da nih.Kalau cara macam ni kamu guna.baik tak payah haraplah hubungan korang mungkin tak akan kekal lama.percayalah.so lebih baik tunggu parents korang yang jodohkan sendiri.

Notakaki: Arau banjir!!! Yahuuuu! Sejoknya arau...yeahh yeaaahhhh! Marilah kita bermandi hujan bersama-sama sampai pakguard marah baru kita lari masuk kolej.HAHA let’s go!!

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN