click click

ikut momo jom

23 September 2011

ahhh mengupdate juga harini.mahu baca tak?

Hyep !

Bilik saya yang cun!
Pendahuluan:

Final exam ! Ayuh kita study !


Eh sebenarnya hari ini kan paper yang kedua dan alhamdulillah kedua-duanya boleh jawab.
Fuhhh lega. Harapnya result pun bagus.
Fiffy.. Ini bukan bohong tapi yang benar.HAHA


Paper seterusnya lagi gap 7 hari.Aish nak balik rumah pun boleh. Tapi tak mahulahhh. sebabnya? Sebab memang takkan study nya. Duduk depan TV tengok cartoon and makan. nyiahahaha


Isi pertama:

Eh nak tahu tak? ada juga stalker ye nak tahu hubungan Mr.Ant dengan Ms. Momochan macam mana? HA-HA Kelakar. Buat apa la stalk kitaorang. Cari la orang lain kan elok.
Ehemm hubungan kami masih elok, tiada pergolakan tiada permusuhan.Lancar seperti biasa.Usah diragui. HEHEHE

Korang pergi la usha pasangan macam kak airyln comel ke, irine sweet ke. Baru la sesuai ye dop?

Isi kedua:

Lagi satu nak cerita pasal Si Charlie. Aishhh.. Tahu tak anda apakah itu Charlie?
Bukan Charlie bite my finger! Bukan My name is Charlie ! Bukan Charlie nama jiran korang ! dan bukan juga Charlie Angels !
Tetapi Charlie yang dimaksudkan di sini ialah SEEKOR. Ye seekor sebab dia mempunyai ekor.
Teheee~
Seekor serangga yang kecil seperti nyamuk dan warna badannya berbelang oren hitam. Kalau nyamuk hitam putih kan? Haa yang ni oren hitam.Oren warna tak cantik .Lalala~Korang nak kata apa?

Charlie ni sangat bahaya tau. Bahaya lagi dari harimau and singa yang kelaparan. Kalau kena baham pun sakit kejap lepas tu terus kiokk mati nak sakit apa da kan? Lain lah charlie ni datang tak menjemput, terbang boleh, berenang boleh. Bila dia lalu ja, berfoya-foya atas badan korang for sure dia tinggal kan HEARTBROKEN bite. HAHAHHA
Bisa dia memang ishhh merana la kalau kena kan.
Kalau kena memang tak rasa apa-apa. Tau-tau je eh da merah-merah pastu jadi 1 line panjang meleret.

Lama-kelamaan jadi parut dan of course korang akan rasa kegatalan yang teramat!
Oh ! Parut ni bukan la macam parut yang korang jatuh then 2-3 hari hilang da. Kalau pandai mengubat Insyaallah hilang. Tapi kalau tak, hmm dari semester 1 korang masuk belajar sampai nak grad pun tak hilang lagi.
Nak pula kalau kena kat bawah mata, memang bengkak and sekali tengok macam kena tumbuk dengan seorang lelaki yang lengannya gagah macam POPEYE ! Oh my gosh ! Teruk okay. Buruk!

Kesimpulan:
So gadis-gadis terutamanya yang tinggal di Perlis sila berhati-hati dan jaga anggota tubuh badan anda dengan sebaiknya. Sama seperti menjaga muka kerana semuanya adalah aset yang bernilai untuk kita :)
p/s: korang Google la rupa Charlie tu ye.Sebab geli la nak letak hehe


Takda motif pun.tapi suka !sebab baru tahu edit jadi kotak. Oh Loser! HA-HA Like I care?




Notakaki: Charlie ni main tonggeng-tonggeng bontot dia atas katil saya! Aishhhh.. Baiklah ambil cellotape dan gunting kita tempek bagi dia mati kelemasan .

Notakaki: Perut meragam sebab tak makan buah and sayur.Cukup sakit tahu enggak?
Bye-bye semua. Jaga diri..


0 comments:

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN