click click

ikut momo jom

27 February 2012

'Ulek Mayang' terngiang-ngiang lagunya

Malam semalam momo & roomates pergi tengok persembahan tarian kat Dewan Semarak,UiTM.
Sebabnya kawan kitaorang ada masuk menari and berucap sebagai pengarah projek.
So bagi la support kan.

Persembahan semuanya sangat tip top.Best !
Awal sehingga akhir semuanya tidak mengecewakan.

Lemah gemalai penari semuanya. Seronok rasa macam nak join sekali menari.
Momo suka tengok orang menari, rasa macam ada aura je kat sekeliling diaorang tu. makes me wanna dance dance dance.

Rasanya malam tu yang comel-comel yela pemain kompang.Ahaks.
Kenapa?
Sebab diaorang malam tu pakai baju seluar warna hitam, pakai pula speck warna hitam.Nak cool la kan.HEEHE Sambil berkompang-kompang tu gerak badan diaorang tu lucu betul.Selalu oran main kompang ni je berdiri jalan ketuk-ketuk kompang kan?
Tapi ni siap hmm tak tahu nak cerita macam mana.
Nanti momo try dapatkan video and bagi korang tengok.Okay?

Next, tarian yang momo sangat teruja sangat ni ialah 'ULEK MAYANG'
Amboiii...
Meremang rasa bila puteri-puteri ni melangkah masuk ke atas pentas.
Before diaorang masuk, ada la pelayan-pelayan ni menyanyi menari tiba-tiba pengsan.
TAPI semuanya berjaya bangun dengan sendirinya.Cuma tinggal seorang ni yang tak boleh nak disedarkan.
So time tu la penari-penari ni baru masuk.

Time masuk tu fuhhhh...meremang tekak oden.
Ini lyric dia momo just google, nak cari lagu dia banyak yang macam tak best.
Tengoklah nanti minta kat member yang buat persembahan semalam boleh dengar ulang-ulang.Teheee~


Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

notakaki: makan nasi telur goreng dengan ulam-ulam :)

25 February 2012

kenapa comment tak keluar

Nak tanya la kan..
momo nak reply comment-comment kat blog ni
tapi masalahnya.taip punya taip bila tekan publish comment tak jadi apa-apa pun?
kenapa ek?
macam mana nak bagi elok balik?
minta tolong siapa yang tahu habaq mai sat.

Thank you ..!




p/s: malam ni nak pergi rumah hantu.excited nih!

21 February 2012

akhirnya dinner juga semester ini

Demographic? Psychographic? Behavioral segmentation? ngeeee..tiba-tiba blank nak buat kerja entrepreneur ni. mengadap je microsoft word ni. Alih-alih amik phone cari gambar try bluetooth sebab dari hari tu tak boleh-boleh.Pasai apa entah.

Kita letak gambar dinner la !

Dinner 6 Februari 2012.
Tema. Hitam,Putih,Purple & 4 seasons (winter, autumn, summer, spring)



Semestinya gambar kami bertiga!

*next time tukar la air coca-cola boleh?*





Roomates saya dua orang tu yang ala-ala Datin dengan Najwa Latiff HAHAHA. Kiri sekali tu budak sesat je.Eh takdalah...gurau-gurau .






Semangat tulis note kat papan belakang ni tau !


Thats mine!



Ni bukan katil momo!
Tapi saja nak ambil gambar latar belakang putih =.="
Sekali ada katil daaa~

Tu bunga tahi ayam ke?konpius.



Bilik ni cuma terlebih barang je hehe
Thanks Mira yang sudi ambilkan gambar kita.huehue





Masuk entrance nampak snowman! woahhh
Bila tengok gambar ni balik baru perasan ada snowman kecil rupanya.hehe comel je.




Ini lebih jelas !
ada 5 ekor si kecil


On the stage with Sally
Zoom kat cake cepat!



Yeay! Thanks untuk adik-adik junior yang bagi kitaorang cake sempena semester terakhir ni.Tak sangka betul . Thank you Thank you.
Hari yang sama juga birthday salah seorang dari kitaorang.kejap nak cari gambar dia.



Haa si kemeja la birthday boy.



Part 6 DIA & DAIS
Ramai kan?Nasib tak runtuh stage tu.
*Sila cari momo*



Gambar terakhir
v
v
v
v
v
v
v
v

HAHAHAHAHAHHA
Hanya mampu gelak sakai sakai sakai


Perasan tak gambar Midah tak banyak?


notakaki: Sambung buat kerja.Bye Bye !

03 February 2012

Yeay ! Picture saya sudah terkeluar juga akhirnya


Tahu tak momo tengah senyum sekarang?


Korang jom senyum sekali meh meh.Tak yah la LOL LOL semua tapi muka ketat macam skru kat pintu gerbang. Hiiiii~

Sebenarnya,
Momo join 1 agency ni, and momo rasa semua tahu kot agency ni.
untuk suka-suka sahaja.

And tonight baru picture tu keluar kat FB.

HAHAHA

Kelakar tengok muka sendiri nak dibandingkan yang lain, huuuu~

Nak tahu ke yang mana momo?

Haaa..siapa yang tahu muka momo yang mana satu mesti jumpa !
Kalau jumpa cepat beritahu momo tau!

Excited?

Eh mestilah excited bila tengok muka sendiri kat situ.

Korang nak juga ke muka korang keluar kat situ?

Senang je.


and send your GORGEOUS pictures to dzms.agency@gmail.com.

Make sure yang cantik-cantik tau.So nanti da terpilih boleh posing yang dasyat-dasyat lagi.

Jangan macam momo, 1st time indoor rasa kekok and blurr.
HEHE momo tak kisah pun.


notakaki: Selamat Maju Jaya!



Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN