click click

ikut momo jom

06 June 2012

1s time kerja 2 hari

Teheeee....
Momo sangat la nak kerja..teringin sangat..so bila da balik rumah tanya asu nak datang tak rumah? Sebab selalu kalau momo balik asu ni akan datang umah la lepak-lepak dengan anak saudara dia yang gojess tak gojess ni. Tapi dia cakap kerja tak boleh datang, kena buka booth kat picc, Putrajaya. Hari apa tak ingat tapi yang pasti weekend masa hari belia tu.
Bermula la texting texting texting texting texting texting macam lagu Aliff Aziz 'poking poking liking liking tagging tagging' dengan asu cakap nak ikut hapee la semua kan.Bosan duduk rumah. Malam tu juga tanya umi boleh tak nak ikut asu and umi bagi green light.Fuyooo~

Pagi esok tu bangun awal pukul 5 pagi.
HAHAHHAAHA
Semangat kot?
Da terjaga nak tidur balik memang susah lah.
Bila asu da sampai pagi tu terus gerak WITHOUT having BREAKFAST. Berlagak konon kat sana nanti boleh beli makan.
Bergerak la kami dari rumah...yang pasti masing-masing tak tahu jalan sampai sesat masuk betul-betul KL eventhough umi and ayah dah bagi direction. Nampak sangat dua-dua tak pernah amik kisah pasal jalan. Tau-tau da sampai je kalau ayah yang bawah.

Bersusah payah asu drive, momo tau cakap je..kiri kot?kanan kot? HAHAHA tak membantu langsung kan?
Sampai la juga  di Putrajaya....Alhamdulillah..Cuma nak cari jalan ke PICC je la.Cari signboard je..Bila da jumpa jalan boleh pula tutup? Sebabnya ada orang buat larian. Haihh Dugaan..
Lama juga stuck kat situ dengan adanya 2 kereta yang sengit otak pemandunya tak bagi kereta kitaorang masuk.Nak juga rapat-rapat dengan kawan dia yang depan tu.
Asu memang otai laa dia himpit balik kereta tu.HAHA Peduli apa dia kereta dia ..Budak 2 orang tu da keluar tingkap da tengok takut bergesel la tuhhh sebab guna kereta pinjam kot?? Lepas tu 2 kereta ni main hon hon pula kat kereta lain... Sabar je la.. Nampak sangat perangai macam apa je. Menggelabah..

Bila fikir balik kitaorang ni memang gila la kan cari pasal dengan budak laki 10 orang..ngeee nasib baik tak jadi hal lain.
Sebab pasal jalan tutup tu lambat sedikit sampai..tu pun lepas da ada orang bukakan jalan. Lega.

Sampai kat picc, terus pergi booth and start berniaga !

Seronok, teruja semuanya ada..Perasaan yang sama masa tolong atuk kat kedai runcit dulu..Rindu dengan perasaan tu :(
Dapat berjumpa dengan orang macam tu..macam ni..

Dengan cara macam ni momo tak kekok nak communicate dengan orang luar..keyakinan diri bertambah-tambah..pewiittt.cayalahh.
Sambil kita menjual sambil kita mengusha barang juga, tup tup tup momo rembat skirt labuh 1 untuk diri sendiri.Berkenan sebab dia beralun-alun.Cantik dan lembut kainnya.

Okay.Cakap pasal makanan, hari tu momo tak makan sangat..makan karipap and french fries sahaja maka energy pun kurang, mula rasa pening-pening nak demam badan pun letih-letih..Balik pun malam 8 lebih baru selesai. Itupun asu kata tutup awal da kira ni kalau tak selalu lewat. On the way nak balik rumah dalam kereta momo tak banyak cakap. Asu da risau da. Sebab pelik momo diam. Dia tanya okay tak..Momo cakap okay je cuma lapar sangat nak cakap pun tak larat. Tu yang cepat-cepat singgah KFC makan kat situ. Selesai makan pun momo diam lagi dalam kereta dan terus pulang... Dalam hati esok taknak da datang kerja. Penat.

Macam tu la momo, lambat sikit makan mood sedih sampai la...tak sedap badan la apa la..time puasa pandai pula behave kan..ish ish

Tapi malangnya bila da sampai rumah 11.30 malam, dapat pula mesej dari tokei katanya ajak ira sekali esok sebab tak da orang jaga booth.
Tak ke sentap hati ni..da cadang esok nak golek-golek atas katil sekali kena pergi kerja daaa~

Hari ke-2
 Sesat lagi tapi kali ni di Putrajaya. Jalan tutup la apa lagi..Pusing punya pusing tak jumpa-jumpa juga jalan sampai termasuk kat perhimpunan belia di dataran, usah kata lah jammed teruk ! asu pun da pening-pening lalat, nak taknak momo kena take over untuk drive. Cuak toksah cakap la..da lewat kot..kol orang tu, kol orang ni..yang orang ni tak angkat-angkat ...siap turun tanya orang lagi..jalannya tetap tak jumpa sebab tutup. Grrrr...lepas tu momo pergi tanya seorang makcik ni sekali indon daaa...tapi takpelah tanya je la kot dia tahu.Lepas tu dia suruh naik bus no sekian sekian..Aduhh makcik kan saya naik kereta ni.HAHA takpelah terima kasih terus ciao...

Lewat lewat lewat..yaaa sungguh lewat. T___T

Lewat pun takpe la, janji kerja jalan dengan sempurna dan ikhlas. oh yaa! hari tu momo pakai skirt yang dibeli di booth dan ramai yang berkenan.HEHE

Makanan memang da bawa bekal murtabak maggi and bihun goreng.Sedap...Tapi asal bukan tuppeware je customer datang LOL... customer perlu diutamakan.. :)

Lagipun disebabkan momo ada makanan and sempat makan kenyang-kenyang badan terus bersemangat waja!!!

Okay ini lah cerita pengalaman momo bekerja buat pertama kalinya selama 2 hari. :)

Nanti da lama-lama momo nak baca balik entry ni...
















0 comments:

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN