click click

ikut momo jom

08 November 2010

Lelaki macam mana suka sakit kan hati perempuan?

Wahai kaum lelaki yang kacak.hensem.gagah lagi perkasa.tahu tak momo selalu tertanya-tanya kenapa lelaki ni suka mengambil kesempatan atas perempuan yang lemah? Momo tak kutuk kamu dan kamu serta kamu.ini pandangan momo.

Lelaki sepatutnya menjadi pelindung untuk kaum perempuan yang lemah ini. Jangan ingat diri kamu tu kuat kamu mampu buat apa saja ke wahai lelaki?

Lelaki sepatutnya jaga hati perempuan yang mudah rapuh ni bukan?

Tapi kenapa bila da dapat kamu hancurkan hati si perempuan ni.hendak balas dendam? Tak baik la.. perempuan ikhlas sayang kamu cinta kamu.tapi apa yang kamu balas.sampai begitu teruk sekali.

Tak sayang kan perempuan ke sudah ada yang baru ke tolonglah cakap dengan baik.jangan nak smasshhh badminton je kerja.ingat hebat?

Mula-mula kamu ayat...ayat...ayat...bagi bunga.chocolate.i love you..you love me tak? I nak makan roti kita share berdua ok?honey kita amik gambar kat taman bunga nak tak?WAAAHH time ni macam dunia ni kamu yang punya.sanggup jadi mat bunga.tak kisah langsung kalau member dok perli-perli ka dok kutuk hang lagu nihh lagu tuuhh.kamu pekak kan je telinga.dalam hati sudah menjerit..lautan api sanggup ku redah gunung tinggi everest sanggup ku daki demi cintaku padamu ohh Kamiliiaaay!

Bila si perempuan merajuk.mula la susah hati dok langut je dagu tu dok pikiq lagu mana nak pujuk.pergi tanya kawan,pergi tanya roomate si perempuan ni,tanya kat semua bloggers,letak kat wall mukabuku tanya cara nak pujuk lepas tu siap pergi kedai buku nak cari buku rujukan.ok itu merepek.

Tapi sekarang.kalau si perempuan menangis.kamu buat tak kisah je.aduiih sakitnya hati.lempang laju-laju kang. Perempuan buat salah sikit kamu da nak mengamuk cam harimau hilang anak.hailaarh janganlah macam tu.perempuan ni sensitive.jagalah dia elok-elok ek?

Nasihat momo. Jagalah hati perempuan baik-baik tak kisahlah emak ke adik.isteri.kalau tak ada mereka ni siapalah korang. Hargai semua pengorbanan.tolong ikhlas sayangkan seseorang itu.jangan nak show off...ohh yeahh aku pun ada awek/balak la.ingat engkauu sorang je ke?akunye lagi macho/cute tau. Apa motifnya hubungan kalau macam nak tunjuk kat semua orang.tak ikhlas kan. Momo cakap ni pun sebab ianya terjadi di sekeliling momo.momo sedih bila perkara macam ni berlaku.seolah-olah ini satu permainan.perasaan bukannya mainan lego yang kita nak rumah kita bina.bila da bosan hancurkan lego tu. So renungkan la.

Notakaki: momo pun beringat untuk diri momo sendiri. Sebab momo taknak tergolong dalam golongan macam tu. Ingat kalau la sekarang kamu sakitkan hati dia esok lusa orang lain akan datang sakitkan hati kamu sebijik macam pernah kamu buat dulu.percayalah. maaf kalau ada yang terasa.entry ni juga ditujukan untuk perempuan.kasih sayang itu mahal.tidak akan pernah wujud ianya dalam bursa saham.huhu sekian.terima kasih.

Uhuhkss serious nye momo cakap.HAHA

5 comments:

zati said...

betul cakap kao tu momo :(

Rozuan Ismail said...

lelaki yang ego tinggi..

momochan said...

rozuan: lelaki ego tinggi susah..susah nak ngaku kesalahan diri.asyik die je yang betul all the times

zati:huhuhu

nayl said...

very like this post!=)

momochan said...

nayl: :) heee~

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN