click click

ikut momo jom

29 November 2011

Jualan Secara Online !



Buka mata buka mata buka mata...
Baca pelan-pelan


Momo nak tahu la kan ramai tak orang yang minat nak beli pakaian, beg and etc.. secara online?

Ada?

Tak ada?

Tak mengapa...nantikan kemunculan jualan secara online tidak lama lagi.Insyaallah




24 November 2011

Di manakah saya?

Haluuuuuuuu



Di manakah saya berada sekarang?


Saya berada di dalam bilik kawan saya yang bernama HAMIDAH nama glamour dia Midah babababooom!

Kenapa saya berada di dalam bilik Midah babababooom!?

Sebabnya roomate saya ada hal masing-masing dan tinggalkan saya kesorangan.
Eh saya yang malas nak ikut jadi saya merayau sambil bawa bear momochan ni sampai ke bilik Midah vavavooom! bukan babababooom! lebih masyuk bunyinya bukan?
Hehe

Disebabkan Midah babababoom mengantuk dan hendak tidur waktu ini.Eh tak pukul 9 lagi.ISH ISH...saya dengan rasa segan silunya mengonline di bilik beliau sambil menggunakan laptop hitam warna kegemarannya. Bukan saya ya,saya suka pink je.

Bestnya line dia laju! Boleh saya main game baking life tu.

Mulanya nak tengok Mr.Smurf dengan Monte Carlo tapi tak jumpa headphone.HAHA kasihan saya.

Tapi macam kejam je ambil barang sukasuka.
kuikuikui

takpe midah ....*penat nak taip nama glamour* kan baik dia da bagi permission.


Oh lagi satu kawan saya Sally on the way ke Indonesia.*da sampai kot*Wahhh! Untung kan dia?
Nanti Sally balik boleh suruh dia cerita.Yeay Yeay!

notakaki: Semester ni kena selesaikan 2 projek.Semoga berjalan dengan lancar.Amin



14 November 2011

Freshkon model search ~VOTE for her !!

Halllooooooo~






Haaa korang nampak tak gadis cun kat atas ni?

Okay, nama dia Elly Eleena..panggil Elly je.
Elly ada masuk contest
FRESHKON contest.

Contest ni hmm biasalah kena ada orang vote banyak baru boleh menang.

So nak minta tolong korang laa untuk vote kan untuk Elly ni.

I mean, she deserved to win kan?

Steps:
1. Log in FACEBOOK anda
2. tekan link ini FRESHKON CONTEST
3. Cari ELLY ELEENA yang berada di kedudukan ke-4 *for now*
4.Click ELLY ELEENA
5.Click VOTE
6.Sudah habissss :)

Oh bila da tekan FRESHKON tu korang kena approve la dia punya app tu ek. If not tak boleh masuk.heee~

Siapa-siapa yang rasa Elly layak untuk mendapat no 1.Sila vote seikhlas hati anda.

THANK YOU very much .



07 November 2011

Gua Tempurung, Perak

Hoorayy! Akhirnya ini entry baru sekian lama menunggu idea..
Last entry hari tu momo cakap ada nak pergi somewhere pastu teruja habis kan?kan?kan?

Weekend tuuuuu momochan pergi Gua Tempurung, Perak.
Untuk caving weheeehee.

Eh sebelum tu trip ni konon-konon nak suprise kan Mr.Ant la..kononnya la..
So berpakat la dengan seorang gadis ini namanya Tia.
Pakat-pakat-pakat-pakat-
secret habis ni taknak bagitau Mr.Ant pun momochan join.
Tapi malangnya, Mr.Ant pun sudah tahu pakatan rahsia ni !
Senang ayat, Mr.Ant & Tia lak yang macam berpakat nak kenakan momochan.
Zzzz Diri sendiri yang terkena.Aihh =.=" Geram.

Tak pa tinggalkan kegeraman tu kita pergi enjoy sudah!




Ohoiii~ramai dalam bus ni.Sangat pasar malam and kepala pening sebab kekecohan diaorang.
Belum tambah lagi yang naik dengan van.Fuhhh...

Tayar bus bergolek lebih kurang pukul 12.00 tengah malam. Haa..da nama pun malam kan mesti la tidur je.Tapi tak =.=" kepochi memanjang.



Sampai je sudah pukul 7 pagi. Yeay! Ingatkan we are the 1st tu arrived rupanya budak sekolah rendah lagi awal sampai.HAHA. Tengok diaorang berlari-lari sambil main headlamp.Heee~comel je da la semua ketot metot.Syokk je momo tengok dari atas bus rasa macam besar & tinggi je.

Udara kat situ wahhh sangat Fresh! Udara yang selalu dapat bila balik kampung je.Sejuk-sejuk macam tu.

From here we have to walk to the campsite.15 minutes nak sampai kot.Fuhhh~Tergelong-gelong la kaki ni hah.Lama tak jalan tiba-tiba jalan jauh menyusuri jalan kecil heh! macam nak menangis je.
Nasib baik Mr.Ant ada bersama.pewittt~HAHA Bukan apa kena la tunjuk saya awek tough and I don't need help from anyone tralalala.berlagak.Dalam hati menyumpah penat.

Alamak tak da gambar campsite pulok. Takpa-takpa korang bayangkan je kat situ ada tanah lapang then ada la tapak khemah kemudian ada pondok-pondok-pondok, ada toilet. Lagi best ada pokok durian! HAHA siapa yang pergi musim buah boleh la KOT minta kat tuan pokok durian.Nyummm~ Momo perasan pun buah durian tu kecik comel-comel je lagi.

Okay gambar di atas ni tengah jalan dari campsite ke entrance gua tempurung. Sangat excited betul sampai terlupa penat. Masa berjalan tu asyik berdebar je, keterujaan terlebih. Bila da sampai hambikk nak sedut oxygen pun rasa macam tak cukup.HUHU
Korang tengok van belakang tu..eee saja je taknak bagi kitaorang naik.Tak aci ! hehehe


Sebahagiannya yang bersemangat nak menerokai Gua Tempurung..



Nama dia Menon. Dia gunakan headlamp itu sebagai kamera dslr. =.="
Menon suka nyanyi waktu malam ketika nak tidur sampai momo dengar dan tak boleh nak tidur.

Dalam gua tu bagi momo mula masuk tu agak panas dan merimaskan juga. Tapi bila part tengok bentuk ada drumstick, wings,pregnant woman, jellyfish, osama, batu nisan! HAHA time tengok meremang bulu tengkok terasa macam ada benda je kat situ.ngeeee~ and banyak lagi la benda yang menarik.Comfirm mulut korang banyak kali berbentuk O . Best!

Bila kena turun slide pun best. Ingatkan tinggi sangat tapi tak tinggi mana pun. Kena turun seorang demi seorang so sangat melecehkan.Penantian itu memenatkan.
Lepas slide tu baru la lubang tikus. Kecik je lubang tu. Of course for me boleh lepas dengan senang.*angkat kening*

After lubang tikus barulah adcenture yang sebenarnya. Air ! yes! Berhadapan dengan air sejuk pula.
Kena merangkak, meniarap, menunduk, jalan itik,berenang.And memang baju korang akan basah teruk.Perghh dalam keadaan yang samar-samar gelap tambah pula air sejuk, memang menggigil tangan.

Headlamp sangat penting ketika berada di dalam gua ni.!

Selepas 2 jam 30 minit akhirnya dapat keluar dengan bangganya..Rasa macam tak puas nak pusing pergi buat balik.HEHE~ Sebenarnya tak merasa langsung pun 2 jam tu rasa macam kejapnyaaaa...



Muka-muka yang keletihan dan kegembiraan


Balik la ke campsite dengan berjalan kaki 15 minit lagi. Eh ! kat campsite tu bukan je ada pokok buah tapi ada juga air terjun erm air sungai laa kiranya.Air die ngeee sejuk segar and jernih! Boleh nampak ikan lagi...walalala~ tapi arus dia sangat deras and batu tajam.
Kaki momo pun tercedera sebab kena batu tajam.

Sebabnya main lumba-lumba tarik orang dalam air melawan arus.Memang tak ada kerja kan?
No pain no game laaaaa...


Ni bahagian cetek tapi laju airnya. Budak-budak kecik kena ada orang besar jaga sebab momo yang besar ni pun senang-senang je kena tolak air. Haihh..



Eh kenapa semua serba merah? Baru perasan.
Yeap bukan sahaja Malaysian kat sini mata korang tak silap.Tehee

Waaahhh..akhirnya dapat juga update dengan jayanya..Rasa macam ada yang kurang-kurang tapi pejam mata la korang tau. Apa-apa pun ini 1 pengalaman manis untuk momochan bagi tahun ni. Insyaallah kalau ada lagi event diaorang buat and momo ada masa boleh la join lagi.

notakaki: Diaorang ada pertandingan climbing tak lama lagi.
Bila la nak pandai climbing ye momo? huhu..

belajar masak kat tv pun da cukup okay

Okayyy you see sekarang ni sudah bermacam-macam program memasak ada.Dari traditional hinggalah ke ala barat !

Sudah bosan hendak mencuba resepi yang sama seperti telur goreng, telur goreng kicap, telur goreng sambal? Dan inginkan perubahan dan menjadi master dalam masakan?

Ahaaa...

Mari kita menonton MASTERCHEF! Yeay!

Ahh siapa kata orang Malaysia ni hanya tahu buat program sahaja?
Kita kena tengok dari sudut positif okay. Kalau rancangan ni kita dapat mempelbagaikan lagi resepi yang lagi bagus dan lazat. Malah dapat lagi belajar skill-skill yang lain contohnya cara hendak memotong seekor ayam dengan betul.

1st time tengok macam waahh! Ini bukan rancangan semata-mata masak, tersingkir, kalah and menang. BUT..kita sebagai penonton pun secara tak langsung dapat belajar.
Macam ayam tadi la.Selalu beli kat kedai da potong kecil-kecil kan? Ini pula...jeng-jeng-jeng hamikk dia bagi seekor pastu masak.
Gasak la korang yang tak pernah pegang ayam mentah tak berbulu tu.hehehe..


Lepas tu kita kena fikir cepat 'what to cook?' 'what should I do' etc etc.. I mean, aishh memasak ni pun nak kena cepat, lepas tengok bahan je terus kena idea sebesar mentol kecil menyala atas kepala tu. Kalau lambat, terkial-kial macam momo ni memang harapan la kan dapur tak berasap.

Cakap banyak pun tak guna baik korang sendiri yang pergi tengok dan praktis banyak-banyak bagi yang nak kahwin tu baik perempuan mahupun lelaki juga !



Gonna watch #MasterchefMY to improve my cooking skill !!

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN