click click

ikut momo jom

27 January 2012

ini serius last sambungan :)

Suara nyaring..

Mimi and Momo *eh nama nak dekat je* dengar ada orang jerit. Momo assumed ada orang tengah terima rawatan.Kena cocok bontot guna jarum.Itu yang bermain dalam fikiran momo.
1st time woohhh orang jerit time kita tengah tunggu giliran.

Tengah dup dap dup dap nama pula kena panggil masuk bilik no 2.
Seret kaki.seret kaki.

Doctor tanya :Ya.Cik Nadhirah sakit apa?
Tak sempat duduk dia da tanya soalan.
Momo: Ni haaa kuku tercabutlah.
Tunjuk kaki yang berbalut dengan tisu =.="
Doctor: Ohh yang ni kena cabut ni.
Momo: Ha? Cabut?? Ehh sakitlah.
Doctor: Kejap je.Tak rasa sakit pun.
Momo: Mati aku Mati aku (dalam hati)
Doctor: Kejap nak ambil ubat bius.Kita buat kat sini jugalah.Bilik satu lagi penuh pula.

(Doctor keluar..Momo cepat-cepat panggil Mimi masuk suruh temankan)

Momo: Eh doctor pergi ambil bius la.Bius tu kena cucuk ke?? *muka memang pucat*
Mimi: *tak ingat la mimi cakap apa.sorry*
Momo: Doa-doa bagi doctor lambat masuk .Takut ! Die cucukcucuk ..

(Masa ni tak payah cakap la.Kalau boleh putar masa.Memang nak putar balik then duduk diam-diam atas katil bagi kuku kaki tu tak tersepak mana-mana lagi)

(Time ni juga doctor masuk)

Ciss..Luahan hati tidak dimakbulkan. Serious kejap lagi doctor ni kalau pengsan nak ajak Mimi lari keluar. (penakut!) Otak tak betul apa kes doctor ni nak pengsan?

Doctor: Duduk atas katil tu.
Momo: Ahh yee okay. Seret kaki seret kaki
Mimi: Eh doctor.yang jerit-jerit tu kenapa?
(Doctor da bersiap-sedia nak lakukan pembedahan.Mata momo dok jeling-jeling dalam bakul besi tu cari jarum ada ke tak dan ye! Jarum tak ada.HUAHUA)

Doctor: Tu haa budak-budak balik dari kem.Pelesit la tuh. Kalau rasa nak jerit..jerit je.
Mimi: Ohhh
Momo: (Pelesit tu amenda laa) OkayOkay.

(Ambil tin botol terus spray atas ibu jari yang da tak ada rupa)

Doctor: Ni sejuk je.
Momo: Sakitlah..Sejuk sikit je. *mumblingmumbling*

Doctor: Okay nak cabut ni kejap je tahan sakit ek.

Time ni momo da peluk mimi kaw-kaw da.Pejam mata.
Sakit dowhhhh...
Menangis babeng babeng da.Control memang taklah, pedih kot.Siapa pernah kena tahulah rasa dia macam mana.

Doctor: okay da siap..Kejap je.Dia kuat kan.

HAHA kuat?Lawak je doctor ni.

Mimi tukang pujuk suruh tahan.

Momo risau kejap lagi ada yang kena tendang je nanti. Pegang kaki sampai menggigil.

Then letak ubat, letak kapas, balut dan settle !
Dapat MC 3 hari.
Ho yeahh!
Test memang tak pergi la kan.Kena postpone, nak pergi dengan terhincut-hincut?

Duduk la dalam bilik 3 hari,orang pergi kelas kita buka buku belajar sendiri.Hueee

* Yang pasal menjerit tu ada 2 orang.Budak tu kena histeria. Tapi pelik kenapa kena bawa pergi UK? UK kan tempat orang lemah tak sihat, kang tak pasal-pasal merebak nayaaaa je.
Hari tu pun lama juga jerit.Tak tahu la settle macam mana.Rasa panggil ustaz datang tengok.

Tengah hari, Senja memang waktu kemuncak kan?

Nasib baik tak ada apa teruk sangat.

Okayla ini sahaja cerita ataupun pengalaman kena cabut kuku kaki.
Terfikir kalau mengandung then nak dapat baby mesti laaaaaaaaaaaaaagi sakit kan?

notakaki: Kapas sudah dibuka harini.My roomate tolong bukakan. Dari Rabu pakai Sabtu baru tanggal.Sebab da melekat kuat kat isi. T___T

















Ketika di UK

HEllo !
Ini sambungan dari last entry punya.
Da kata nak sambung di UK kan..*Unit Kesihatan bukan Ulu Klang mahupun United Kingdom*

Momo pergi UK naik motor dengan Mimi. Pergi masa pukul 2 petang. Panas terik kat atas dari matahari tak usah cakaplah.
Masuk UK pula ramainya orang.Musim sakit ke apa? Usha muka seorang-seorang ehh takdalah ramai muka pucat-pucat pun.HUHU
Sakit lain kot.Abaikan.

Tengah duduk sambil duduk menonton cerita Indon.HOi ! Cerita Indon dia pasang?Ngekk betul lah..Tengah panas pasang cerita Indon nangis-nangis pula.Apa kes? Pasanglah channel masak-masak ke, menarik jugalah perhatian.Ini? Hmmm Sorry to Say Sorry to Say.

Okay sambung baik,tengah duduk tu tiba-tiba ada suara.
Suara?
Suara nyaring.

*IKLAN*

hehehe~


26 January 2012

Kisah pertama saya




Morning!

And Selamat kembali bekerja untuk semua :)

Pagi ni duduk seorang-seorang dalam bilik tak pergi kelas. Rasa bosan pula kalau tak pergi kelas.Selalu time kena pergi mesti berharap lecturer batalkan kelas.Tapi hari ni tak payah pergi kelas selama 3 hari bermula dari semalam.Sebab dapat surat cinta *mc* dari doctor yang baik hati. Thanks doctor !

Kenapa pula dapat cuti?

Orait semalam tengah hari, bangun dari katil untuk ambil buku sebab nak study.Bila da amik tu elok-elok la landing dalam keadaan meniarap.*pesen nak baca buku memang macam ni.gaya pemalas*
Kaki pula elok memberi hentaman ke atas katil dengan kelajuan maksimum.
Kononnya atas katil la mendarat.

Tapi mendarat elok atas kayu katil. Dan berbunyi lah 'Prakkkkk' *Ini roomate momo la dengar bunyi*

So disebabkan momo ni clumsy selalu langgar benda dalam bilik ni.Ingatkan lebam macam biasa la. Sakit pun still control.

Terus bangun and duduk atas katil, tengok kaki.

Woahhhhhhhh...

Kuku ibu jari terkopek sepenuhnya? *Masih tak percaya sampai sekarang*

TSk TSk time tu la rasa nak meraung and sakit berganda bila start berdenyut.

Beb ! Kuku u tercabut okay? TERCABUT dari tempat asal.HOmaigaddd ini kes pertama berlaku to me!

Cuak dowh! cuak dowh!

Keadaan dalam bilik semua orang tergendala study sebab kemalangan kecil ni.
Panic muka masing-masing.

Nasib baik la berdarah tapi tidaklah sampai mengalir keluar.

Chah, roomate hulurkan tisu dan ubat gamat.

Terketar-ketar tangan ni tak tahu nak buat apa.Masing-masing pun tak tahu apa yang perlu dibuat.
*Bila ingat balik rasa kelakar je *

Then jiran sebelah, Mimi masuk bilik and bila tengok dia offerkan diri nak hantar ke Unit Kesihatan UiTM (UK) dengan naik motor.

Lega..

Cuma kena tunggu dalam sejam kot, sebab berlaku time lunch so mesti la UK tak buka lagi.
Sangat seksa bila kena tunggu.

Next entry momo cerita kisah di UK pula okay?

Doakan saya semoga cepat sembuh supaya dapat ke kelas seperti biasa.Thank You.

notakaki: Laparnya nak makan kena tunggu lunch Sue tolong belikan.HUHU KAsihan pesakit macam ni nak jalan pun tak boleh.

19 January 2012

Yang bakal berkahwin rasanya tips ni bagus kot?

This is not about SEX

Otak kuning memang tak boleh nak buat apa la kan?

Tapi yang momo nak cakap pasal tips ni ialah

PELUKAN

yup hug !

Semua suka hug and di-hug kan?

Hug member-member, your parents, your grandparents.

Momo suka hug bear momochan heeee~
Roomate memang suka ugut nak culik momochan.wuwuwu T__T
Kasihan saya okay?

Well, korang bacalah tips ini ya.Momo dapat ni pun dari blog kak sofi

It's a good thing to share you know..Lagi-lagi mana yang da berumur 20-an tu bersiap-sedia la untuk perancangan masa depan masing-masing.

Nak baca? Click HERE

Thank you.Bye!

notakaki: Ada test esok petang (jumaat) Doakan momo dapat jawab yang terbaik.Sabtu pagi pula sudah pulang ke KL. Happy Chinese New Year !

16 January 2012

CARA MUDAH BELAJAR LOGHAT TERENGGANU.


I'm so excited bila masuknya bab-bab Terengganu ni. HEHE
Lepas da baca semua ni, rasanya some of words macam Kelantan juga la kan.
Ada yang tak pernah dengar pun ada.
Ada yang pernah dengar ingatkan bahasa 1 Malaysia la kononnya rupanya leerr ganu rupanya.HUEHUE
Contoh, nganjing maksudnya mengejek.Bahasa biasa pun mengejek juga kan?
Tapi apasal momo dok terbayang anjing pula ni? 0_o

OKAY silalah baca dan sebut dengan BETUL. Kalau salah korang belajar sampai dapat.

Momo da baca and tak habis sebab penat mulut cakap. :p


se - satu
duwe - dua
tige - tiga
pak - empat
lime - lima
nang - enam
tujoh - tujuh
lapang - lapan
smilang - sembilang
spuloh - sepuluh
pisa - pisau
korang - alat kukur kelapa
sik agang - nasi dagang
payyang - tempayan
Senyung Sokmo - Senyum Selalu
maghi sokmo - datang selalu
manih leting - sangat manis
masang rebang - sangat masam
pahik lepang - sangat pahit
gi selalu - pergi sekarang
dok dang starang - betul-betul tak sempat
sapok jauh - sangat jauh
panah so oh - panas (bahang matahari)
panah sang - terasa sangat panas (marah)
panah ketik - sangat panas (api)
panah ketik/panah dering - sangat panas (api/cahaya matahari)
sejuk siyat/sejuk ketto - sangat sejuk
'gugha bewok - bergurau yang melampau (boleh menyebabkan pergaduhan)
comel lote - sangat comel
putih slepput - sangat putih
itang legang/itang bletung - sangat hitam
punoh jahanang/ punoh ranoh - rosak teruk
kelecak baghak - terpelanting
nipih nayyang - sangat nipis
sekat neting - sangat singkat (kain)
sepoh woh - sangat bersepah
guaner gamok? - Apa kahabar?
guaner balah? - macam mana?/apa cerita?
tak dok guaner - tak ada apa-apa
tak mboh eh - tak nak lah
nawok - tipu
pelawok - tipu
nakok pahik - sangat penakut
kona lepe - corner baring
taik ayang muna - tahi ayam cair (warna coklat)
gateh/gohek - kayuh basikal
seghabuk perok - stress/tension
busuk bango/busuk kohong - sangat busuk (bau)
Mak Nga - cuai
babei - degil
belebe beghong - membebel (kuat membebel)
plastik ghokghak/jabir/ghajuk - plastik
ranggoh/kedaghoh - makan dengan gelojoh
jereba - terkam
kellong/plekong - baling (contohnya baling batu)
Hungga - menerpa
Nellah pale bau - gelecet/kerkopak kulit kepala bahu
maha ge bedil - mahal sangat
takdok aghoh - habis ikhtiar
mamoh - kunyah
khekoh - gigit
buleh pekdoh - dapat padah
seppoh woh - bersepah-sepah
puah - boring
puah sang - keboringan
kekgi - kejap lagi
bedo'oh - lebih-lebih
bodo do'oh lalu - sangat bodoh
kehek - keluarkan semula dari mulut gemok
debbo' - sangat gemuk
dok rok meppeh - sangat2 tak larat
dok rok cettong - tak bo leh diharap
kepeh blepeng - sangat kempis
lapo perot - lapar (kata berangkai2, bila lapar, mesti selepasnya kena ada perut)
ngatok mate - mengantuk
bahang rambang - mengarut (contohnya buat kerja tak ikut prosidur/tak teratur)
takdok arroh - tak ada daya dah
awok-awok mung - kawan-kawan awak
puwok-puwok mung - kawan-kawan awak
sabboh doh - sesuai dah
dok sabboh -tak sesuai
besor jereguk - sangat besar
penoh nembok/penoh rumbu - sangat penuh sampai melimpah
kuruh kering - sangat kurus
kecok - korang tengok kalau org sakit sebelah kaki mcm mana dorg berjalan.. itu la dinamakan kecok
gege- bising (org klate pun panggil 'gege' gak)
suke glekek - ketawa yang teramat (menunjukkan sangat happy)
dulli mung - apa kau peduli
hok tule - yang sama
supe tule - sama
besor bapok - sangat besar
besor gong - sangat besar
kece' tuwek- sangat kecil
rengang lepong - sangat ringan
ketik nyyamok - digigit nyamuk
kkatok wong - maksudnya katak la..yang "wong" tu adalah bunyi katak...haha...
dok tau starang - tak tau langsung (starang tu perkataan menguatkan perkataan 'tak tau')
agah - sombong
biar soheh - biar betul/ biar confirm
soheh dok mung? - kamu pasti ke?/betul-betul ke?
ape ke jadoh mung ning - apa ke hal kamu ni
takdok pekdoh - tak ada guna dok
auu gok - tak tahu lah
auu - tak tahu
bape yya - berapa rial (berapa ringgit)
anguh lettong - sangat hangus (sampai hitam)
bata golek - bantal peluk yang panjang
anok branok - anak beranak
boloq woq - serabut (keadaan)
serabut perok - sangat serabut (perasaan)
bahang/tibang/godang - pukul ppuang - perempuan
jluwah - comot
culah - cuai
cekik - cubit
kutir - cubit yang menyakitkan (cubit halus)
cobek - cuil (contohnya cubit kuih sedikit)
iseng - gila
ikang aye - ikan tongkol
keloh - berkelah
tunggu tor - tunggu kejap
kupik/taik idong masing - kedekut
ngerek awek - bawa awek
lembek - tilam
atah lambo - atas beranda
atah retok - atas titi
meroh merang - sangat merah
musing ligak - berpusing2 dengan laju
musing ketang - berpusing (seolah-oleh pening)
ngoyang - meroyam
nyekik - menyampah
nyakik nyamang - jaga tepi kain
nye nyeh - mengejek (dalam bergurau)
nganjing - mengejek (lagi kasar dari nye nyeh)
nisang - gula melaka
skek - sikit
sejik - masjid
bala soh - surau
sekuk meri - biskut merrie
sorok - laci/drawer
tawo hebbe - sangat tawar
tohok - buang
pendek keto' - sangat pendek
se'eh perok - sangat kenyang
boyeh - buncit
senyak tuppah - senyap sunyi (tak ada bunyi langsung)
wak per pulok - sebab apa pula
tinggi sayuk - amat tinggi
beso jallo - sudah besar/dah dewasa (orang)
kecik tuwek/kecik tuek - sangat kecil
pucak lesi/pucak kesi - sangat pucat
bising bango - sangat bising
hudoh sepang ko' ong - sangat2 hodoh
tupol glebek - sangat tumpul
glebek nyeng - gatal (mcm mengada-ngada la)
gelak guguk - sangat gelap (tak nampak apa)
woh hulu - kueh bahulu
tubek - keluar
derak - keluar berjalan-jalan
keleik - balik
kelek wak lari - kendong bawa lari
beng ikang - van yang bawa ikan
kalang - pensil
wang esang - duit pemberian jkk,,,,hikjkjkjkjk

Semput ke korang?HEHE eh korang tadi apa maksudnya? Ok scroll balik. Okay ALAT KUKUR KELAPA. yang versi lama kot macam naik kuda tu... HAHA macam comel je kan?kan?

Aduhss ni kawan momo, Bunny la ni.Dok cakap pula pasal keropok lekor.Aiyaiyai teringin sangat! Keropok lekor Terengganu sangat fresh dan lazat !!


13 January 2012

Where did I go last weekend?





ME

HAHAHA Angin kuat hokeyyy..
KL tak dapat la angin laju-laju macam ni.
Memang susah nak dapat rambut mengerbang terok macam ni.

Maka bermulalah cerita saya...



SUE



AMMAR






Don't know why but I love this picture.
Maybe her face looks so pure and innocent? Maybe?



Oinkk Oinkkk







Tasik Semeling



Bergambar di hadapan Giant, Kedah.
LOL LOL
I' ve no idea why kitaorang singgah sini. teheee~




BAWAH :
WARNING: MAke Sure anda tidak lapar ketika ini!


Singgah di Le Boss untuk makan malam bersama.
Area Kedah ye.

Semuanya berharga RM 10.90 *macam tak percaya bukan?*
tidak termasuk air minuman.

Amar punya ni macam pelik sikit kot tiba-tiba ada nasi.Perut makan nasi kot agaknya.Tapi yang penting ayam dan nasi dua benda yang boleh mengenyangkan perut tahap lama.Heee~


Faizah pilih yang ini, simple je nampak tapi sangat mengenyangkan perut anda.



Ana punya ni ada salad and french fries.Banyak kan?Huihhh sodapp!



Ini Sue punya.Sangat marvellous okay.Banjir gituh style dia.



Mine ! Mine ! Sedap hokayy..Cuma coeslow tu patutnya letak mayonnis lebih sikit tau taukey.



SUASANA RESTAURANT


Mereka berdua tenggelam dalam warna merah garang.Aummm~



Before we eat lets heeeyooo with the picture.
Snap ! Snap !
*malu sebab pekerja restaurant tengok kitaorang macam jakun*



The decoration that makes my heart melt.
Suka sangat !



ANA

Posing dia mak aihhh...selalu lari-lari dari camera sangat mai kat momo puffff 360' berubah.
Hue Hue Hue

Next time kita ambil picca banyak-banyak lagi okay !


Can you see my eyebag? 0_o"




Laluan ni sudah tutup tapi kitaorang muka tak malu main lalu je.




FAIZAH





1 kereta 5 orang..lagi seorang kena paksa ambil gambar kitaorang.
Kereta yang kitaorang naik adalah hak milik kekal Amar.
HOHO
Terima Kasih la bagi kitaorang naik kereta baru. :)



Candid picture taken by my cellphone.
Lawo la juga kan?
Oh memang diaorang ni pasangan kekasih pun.teheee~




Cerita ni sebenarnya dari bawah ke atas patutnya la kann..yang pegang kipas tu time da nak balik kampus da.HEHE tapi takpelah ek..layan saja.zaaaasss~

notakaki: Happy Chinese New Year !

02 January 2012

Cuti mid sudah habis

Cuti Mid Sem sudah habis kena pulang ke Arau sudah.Ini pun pulang lewat sehari sebab ingatkan Perlis ambil cuti new year sekali tak amik daaaaa~
Hue Hue Hue

Apa-apa pun balik ni test dan test menunggu untuk dijawab! Ho ho Ho I'm so not ready.

Bawa buku memang takkan dibaca kat rumah. Standard la kan?

Okay semua student UiTM selamat pulang ke kampus masing-masing!


Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN