click click

ikut momo jom

27 January 2012

ini serius last sambungan :)

Suara nyaring..

Mimi and Momo *eh nama nak dekat je* dengar ada orang jerit. Momo assumed ada orang tengah terima rawatan.Kena cocok bontot guna jarum.Itu yang bermain dalam fikiran momo.
1st time woohhh orang jerit time kita tengah tunggu giliran.

Tengah dup dap dup dap nama pula kena panggil masuk bilik no 2.
Seret kaki.seret kaki.

Doctor tanya :Ya.Cik Nadhirah sakit apa?
Tak sempat duduk dia da tanya soalan.
Momo: Ni haaa kuku tercabutlah.
Tunjuk kaki yang berbalut dengan tisu =.="
Doctor: Ohh yang ni kena cabut ni.
Momo: Ha? Cabut?? Ehh sakitlah.
Doctor: Kejap je.Tak rasa sakit pun.
Momo: Mati aku Mati aku (dalam hati)
Doctor: Kejap nak ambil ubat bius.Kita buat kat sini jugalah.Bilik satu lagi penuh pula.

(Doctor keluar..Momo cepat-cepat panggil Mimi masuk suruh temankan)

Momo: Eh doctor pergi ambil bius la.Bius tu kena cucuk ke?? *muka memang pucat*
Mimi: *tak ingat la mimi cakap apa.sorry*
Momo: Doa-doa bagi doctor lambat masuk .Takut ! Die cucukcucuk ..

(Masa ni tak payah cakap la.Kalau boleh putar masa.Memang nak putar balik then duduk diam-diam atas katil bagi kuku kaki tu tak tersepak mana-mana lagi)

(Time ni juga doctor masuk)

Ciss..Luahan hati tidak dimakbulkan. Serious kejap lagi doctor ni kalau pengsan nak ajak Mimi lari keluar. (penakut!) Otak tak betul apa kes doctor ni nak pengsan?

Doctor: Duduk atas katil tu.
Momo: Ahh yee okay. Seret kaki seret kaki
Mimi: Eh doctor.yang jerit-jerit tu kenapa?
(Doctor da bersiap-sedia nak lakukan pembedahan.Mata momo dok jeling-jeling dalam bakul besi tu cari jarum ada ke tak dan ye! Jarum tak ada.HUAHUA)

Doctor: Tu haa budak-budak balik dari kem.Pelesit la tuh. Kalau rasa nak jerit..jerit je.
Mimi: Ohhh
Momo: (Pelesit tu amenda laa) OkayOkay.

(Ambil tin botol terus spray atas ibu jari yang da tak ada rupa)

Doctor: Ni sejuk je.
Momo: Sakitlah..Sejuk sikit je. *mumblingmumbling*

Doctor: Okay nak cabut ni kejap je tahan sakit ek.

Time ni momo da peluk mimi kaw-kaw da.Pejam mata.
Sakit dowhhhh...
Menangis babeng babeng da.Control memang taklah, pedih kot.Siapa pernah kena tahulah rasa dia macam mana.

Doctor: okay da siap..Kejap je.Dia kuat kan.

HAHA kuat?Lawak je doctor ni.

Mimi tukang pujuk suruh tahan.

Momo risau kejap lagi ada yang kena tendang je nanti. Pegang kaki sampai menggigil.

Then letak ubat, letak kapas, balut dan settle !
Dapat MC 3 hari.
Ho yeahh!
Test memang tak pergi la kan.Kena postpone, nak pergi dengan terhincut-hincut?

Duduk la dalam bilik 3 hari,orang pergi kelas kita buka buku belajar sendiri.Hueee

* Yang pasal menjerit tu ada 2 orang.Budak tu kena histeria. Tapi pelik kenapa kena bawa pergi UK? UK kan tempat orang lemah tak sihat, kang tak pasal-pasal merebak nayaaaa je.
Hari tu pun lama juga jerit.Tak tahu la settle macam mana.Rasa panggil ustaz datang tengok.

Tengah hari, Senja memang waktu kemuncak kan?

Nasib baik tak ada apa teruk sangat.

Okayla ini sahaja cerita ataupun pengalaman kena cabut kuku kaki.
Terfikir kalau mengandung then nak dapat baby mesti laaaaaaaaaaaaaagi sakit kan?

notakaki: Kapas sudah dibuka harini.My roomate tolong bukakan. Dari Rabu pakai Sabtu baru tanggal.Sebab da melekat kuat kat isi. T___T

















2 comments:

KAMIHIDUP said...

yang baca pun terasa sakit.

MOMOCHAN said...

Kamihidup:HAHA da nak baik da :)

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN