click click

ikut momo jom

08 March 2012

LANGKAWI part 1

(INTRO)


Langkawi...pertama kali kitaorang naik van Ummul ke Kuala Perlis dahulu nak naik feri.
Pagi tu lepas presentation lari terus balik bilik.Baju nasib da packing.Cuma bersiap untuk diri sendiri sahaja.Kelam kabut juga lah momo pagi tu.

Tunggu di mushroom untuk naik Ummul.
Macam-macam la jadi.
Bila Chah terlupa bawa duit yang da dikumpul ramai-ramai 10 orang. Digunakan untuk bayar penginapan,kereta dan lain-lain.
Itupun dah naik van lepas tu keluar balik naik motor pergi ambil.

Selesai.

Dalam jalan-jalan...

Tertinggal pula resit tempat penginapan T__T

Kena tunggu orang tolong hantarkan..

Nasib baik tak jauh.
Kemudian bermula lah perjalanan kami ke Kuala Perlis.
Tetapi tak setakat itu sahaja, ada masalah lagi
Time ni driver tu mengantuk.Sampai mata terpejam-pejam ni.Hukk alohh scary kot.
Da la bawa 10 orang gadis, boleh lak main lelap-lelap macam tu.
So kitaorang ni nak sedarkan pakcik tu, cakap la kuat-kuat, gelak macam orang tak bersopan.Adoiii bila ingatkan balik kelakar pula.


VAN UMMUL
Sebelum bergerak-gerak mestilah bergambar sesopan mungkin.



Kurang sedikit sopan terlebih hyperactive bergambar.Oppssy.


FERRY
Kan betul kehyperactive masing-masing jelas di muka.Masing-masing tak sabar nak mendarat di Pulau Langkawi. Focus kat budak kecik 2 orang tu.Alaa yang belakang momo la. Ehee~ itu budak seat sebelah tapi nak tengok laut punya pasal sanggup duduk sebelah member.Bagus punya budak kecik-kecik da rapat dengan stranger ek? Ho-Ho.


Trust me.Budak ni tak reti senyum bila bergambar.Eleh budget ko senyum Hot la kan momo? BaHAHA


Dalam Ferry ni momo tengok movie 'Hantu Botol Kicap' lebih kurang macam ni la tajuknya. Lepas tu lama-lama menguap sudah.Nak tidur tak berbaloi sejam je kot.Tengok laut memang nampak air sajalah.Pusing belakang kacau budak 2 orang tu.Ohyeah!


JETTY LANGKAWI
Belakang tu kedai mamak siapa suka lepak sana ha?Momo cannot go laaaa.oppsss sekali lagi.


Gong Xi Gong Xi


Akhirnya selepas sejam sampailah jua destinasi dituju.Cewahhh.

Maka ramai-ramailah berposing kat dalam tu sambil menunggu kereta sewa yang hampeh lama bobon.Serious banyak gambar ambil.Lepas tu duduk bersepah atas lantai sebab penat.
Nak kerusi pun tak ada.
Kang melepak kedai mamak tu kang tapi tak makan kena halau maunya 1000 tahun malu tak habis.Ku tak relaaaaa~

Sambil tunggu kunjugan kereta sewa yang entah bila nak muncul ni.Momo pergilah bakery nak beli roti.Perut lapar.Kasihan.
Elok beli je kereta sewa sampai.
Yeay!

Pesan Auto mau 2 la pakcik ! Dia bagi...
kereta Wira (auto) Saga baru (manual)
wira itu sangat la choiii buruk bangat dehhh.Saga manyak marvellous.
Dalam 10 orang ni cuma seorang je boleh bawa manual.
Ohmygaddd..Nasib baik ada.
Momo tak berani nak bawa manual.Ngeee~

So 1st momo naik la wira.Bukan 1st time baru nak naik wira, sebabnya kat rumah pun ada sebijik wira yang lagi kacak dan bergaya malah GAGAH dari kereta sewa tu.Bluwekkkk. Sayang kereta wiraku di rumah.muahmuah.HAHA

Wira ni err tak payah cerita la kot.Kasihan pakcik walaupun berniaga tak ikhlas.Nanti jatuh muflis ayoyoyo baru mau repair itu keretaka?Ceittt padayyaapaa la.

Tempat pertama yang kami singgah ialah stesen minyak.Ahaks.
Oh ya.Tingkap pemandu kereta wira bila da diturunkan tak dapat pula nak naik.Auchh kasihan kami mahu pula hujan rintik-rintik air bergelora. T___T
BUT.We are so lucky when ada pakcik ni offer pertolongan, maybe nampak kitaorang berusaha sungguh-sungguh nak naikkan tingkap masalah tu.

Lepas isi minyak tu berhenti kat tepi la nak suruh pakcik tu tolong. Rupa-rupanya kena free gear dulu then tekan minyak AUTOMATICALLY tingkap rosak tu naik dengan selamber yaya.Eh Eh senang je.LOL LOL. Terima kasih la pakcik tolong kami gadis-gadis ni yang errr kurang nak arif pasal kereta.HEHEHE



Alright sampai di sini dahulu ya kawan-kawan.
Nanti ada masa momo update lagi ya.
And terima kasih kepada yang wish birthday momo, 8 March 2012.HEHE *tunduk 90 darjah*


notakaki: Doakan momo supaya lebih semangat untuk buat revision demi final minggu hadapan!thanks! :)

notakaki: Kalau rasa nak letak comment banyak-banyak pun boleh juga. :D






3 comments:

syazana amira said...

best nya p langkawi ;)

Unknown said...

amboi, meriah momo ngan kawan g langkawi

MOMOCHAN said...

syazana: lepas final nanti pergilah langkawi

rozuan: yeapp terlebih meriah hehe

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN