click click

ikut momo jom

24 March 2012

LANGKAWI part 2

Yeay! Finally internet pulih dan laju seperti biasa. Boleh la update yang Langkawi hari tu kan.

From jetty gerak ke kedai makan berhampiran. Berhadapan dengan tasik kecik tu. So order la ramai-ramai. And I know makcik kedai tu tersengih kerang tengok rezeki bergolek mai kat kedai dia.HEHE.
Nasi dia sedap juga. But the price.Erkk mahal sangat. Mahal sebab apa, tengok menu harga RM4 air kosong tak tahu la berapa sen dia charge kat Langkawi ni. Tapi bila bayar RM 6-7 kena. =.="
pentipuharga betul.
Da la kitaorang student ni pokai2, konon2 choose nasi yang murah sekali bayar.
Astaga...
Kena tipu.
Momo boleh terima if dia letak harga kat menu da memang mahal, so kita tahulah mahal.Ini bayar.Aishhh..


Nasib baik sedap so malas nak cakap banyak.


Lepas makan moh bergerak ke motel. Motel berharga 1 malam RM140 kalau tak silap. Tidur sana 3 hari 2 malam boleh la kan.Share sama-sama.
Sampai je motel, solat and terus mandi lautttttttttttttttttttttt !
HAHHAA

Syok sebab motel ni depan laut je. Sangat bagus. Ombak dia pula memang tinggi !
Perghhh memang teruja toink toink nak terjun.
Tapi tak boleh lagi.
Sebelum mandi kena main game dulu.
Main teka-teka la hapaaa la.
Yang kalah kena tolak dalam air.Heee~ Part ni best bila yang taknak mandi pun kena tarik masuk dalam air.Datang jauh-jauh taknak mandi? Rugi okay.

Malam tu berjalan di kawasan Pantai chenang sahaja.Sangat seronok sebab macam feeling pelancong asing gituh.Cewahhh.Padahal melayu je semua.
Oh ya sebelah motel tu pun ada restoran,tak sampai 3 minit jalan pun da sampai duduk atas kerusi.Haaa betul tak tipu.

Kalau jalan depan sikit haaa sebelah dengan Akuaria.Masyukkk


Pantai Chenang di waktu malam





Plastic makanan banyak-banyak tu bukan kitaorang punya tau. HEHE



psstt~Ada blogger terserempak dengan momo tapi segan nak tegur. LOL LOL Next time kalau nak tegur, boleh tapi momo memang akan jawab sorry salah orang ni.HAHA.

Kemudian lepas cuci-cuci mata barang apa pun tak beli lagi.Just aim, 'ahh beli ni, itu, ini untuk sekian sekian sekian.Tapi esoklah' Balik bilik badan masing-masing da letih.Jumpa bantal teruss booommm dengan nyenyaknya. :)

Hari esoknya lebih mencabar perlu rehat sepenuhnya.







Keesokannya, ISLAND HOPPING bebeh!
Yeahh! siapa ke Langkawi tapi tak pergi Island Hoping, anda sangat rugi la.rugi rugi rugi.
Momo tak pasti harga dia sekepala berapa maybe around RM20 kot.Sebab member sebagai bendahari yang tolong adjust harga semua.



Under the pokok kelapak I will wait for you. Eh?
Under the pondok kayu I will wait for abang van. He?



Masa ni masing-masing sudah siap bersedia untuk Island Hoping :D Yahuuu!
Semangat ye siap awal-awal. Teruja katakan.

Tapi abang van kite lambat la.aishh menganggu jadual sahaja. Tak apa sabar ya..Biasalah janji melayu what to dance'do' kan? Sambil menunggu kita bergambar la.
Tersepakat langsung nak pakai baju hitam.Aigooo.. eh nak tahu tak momo pakai baju running man tau (show off sikit)
Before naik van tu each of us diberi sticker biru. Tu tak tahulah apa.Nak bezakan group kot senang abang boat nanti nak recognize. KOT?

Naik van dengan senang hati sambil sua muka kat tingkap nyanyi 'lalalala' kejap je da sampai.
Turun dari van da yeayy! boat ! boat !


Cantik kan? kan? tapi tengoklah awan mendung mak oii gelapnya...Hujan pun mula rintik-rintik.Err tapi bukan sebab momo 'lalala' tadi kan? huuuu~

Berteduh dulu kat bawah pondok yang da disediakan.Orang agak ramai tapi tidak la sesak mana pun. Menunggu boat untuk membawa kami membelah lautan.
Hati dup dap dup dap.
Seronok sangat sebab kalau hujan air laut kan ombaknya bergelora so ombak mesti la WOahhh WOahhh tinggi kan.HEHE

Ni gambar before naik boat.


Saya tak fake.
Tetibe la kan?


notakaki: 1 paper je lagi tinggal !

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN