click click

ikut momo jom

10 November 2010

Apabila melihat sikap peragut membuatkan semua orang phobia!!

Jenayah zaman sekarang kian menular.termasuklah meragut kecil-kecilan dan sehingga menyebabkan kematian. Bagi momo kalau kita perlukan duit pun tak perlulah sampai nak meragut segala apa. Itu duit haram jadinya! Tak salah rasanya kalau kita kerja sebagai pencuci pinggan belakang kedai makan pun.janji hasilnya halal dan diperolehi dengan hasil titik peluk kita.usaha kita sendiri.bukan secara express.

hukuman untuk peragut?hmm google kejap. Penjara je ek? Ahh hukuman potong tangan?waahh menarik. Ok da la malas nak google kita sambung cerita sebab momo rasa biar penjenayah macam ni kena hukuman yang setimpal nya.

Kenapa tiba-tiba momo cakap pasal peragut ni?pernah kena ke?

Yes.pernah kena tetapi bukan momo sebaliknya mak saudara momo.kejadian ni berlaku depan mata momo sendiri.

Waktu tu baru balik dari shopping.so tunggu taxi dengan bus satu pun tak ada.then we decided jalan kaki jela.sambil jalan tu usha la kot ada bus ke taxi lalu.tapi petang tu memang malang la kot bagi kitaorang.satu bus & taxi pun tak lalu.

Jalan punya jalan sambil sembang.gelak ketawa.seronok! momo pula dapat ice cream sebagai upah teman mak saudara shopping.momo asyik suap ice cream tu masuk dalam mulut tanpa hirau keadaan sekeliling.sambil mulut pot pet tanya soalan.one time ada soalan momo tak dijawab.senyap sunyi je.momo pelik.pandang belah kanan(menghadap jalan raya) mak saudara momo ghaib! Ehh mana pergi??momo bingung. Tercari-cari momo.akhirnya pencarian momo terhenti bila...

Terdengar jeritan suara perempuan. Momo alih pandangan dan MasyaAllah..makcik aku!!! Mak saudara momo kena apa?kena RAGUT dan dia DIHERET atas jalan tar dalam keadaan meniarap.bayangkanlah terseret dengan motor atas jalan tar.pedihnya tak terkata.barang shopping semua bertaburan atas jalan tar. Mujur tiada kereta di laluan tu lalu.silap-silap kena gilis dia.tapi lane sebelah kereta semua bawa slow.hanya memandang kitaorang.tiada yang datang menolong. Sadis sangat.momo sakit hati.

Apa yang momo buat time tu cuma jerit sekuat hati suruh peragut tu lepaskan mak saudara momo tu. Macam-macam bahasa kesat momo keluar.momo tak peduli orang lain pandang.yang penting nyawa mak saudara momo tu.yee momo kejar motor tu sekuat hati. Nasib baik time tu juga tangan mak saudara momo tu terlepas.rupa-rupanya gelang dia tersangkut dekat beg tuh.sebab tu dia tak boleh nak lepaskan diri. Dengan muka yang comot penuh icecream dan air mata momo tolong angkat mak saudara momo tu dan angkat barang-barang yang bersepah tercampak. Tiada orang yang tolong juga time tu.sedihnya rasa.ingat kitaorang ni tengah berlakon ke?

Nasib kami baik bila ada auntie cina tu offerkan diri nak tolong telefonkan mak momo suruh datang jemput.sampai bila-bila momo tak akan lupakan jasa baik auntie tu.

Akibat dari peristiwa ni.momo phobia untuk lalu jalan tu. Teramat takut bila lalu, kadang2 sampai menggigil. Tak lama lepas tu family pindah ke Italy sebab atas urusan kerja ayah momo. Lega sangat sebab tak payah lalu kat situ lagi. Bila da pulang ke tanah air ni terus pindah rumah.

It takes time for me to recover.alhamdulillah sekarang kalau lalu pun momo da boleh control diri. Cuba untuk lupakan tapi masih tak boleh.maka terpahat la kenangan pahit.

So bagi ladies di luar sana, minta tolong sangat kalau boleh jangan lalu tepi jalan raya...beg kalau jenis yang bersilang tu pun bagus juga.much more safe. Barang bernilai jangan simpan dalam beg. Dan kalau kejadian ni berlaku cuba ingat no plat motor dan jenis motor.laporkan kepada pihak polis terus walaupun harapan untuk dapatkan balik barang kita nipis..at least peragut tu mungkin dapat ditangkap dan dihukum secukupnya..itu jela pesanan momo.

WAAhhh banyaknya momo taip ni.HEHE...emotional pula petang ni.ok la momo nak study.tolong doakan momo dapat jawab dalam exam nanti.trimas.

Notakaki: benci dengan peragut!!!

4 comments:

rieyana ynn said...

wah...nasib bek makcik awk tak apa2...peragut memang jahat tak pikir pasal owg lain....:( study elok2 k...;d

zacky ~786~ said...

2la psl..
dulu den pernah kje pam minyk kt JB.. lps SPM.. !! then ada mamat motor dtg trus ragut beg tgn pmpn y brada dlm kete.. actually mse 2 laki die baru kluar msok dlm kedai .. tp pintu kete tak tutup.. ada pulak bini die kt dlm.. depa amik beg pstu trus blaa..
de dpt tgk live .. wt dan terakhir..
mmg bdoh la depa 2.. xde kje lain nk buat...!! haisshh ..

Rozuan Ismail said...

peragut sekarang ni ganas sgt..x kira tua muda..semua dia nak ragut..janji dapat duit..

p/s jom komen blog saya

momochan said...

rieyna : thx2...momo sgt study bersungguh depan lappy ni.hehe

zacky:wahh dalam kereta macam tu pn ada ke?gila betul.haihhh

rozuan: lain kali ltak rm1 ke rm2 je dlm beg.huhu

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN