Okay readers !
Diingatkan ini bukanlah entry Hari Raya.
Tapi ada la sikit-sikit nak hari raya.kehkehkeh..
*listening to Qalisha - 1 Januari* Siapa yang tak pernah dengar boleh la pergi ke Youtube dan taip sendiri. Lagu dia not bad juga.
Momo suka suara dia tu..perghh tak tahu nak describe macam mana.Nak kata anggun boleh tak suara dia? Heee~ Kalau kata macam Siti Nurhaliza?
HOOHO kejap lagi ada yang hentam momo pula.
Tapi korang dengar sendiri and describe la yeah.
Intro cakap pasal lagu pula. eishhh..
Nextnextnext..
Weyh tak tahu nak tulis apa la. Ni sebab da berzaman tak taip..orang pun boleh naik bosan kan?
Samalah macam tuan blog ni hah.
By the way sila lihat picture di bawah *buka mata luas-luas*
my little cousin, Niaz
Cun tak ? Cun tak? Grrr sengal .. Macam minta mengampu...
Well actually ni di waktu hari raya, di kampung, di ruang tamu, ketika rumah diserbu tetamu, ketika ruang tetamu bersepah dengan anak-anak kecil.
Eishh ramai pula tu..nyemak je shuuushhh shushhh.. kang ada yang terpenyek kan. HAHHAHA
Tapi yala kan..situation macam ni mesti jadi kat korang juga kan?
Ramai sangat datang dalam waktu yang sama kereta berderet-deret. Nasib raya kalau tak raya orang ingat nak datang meminang. Ngiahahha..umur 20 biasalah ceyhh ceyhh..Hangpa budak sekolah tak payah.HAHHA
Sudahlah kakitangan dalam rumah tu seciput ja.aduhh patah tangan kaki duduk naik tangga bawak dulang periuk belanga bagi kat tetamu. *haa mengadu-mengadu*
Dengan budak kecik and baby dok berlari, merangkak,meniarap,menelentang erm apa lagi. Haa siap main bola lagi tu! Tak percaya?
Buktibukti
Selepas dia bermain kuih raya seperti bola sepak inilah aksi yang berjaya dirakam.
Korang bayangkan la orang bagi kuih raya suruh bubuh dalam mulut. Dia letak atas karpet pergi sepak kuih jerit gol gol .LOL
Nasib kuih tu bapak segala keras tak pecah.HAHAHHA
Maka berguling-guling kuih tu macam kuch kuch hotak hey.Tau dek pembuat kuih nangis dia tengok kuih ni.
Derrr~
Tapi adegan ini tak lama lepas sorakan GOALLL ! GOalll! Sebab budak ni terpijak..then buat-buat pijak, lepas tu pijak errr akhirnya pecah berderai. Lalu terpinga-pinga tenung kuih tu.
Haihh sabor je la hakuu. Kena la kutip satu persatu debu-debu kuih tu. Takkan nak bawa vacuum sedut time tu kan? Agak-agaklah.Kalau ikutkan nak suruh je mak die vacuum sebab anak dia yang buat kan?Ngiahahhaa...
Lepas tu menempel kat sebelah bila momo tengah bagi nestum kat abang kepada Niaz iaitu Amir.. Hai Amir..!a.k.a. the troublemaker. I'm your big sister ehh tetibe introduce lak .Grrr~
Troublemaker sebab selalu menguji kesabaran si kakak dia ni.Contohnya mencampak my Sony Ericson ke lantai dengan gaya kuak kupu-kupu. Perghhh menyirap wohhh.
Dan tanpa perasaan bersalah*budak la katakan* mata dia tajam ke arah my laptop yang mahal. Tettt Teettt aura dia kuat tu.
Naluri seorang kakak memang tahu la apa dia nak buat dengan laptop tu. Heh!
Ada ke patut nak campak juga.Fuhhhh~ meraung la assigment tak siap lagi tuuu kalau terjadi.
Nasib selamat.HEHE
Amir. My cousin juga
Budak ni..tembam betul. Lari-lari cilok camera pakcik.
Memeras ugut otak fikir anak siapa ni ek?
.........
Maaf identiti tidak dapat dikesan =.="
Hey Hoy..Entry ni bukan pasal raya kan? Tapi kerenah kanak-kanak time raya.Cukuplah setakat ni.Banyak lagi nak cerita kenakalan budak-budak ni.
Da besar nanti nak suruh baca blog ni.Haaa tu dia. ngehh ngehh nasiblaaa~
notakaki: Hello! Thanks for those who are still reading my blog. and Thanks also for unfollower. *eh diaorang tak da macam mana nak thanks?*
Ciao !
0 comments:
Post a Comment