click click

ikut momo jom

28 December 2011

Saya sayang mak saya.Tapi ..

Malam ni malam yang paling sedih ..and tahun baru yang akan menjadi lebih mencabar!

Why?

Because my mum. Dapat cancer.

Today dapat tahu sudah sampai stage 2.

Besar betul dugaan.

Tadi ayah panggil ke dapur dengan adik.

Ayah nak cakap.

Pelik kan?

Ayah cakap suruh gembirakan umi, YES we did that untill today.But still masih tak gembirakan umi lagi.

Ayah cakap lagi.Umi macam sudah putus asa.Ahh sakit pula hati ini ketika nak menaip,menahan dari tangis barangkali.

Benci betul menangis.

Ayah cakap lagi. Bila pandang mata ayah sudah mula merah.Ayah menangis?

Hati terdetik, “Ayah tak pernah menangis selama ni depan kami”

Hati ayah sedih macam kami juga. Ya Allah kuatkanlah hati ni jangan menangis depan ayah.

Adik tak menangis, tapi tahu hati dia tidak kuat macam luaran.

Ayah cakap umi menangis tiap malam.

Sebak.

Tapi kami tak mampu nak buat apa-apa.

Ayah kata kita kena terima apa jua keputusan.Kalau baik Alhamdulillah, kalau tidak terima sahaja.

Ayah suruh belajar sungguh-sungguh tunjuk kat umi jikalau sempat kita pun mampu berjaya juga.

Hm sampai di sini sahaja, tidak tahan hendak menangis.

Harap kalian dapat berdoa untuk umi agar penyakit tak merebak dengan teruk.

Tak sanggup kehilangan nya.

Umi seorang mak yang baik J

18 December 2011

Kisah petang tadi

Heeeeeeeeeiks!


Cukup 7 hari untuk entry yang terbaru. Nak update apa pun tak sure lagi ni title pun dibiarkan kosong je. HUEHUE

Oh line tak berapa nak laju sangat time ni, nak tengok youtube pun macam nak taknak loading.

Lagi apa nak cakap ek?

Oh momo bangun lewat hari ini.

Sebabnya?

Ada sebab tersendiri yang momo rasa tak boleh pula nak post kat sini.

Oh ya petang tadi sedang enak-enak baring di katil sambil tengok movie and at the same time sue pun menumpang guling-guling atas katil momo.*yes tahu da katil momo memang empuk dan enak, ramai yang jeles.*
Ada siapa entah pergi ketuk tingkap bilik.

Homaiii!

Tingkat 3 weyh hang nak panjat kot mana?

Mai terbang-terbang?

Tingkap memang semua pasang grill da. Lagipun takkan la han** kan? Petang kot kalau malam lain cerita la, memang sah tidur himpit-himpit.HUHU

Kitaorang *momo,sue,mira and chah* keluar masuk bilik tengok koridor, pergi tengok keliling nak tahu kalau manusia nak naik kot celah mana tingkat 3 ni?

Macam biasa momo memang tak puas hati selagi tak dapat jawapan.
Han** tak logik kan?

Pergi bilik sebelah-sebelah and check tingkap juga grill.

Heh!

Seperti yang dijangka, ada 1 grill boleh dibuka kat bilik sebelah !

So,momo buka and panjat keluar dari tingkap tu. And jalan slow-slow pergi ke bilik sendiri.
*Bayangkan jalan kat luar tingkap aras 3 ada koridor bersaiz sederhana besar*
HEH!

Sampai kat tingkap bilik sendiri.Momo pula pergi ketuk tingkap.kuikuikui
But then momo tunjuk juga muka dari luar tingkap kat diaorang.
Kesian diaorang mesti cuak lagi sekali bila tingkap kena ketuk.KEHKEH

"saya bukan makcik karipap nuhhhh"

Jangan marah yaaa...Momo da berjaya solve kan problem tau,nak marah marah orang yang buat masalah tu dulu sampai darah pun terkering-kering la juga.TOING!

Okay bye nak layan cerita korea 'Heartstring' lakonan YONGHWA boyfriend momo number 3.

No. 1 Mr.Ant No. 2 Lee Min Ho.

notakaki: 4 hari lagi boleh pulang ke Kuala Lumpur !


11 December 2011

Cuci itu cucian bukan cacian



MEOWWWWW~


Cuci baju cuci baju ohoiiiiii ! benda ni la paling malas dalam dunia hokey?

Malas kat kampus je sebabnya nak basuh baju kena turun dari tingkat 3 lepas tu naik balik duduk bilik lepas sejam turun balik angkut baju naik ke atas.Homaiiilayohh. Boleh kurus kan? Tapi tak kurus pun ceit.

Tapi yang buat sekarang tak best ni nak basuh guna mesin pun ada rules..ishish Sabar jela kan.

So tadi try la basuh guna tangan nak tengok tangan tough ke tak kononnya.
*Basuh kasut je pun*

Hasilnya tangan dengan pinggang sakit macam hape jeee..

Tak tahu la macam mana orang lain basuh baju EVERYDAY guna tangan.Fuhhh!
HEBAT!






Nak basuh baju sumbat RM2 syiling dalam kotak yang disediakan



Cuaca macam mendung pula kita guna mesin pengering hanya sumbat lagi RM2 syiling ketoi-ketoi.

Laundry= RM4

Meowww!

Momo tak pernah guna mesin pengering lagi sebab malas nak turun naik banyak kali pastu kena bayar lagi pula tu.Ishhh saya ni da la student duit kena la sekat-sekat.

Kalau cuaca mendung tu tak payahla basuh baju tak pun sidai je dalam bilik.Haaa! bau softlan kot 1 bilik.Harum je.


notakaki: Cuci jadi cacian bila ramai guna mesin basuh !

aishhh momochan sangat sukakan pantai cantik warna biru

Keindahan alam semula jadi
Siapa yang tak suka ye dak?



Pantai ataupun laut.

Untung betul siapa yang tinggal dekat dengan laut kan?
Petang-petang boleh jalan-jalan kat pantai sambil makan ice-cream
Duduk bawah pokok kelapa sambil menikmati air kelapa yang fresh baru dikopek oleh tukang kopek kelapa?teheee~

Menghadap pulak benda ni hm nak kata sampan macam ada enjin je.Sampan guna pendayung je kan?takda enjin kan? So...boat kecik la ni kiranya.

Perghh jernih sungguh rasa macam nak celup kaki dalam air tu sure nampak bersinar-sinar kaki.Teheee~



Lepas da kenyang minum air kelapa kenyang makan ice-cream balik rumah la pula.Kata rumah dekat laut je.Jalan kaki sudah!

Ini adalah permandangan dari bilik saya.Cewaaaah~
Kalau betul sungguh la taknak pindah tempat lain da bermaustatin la kat sini sampai bila-bila.

View macam ni sesuai kot dari hotel sebab kalau rumah mana nak tinggi macam hotel unless atas bukit or kondominium tingkat 19.HAHAHA Tak sampai sebulan tenggelam kondo masuk dalam air tu. Jadi dunia dalam air.ngeeee~

Ehermm time ni pagi la kan.Time orang balik tangkap ikan,sotong,ikan dan ikan yang banyak jenis. Ikan fresh + bakar panas-panas + cicah air asam = ada orang suka ke?



Waktu da redup petang pula kita main bot yang boleh control-control macam gambar atas ni.HAHAAHA Sesuka hati je cakap macam tu.Bluwekkk



Fuyoo besarnya penyu!! ke kura-kura?

Hishh mestila penyu apa la itu pun boleh confius.
Kalau momo berada kat depan penyu gergasi ni ayat pertama Mr. Ant akan cakap
"Tutup mulut tu "
HAHAHA

Benda da kalau teruja mesti muka pun kena tunjuk teruja betul tak kawan-kawan?
Haaaa.....



Dekat pantai tu pula kalau boleh pihak hotel sediakan la hammock ! OMG serious momo suka hammock ni.. Main buai-buai. Eee seronoknya rasa.


Rasa macam perghh je gambar perempuan atas ni kan?
Cool je bersantai..


Tengah syok-syok baring kan beb, tiba-tiba ada ikan lalu kat bawah kita.
Walallala~
Ikan nemo ke, ikan comel-comel la yang kecik yang colourful.
Air pun jernih kan.
Lepas tu kita letak tangan dalam air boleh pegang ikan!


Alahaiii nikmatnya waktu-waktu begini.
Bila agaknya boleh merasa.

Lepas apa yang menimpa to my family. After all bila semuanya sudah kembali normal.Harap dapat pergi bercuti seperti ini. Macam dulu-dulu.

Notakaki: Kuatkan semangat nak pulang ke Arau esok.Harapnya semua baik-baik belaka selama momo di Arau. Amin.

09 December 2011

Kadang-kadang hati ni tak tahan


Menangis sepuas hati.


Ahh tahu tak betapa leganya bila kita da menangis
rasa macam kurang beban
hati pun terasa lega sedikit.

Momo admit yang momo jenis suka pendam masalah or anything seorang diri
kalau da sampai tak tahan baru la meletus menangis.

Bila menangis ni better....
sediakan sekotak tisu
sehelai kain 'good morning'
sebotol air suam
nak lebih baik lagi makanan kegemaran la kan.
Momo akan cari ice-cream kalau sedih.
Tapi kalau duduk kat kampus ni kena budget la sikit kan, tak boleh nak belanja sakan.


Kalau da sedih mula start termenung macam dalam gambar ni la.hehe
tapi budak ni comel je


Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN