click click

ikut momo jom

30 September 2011

Hampir terlewat untuk menjawab exam

Yatta~
Bangun agak lewat pagi ni, sudahnya exam start 8.30 pagi bangun memang da lewat. Dengan baju tak iron, pencil case entah ke mana, slip bertempek atas board..
Dugaan sungguh.
Kunci jam sudah. tapi kenapa tak terbangun?
Agaknya semalam sudah ada paper penat barangkali, masuk pula hari ini. Tak rest. Lelah dibuatnya.

Bernasib baik sebab Mr.Ant tolong kejutkan. Kalau tidak, homaigoood tak pergi jawab exam silap-silap extend.NO NO NO taknak.

Thanks bucup! You saved my life~Arigatooo.
Ish ish tidur lah lambat lagi haaa.. Tu lah syok sangat dok buat spot soalan seorang-seorang. Nak baca and buat latihan semua memang tak sempat ada beberapa jam lagi. Nak taknak ambil risk buat spot sendiri.Alhamdulillah apa yang buat latihan semalam keluar pula hari ini even tak lah 100% tapi okaylah dari biarkan kertas kosong. Fuhhh~




Bangun tidur mamai-mamai


28 September 2011



BREAKFAST BREAKFAST BREAKFAST koboi
teheee~

25 September 2011

Thumbs up to Engku Sulwani

Kenal tak siapa ni?
Model yang semakin popular.

Engku Sulwani


Juliana Zakaria *orang lain ye*
Tapi adore picca ni letak juga kat sini.huhu


Thumbs up sebabnya semua picca dia memang kelassss gituh...

EXTRA! Dia & boyfriend dia 1 geng bab ambil gambar ni.Holaaaa! Best okay? Engko hado?
HOHOHO


Oh macam mana tau cik cantik jelitawan ni? Ehem Engku Sulwani ni kawan kepada roomate.Ohhh ... Si roomate selalu tunjuk picca Engku Sulwani ni. Aishh momo memang la jeles tengok orang cantik-cantik ni. gagagaga

Apolah nasib.

Okayla picca ni momo pinjam dari Facebook. Minta pinjam okay ! Nanti da lama-lama akan didelete huhuhu.peace~

notakaki: Syok-syok study pergi tunjuk gambar orang cantik-cantik pula.Saja bagi spoil mood kan?aishhh

Dolu-Dolu kat sekolah asyik kena minta duit ajo.

Heh..tengah best-best lunch roti cicah air milo boleh la terfikir benda ni.So cepat-cepat update sebelum idea hilang.HOHOHO

Kalau kat sekolah rendah dulu, selalunya kan mesti suruh budak-budak *pelajar* pergi kutip duit.Apa kebenda panggil namanya. Jogathon? Kad marathon? Lebih kurang ton ton ton la bunyinya.

Cikgu kelas akan masuk kelas sambil bawa segunung kad yang berwarna kuning sebesar kertas A4. Lepas tu edar kat setiap anak murid sambil tersenyum.

Kat kad tu tertulis nama penderma, tarikh,jumlah (RM), tandatangan . 1 kad tu boleh penuhkan berapa puluh entah tapi ramai la. Lepas tu cikgu kelas pun comfirm la akan suruh pergi rumah ke rumah dan hulurkan kad ni kat tuan rumah. Siapa yang dapat kutip derma paling banyak akan dapat hadiah. Hadiahnya macam biasa la hamper..tapi budak-budak time tu dengar hadiah pun da cukup teruja padahal hadiah colour pencil, pencil case, buku nota kaler-kaler =.=” Gila hadiah betul. Lepas tu lagi-lagi dengar Grand prize dia BASIKAL. What the alien laarh? Heh. Suruh minta derma untuk sekolah lepas tu siap ada BASIKAL lagi tu. HAHAHHA mana cekau entah? Ada orang sponsor kot? Entah tak tahu.

Lepas tu pula momo bawa la balik kad ni dengan riang nya..sambil menyanyi lagu Cindai oleh Siti Nurhaliza.Perghhh Gila ko.. Darjah 3 nyanyi lagu Siti kot,padahal lagu sekolah dengan lagu negeri pun tak ingat lirik yang ingat lagu Negaraku je. HAHAHAHA. Okay da sampai rumah dengan selamat walaupun ada monyet tepi jalan dok jeling-jeling tunjuk taring. Hek elehh main gertak-gertak pula.

Eh da sampai rumah kan? Okay kat rumah tak ada orang la ! Cantik...Line clear.. Cepat-cepat tukar baju. Oh adik pun baru balik. Heh hoi budak jom ikut gua pergi amik duit. Perghh gengster.

Eh tak tak ayat die macam sopan sikit. “Dik..ikut akak nak? Cikgu suruh minta duit kat rumah orang la. Jomla ikut” gituh la bunyinya sopan. Adik yang baik ialah adik yang ikut cakap kakak dia tanpa banyak soal. HOHO Thumbs up ! Maka berjalan-jalan la kami rumah ke rumah kuartes.

Tapi kan kat situ ada 2 kuartes je pun. Zzz Pusing-pusing la kitaorang sampai tinggal 1 je rumah lagi. Parents kitaorang balik and sedar anak-anak dia yang baik hati tak balik rumah lagi. Eh da balik da pun tengok la baju sekolah kat mana. Haih terkantoi di situ. =.=”

Gila la kena marah kot. T___T Sedih la nak berbakti kat sekolah pun tak boleh. Fine la taknak kawan.

Gagagaa~ huduh juga perangai dulo-dulo. Tapi betul juga pergi minta duit kat orang macam..macam...macam... *ayat dalam otak korang apa sekarang?* HEHE .. Kemudian kan, atuk dengan nenek kitaorang pun sampai, Atuk dengan nenek kitaorang ni kuat jalan betul la masa-masa muda ni. Ish Ish.. Tak apa cucu tak kisah Atuk dengan nenek banyak duit kan? Naahhh amik kad kuning ni. HAHAHHA Best~ Banyak duit dapat atuk nenek bagi.HOHOHO Seronok.

Tibalah waktu yang dinantikan,pengumuman hadiah bagi yang dapat kumpul jumlah wang yang banyak. Dup Dup Dap Dap. Pemenangnya ialah................................................................................................ okay orang lain. T___T Basikalku..oh ohhh sedih. Basikal sudahlah tak dapat, buku, pensil ke apa habuk pun tak dapat. Isk isk

Teeheeee~ ini kisah tuan blog ni. Korang ada tak cerita macam ni? Uhuuu~




Notakaki: Ada lagi 3 paper tinggal !

23 September 2011

ahhh mengupdate juga harini.mahu baca tak?

Hyep !

Bilik saya yang cun!
Pendahuluan:

Final exam ! Ayuh kita study !


Eh sebenarnya hari ini kan paper yang kedua dan alhamdulillah kedua-duanya boleh jawab.
Fuhhh lega. Harapnya result pun bagus.
Fiffy.. Ini bukan bohong tapi yang benar.HAHA


Paper seterusnya lagi gap 7 hari.Aish nak balik rumah pun boleh. Tapi tak mahulahhh. sebabnya? Sebab memang takkan study nya. Duduk depan TV tengok cartoon and makan. nyiahahaha


Isi pertama:

Eh nak tahu tak? ada juga stalker ye nak tahu hubungan Mr.Ant dengan Ms. Momochan macam mana? HA-HA Kelakar. Buat apa la stalk kitaorang. Cari la orang lain kan elok.
Ehemm hubungan kami masih elok, tiada pergolakan tiada permusuhan.Lancar seperti biasa.Usah diragui. HEHEHE

Korang pergi la usha pasangan macam kak airyln comel ke, irine sweet ke. Baru la sesuai ye dop?

Isi kedua:

Lagi satu nak cerita pasal Si Charlie. Aishhh.. Tahu tak anda apakah itu Charlie?
Bukan Charlie bite my finger! Bukan My name is Charlie ! Bukan Charlie nama jiran korang ! dan bukan juga Charlie Angels !
Tetapi Charlie yang dimaksudkan di sini ialah SEEKOR. Ye seekor sebab dia mempunyai ekor.
Teheee~
Seekor serangga yang kecil seperti nyamuk dan warna badannya berbelang oren hitam. Kalau nyamuk hitam putih kan? Haa yang ni oren hitam.Oren warna tak cantik .Lalala~Korang nak kata apa?

Charlie ni sangat bahaya tau. Bahaya lagi dari harimau and singa yang kelaparan. Kalau kena baham pun sakit kejap lepas tu terus kiokk mati nak sakit apa da kan? Lain lah charlie ni datang tak menjemput, terbang boleh, berenang boleh. Bila dia lalu ja, berfoya-foya atas badan korang for sure dia tinggal kan HEARTBROKEN bite. HAHAHHA
Bisa dia memang ishhh merana la kalau kena kan.
Kalau kena memang tak rasa apa-apa. Tau-tau je eh da merah-merah pastu jadi 1 line panjang meleret.

Lama-kelamaan jadi parut dan of course korang akan rasa kegatalan yang teramat!
Oh ! Parut ni bukan la macam parut yang korang jatuh then 2-3 hari hilang da. Kalau pandai mengubat Insyaallah hilang. Tapi kalau tak, hmm dari semester 1 korang masuk belajar sampai nak grad pun tak hilang lagi.
Nak pula kalau kena kat bawah mata, memang bengkak and sekali tengok macam kena tumbuk dengan seorang lelaki yang lengannya gagah macam POPEYE ! Oh my gosh ! Teruk okay. Buruk!

Kesimpulan:
So gadis-gadis terutamanya yang tinggal di Perlis sila berhati-hati dan jaga anggota tubuh badan anda dengan sebaiknya. Sama seperti menjaga muka kerana semuanya adalah aset yang bernilai untuk kita :)
p/s: korang Google la rupa Charlie tu ye.Sebab geli la nak letak hehe


Takda motif pun.tapi suka !sebab baru tahu edit jadi kotak. Oh Loser! HA-HA Like I care?




Notakaki: Charlie ni main tonggeng-tonggeng bontot dia atas katil saya! Aishhhh.. Baiklah ambil cellotape dan gunting kita tempek bagi dia mati kelemasan .

Notakaki: Perut meragam sebab tak makan buah and sayur.Cukup sakit tahu enggak?
Bye-bye semua. Jaga diri..


21 September 2011

okay itu sahaja

location: Terengganu

Kenapa masa pergi tak pernah nampak pun benda alah ni?

11 September 2011

Biar la nak cakapan cakapan juga

(7 months)



NUR ALEESYA

*terkini* miahaha ayat tak boleh blah

Ini cousin baru. Eh tak anak cousin baru.ngeee~ Da besar okay.Tapi mak sepupu dia ni 'rajin' la sangat nak pergi jumpa.Kita jumpa masa darjah 1 nanti ye budak kecik? Baju kurung putih dengan kain sarung warna hitam. alooololo comeynya. Okay tambahan ribbon kiri kanan rambut khas dari mak sepupu gojesss. ngeeeheee~




IRFAN QUSAIRY
(7 months)
*tunggu Mr.Ant jumpa Q nak minta picca terkini dia .Hmm Rambut mesti curl macam Lee Min Ho*

Si Q ni nak buat apa heh?
Haaa...rambut belah tengah? wuuuu...taknak taknak tu zaman adik HAHAHA *bocor rahsia hang mal.HAHA*
Kita bagi dia sampin kecik di waktu raya!yeay! dengan songkok sekali.wuuu Now, I can imagine how cute he is..Bila entah dapat jumpa budak ni lagi. Sigh.
Walaupun selalu menangis bila dapat peluk dia.HAHAHA Kalau menangis lagi lepas ni senang je.Bagi ice-cream comfirm senyap.Time baby-baby mana boleh makan.Sekarang da besar kann nak chicken chop pun boleh.Tapi chicken chop segera je la. lalalala~

notakaki: gezzzz~perut ni penuh spagethi jela harini.Oh adik last saya makin besar makin hensem.HAHAHA Boleh mulakan misi 'mencari bakal adik ipar kurang gojesss' . Tiaahhahhaha



Agal-agak koranglahh apa motif video ni?
Ngiahahahha


10 September 2011

What a pretty dress.phewww


Persoalan: Anda sanggup ke pakai macam ini?


Aishh blog ni selalu tunjuk dress je kan? Tak bosan ke?
Uhuuuks
Sebab momo suka and teringin nak pakai walaupun tak sesuai sebab momo pendek kalau pakai lagi kependekkan la jawabnya kan?

So macam ini la ceritanya...
Elok sahaja sudah mendarat di KL *acehhh gaya naik kapal torbang ajo*
Lepaking di rumah dulu..
Umi ajak cari baju raya . "Eh? Bukan da beli ke?"
"Ada tema pula colour silver"
"Okay jom la" Baju baru siapa taknak kan?

Tapi serious ramai kot manusia time tu. Ingatkan lagi 2 hari nak raya semua da berambus ke kampung yang tinggal "PURE KL" more to kampung diaorang kat KL so takda beza pun.HAHA dengan warga asing yang memang tak asing lagi mata memandang seperti Indon, Bangla, Vietnam eh meluat ehh nak taip .HAHHA *okay prejudis *

*apehal lak kolej ni pasang lagu Stacy ni? Teringat memori pahit karaoke kat Putrajaya*


Sambung balik cerita. Pusing dan pusing cari baju kurung takada yang berkenan.Biasalah beli yang da siap memang susah nak menepati rasa. Lebih suka cari kain tempah puas hati dengan ukuran sendiri. Takda menggelebeh sana terpeliuk sini. Duit melayang kepuasan tak ada.
Jubah pula tak ada size..Adoilahh sabar ajoo.

Oh kemudiannya..terjumpa la sehelai baju ni.Cun wohh Cunn..
Excited nak beli ni.

Baju tu of course la dress yang berwarna silver. Alaa korang bayangkan la baju macam kat atas ni cuma berlengan panjang je.
Umi selamba tanya, " Tak labuh ke kak?"

Korang agak-agaklah kan bila da try sarung jadi macam apa. Macam 1st pic yang labuhnya tak hingat dunia.HAHA

Memang kacau tang labuh tu jela. ish ish
Baru nak buat pecah rekod raya tak pakai baju kurung.SPOIL

In the end beli juga la sepasang baju kurung yang overdose labuci labuci.Derrr nyampah betul da la berat. Terkial-kial nak iron baju.Geee.
Layan jelaaa. Orang beli kita pakai, janji bukan duit sendiri.lalala :)

08 September 2011

Ini bukan entry Raya..teheee

Okay readers !

Diingatkan ini bukanlah entry Hari Raya.

Tapi ada la sikit-sikit nak hari raya.kehkehkeh..

*listening to Qalisha - 1 Januari* Siapa yang tak pernah dengar boleh la pergi ke Youtube dan taip sendiri. Lagu dia not bad juga.
Momo suka suara dia tu..perghh tak tahu nak describe macam mana.Nak kata anggun boleh tak suara dia? Heee~ Kalau kata macam Siti Nurhaliza?
HOOHO kejap lagi ada yang hentam momo pula.
Tapi korang dengar sendiri and describe la yeah.

Intro cakap pasal lagu pula. eishhh..

Nextnextnext..

Weyh tak tahu nak tulis apa la. Ni sebab da berzaman tak taip..orang pun boleh naik bosan kan?
Samalah macam tuan blog ni hah.

By the way sila lihat picture di bawah *buka mata luas-luas*



my little cousin, Niaz

Cun tak ? Cun tak? Grrr sengal .. Macam minta mengampu...
Well actually ni di waktu hari raya, di kampung, di ruang tamu, ketika rumah diserbu tetamu, ketika ruang tetamu bersepah dengan anak-anak kecil.
Eishh ramai pula tu..nyemak je shuuushhh shushhh.. kang ada yang terpenyek kan. HAHHAHA

Tapi yala kan..situation macam ni mesti jadi kat korang juga kan?
Ramai sangat datang dalam waktu yang sama kereta berderet-deret. Nasib raya kalau tak raya orang ingat nak datang meminang. Ngiahahha..umur 20 biasalah ceyhh ceyhh..Hangpa budak sekolah tak payah.HAHHA
Sudahlah kakitangan dalam rumah tu seciput ja.aduhh patah tangan kaki duduk naik tangga bawak dulang periuk belanga bagi kat tetamu. *haa mengadu-mengadu*
Dengan budak kecik and baby dok berlari, merangkak,meniarap,menelentang erm apa lagi. Haa siap main bola lagi tu! Tak percaya?


Buktibukti

Selepas dia bermain kuih raya seperti bola sepak inilah aksi yang berjaya dirakam.
Korang bayangkan la orang bagi kuih raya suruh bubuh dalam mulut. Dia letak atas karpet pergi sepak kuih jerit gol gol .LOL
Nasib kuih tu bapak segala keras tak pecah.HAHAHHA
Maka berguling-guling kuih tu macam kuch kuch hotak hey.Tau dek pembuat kuih nangis dia tengok kuih ni.
Derrr~

Tapi adegan ini tak lama lepas sorakan GOALLL ! GOalll! Sebab budak ni terpijak..then buat-buat pijak, lepas tu pijak errr akhirnya pecah berderai. Lalu terpinga-pinga tenung kuih tu.
Haihh sabor je la hakuu. Kena la kutip satu persatu debu-debu kuih tu. Takkan nak bawa vacuum sedut time tu kan? Agak-agaklah.Kalau ikutkan nak suruh je mak die vacuum sebab anak dia yang buat kan?Ngiahahhaa...

Lepas tu menempel kat sebelah bila momo tengah bagi nestum kat abang kepada Niaz iaitu Amir.. Hai Amir..!a.k.a. the troublemaker. I'm your big sister ehh tetibe introduce lak .Grrr~
Troublemaker sebab selalu menguji kesabaran si kakak dia ni.Contohnya mencampak my Sony Ericson ke lantai dengan gaya kuak kupu-kupu. Perghhh menyirap wohhh.
Dan tanpa perasaan bersalah*budak la katakan* mata dia tajam ke arah my laptop yang mahal. Tettt Teettt aura dia kuat tu.
Naluri seorang kakak memang tahu la apa dia nak buat dengan laptop tu. Heh!
Ada ke patut nak campak juga.Fuhhhh~ meraung la assigment tak siap lagi tuuu kalau terjadi.
Nasib selamat.HEHE




Amir. My cousin juga




Budak ni..tembam betul. Lari-lari cilok camera pakcik.


Memeras ugut otak fikir anak siapa ni ek?
.........

Maaf identiti tidak dapat dikesan =.="


Hey Hoy..Entry ni bukan pasal raya kan? Tapi kerenah kanak-kanak time raya.Cukuplah setakat ni.Banyak lagi nak cerita kenakalan budak-budak ni.
Da besar nanti nak suruh baca blog ni.Haaa tu dia. ngehh ngehh nasiblaaa~

notakaki: Hello! Thanks for those who are still reading my blog. and Thanks also for unfollower. *eh diaorang tak da macam mana nak thanks?*

Ciao !

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN