click click

ikut momo jom

30 September 2010

nenek & tokwan

momo dapat tau nenek & tokwan pergi rumah maksu naik flight!wuhuuuu~

eheemm eheeemm momo nak tergelak sebenarnya.
HAHAHAHA
mesti comel je atuk and nenek..hikhikk

heee~tak baik la gelak.huhu.momo tak sangka lak..selalu ajak datang rumah taknak.alih alih datang haaa amik ko gua naik flight la bro! apa barang naik kereta ni.

ekekkekeke

takpa takpa lepas ni nak usik nenek arr... hehe *evil laugh*

notakaki: preparing for speaking test..momochan please do not be too nervous!


29 September 2010

jumpa kawan lama

momo dapat jumpa kawan lama yang sama sama kat italy dulu. tapi parents dia bukan army officer..maybe syarikat proton kot.momo pun da lupa. so kitaorang jumpa kat mana? FB sahaja.hehe

ohh nama dia khalil.dia yang add momo. mulanya momo macam ingat ingat lupa.tapi yepp orang yang sama. cumanya dulu nakal gilo and sangat comot.sekarang baru nampak remaja .HAHA

Soal sesi jawab mula rupanya dia da lama tak balik malaysia 4 tahun. 2 tahun pun momo da rindu kat malaysia sangat da.ini kan 4 years.perghhh..and he told me tak lama lagi nak balik malaysia sekejap and then further study kat Australia.his parents nak stay lama sikit kat vietnam.ohh yeah mereka still kat vietnam lagi sekarang. uhuu~jelesnya.

momo nak study kat oversea juga.grrrr~
ohh nak..nak...huuhu

kenapa kahwin ramai

kenapa yee lelaki mesti nak kahwin lebih dari 1?
kahwin 2 tak cukup lagi..harta banyak..
kahwin 3...ehh alang-alang da kahwin 3 cukupkan kuota teruslah dapat 4

maka terhasil la kahwin 4 dengan deretan anak yang ramai.HAHA

kenapa?kenapa?kenapa?
momo sendiri tak tahu reason bagi mereka yang kahwin ramai.maybe only guys je tahu kot.

nak kahwin 4?ehh kahwin la..momo tak kisah langsung asalkan kebajikan perempuan yang mungkin bahagia ke tak tu terjaga.should be no problem.

bukan apa..kasihan la.sudah bagi keizinan kahwin lagi lepas tu buat jahat.eee tak baik betul.
kalau tak bagi konon konon kata nanti tak cium bau syurga.ekkk kalau suami bagus tak pa la juga.ni memang "jual ikan" selfish.kalau nak kahwin lain time tu la cakap
"i cuma ikut sunnah nabi"

kepala toink betul la. nabi kalau kahwin ramai pun beliau bertanggugjawab yea..
tetapi lelaki lelaki ni time kahwin je ikut sunnah bila masuk tanggugjawab ada ke nak ikut macam nabi???

berapa kerat sangat la macam tu.yang lain memang hancusss...
tapi kalau yang memang "pandai" gila sampai takda masalah.hmm no komen la.bagus.

ok la da cukup rasanya membebel ni.kang tak pasal pasal jadi isu.hikhik
i tak rela you~


notakaki: start a new life! past is a past.future are waiting for you.goodluck~



28 September 2010

mai mai




Akhirnya saya mendapat tawaran untuk berlakon.AHHAHAHA



notakaki: percayakah kamu?

27 September 2010

jom main


HUJAN RINTIK-RINTIK
AIR BERGELORA


EMAK KASI DUIT
ADIK PERGI SEKOLAH



3 + 3 BERAPA YEE?
ADIK JAWAB 6
PANDAINYEE


CIKGU KATA BETUL



ADIK PULANG RUMAH

jawab betul boleh balik rumah terus?bestt kot


Korang ingat tak lagu dia? entah tiba tiba momo teringat lepas tu asyik nyanyi lagu tu je.hehe suka la..best!

intai aksi lincah kami

3..2..1..

CLICK! CLICK!



Aksi menyelam tanpa memakai peralatan scuba diving or snorkelling.
Sangat dasyat!

pssttt~now he can swim by himself! and im proud hehe :)



Aksi kami yang WAAAHH!
tak sangka kami sangat pandai berlakon.teheee


Another picture BLLoob bllooobb



They are freezing.help them please! :D



we are dying..please call 012 :P

model model tak berbayar : Akmal , Izzat . & Momochan

notakaki:korang notice tak picture yang berlatarkan Alps tu macam picture sir dulu.HAHA

26 September 2010

awak tau tak?

Awak tau tak today saya geram sangat dengan awak tau. Sudahlah saya rindu awak sangat sangat tapi awak macam ignore je saya tau tak.

Tapi kan pukul 5.30 pagi tadi phone berbunyi .terus saya bangun tengok phone.

Ehh awak hantar picture awak lah!awak pakai baju warna hitam.suka saya tengok. Gembira tak terkata malam tu.dan akhirnya saya tertidur sambil peluk phone dengan muka awak terpapar di screen.

Saya sayang awak sangat.

Pagi tadi saya bangun dan check phone ternyata ianya bukan mimpi sebaliknya kenyataan. Lama je saya tatap picture tu. Masa study phone saya letak di sebelah.saya tunggu awak message takpun call.tapi takda.hampa je saya.saya nak awak wish good luck before saya jawab test nanti. Hmm taka pa la mungkin awak busy study lagipun kan awak dalam minggu final.

Petangnya pula saya terus call awak nak tanya awak buat apa?saya risau kalau ganggu awak study.tapi awak jawab tak buat apa apa.ahh hampanya saya dengar jawapan macam tu.hilang semangat hilang mood. Kenapa tak cakap study ke? Tengah cari mood nak study ke?Next paper awak on Friday kan?kenapa la awak macam..ahhh tak tahulah nak cakap. Rasa macam da tak wujud dalam dunia awak da. Am i a stranger to you?

Tadi awak text gurau gurau..bukan saya taknak bergurau senda macam tu.tipulah kalau cakap taknak. I really miss our old times. Tapi mood saya sudah takda. Rasa macam tak diperlukan.macam ahh takpala dia ada kawan yang dia boleh enjoy sama sama. Saya layan tak layan pun tetap sama juga.

Merajuk? Siapa sepatutnya merajuk?hati tergores? awak ke saya?

Masa saya mandi tadi awak tahu tak saya terfikir macam nak je hilang ingatan.apa apa yang sudah berlaku semalam dilupakan terus yang tinggal hanyalah kenangan manis dan juga masa hadapan. Kronik tak?

Sudahlah merepek je momo ni.mari kita study bersungguh-sungguh dan menaikkan pointer.yeahh!

*tolonglah berikan mood untuk study*

law test

yeah akhirnya test law sudah habis.ngeng test je baru.huhu
tapi kan dalam lega lega pun momo geram juga tau.
time test tadi baru tau boleh bawa buku akta.HANYA AKTA bukan rujukan atau nota.
momo and kawan lagi seorang tak tahu pula boleh bawa.so agak ahhh..
korang imagine je la orang lain buka buku tulis panjang berjela sampai 2 pages penuh.momo pula tulis 1 page 1 setengah penuh je.tanpa rujukan.

tsk tsk

itu pun tadi buat muka kasihan minta pinjam kat orang sebelah.tapi tak seronok la nak pinjam pinjam.that girl pun nak guna juga.sukarnya..

momo harap dapat lepas cukup la.isk isk

notakaki:pening kepala hari ini.

25 September 2010

kemurungan

tajuk memang perghh habis.kemurungan.choiii~siapa nak?




tengok la momo ni da sampai kes parah da tension study.hamikk ko ingat senang ke nak belajar.
memang mengantuk habis la.sudahnya otak pening pening tutup buku tarik bantal.say-nyte-and-sleep-
bila bangun makan lepas makan.makan lagi.gila la momo!
bila study mulut mesti nak mengunyah.lagi lagi time hujan ni.ahh perut ni sengaja tau.

balik semula pada topik.

takut dan takut FINAL ni.esok momo ada test law.
ehh sempat lagi online?aduhh tak boleh hidup kalau tak buka sehari.

sangat mengada-ngada la.
cukuplah momo tengah tunggu izyan habis mandi lepas tu tunggu dia makeup dan barulah boleh gerak pergi beli lunch.

*kami sudah makan sandwich tuna 2 keping bersama mushroom soup sepeket sorang*

MASA UNTUK IKLAN DAN SILA CUCI MATA ANDA YEE




masih mencuba hendak memakai tudung-indon bagi nampak sesuai dengan muka.dan ini hasilnya.
sumpah-tak-lawo-momo-pakai-kan?-
pipi tuh tembam comey sangat :P
lagi satu tolong pejamkan mata anda dengan alam sekitar picture tersebut dan bayangkan sesuatu yang indah .sekian.

*itu stok makanan bukan momo punya tau*

24 September 2010

wanita cemburu

kenapa wanita cemburu dengan bidadari

nah nah..baca ni pula.momo baru sahaja habis baca.best!

video klip

sudah tengok video klip nur nadia sm nasimudin tu?
malam tadi momo tengok dengan izyan.lepas tu..haa amik ko terpegun gila.
cantik sangat!macam..macam..ahh tak tahula nak cakap macam apa.
agak agak berapa la duit yang da dibelanjakan.perghh mesti banyak kot.kahwin yang biasa pun da tinggi harga dia inikan yang sememangnya menjadi impian setiap gadis gadis di muka bumi ini.
ok tak semua.mungkin ada yang suka simple.

bila da tengok momo rasa macam "Saya nak kahwin juga!!"
nak kahwin
nak kahwin

ooopp buat masa sekarang umur masih muda lagi jadi masa yang ada sebelum 28 tahun at least momo ada la harta sendiri.EHHEEHe

boleh berjoli sakan dengan suami!kite pergi holiday je tau sayang?
sayang suka kan?kan?

hehhe LOVE you!

23 September 2010

rindu sangat

momo rindu ant sangat sangat..
ant sekarang busy untuk final.
so masing masing jarang text and call.
bila dapat 1 text daripada ant pun dah boleh menari terkinja kinja je lagaknya.
kalau dengat suara lagi la best! mimpi mesti indah and no more nightmares.

ternyata momo tak boleh hidup tanpa ant.
hari hari fikir pasal dia (except time study).so bila sudah fikir macam tu,momo nak jadi yang terbaik untuk dia dan family momo.

*sudah berhasrat nak kenalkan ant dengan family momo tapi masanya tidak tahu bila lagi*
wink~


22 September 2010

sangat menjiwai

momo baru lepas baca online short novel.and its so sweet! bila momo cakap sweet itu bermakna sangatlah sweet ok.

Buktinya kan..masa heroin dia nangis,momo sekali nangis..bila jerit momo pun jerit huwaaa..
time dia bahagia momo rasa sangat bahagia.

Momo rasa macam da jadi watak heroin itu.memang menjiwai sungguh.

Syabas momo ucapkan kepada penulis sebab dah berjaya membuatkan momo menjiwai 100% watak-watak dalam novel itu.

*masih lagi dalam perasaan bahagia*

final exam pula

Sesudah kita beraya maka tibala masa untuk kita berperang di dalam dewan dengan menjawab soalan soalan yang sememangnya perlu memerah otak.

semester ni momo ambil subjek :
  • AKAUN
  • AGAMA ISLAM
  • LAW
  • MAF
  • ENGLISH
Doakan momo supaya dapat menjawab kesemua subjek dengan tenang yee..
~Thank you~


kelebihan seorang wanita

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yangmelihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanitaitu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjagaanak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dihiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanitamelayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberisusu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

*Senang je wanita nak dapat pahala kan?tetapi hendak melakukannya dah jadi sebaliknya :( *

21 September 2010

sengsara

hari tu momo dengan izyan makan depan matrik kan?keesokannya both of us kene food poisoning.memang muka dua dua da tak bermaya.tak larat langsung da.
tengahari tadi pergi makan kat mayang itu pun paksa diri untuk makan then terus pergi uk (unit kecemasan)

doctor kat sana macam aaa are they really a doctor?
momo masuk je duduk kat kerusi tak sampai 5 minit lepas ok da boleh ambil ubat di kauter.
momo macam ehhh sekejap betul tak check ke apa apa just tanya macam tu je.

hm tak kisah la yang penting momo and izyan sudah tak larat nak pergi toilet semua..
penat betul...

p/s:asalnya nak study and buat term paper dengan sue tapi kesihatan tidak membenarkan jadi harus di postpone.ngeehhh~

*tengah tunggu jiran sebelah belikan nasi untuk pesakit. dear..teringin nak makan nasi dengan kicap la.hmm T_T *

20 September 2010

yang benar

NO 11,Jalan Seharian

Taman Kangar,

23400 Kongos,

Araustralia.

NO 12, Jalan Sekejap,

Taman Tepi Rumah,

23400 Kongos

Araustralia. 20 SEPTEMBER 2010

SEHARIAN BERSAMA ROOMATE SAYA

Mengikut perkara di atas,semalam momo and izyan pergi Kangar dengan nawaitu hanya nak makan pizza untuk lunch sahaja.tetapi kami makan berdua sehingga menceceh rm60.auchh! stock makanan untuk sebulan kami makan sekali sahaja.memang gila.kemudian kami pergi main bowling di The Store.sebelum itu momo cari stoking dulu sebab nak beli yang skin colour boleh pakai pergi kuliah.ok kami masuk and pusing pusing tak jumpa stoking.tanya workers kat situ ada cakap “entahla tak tahu” ehh pekerja pun tak tahu ada jual ke tidak?so kami tanya orang lain pula dia cakap ada kat sekian sekian..tapi bila pergi itu stoking budak!bila cakap situ stoking budak sahaja dia cakap adala kat situ stoking dewasa.ngekk betul.pusing punya pusing tanya punya tanya akhirnya jumpa dan beli la 2 pasang dengan harga RM6.90.

Dari situ kami bergegas pergi ke tempat bowling dan bermain dengan sepuas hatinya.sampai sakit jugala jari kuku pun macam biasalah tak sah kalau tak patah.huhu selepas bermain kami pergi beli stok makanan iaitu maggi!sudah bayar cepat cepat cari taxi tetapi! Nampak ada saloon la..waaahh... “eerr nak ke?” jawapannya “Jomlah” hahhaa so pusing pusing kat kangar tu semua saloon tak macam kat Arau, Nampak lebih selesa la.Jadi amik taxi haa pakcik laju laju tau bawa.ahaks..

Sampai je saloon cadang masing masing nak wash sahaja..alih alih dua dua potong rambut depan.hehe after ke saloon terus pergi kedai makan depan matrix dan disebabkan malam tu ada football match M.U v.s LIVERPool maka ramailah jejaka yang tidak hensem melepak.HAHHA dan kerana mereka jugala nasi yang kami tunggu tidak kunjung tiba dan terpaksa membuat order untuk kali kedua dan akhirnya 2 jam kami menunggu.grrrr~

Pagi esoknya..masing masing sakit perut sangat sampai pergi toilet 2-3 kali.arghhh lemah badan tau.sudahnya nekad taknak makan kat situ lagi.sengsara betul~

Sekian terima kasih.

Yang benar,

(MOMOCHAN)

18 September 2010

KTM balik arau

Sekarang momo dalam train nak balik kampus ke Arau.momo dapat coach S2 katil 37 which is katil atas la kan.rasa macam terok gila la sebab dapat coach yang dekat dengan kepala keretapi.bila tukar kepala nanti jadi gerabak belakang terus.haiihhh

KATIL ATAS.
Selama ni momo mesti duduk katil bawah.tapi disebabkan ini la katil yang terakhir yang tinggal.so i had no choice.terima sahaja la. =,=
tapi lagi teruk bila katil momo ni bersebelahan dengan pintu.so korang bayangkanlah keretapi ni bunyi da kuat.each time orang buka pintu bunyi KEDEGANNGg KEDEgunngg lepas tu tak reti nak tutup balik.

bawah katil momo ni nasib baik perempuan.ok perempuan yang banyak mulut.damn SERIOUS punya.they keep talking and talking.non stop.
it so annoying la..and they keep guessing siapa kat katil atas?ada orang ke?ehh beg sapa ni?langsir da tutup ada orang kot..

momo da macam walaweyyy ko sibuk sibuk pahal??lu buat kerja sendiri suda...
ni nak bising bising nak check..

korang just imagine...IMAGINE betapa sengsara momo sekarang ini.grrr
sekejap lagi nak turun nak buat muka.haa padan muka diaorang kejap lagi.

17 September 2010

selsema


ok disebabkan momo selsema pastu asyik bersin bersin je.
jadi momo minta la kain "good morning"
kain putih tu..kain murah sahaja.apek apek selalu pakai bila nak pergi kebun.
haihh susahnya nak explain.naah tengok contoh ini.


bila momo da minta kain ni kat umi..haa mula la bising
"kakak ni sampai bila tak tahu makan ubat ni?nanti ada anak haa macam mana nak pujuk makan kalau diri sendiri tak boleh nak makan?"

momo jawab

"alaaa paksa la buka mulut besar besar pastu sumbat ubat dalam mulut.HAHA"

korang dulu pun susah nak makan ubat kan masa kecik kecik dulu.
momo ni sampai sekarang tak boleh lagi makan ubat.haihh T___T

sebab tu kalau momo jatuh sakit semua susah hati.sebab tak boleh nak telan ubat.
tapi momo nasib baik sebab jarang sakit berbanding dengan adik adik lain.HEHE

IF momo sakit umi akan letak ubat dalam air panas campur serbuk milo.kacau kacau.air kena SIKIT tak boleh banyak.naya korang la minum pahit sudahlah banyak.so the best way buat sikit.haa lebihan serbuk milo tadi buat la air milo kaw kaw punya.

lepas je minum "air ubat milo" cepat cepat minum milo tadi..slurpppp
Haaaa...itula cara momo makan ubat.seksa dan sangat menyusahkan.hehe

Lagi satu kalau momo demam..momo mengidam bubur tau..kadang kadang tidur mimpi makan bubur perghh memang da kemaruk tu.
bila da sampai macam tu mula la text ant
"sayang nak bubur..nak bubur..."

*sangat manja* :)

lepas tu ant akan pujuk la si momo yang manja ni.hishhh
nanti honey masakkan bubur ek?momo rasa macam da nak demam ni.
ahh bila la dapat rasa masakan sayang ek?walaupun hanyalah bubur kosong.




momochan

uwaaa momo sangat rindukan momochan!
setiap kali nak tidur mesti teringatkan momochan.sob sob
kalau dapat momochan best..dapat peluk puas puas.
sudah la besar pula tu gebu gebu lagi kulit dia.hehe

nak bawa balik rumah tapi besar sangat.serius besar tau
momo pula balik naik bus.single seat.
bayangkan bawa momochan.ok.mana nak letak?
the best way tinggalkan momochan atas katil.selimutkan dia.
give him a big hug and a kiss.lepas tuh pesan

"Duduk baik baik.jangan nakal tau.jaga bilik ni elok elok.nanti mama balik kita tidur sama lagi ok?.muahx!"


*today kene flu pula baru je pulih daripada batuk.alahaiii..
comotla hidung ni nanti..muka macam budak tadika la jawabnya pergi kelas nanti.

I...i...

  • I love to sing a song for you
  • I love to hang around with you and play for one whole day
  • I love when you scream shout swearing at me
  • I run to you when I'm down
  • I let you know everything that happen everyday
  • I love to talk to you
  • I love the way we laugh
  • I hate the way you cry
  • I wanna share everything to you
  • I love it when you smack me out from the bed
  • I love when we have a chit chat outside of the room
  • I hate that I miss you million times
  • I love to sing along with you
  • I love it when you spoon feed me.
  • I love to watch you sleep.
  • I like the way you look at me
  • I like it when we talk and suddenly you laugh
  • I like to piggy back you
  • I like everything about you
boy.. I love you so much!

sekolah taman midah

HAHAHA tengok tajuk pun da kelakar.teheee
famous arr midah..huhu



ini dia bukti..HEHE

16 September 2010

close up mata anda

WOW! check this out...

















tak nak try tengok mata anda sendiri ke?huhu

p/s: cantik arr mata dia xp

15 September 2010

momo gembira da!

kenapa?
sebab ant da bagi pic raya dia.yeayyy!
uhh mesti pelik kan dapat picture pun happy sangat.

ni sebab ant bukan nye senang senang nak bagi picture.puas dipujuk rayu bodek bodek baru dapat.
susah tau!tapi die selalu minta picture momo.HAHA momo ni lak jenis pantang jumpa camera mesti nak snap.hishhh *perasan cantik*
so bagila..tu pun kalau mood tengah merajuk nak suruh die pujuk BOIKOT tak nak bagi picture
HAHA padan muka dia.
ok kami pasangan yang pelik.suka kacau kacau buli buli sakat sakat.semua ni merapatkan lagi hubungan kitaorang.ahaks.*toink*

ahaaa momo dapat tau da nama cousin perempuan dia.HEHE
*evil laugh*
sebab apa momo nak tahu nama dia?sebab ada pic ant dengan dia. *grrrr*
*muka bengis*

ehh momo tahula hubungan diaorang hanya sepupu dengan sepupu.
ehh ye ke???

ok stop jangan menghasut momo yang suci dan lurul bendul ini. *haha*

Tapi kan kalau korang nak tahu momo jeles sebenarnya.tu yang mogok habis dengan ant tu.hehe
da try da nak buat biasa biasa.but still ant dapat detect.

*try to contact ant...and as usual dia TIDOQ pulak dohh...huhu
nasib jauh kalau dekat memang simbah air.hahha kejam kejam



14 September 2010

pening

Sekarang momo da tak bengang mana da so next entry momo nak cerita pasal kahwin muda.
cakap pasal kahwin siapa yang tak nak kan?
semua nak termasuklah penulis ni sendiri. *shy shy*

kenapa kahwin muda?
sebabnya buka sahaja "mukabuku" atau fb yang korang hari-hari mengadap tuh.tengok status tengok comment and also picture!semua kahwin kahwin dan kahwin...
da tuh muda muda lagi.muka memang macam budak je.HAHA
ok tak baik gelak.
ada yang hari raya kedua da bertunang..wuuu sangat express betul.

ok da cukup untuk cerita hari ini.
momo da bosan nak cakap.ehh tak iri hati pun..wish them happily ever after jela.HoHO




saya tak bayar

ok semalam baru beli broadband.kene tunggu 3 jam baru boleh guna..
petang ni baru try masih lagi tak boleh so ayah kol apek yang jual semalam.
die cakap momo ada bil tak jelaskan..
opp oppp
BIL?
hello!!!momo da bayar habis and sudah potong line dari last semester and today die cakap tak bayar lagi.
memang HELL!!!!
BODOH BANGANG SIAL CIBAI!
aku da bayar habis yee...sudahla kene isi borang entah apa-apa..gila betul.guna pun tidak..arghh sakitnya hati.service macam bodoh je.sengal!!

buat mood hilang langsung today..

*terpaksa guna bahasa kasar today.sebab memang terlalu bengang

di suatu

What a day...exhausted. Umi demam and I need to do all the housework. Do the laundry, dishes, cooking...and i don’t mind at all..really...

Just now my schoolmates called me and he wants to go to my house tomorrow.kiyaaa~

I haven’t prepare anything.tiba-tiba je nak datang.HAishhh teruja memang teruja tapi ni lelaki sahaja ayaiii..risau gak parents cakap apa and the most important thing momo risau semestinya pasal ant.momo taknak dia kecil hati kalau momo bawa kawan-kawan lelaki datang rumah..even for open house.tak kisah la kawan kata momo ni sombong ke kedekut tak bagi datang rumah.serious memang sekarang da tak kisah yang penting momo tak nak luka kan hati ant lagi. I love him so much!

Ant memang bagi momo buat je open house panggil kawan tapi dalam hati dia mesti tak seronok..momo pun tak mahu la ambil risiko.

Kalau nak tahu, momo tak ramai pun kawan..girls pun tak ramai.adala 2 3 orang.yang selebihnya lelaki.entah macam mana la momo boleh kawan dengan lelaki ek?maybe dengan lelaki ni momo lebih selesa kalau bercakap.contohnya kalau momo cakap lepas kasar-kasar so guys memang tak kisah tak da nak touching pun.unlike girls walaweyyy tinggi suara sikit muka dah berubah habis da...tunggu masa hujan nak turun je kat muka tu. ( -_-”)

Ok mari kita kira berapa kawan perempuan yang momo ada.bukan nak berlagak yee.ermm 5 orang sahaja itupun yang jenis gelak HUA HUA tak ingat dunia yang lain jenis HAI HAI BYE BYE!.sigh* diulangi lagi sekali hanya LIMA orang sahaja.gila sedih.ko ni tomboy ke momo?aduhhss saya bukan budak TOMBOY. Lelaki pula memang ramai lagi arr daripada perempuan-perempuan.ohh lupa nak cakap ini hanyala kawan dari form 4 sampai sekarang..maintain je.err tak termasuk ye budak-budak UiTM.

Kalau di UiTM momo da ramai kawan perempuan!ahh best best~

Momo pun jarakkan diri dari lelaki...ehh ke lelaki yang taknak kawan dengan ko momo?HAHA

Tak kisahla yang penting momo pun da selesa dengan keadaan sekarang.oh momo da lebih sedikit feminim rasanya berbanding dengan dulu. J *big clap*

P/s:macam mana nak cakap dengan kawan lelaki momo ni?kesian pun ada juga.ahh masalah pula...

13 September 2010

celoteh pendek

apabila kebosanan menjenguk keluar maka terhasil la air tangan yang tidak seberapa ini mahupun dari tulisan yang agak comot
tetapi masih lagi mempunyai maksud tersendiri.
-captured in library-


kebosanan tidak menjenguk keluar hari ini..cuma bayangan..

sekiranya senyuman tetap terukir di wajah-wajah setiap insan tidak kira usia mahupun jantina..malahan ketika kita sedang berduka.mampukah kita?mampukah kita tersenyum riang seperti beruang kecil itu?

anda pasti anda mampu?
-captured in my room(kolej)

blink blink~kesian lak tengok teddy tergantung macam tu.HAHA


kedai mamak

siapa sini suka sangat makan lepak-lepaking di kedai mamak.pekena roti canai telur 1 dengan teh tarik kaw-kaw sila angkat tangan separas bahu anda.huhu

momo tak suka!

hhehehe nak beritahu itu sahaja

papai~

10 September 2010

miss him



looking at our old pictures...
looking at your face..
looking at your smile..
(except for this picture can't see your face)

reminds me of you
especially today..
honey...i know both of us are too busy today for Hari Raya celebration
i expect you to call me after you finish take all the pictures
i wait...and wait...
checking on my phone..
there is no message nor a missed call
everytime i checked on my phone..mengeluh je kerja
yes! i still remember on that day you told me that it is not good to mengeluh.err mengeluh itu *sigh*
tapi momo buat juga bukan dengan sengaja tapi terluah perasaan yang haihhh entahla
nak telefon da telefone da..kang telefone lagi kata tak faham bahasa pula.

iyee saya tahu kamu nak spend time with your family..your cousins...i can see your face macam bahagia seronok sangat.jadi senyap2 taknak kacau..

sorry sangat masa awak kol tadi saya tengah busy buat kerja tetamu datang so agak kelam kabut sedikit.maaf ye..
mood saya pun kurang baik sedikit tadi mungkin sebab da terlalu lama sangat tunggu awak tadi.
i miss you..
happy tau dengar suara awak tadi tapi ego saya pun sama naik tinggi..sob sob
terok kan awek awak ni

*apa-apa yang awak buat beritahu la saya..jangan biar saya seorang..berteka-teki


bosan

arrr Raya tahun ini sangat membosankan dengan cuaca yang panas kering.
bak maksu kata
"orang kuala ketil ni banyak dosa ka?"HAHA

sudahla perlis panas mai sini pun panas juga..pergi oversea takda duit lagi.sob sob
laut lagi la jauh...nak swimming pun da gian da ni.

ohh sangat meluat when people keep asking me
how's Arau?best?
kenapa tak terus datang sini je?kenapa balik KL?

my answer simple je tak payah fikir susah susah
Arau macam biasa membosankan.
Arau and Kuala Ketil lebih kurang je tempat dia.buat apa balik situ?
baik balik rumah lagi best.

HOME SWEET HOME

baru balik dari kuala bakong tadi..yeah!atuk sana dapat tangkap musang tau...




ni la musangnya...comey je kan?tengok muka pun sedih je.HAHA
tapi die jahat..curi buah.ish ish kan da kene

*evil laugh*

pstt~momo nak golek golek la batuk je.today minum air sejuk banyak sangat.huhu

edisi raya

orang lain makan mee kari tadi tapi momo tak makan.
bukan memilih tapi memang tak boleh makan mee..tengok tadi mee kari pun rasa loya tekak.itu belum masuk bab makan lagi,habis terkeluar pula kang.

disebabkan terlalu lapar dan tiada makanan untuk momo.(ketupat,lemang,kuih raya banyak je)
momo pun buat la muka kesian tahan kucing dalam shrek tuh sambil mengemas dapur tanpa henti.
so..umi pun suruh la goreng mee..

yerkk mee juga?nak taknak terpaksa la makan sedikit takut perut meragam satu hal la pula.
momo makan sekali jela..macam momo cakap kat atas tadi.momo tak boleh nak telan mee ni.

tapi momo masak juga..masak and masak.nenek pula teringin nak makan.haa bagi la rasa..
uikk die kata sedap.perghh padahal masak campak camtuh jela.bahan banyak habis.HAHA semua pakat dok melantak.ngaaa~

ok2 cukup la membanggakan diri sendiri.

NEXT,saya bosan dan kepanasan.
nak message siapa pun tak tahu..kalau tahu pun nak cakap pasal apa?
cakap ini:
weyy duit ko dapat berapa?
tema ko apa?

hailoooo bosan la...nanti da tanya awal2 bila balik kolej nak jumpa tak tahu apa nak cakap da.HAHA


ohh para lelaki sudah pulang dari solat Jumaat...yehh kejap lagi pergi rumah mak long la kot.pergi tengok anak sepupu.diaorang comel! pipi tembam gebu je.

*sila jeles*


09 September 2010

di hari raya

Di hari raya terkenang daku kepada si dia....
opp siapakah orang itu?
entah momo says no comment



muka memang da bosan takda kerja da ni.
nampak tak selipar kat belakang tu?
kalau ikuutkan hati nak je main tuju selipar.hehe


orang lain online kat dalam momo seorang je kat luar.hehehe
nak amik angin la kata kan..tapi bukan angin yang banyak dapat tapi gigitan cinta nyamuk.
nyamuk kuala ketil ni memang laa..kalau gigit sikit da auchh gatal die memang berbisa.

*sedang mengaru jari*

lari sepuluh pusingan sambil menjerit."tak guna nyamuk!gatal tau tak?carila yang badan macam sumo nak gak macam momo yang berisi lebih sedikit ini"

waahh panjangye momo jerit..suara ala-ala Ella tau.yeahahh!

kuala ketil

ding dong...you just arrived at kuala ketil.please check bla bla...

momo sampai kampung pukul 9malam macma tu la.sampai pun da 2 family da berborak borak depan ruang tamu.uhhh sangat mengantuk.tapi ehh boleh online! sangat bahagia je hidup macam ni.tapi cousin semua pun da ramai pakai laptop.cishh! kacau je.HAHA

ok pagi tadi nan yang indah setelah dikejutkan oleh nenek untuk bangun sahur!tapi momo tak bangun malahan menarik selimut menutup kepala lagi.haha mengantuk weyy tidur lambat sebab tak boleh tidur.ini semua salah makhluk asing yang tidak pergi sekolah main mercun depan rumah.eeee geram betul.ingatkan enjin kereta meletup ke apa.haduiii

Paksa diri untuk tidur juga lepas tu pukul berapa entah tetamu tak diundang datang memberi salam.HAHA silap tetamu tu jiran je.hehe umi pun bising la suruh kemas tempat tidur semua.haiihh mata panda da momo ni.esok nak melaram da tak cun.uhuukkss

momo perasan cun!tak malu langsung.wink*

sesudah bangun bersihkan diri.momo diminta tolong maksu membetulkan sarung kusyen.lagi sekali sigh*siapa ni pasang kusyen pun terbalik??
selepas tunggang terbalikkan bantal semua time untuk membasuh halaman rumah pula.kerja momo senang aja.tukang pegang getah paip.hehe apa lagi SPRAY saje.BUSHHHHh!!hehe
kuyupla engko momo.toink*

pstt momo pening la nak sambung bergolek balik boleh tak?uhh where is my pillow?

06 September 2010

sistem apa ni

eee menguji kesabaran betul la...sistem cam *tuuuuut* jer
batak batak betul
nak online bukan secara manual. da tu menyusahkan bukan lagi menyenangkan.serupa macam tak payah ada sistem online.
ahhhh sengal la!

buat macam ni salah.macam tu salah.da berapa kali repeat benda sama.orang lain pun kalau asyik kene ulang ulang banyak kali letih gak.darah pun menyirap.kalau benda tu orang nak je cekik2 sekuat hati.

HUH!

05 September 2010

jalan saja

teruja je amik pic ni dengan asu bukan apa..dok bayangkan kalau la boyfriend tinggi macam ni.huhu
and then momo tanya ni
"umi kalau dapat bakal menantu tinggi camni ok tak?"perghh soalan gatal habis woo
respond?
macam biasa umi buat2 tak dengar je soalan tu. *sigh*
lagi momo cakap kuat2
"takpela tak dapat yang tinggi macam ni pun bukan apa nanti nak sembang ke ape semua pandang tinggi melangut.da la semua pendek!" HAHA momo tinggi tau.teheee~
korang tengoklah takda kepala pun da tinggi kalau ada kepala makk aihh tingginya.tak larat la camni huhu

sebelum usha barang kita kenala usha diri sendiri dulu.HEHE


semangat betul budak 2 orang ni..

happy birthday NASYRUL


HAPPY 19th BIRTHDAY boy!
You are getting older now..
good for you larh dear..
just now momo call tanya kat mana?sayang jawab "kat luar beli burger"
T_T sempat lagi tuh beli burger..
sayang..im sorry this year tak dapat sambut bersama2..trully sorry honey.
sangat sedih sebab kita masih tak berpeluang nak sambut bersama-sama kan?
nasib kita la sudah duduk jauh2..

honey makan ni la icecream + kentang kot.hehe momo lukis ni time momo lapar sangat.


momo cayunk kamu sangat2.tengok momo da start study betol2 so boleh kita berjaya bersama-sama yeah?huhu :)


sayang ingat lagi tak picture ni?
we had fun kan?
tapi sangat sedih time tu..sedihhh...
sebab sayang da nak balik da time tu..momo ikut hantar..
tau tak time tu rasa berat je hati nak lepaskan sayang pergi.
1st time juga momo cry-shy-shy-depan public-
lagi2 depan naem..heh~jahatla naem tu kenekan momo.orang sedih2 lagi die senyum2. HAHA

momo tak suka dan sangat la nak larikan diri kalau ada perpisahan (walaupun buat sementara)
i hate to say goodbye
its hard to let you go.i just want you to be my side.kalau boleh depan mata 24 jam.hehe tamak!

alright now its time to blow the candle!
cepat2 tiup sayang...!

ehh kejap kek hilang ke mana?uhhuuuuu
sob2 kek hilang la...kita makan mcd jom?kamu kan hantu mcd.hahaha

p/s: sayang I LOVE U!! hehehe semoga panjang umur dan hubungan kita akan kekal sampai bila2.muahx!muahx!

01 September 2010

This coming raya

Yabedaaa BEduuuu!! Raya! Poow! Booom! KEbaBOOM! (bunyi mercun di merata tempat)

Ahh indahnya masa dulu, zaman keriangan yang sentiasa ternanti-nantikan hari raya untuk disambut.time malam pula berebut nak duduk depan tv kalau boleh nak masuk terus dalam tv tu semata-mata nak tunggu pengumuman ataupun pakcik tua lagi hensem pakai songkok kata

“ESOK RAYA!”

Haa meloncat keriangan semua kanak-kanak time itu macacm beruk dapat bunga je. Heh~kamu semua macam tu gak kan?tak payahla nak selindung2 lagi.shy shy meow pula..entah2 korang lagi terok.HAHA

Lepas dengan pengumuman semestinya lari keluar nak main bunga api.time tu macam2 versi lagu raya korang nyanyikan.tersengig-sengih main bunga api tepi pelita tu. Ahh indah sungguh masa itu kan?

Sekarang buat lagi tak?momo tau sekarang tak mainlah bunga api kan?sekarang main meriam buluh.huhu berani mati sungguh la kamu semua ni. Jangan nak main2 kesian family korang kene ulang alik pergi hospital kalau ada benda yang tak diingini berlaku. Time hari raya ni la korang nak bergembirakan diri nak gembirakan atuk, nenek, moyang, pak tok, mak tok , maksu pendek kata hati semua orangla.alih2 masuk hospital..orang terdekat kamu nak raya pun takda mood da.hehe

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN