click click

ikut momo jom

28 August 2011

Selamat tinggal dunia gambar.Bye

Ni semua hasil terlebih gedik cari kat GOOGLE.

Layan je la





Bye bye...lepas ni da takda nak suka benda ni semua. hmm sedih? Adalah juga..
Ramai sangat menentang, tarik diri lebih baik. Mulut semua senyap. Orang lain bahagia tapi diri sendiri tak.Apa orang kata? Kebaikan untuk bersama? Pffttt~
Macam nak benci ayat tu boleh tak?

Gila emosi terlebih malam ni.

Ahh tak syokk tak syokkk nyahh ko perasaan. Nyemak je dalam kepala.

Eh kejap, kenapa pedih je hati ni. Tumbuk-tumbuk dada ni... Sakit kot. Korang pernah rasa ke? Normal kot kan? Esok lusa hilanglah..tolong jangan muncul lagi. Tak tertanggung rasanya.
Zzz tidur lebih baik kot.

Ahh assigment!
Ishh ni lagi satu hal. Kacau je mood orang.

Oh lagi satu...lepas baca tak payah la tanya depan-depan kalau jumpa. Buat tak tahu ja.
Malam ni emosi senget sikit. Entah kenapa.Rasa esok lusa mesti nak delete entry ni.

Okay lah bye!
Taknak ucap selamat hari raya pun.Malas.



27 August 2011

My 1st time with KBU

Assalamualaikum everyone !

HYE..
Come and Lets see the pictures...

Ice-breaking.Yeahh for the 1st time. and I was scared. HAHA Momo memang dari dulu tak suka bab-bab nak kenal kan diri ni. Tak suka expose. uhuuu kononnya la kan.
Ok next.

Anith
Such a nice girl and talkative juga.Ahaaa
The only one that jerit NADHIRAH AZMAN! LOL nama penuh tu, no ic taknak ke?
Hee Hai Anith !


Ramai kan kan?


Gambar yang ke berapa pun tak ingat la. Terlalu banyak.


Nampak keris kat belakang tu?
Yeapp Kangar, Perlis




Oh yeahh! I love this picture so much!
Sebabnya candid yang agak ter'cover' la sopan diri ni.
Selalunya..ehem faham-faham la.

The girls yang semuanya cantik-cantik.


Hai KBU !
Comel kan?

Pre-Hari Raya
HAHA okay siapa punya idea ni?

After berbuka puasa bersama warga emas and anak yatim.


Kak Shana nak buat muka comel ! teheee


Taken by Kak Shana. Thanks!
Weee~ excited nampak motor besar terus nak nak nak amik picca.

Okay cukuplah gambar ni sahaja. Kalau ikutkan banyak lagi picca siap dengan video segala. HUHU...oh by the way, mereka ni ada yang datang dari Penang so bayangkan la pukul berapa pagi la diaorang sampai rumah. Semangat betul kan?
Hopefully group ni akan kekal and berkembang lagi.

Ciao !

credit to: Pakcu and other bloggers sebab momo menciluk picca tanpa edit..Err minta izin ye. teheee..If not then I will immediately remove the picca okay:) lemme know.

23 August 2011

memberi lambaian



Esok akan mula la perjalanan pulang ke rumah.Kuala Lumpur. Hoorayyy!
Tak sabar nak menanti detik waktu itu.
Menarik beg sambil melambai-lambai ke arah UiTM...student UiTM malah tak lupa juga senyuman manis untuk mereka.
Oh Selamat Tinggal Semuanya..
Tinggallah kenangan..


HAHAHA

Tak sabar nak tata kat semua orang..
Wekkk momo akan pulang dulu, yang ada kelas and test tu duduk diam-diam ek.
Okay Izyan?
BYE semua! oh excited terlebih~


Apehal benda colour ni menggoda hah?


Ciao tutti !

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing !
Selamat hari RAYA Aidilfitri !
Maaf Zahir & Batin

notakaki: Pulang ke rumah buku kena angkut juga.test berlambak.Oh tidak T_T

17 August 2011

promote juga kawan sendiri


Thanks to Naem yang baik hati meng-promote kan blog dyra ni kat blog dia .hehehe *tersipu malu macam pengantin*

Jadi dengan rasa rendah diri dan gembira kot.
Dyra letak link naem kat sini yeahh


Apa lagi tunggu? Haa pergi la belasah..ganyang ja cukup-cukup.
HAAHA
Blog dia sahaja yaa..bukan tuan blog dia. Kang icu pula kena pergi.
Ish tak kuasa la.




Oh lagi satu Dyra syorkan si gadis-gadis pergilah ke blog naem ni.
Sebabnya dia ni mulut manis.
HAHA
Betul laaa...




Cuba cari where am I ? HEHE

alor star untuk semester ni

Assalamualaikum everyone.

Hey ! Get ready for raya !
It's RAYA time la people !
*lagu raya Siti Nurhaliza berkumandang*

Ladies..get your baju kurung , get your pashmina or satin shawl or anything.
Be the prettiest women in the world.

Guys...where is your baju melayu,sampin and songkok? Bersedia mahu menjadi segak di hari raya nanti?

Am I ready?
Well yeahhh...!

You can see from this picture (above) how excited I am to celebrate Hari Raya Aidilfitri with everyone.

Ahh look at the small house.rumah kampung yang comel kan? Kalau la boleh angkat bawa balik rumah. Oh indah yeaa tuan-tuan dan puan-puan. Sebabnya dari dulu lagi dyra teringin nak ada pondok untuk buat main. So kalau jumpa rumah kecil macam ni.Mood excited terlebih.
Kalau tengok kat lampu tu lip lap lip lap lagi laaa suka!
Dalam rumah comel ni ada tikar and ada congkak kalau tak silap, dyra lupa. Memang macam rumah kampung la.Sweet gituh.
Location: C-Mart Arau, Perlis



Meet Nurul..She's willing to be the driver for the whole day. Thanks Nurul ! and sorry la dyra tak boleh drive manual. Makanya duduk belakang and tidur tidur sambil peluk bantal Upin & Ipin milik tuan punya kereta. HOHO
Location: C-Mart Arau, Perlis


Eh tengok tajuk Alor Star but then story mory Arau pula.Tehee~ Silapla... Kat Arau tu time da pulang dari Alor Star. Just wasting our time before break fast. Psttt~ I was totally bored and feel like I'm gonna throw out. Ishh nasib tak je. Its just that I do not know what to do kot. Terlampau bosan kat C-Mart.



Next..
Meet Nurul (left) Syafiqah (middle-okay she is my roomate) Shiela (right)
Yeappp just 4 of us yang pergi Alor Star.
Pergi ramai-ramai tak best, rasa rimas pula. Lagipun pergi ni tak plan. Dia jadi dengan sendirinya.

So far so good because I spend my money less than RM 50 on that day. Wauuu a big applause for me yeahh!

What did we do ? Ehemm nothing actually. Mencuci mata sahaja. And waiting for Sheila beli baju dia. I don't want to buy any baju kurung because sudah beli masa di KL. And I think its enough already tak boleh nak boros sangat. Maka jadi peneman dan tukang pengkritik baju.HAHA

Location: Pasar Rabu, Alor Star, Kedah

I don't know why people suka ambil picture kat air terjun ni? I mean each time pergi tak sah la tak ambil kan. So yeah, this time I'm the one yang suruh orang ambil gambar.Eheee~macam seronok je la ada air terjun dalam mall. Padahal tempat lain normal la kan.
But I guess ini je kot the only suitable place for you to keep the sweet memory. Ambil je la gambo takda sapa nak marah eyyyh. Sambil mata menjeling-menjeling ke arah Food Court even tak buka. Tapi tahan nafsu payah dapat tengok jadi kenyang.
Eishh tak senonoh.

Location : City Plaza, Alor Star

macam siapa?cuba teka

Did I ever mention hows the weather?
Well you can see clearly from the picture. Im wearing something kann?kann?
Extremely HOT laa weih! Sangat panas.Nasib tak pakai T-shirt hitam legam then muka pun bertambah hitam legam la jawabnya.Sudah la nak dekat raya kan? Ahaks

Cerita dia macam ni time tu tengah jalan-jalan di waktu yang memang panas and silau. Si Nurul ni pula stop nak berteduh kat 1 kedai ni. Dyra ikut jela kan. Then nampak shades ni.Err Shades ke speck-speck ke. Apa nama la kan. Then terus grab and bayar.
Lega mata terhalang dari panas. Happy !

Kesimpulannya, saya gembira dapat keluar jalan-jalan. Dan selamat sampai ke kolej tepat pukul 8 malam. Ohh kami memang budak baik yang tak pandai nak pulang lewat.


notakaki: Momo @ Dyra. Which one do you prefer?

14 August 2011

Luahan hari ini

Ahh sudah apa yang berlaku tadi? Kenapa la jari jemari nak gatal nak tulis ayat yang sememangnya bukan manis tapi masam masin pahit. Tegar betul mahu sakitkan hati orang. Ya Allah tak terniat pun begitu.

Terang sudah bukan lagi salah siapa tapi diri sendiri tapi tetap tak mahu mengalah. EGO. Yaa perkataan itu lebih sesuai bukan? Kejam engkau memang kejam bukan? Suka menyakitkan hati orang. Hobi engkau kan? Apa yang perlu dibuat? Apa yang perlu dibuat? Minta maaf?

Mahukah dia maafkan engkau lagi?

Ya Allah sakitnya hati ini. Diri ini tak sengaja nak lukakan hati dia. Sungguh. Terlalu sayangkan dia.

Sedih tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Kecewa dengan diri sendiri.

Marah dengan kelakuan ini.

Maaf. Pinta kemaafan. Mohon. Itu yang perlu dilakukan.

Ahhh..

Buntu.

Ya Allah pulihkan keadaan seperti biasa.

Mahu harungi seperti hari biasa.

Tidak mahu EGO berleluasa dalam diri ini.

06 August 2011

kad raya

Hello & Assalamualaikum

Hari ini momo nak cerita pengalaman dulu-dulu bersama kad raya. Siapa nak baca boleh teruskan pembacaan anda ye.

Okay rasanya semua ada pengalaman pasal kad raya bukan? Dulu meriah but not now..

Kalau dulu-dulu kan..pergi kedai ni tengok tersusun atas rak bermacam jenis kad raya.Nak besar ke nak kecik. nak yang lagu pun ada juga. Wahhh hebat. Tapi selalunya yang lagu ni mahal sedikit. Kononnya ekslusif la kan. Kalau yang standard murah tu sahlah kad nya mesti warna hijau ada ketupat ada lemang.Erk tak lupa juga ayat ni "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" yang besar gedabak.Contohnya..




Haaa..kan sempoi je..tapi yang penting isi dalam tu. Fuuuhhh..Eh kejap lagi momo cerita pasal isi dalam pula.Tapi gaya kanak-kanak punyalah.Err tak apa kan?

Alright, if momo dapat kad raya la kan...contohnya dapat 10 keping dalam peti surat tu. 10 kira banyak la tu dari korang yang langsung tak dapat apa-apa kan? HA-HA-HA
Dalam 10 keping tu ada 2 keping je yang ada cartoon macam di bawah ini.





HUHU

Gigi tak boleh nak besar lagi kot.

picca: Mr Google


2 keping ni momo akan simpan..buka last-last sekali. sayang sangat.walaupun musuh yang hantar kad raya.eh musuh hantar kad raya?err okay dia nak minta maaf la tu kot.Takpa maaf anda diterima.Cewaah.
Haa lagi lapan tu baca dengan laju-laju..sebabnya tak sabar nak baca lagi 2 keping yang last punya pasal.Adess perangai hampeh je kan? Rasanya I'm the only one yang buat macam tu kot. Ke ada orang buat macam ni juga? Ada? Gimme 5 bebeh!

Tapi ini kisah masa kanak-kanak la.Sekarang tak tahu la boleh ubah ke tak perangai tu. Sebab da lama tak dapat kad raya. Sob sob sedih kan? Korang hantarlah kad raya cartoon-cartoon..taknak la sms ke Facebook ke Twitter..Apa kelas dowhh tak ada sentimental value la..
Agak-agak penuh message da kena delete.Facebook and Twiter pula harap la kita nak cari apa yang korang post lama-lama dulu.
So, kad raya juga bagus tu buat kenang-kenangan.

Lagi satu pula, kad raya ni kan macam-macam warna walaupun selalu nampak hijauhijauhijau, pelbagai size, pelbagai harga. Still boleh digunakan sebagai perhiasan !
Boleh gantung kat dinding tu.Ahh rindu nak buat macam tu kat kampung.
Zaman kanak-kanak memang indah.
Lepas tu skodeng kad raya boyfriend orang.HUAHUA i-miss-u-tak-miss-i ke?
Kwangkwang kantoi di situ.LALALLA~

Hmm cukuplah...isi kad raya yang momo tulis tu nanti la cerita. Nak sambung study pula. Hari ni tiba-tiba semangat terlebih :D

Bye semua.Assalamualaikum.Selamat Berpuasa.

notakaki: korang taknak cerita ke zaman kanak-kanak korang sambut raya?



02 August 2011

Entry bulan puasa ini 1

Assalamualaikum

Sihat semuanya? Puasa ke tidak hari ni? heeee~Puasa? Haaa Bagus-bagus-bagus .
Rasanya masih tak lambat lagi untuk momo ucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini =)

Sudah 2 hari kita puasa, tup-tup nanti tinggal 2 hari lagi nak raya. Wahh syokknya syokknya..
Dapat balik kampung.

Ehemm seronok-seronok juga..elok je raya seminggu..kita yang pelajar ni tak lama je nak Final. Ingat tu...
Heh~harapan la momo nak ingat kan?Raya is Raya.Exam is Exam. Habis raya baru kita study sungguh-sungguh.Time raya nak kumpul duit raya bagi penuh beg LV. Erkk boleh ke?
Tapi kalau ikutkan sudah boleh start tekanan perasaan ni...test 1 baru je selesai minggu lepas. Lepas ni test 2 pula menyusul dalam beberapa hari lagi. Formula banyak yang tak ingat lagi. Belajar pun rasa macam express..kalau boleh nak makan dengan buku tebal-tebal tu terus.Geram!

Okay bulan puasa, tak boleh marah-marah. Relaks relaks. Buka puasa ni lepas geram sikit cukupla.Lepas geram kat makanan.toink toink.
Korang si gadis jangan buat begitu, nanti gemok boyfriend lariiiiiii.

And jangan lupa balik kampus masing-masing bawa sekali ketupat,rendang,kuih raya, lemang and lagi apa?nasi impit ,lagi? tu je la kan..HAHA momo tak tahu la,sebab momo makan nasi impit and kuih raya je...lemang segalanya memang tak makan pun.tak suka.

Okay la sampai di sini sahaja. Nanti bertemu lagi kita di hari yang lain, waktu yang tak sama di blog ini juga.toink toink..



pekerja buruh yang masih lagi memakai baju kurung.cayalah !

*This photo was taken last semester *

Maaf la gambar kabur.

notakaki: Makan jangan ikut nafsu.Nanti perut merana. peace~

Wordless Wednesday #3







Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN