click click

ikut momo jom

31 October 2010

lets try this



haaa dapat tak? HAHA mata sepet je korang ni.burok la.heeee~

anak bukan tempat lepaskan geram

Tadi momo chat dengan kawan momo.dia ceritakan la pengalaman selama dia praktikal. nak dengar tak?cerita sedih ni.sanggup ke?

ok lets start the story

Adalah seorang bapa ni kan...dia telah membelasah anaknya yang berumur 6 tahun.ok terkejut?sabar...baru mula je ni.lepas ni anda terkejut la lagi yee.

Nak tahu tak apa si bapa ni buat kat anak dia? dia telah menampar.memukul.menerajang.serta MEMBALING anak yang malang tersebut.iyee dia baling je..macam korang baling bola kuat-kuat.
baby tu memang lebam habis sampai biru-biru jugalah. then mak dia hantar pula ke hospital.ehh mak die pun sama bukan baik mana pun. hantar kat hospital lepas tu tak pernah nak muncul-muncul lagi.

Lebih sadis baby yang berumur 6 bulan ni ditinggalkan tanpa apa-apa.tanpa baju.tanpa susu.
kejam kan mereka? ye MEREKA KEJAM!! sampai hati buat anak mereka macam ni.apa mereka itu binatang?tak ada perasaan sayang?kasihan?

sekarang keadaan baby itu teruk.sangat teruk.half of his body coma @ lumpuh.tak boleh nak gerak. dia hanya mampu untuk menangis. benda lain semuannya tidak terdaya nak dibuat.macam baby lain yang sama umur.mesti boleh nak meniarap.pusing sana sini kan.

tetapi disebabkan balingan maut tu saraf dalam badan baby ni rosak.apa dosa budak ni?

kawan momo ni bagilah anak patung & baju 2 helai. buat pertama kalinya baby ni senyum.
pertama kali kawan momo tengok baby ni senyum.

kadang-kadang sebelah katil baby ni ada bapa yang datang melawat anaknya.dukung anaknya. baby tadi hanya mampu memandang dan menangis. terharu je bila tengok keadaan macam ni.

baby ni anak luar nikah.tapi bukan salahnya nak dilahirkan sebegitu dan seteruk itu balasan yang dia dapat dari bapa dia.

Sekarang ni doctor da beritahu baby ni tak akan tahan lama.masa yang tinggal hanya sedikit je.
sebabkan badan yang lemah dan dijangkiti kuman.baby ni pun tak cukup minum susu badan.mak dia tak pernah bagi ke?sebab apa?nak jaga badan?

kawan momo tanya.. "kalau dia meninggal mesti masuk syurga kan?"
momo menjawab, "yee..syurga tempatnya.baby ni cuma kain putih yang belum ada apa-apa dosa."

momo harap sangat biarkan baby ni pergi cepat menghadap Illahi. dari dia sakit terseksa.biarkan baby ni pergi.kat sana nanti die lebih tenang lebih selamat.

momo berdoa sangat-sangat supaya kesakitan yang baby ni tanggung hilang. tak sanggup untuk baby yang sekecil itu menanggung sakit yang amat.

ini semua untuk peringatan semua dan juga untuk diri momo sendiri. supaya tak melakukan kesilapan yang sama.kita manusia.insan yang sering alpa.

notakaki:bergenang air mata momo ketika menaip. kalau momo ada anak.momo nak sayang dia macam sayangkan nyawa momo sendiri.anak itu penyambung zuriat.keturunan kita.yang perlu dijaga.dibelai dengan kasih sayang.bukan dilempang.disepak. ahh~ momo terlalu emotional ketika ini.harap maaf semua.



ada apa dengan 1.. 2.. 3..

Kenapa dengan satu dua tiga?
sebabnya tadi momo ada paper exam ctu 231.
tengok di bawah tu kod kursus.



Next, dapat pula meja no 123. kalau ada no 4 midah kata itu no malang. so sekarang momo dapat 123. no lucky kan?eheee~



Buruknya meja momo.sudahlah duduk no. 2 bahagian depan sekali. yeaayy ambil berkat dari pengawas peperiksaan yang selalu ulang alik.

oppsss ada lagi 123 tau. this time no soalan yang momo pilih.momo pilih soalan ikut turutan 321 pula.see..pelbagai urutan no ada yang penting 123. HEHE

Tak kisah la no berapa.yang penting apa yang kita jawab time exam.cuma momo teruja la buat pertama kalinya no sama. itu yang jadi jakun sekejap.

Alhamdulillah momo dapat menjawab dengan baik dan tenang.harapnya dapat balasan positif untuk result nanti dan untuk semua subjek bukan ctu sahaja.

notakaki: kekeyangan la pula.bila nak start study akaun pula ni.haiihhh akaun and law gap 1 hari je.mana cukup!

30 October 2010

resepi kuey teow kung fu

akhirnya momo dapat juga resepi ni!

Bahan-bahan yang diperlukan:
kuey teow:
500g kue teow
5 biji telur
*100g = 1 biji telur ye

kuah kuey teow:

100 g udang (udang kecik pun boleh.kulit buang la)
150g daging ayam (dihiris)
100g sotong (dihiris)
100g sawi kailan (dipotong)
100g bunga kobis (dipotong)
100g lobak merah (dipotong)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 camca besar minyak masak
2 camca besar tepung jagung
1/2 cawan air
1 cawan air rebusan ayam
2 camca besar sos tiram
1 camca besar lada sulah
garam secukup rasa

Cara membuatnya :

Untuk kuah : 1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih tadi sampai kekuningan. masukkan udang, sotong ayam. ;epas tuh air rebusan ayam, lada sulah, sos tiram dan lobak merah. bila da mendidih, masukkan bungan kobis dan juga bancuhan tepung jagung tadi, kacau rata dan masukkan kailan pula.biarkan mendidih perlahan, masukkan garam pula! kalau nak sedap lagi letak pula belahan tomato.ok siap tutup api tau!!

untuk kuey teow : Panaskan minyak dan gorengkan kuey teow dengan telur.( minyak memang kena PANAS) goreng sampai garing. sudah siap.

untuk penyediaan : letak kuey teow tadi dalam pinggan cantik-cantik. kemudian tuangkan kuah yang kita sudah masak tadi.kebussshh!banjir pinggan. then akhir sekali kita hiaskan dengan letak bawang goreng, dan daun bawang.hidangkan time panas-panas. memang sedap

SELAMAT MENCUBA





notakaki: tolong abaikan kecacatan kuey tow kung fu momo tu ye..momo makan dulu!




29 October 2010

bukti bukti


LIHATLAH sekarang.momo tak tipu kan?ant pergi kayak.ish ish..



Siap potong lagi woo surat khabar ni.haaa baru la bermakna.nanti anak-anak sudah besar boleh tunjuk.
momo : " Nak tahu tak dulu kan papa dia bla..bla..."
anak : "iye ke??kalau macam tu nak jadi macam papa juga lah"
momo : "Haa bagus-bagus.harumkan nama negara sampai 1 dunia tau.papa tu setakat negara je pun. itupun entah macam mana zaman muda mama dulu da teruja habis da.bangga lagi"
anak : "Wuuu...mama cerita la sikit.macam mana mama jumpa papa lepas tu bila date papa bawa mama pergi mana?papa romantik tak?"

Kalau anak korang tanya macam mana nak jawab ek?haihh sangat advance la diorang semua ni.

momo : "Ehh ehh..nak tahu ke?mama shy shy la.HEHE ". cepat-cepat lari masuk dapur.

anak : "Mama malu? HAHA...tanya papa jom!"

papanya ketika itu tengah membaca dalam bilik bacaan.waaahhh rumah momo ada bilik bacaan la! hehe


ehh da la sampai ni je la.malas nak sambung da.merepek gila.

back to our story:

momo dapat mesej ant pukul 2pagi tadi.dia text sekarang ni hujan lebat tambahan pula kilat memancar-mancar. tapi ant sukarela pula nak kayuh time tu...waaahh~ time tu momo punya lah cuak dapat text tu.sedar dapat text tu pun lambat sebab ZZZzzz tidur.memang momo tak boleh tidur langsung da time tu.terkebil-kebil sorang-sorang pagi tu.bayangkan la gelap da tu sejuknya.momo ni da la penakut.mula la fikir macam-macam. golek sana sini peluk momochan kuat entah macam mana terlelap juga.

Dan alhamdullilah ant selamat dan tak ada apa-apa yang berlaku.risau la hujan lebat kang air penuh dalam kayak tu kang tak pasal-pasal lain jadinya. petirnya.HAihhh.. hanya dapat berdoa supaya tak ada apa-apa berlaku. tak sabar nak tunggu ant habiskan mission dia.maybe Ahad ni baru tamat.

GOODLUCK!!


notakaki:hafal nota.hafal nota.hafal nota.momo keseorangan malam ni.kasihan nya saya.


For The Rest Of My Life


Next song yang momo suka "For the rest of my life" by maher zain
this song memang selalu dimainkan di radio pun.kalau dalam kereta time lagu ni je adik mesti suruh pasang kuat-kuat.ceyhhh

apa-apa pun kita layan je lagu ni ok?

warkah terakhir


Come and listen to this song...at first dengar macam hek eleh..lama-lama tersangkut pula lagu ni.Best.
simple je video diaorang ni kan?haaa kalau nak tahu ni budak Uitm Arau tau buat.amacam?not bad la kan.

now dengar suara penyanyi latar tu time 3.26
macho tak? suara dia la paling kuat sekali.kalah suara main singer die.HEHE
penyanyi latar tu pun recording artist so no wonder la memang besttt~
apa-apa pun good job la kat diaorang ni.sebab lagu boleh tahan best.meaning die momo tak berapa nak faham.eheee~


28 October 2010

tension ke


Apabila seseorang itu tension da lapar.maka beginilah jadinya.

notakaki~ hanya mencuba buat video.tapi ni memang terlebih pendek.yang panjang semua da buang sebab malu la nak tunjuk.


foto posing raya contest

NAaahh ini 2nd contest momo masuk.heee~ memang tak ada kerja betul hari ini.

contest: Foto posing raya
click di sini untuk tengok syarat-syarat menyertai.

Alright ini picture momo bersama kawan baik momo. Aini cik adik manis.
ikhlas je kami senyum kan?macam iklan senyumlah senyumlah ahaaiii cik adik molek.HAHA

Sekarang momo nak tag :

ok girls have fun!

mimik muka menarik



For the first time momo join contest! *muka teruja*
nak tahu contest apa?
"contest mimik muka menarik"
by: nurul ashikin

contest ni sangat menarik sebab tu momo pun join.saja la suka-suka.
syarat-syaratnya boleh tengok di blog cik cikin kita ni. tarikh tutup pun 25 disember 2010.so...jom serbu ramai-ramai.

ini pic momo:


muka momo yang teruja dapat bermain di taman permainan




sedang melayan perasaan sendiri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling



momo dan air tidak dapat dipisahkan.

ok now momo nak tag:
sally
hamidah
atiqah
dyka

Selamat berusaha kawan-kawan!

27 October 2010

budak kecik ni kan

Sila lihat muka budak kecil baik-baik.ok sila tenung lama-lama. Da puas?
Tertanya-tanya tak anak siapa? tapi momo nak tanya dulu.
comel ke tak momochan ?this young boy?




This young and cute boy ni anak saudara ant yang PERTAMA. umurnya 7 bulan da.
Nak tanya lagi ni.ada iras-iras macam ant tak?
TAk ada?bagus-bagus.heee~kejam gila momo. yang momo nampak dalam pic ni mata Q (nama dia) sangat hitam. tapi ant tak. yeah! dasyat la momo perhati sampai ke mata. *wink*
momo suka tengok mata ant la. bocor 1 rahsia.

mata bulat tu.lagi la tak sama dengan ant.ant mata sepet!HAHA apek oh apek. kalau bibir tu sama rasanya.HEHE

kenapa tiba-tiba cakap pasal ni?sebabnya ant tunjuk pic ni kat momo lepas tu dia teruja tengok Q da pandai duduk dalam troli tak payah nak kena dukung lagi.immediately cakap nak balik!!
Zuuuppp~
momo ada pesaing yang tidak kurang hebatnya! Q hanya perlu melontarkan suaranya @ menangis comfirm semua rushing tengok Q.ok sekarang bayangkan momo pula buat macam tu.

memang orang datang kat momo!lepas tu dia lempang sekali.adeyhhh~ da tua bangka pun nak jerit-jerit ka?gila punya olang arr.
sob sob

momo kalah di tangan budak.
maka membawa dirilah momo.tolonglah faham situasi sekarang.Q tu lagi penting dari awak tau.sedar sikit diri tu.

sob sob.momo da sedar..momo pun berjalan keseorangan di tepi pantai.dengan tangan sebelah kiri memegang kasut manakala sebelah kanan memegang momochan pemberian ant dahulu.
sanggupkah momo menghanyutkan momochan ke laut? tinggal lah kenangan.tinggal lah rintihan.
meratapi nasib diri ini..

Selamat tinggal momochan .. kaki momochan sudah pun mencecah air masin.

notakaki: HAHAHHA ayat pasrah habis.tu baru seorang je anak saudara si ant ni.lepas ni tambah lagi tak tahula. agak-agak momo lepaskan momochan tak? jeng jeng
Lepas ni kena bagi baby comel je semua kat ant.so dia tak boleh berubah arah.HAHA

who is my first love

When I'm older..
and my little girl asks me who my first love was..
I don't want to have to pull out the old photo album
I want to be able to point across the room and say..

He is sitting right over there..

26 October 2010

100hours hatiku rungsing

27/10/2010 tarikh dimana ant akan menyertai Malaysian Book of Records: 100 hours non-stop!!

Non stop ye...can you believe that?hati siapa yang tak tenang?tak risau memikirkan keselamatan buah hati dia kan? Sudah la jauh antara kutub selatan dan utara, antara 2 benua, antara 2 dunia, antara 2 darjat.ehh tak silap.

Tarikh tu pula momo ada exam first paper English. Nak pergi tengok pun tak dapat. Momo nak bagi support kat ant.nak tengok dia.nak teman dia. Momo nak sangat! Such a big event and must be important for him. Lagi lagi kalau ant da habis kan..i want to be the first person yang ucapkan tahniah when 100 hours is over. yang sambut ant.yang berikan towel.yang berikan air.yang berikan massage.yang berikan kata-kata semangat.yang tolong lapkan peluh. Yang apa-apa lagi lah asalkan ant selesa.

Seriously rasa sangat sedih la tak dapat jumpa,nak tengok dari dekat. Momo harap sangat ant tak kecik hati atau pun berjauh terasa hati. Momo tak terdaya nak beri sokongan secara live. Tapi tak mengapa momo tetap beri sokongan dari jauh. Ant berperang di sungai Melaka dan momo berperang dalam exam hall.waktu tu memang penting sangat mental dan fizikal for both of us.

Apa perasaan korang kalau boy/girlfriend ada pertandingan ke persembahan then korang tak dapat hadir? Guilty je rasa kan?yeahhh same goes to me.

Di sini momo berjanji kalau ada apa-apa lagi pertandingan keapa-apa sahaja yang melibatkan ant.momo nak terbang terus dan jadi your big and tough supporter.HEHE

Akhir kata, tolong jaga diri elok-elok.momo cayunk sayang sangat. Jangan paksa diri sampai diri sakit yee. Nanti momo terlebih risau kang terus beli tiket turun Melaka.haa jangan cakap momo tak larang yee..lagi satu jangan naughty sangat.momo dapat tau siaplah nak cubit kuat-kuat. I miss you so much and once again sorry I can’t go there. Hmm sangat sedih!

Notakaki: terlalu tension today.sehingga menangis dibuatnya.ni exam punya pasal la nasib buah hati mr. Ant ada datang memujuk walaupun sedikit lambat.al-maklum lah makin busy buah hati momo ni. Bekerja keras untuk masa hadapan. HEHE. Momo juga berusaha keras untuk mengingat nama-nama cases untuk law.wish me luck. Muahx!Muahx! Momochan cayunk Encik Semut.ingat tau.

25 October 2010

Bagaimana hendak study dengan bergaya?

Bagi momo mudah je nak study.Cuma bila nak mulakan tuh yang liat sikit. Tapi bila da start tak pandang langsung kiri kanan.orang tegur pun kita buat tak tahu je.sanggup ikat perut tak turun makan.lepas tuh kejap-kejap tengok jam.hoooo~ siapa tak tension kan? Ini momo punya cara.

Follow my yipeee steps:

1. Umi selalu cakap before kita nak study kita mandi dulu. Time tu badan segar, badan pun bau wangi je.semangat pun mesti berkobar-kobar je kan bila nak study. Tapi kalau da lewat malam tu janganlah mandi kang jatuh sakit pula.basuh muka pun da cukup.

2. Ant selalu ingatkan jangan tension ketika study. Buat slow-slow and the most important ingat tajuk besar dan example. But make sure kita kene faham la story dia, senang nak jawab time exam tak ada la blur blur.

3. Momo selalu buat macam ni. Pakai baju lawa-lawa macam nak pergi jalan dengan boyfriend. Lepas tu tempek bedak kat muka 1 inci.agak-agak macam opera cina tu stop la. Lepas tu amik lipstick ke lip balm atau apa-apa yang ada sapu kat bibir.bagi berkilau.sexy.merah menyala.comel. kalau ada blusher haaa sapu je bagi timbul pipi gebu.letak mascara lagi eye liner yang tajam meruncing. Hamikkk ko da macam nak pergi dinner pula.

4. Tudung?tak payah.korang study dalam bilik je. Sekarang pergi amik sikat.sikat rambut dan ikat tinggi-tinggi macam KLCC. Takpun buat sanggul bulat macam siput babi, sedut. Hiaskan rambut tu dengan segala hair clip @ reben @ apa sahaja asalkan nampak cantik.

5. Nak lagi cantik? Pakai la subang,rantai,gelang segala.

6. Letak cermin depan anda.dan mula amik gambar sendiri dengan berbagai pose. Hantar kat mak ayah dan juga boyfriend.katakan pada mereka.’saya nak study.doakan kejayaan saya yang cantik ni’

7. Tutup handphone.pasang lagu letak earphone.high volume please. Dan mulakan menelaah buku-buku atas meja anda.

8. Ohh cermin tadi jangan simpan.biarkan depan anda.so bila da bosan study tengoklah cermin .mesti dapat tengok betapa cantiknya diri anda dan katakan pada diri anda "am I pretty with no brain? or with brain?" mesti with brain kan?physco la pula but Trust me it works!

9. Buat stiky note tampal banyak-banyak kat meja study. Buat la comel-comel.kalau buruk momo pun tak ada nafsu minat nak baca.

10. Cuba study selama 15 minit tanpa stop.anda perlu memberi 200% focus ketika ini. Kemudian 3 minit untuk rehatkan minda.ulang lagi 15 minit dengan focus and 3 minit rehat.

Tadaaa ada rasa nak cuba tak?cubala ek?ek? time nak exam ni la jadi gila-gila sikit.otak pun tepu dengan macam-macam formula da. Selamat maju jaya semua! Ciao.

zombie la semalam

Heh kawan-kawan, nak tahu tak?semalam kan......momo study tau.yeaayyyh! punyala susah nak paksa diri buka buku baca dan fahamkan semua dalam buku tu.selepas disuruh dipaksa oleh ayah adik and ant.muncung panjang dulu macam Donald Duck baru terkedek-kedek cari buku.

ok sekarang baca.atas kerusi...atas lantai..atas katil..cuma atas meja belum lagi.tehheee~
otak menghafal je la semalam.lepas tuh jiran-jiran sebelah datang study dalam bilik momo.lepas tuh saja je nak menggoda suruh tidur awal.

siap kata pergila tidur muka da nazak da kitaorang tengok.zzzZZZ korang ni memang la.so momo amik earphone pasang lagu kuat-kuat.lepas tu hafal lagi dengan mata kejap kecil kejap besar.
lepas tuh PAPPP! ada orang pukul lengan. momo pusing slow-slow bagi pandangan maut dia main lari-lari lak jiran ni.haduihhh susah momo nak study.

then datang pula ramai-ramai.pergilah tidur,esok bukannya ada paper.paper 27 kan?takpun ehh pinjam nota ek?nak baca la.LOL momo boleh je bagi nota CTU ni.tapi masalahnya kita belajar tak sama.kamu belajar teknologi momo belajar zakat.TEhee~

begitulah halangan bila momo nak study. takpa caiyok!!momochan pasti boleh!macam sally kata.
kita mesti belajar dengan bersungguh-sungguh!and tak lupa juga kepada semua yang akan menduduki peperiksaan.selamat menjawab and all the best!

notakaki:minum milo laju-laju sambil menyerap nota-nota dalam kepala momo yang kecik ni.


23 October 2010

Alaaa menci..mencinya saya!!
Bila tengok video orang kahwin..rasa macam nak cakap kat ant

"Love! Jom kahwin esok!"

ok itu sangat mengarut.belajar pun tak habis lagi perasaan gatal nak kahwin naik dengan
mendadaknya!

tapi kalau fikir balik.tanya pada diri sendiri.ehh momochan ko sedia dah ke nak kahwin?
100% momo jawab.ko gila?memang tak sedia and sipi-sipi rasa macam akan jadi andartu.ohhh sangat pelik momochan ni.nak kata Boy tak ada memang ada.cuma perasaan nak kahwin tu tiada. fullstop. momo diganggu sekarang ni.menci!

notakaki:geram dengan budak kecik (my cousin) yang menyemak nak baca blog.dengan garangnya momo marah dia..Jangan kacau boleh tak?pergi main jauh-jauh arr.sebok je.*muka da berkerut-kerut ni*

nak letak kat pintu

i think i have to put a BIG sign infront of my bedroom.
says "DO NOT ENTER MY ROOM WITHOUT PERMISSION"

"DANGER ZONE"

"CHEMICAL FACTORY"

"PRINCESS IS SLEEPING"

"PLEASE COME IN"

"SIAPA BERANI KETUK PINTU? MAU MATI KA?"

"MY ROOM NOT YOURS"

Sebenarnya nak cakap tak boleh masuk my room.SANGAT-sangat tak boleh. HEHE
Kedekut kan? tapi budak-budak ni bukan peduli apa.main redah je.geram gak tengok.pastu buat sepah.lagi arr panas, terbakar je tengok.sudahlah momo ni orangnya sangat rajin untuk mengemas.

21 October 2010

masakan bujang


For lunch momo buat tomyam! ok dari picture anda sendiri dapat lihat betapa peliknya tomyam momo.momo sendiri pun mengaku juga.mungkin terlebih sayur-sayuran agaknya.
Sekali hirup WAAAHH! gerenti tersedak terbatuk-batuk dengan terok sekali sampai muka jadi merah dan mata berair dengan sendiri tanpa dipinta.
Ini kerana tomyam momochan terlalu pedas.EXTRA HOT and SPICY. memang meleleh la air mata.fuhhh

psst~lawa tak periuk momo?comel je kan?ni la jadi kalau ghairah time memasak sambil memegang camera.
tolong jangan kutuk periuk belanga momo tau.banyak berjasa tu walaupun tak cantik dan harga murah.HAHA


momo mencuba resepi baru which is 'kek batik' @ nama kurang glamer 'Kek biskut marie'
memang teruja sangat la nak buat ni.walaupun buat dalam keadaan kelam kabut sebab kene catch up nak keluar tapi hasilnya sangat memberangsangkan. yeahhh! setakat ni ayah & iz je rasa da mereka kata sedap. weee~ tapi momo mengaku dari segi kecantikan keseksian kek ni memang 100% tak ada langsung.momo memang tak kreatif betul la.

psst~maaflah gambar ni je yang sempat snap.lepas tuh terus melantak dengan lahapnya sampai perut jerit. I HAD ENOUGH! :)



Ini hasil air tangan ant dan rakan-rakannya. menunya ialah mee soto.
macam sedap kan?HEHE rasanya mestilah sedap kan..
tambah lagi dengan gurau senda beramai-ramai.makanan yang tak sedap pun boleh bertambah 2-3 pinggan. tengok picture ni da buatkan momo rindu nak masak begedil.

psstt~macam ni dapat mengeratkan lagi hubungan kawan-kawan.Best!


notakaki: esok menu apa pula yea??

19 October 2010

jumpa bakal mak mentua jom

Jom momo nak share tips apabila nak jumpa BAKAL MENTUA.

1. Sila bawa buah tangan untuk tuan rumah.make sure tanya pendapat pasangan anda.
2. Bawa pakaian yang cukup.kalau berhajat nak bermalam sehari dua
3. Ringan-ringan kan tulang anda membantu bakal mak mentua di dapur
4. Ringan kan mulut untuk puji-puji. perempuan kan suka dipuji. like~
5. Ringankan mulut untuk bertanya. tak kisah tanya je apa-apa.jangan soalan luar alam pula
6. Sentiasa jujur apabila ditanya soalan.takut nanti diri sendiri kantoi
7. Rajinkan diri beramah mesra dengan ahli keluarga si dia.jangan sombong.
8. Sentiasa senyum dengan ikhlas. ibu bapa si dia mungkin sedang memerhatikan kamu tu.jadi bagi la senyuman yang paling manis.
9 . Bila nak balik tu..bersalam-salaman dan meminta maaf la jika ada salah silap kan.
10. Jemput mereka sekeluarga untuk datang ke rumah kamu pula.sekadar berbahasa pun ok nak sungguh-sungguh lagi ok.

Ini je la yang momo dapat fikir sekarang.HEHE selamat mencuba!

notakaki: the most important is just be yourself & never pretend to be someone else

18 October 2010

midah oh midah


Perperangan antara momochan dan hamidah akhirnya berakhir hari in 18 October 2010.
Apabila momochan berjaya memiliki 'Biarlah YM berbicara'

ohh Midah ku cayang.lihatlah bukti ini di bawah.khas untukmu.
(loya tekak)


TADAAAA.....



Jeles tak?HEHE momo saja nak show off kat midah.bagi dia jeles banyak banyak.

okla momo nak sambung membaca ni.HEHE

16 October 2010

Menunggu itu memeritkan

Siapa suka menunggu?momo paling tak suka menunggu. Nanti dalam hati dah berbakul-bakul ayat sedap momo kumpulkan.eeishh...

Momo nak cakap pasal ni sebab HAMIDAH yang tertanya-tanya. Kenapa kalau kita hantar mesej kat boyfriend @ girlfriend or someone then kena tunggu dia reply sampai berabad?lambat! lepas tu kita mengamuk?hentak-hentak meja.bebel macam nenek.marah.geram.mengeluh dan mengeluh lagi.

From my opinion.

Penantian sangat menyeksakan. Contohnya kalau kita text boyfriend tanya kat mana?lepas tu nak dapat respond lama.mestilah marah.kita nak tahu jawapan yang cepat. Manalah tahu dia pergi mana-mana kan?memang la tak elok nak tuduh-tuduh.pasangan mesti jujur antara satu sama lain. Betul tak?

Laa bukan taknak call tapi da call tak berangkat how come mehhh??

Bila someone tu sudah ada boy/girlfriend mesti la dia care sangat-sangat. Mesti nak tahu pergi mana?dengan siapa?sudah makan? Kalau lambat reply mestilah risau kan?mula lah fikir negative je. Adoiyaiii momo tak pandai la nak describe macam mana.rasanya semua memang ada perasaan macam ni.

Momo bukan la jenis manja pun.HAHA tak percaya? Alaa tolonglah percaya.ok2 saya mengaku!anda puas hati? Momo sangat suka jaga tepi kain pelikat boyfriend sendiri. Mesti nak amik tahu satu hari ni apa dia buat. Bukan mengokong la cuma ambil berat. Momo girlfriend yang terlebih prihatin sebab itu suka menyibuk je kerjanya. :D Ayat manis betul.

So midah you faham tak apa yang momo cuba nak sampaikan? Marah.geram.itu normal.sebab sayang lah jadi macam ni.faham?tak faham juga?mengada ar dia ni.suruh mak you cari menantu sulung kang baru you faham agaknya.HAHA

Notakaki: tadi jalan pergi dengan Kangar dengan midah.banyak sembang & gelak sampai sakit pipi momo tau.HEHE Sally penat dengan brassband itu tak dapat keluar sama-sama.next time kita keluar lagi ye. ok la momo nak layan movie & baca novel yang dipinjam daripada orang DAHLIA.hehe

style


tiba tiba momo jatuh hati dengan style macam ni.nampak simple tetapi menarik.hehe
looking forward to wear just like this

notakaki:need to change my style more funky..cute..sweet.. but still look young and adorable.HAHA need advice please..especially when I dont know what to spend with my money.

people who always help me when i need their advise.THOSE who only tell the truth whether its ok or not for me to choose @ buy something are:

my mum~ AZIZA
NASYRUL
RAJA HAMIDAH
oppss tak lupa juga adik. AKMAL
SALLY.. I tak pernah betul betul shopping dengan you lagi.tapi takpa nanti momo akan tanya your pendapat pula ek.

momo memang perlukan pendapat someone before membeli sebab entah memang akan tanya even kat salesgirl pun momo tanya.HAHA

14 October 2010

transformers 3

nanti akan ada ke transformers 3?? hopefully ada and cepat cepat keluar sebab momo tak sabar nak tengok ni.hehe

teruja pun sebab semalam layan transformer 2.waahhh best! lama tak tengok.
lagipun momo suka Bumblebee & Optimus Prime.
Bumblebee macam baby tapi dia sangat la macho bila lawan. Optimus prime macam biasa la sikap ketua dia menyerlah.bila dengar dia cakap macam waaahh ayat dia macho habis.gentleman.dan macam macam la.tak tahu nak cakap apa.tapi yang penting those two transformers buat hati momo cair.alaahhaai~

notakaki: bumblebee accident??kasihan my baby!! huhu

12 October 2010

panic !

tomorrow ada kuiz LAW

khamis ada kuiz MAF & test AKAUN

jumaat pula test LAW & explorace

test law maybe around 2.30-4.30 explorace pula 5.15.eishh kelam kabut la jawabnya.

Dignity

Waahh tajuk yang best ni.hm macam mana nak mula ya.tadi masa kat library idea mencurah-curah sekarang kosong pula tak tahu nak tekan huruf apa. Kita mulakan saja la ye.tengah hari tadi momo and azlin pergi library untuk study since final exam is just around the corner.so tengah melenggang jalan ke library ada la pasangan ni lelaki dan perempuan bergurau senda.HUA HUA. Momo memang tak amik kesah pun lantak la korang.si azlin lak just cakap ehh ape pasal lah diaorang tu. Ok itu baru permulaan.

Isi pertama.

Momo & Azlin study kat bahagian magazines disebabkan tempat lain full dengan COUPLES. bahagian magazines tu memang favourite port.kalau duduk tempat lain tak best. Tengah belajar Law tu ada perkataan yang tak faham.tanya azlin dia pun tak tahu.nak taknak kena cari dictionary law.so momo naik tingkat atas ke tigkat bawah mencari.tak jumpa pun! Jumpa benda lain ada la.

Ok baca ni.momo jumpa couple tadi di bahagian suratkhabar.diaorang duduk atas sofa yang 3 orang tapi duduk macam 1 orang punya.faham?ehh duduk dekat-dekat la.si perempuan-tak-tahu-malu ni menempek je kat si kayu balak. Si balak ni baca newspaper manakala si gadis ini ahh~ rasa macam tak sesuai nak panggil gadis pula.perempuan ni silangkan tangan lepas tu buat muka bodoh.bila momo lalu so pandang la minah ni.dalam hati “bukan kapel kecoh tadi ke?” bila dah pandang muka dia yang cantik tu terus dia bagi jelingan maut kat momo. Ehh apahal la minah ni? Momo balas dengan membuat muka “ko pehal?”

Berani arr momochan!pewwiitt~

2- 3 kali juga la momo lalu kat situ.saja je nak sakitkan hati dia.HAHA tapi serius arr dia bagi jelingan maut.macam nak cakap “this boy is mine”. Muka memang menyampah da tengok. Rasa nak pergi kat dia pastu cakap “Heyy this is library not a place for you menggatal macam perempuan murahan.SHIT! you are wearing tudung and then act like BITCH! Tak tahu malu ek?”

Pastu nak jeling-jeling orang pula.Hello! tak teringin langsung la kayubalak tak hensem tu. Kau fikir kau cantik sangat ke sampai nak buat muka kat orang? Kau fikir kau pandai la? Kau fikir aku tak perasaan apa yang kau buat tadi? Nak tahu tak apa aku fikir bila tengok perangai gedik kau tadi?

Aku fikir kau tak ada maruah sebab memang tak tahu malu even dalam library.

Aku fikir kau tak lawa pun macam Siti.kayu balak kau pun tak hensem macam Daniel Radcliffe.

Aku fikir apa sebab kau datang library.

Aku fikir kau ni memang memalukan kaum perempuan yang benar-benar jaga auratnya.

Tak sukanya bila dah marah.kan dah guna perkataan kesat. Ni syaitan pun bersorak je la kerjanya. Kalau nak buat pun tolong jangan buat kat tempat orang ramai.lagi-lagi library yang suci dengan ilmu.spoil je mood tadi. Tengoklah momo tak suka sebenarnya marah, geram, perli, berlagak macam momo ni bagus sangat.

Notakaki: nasib baik apa yang dah belajar tadi masuk dalam kepala. Maaf sebab terkasar bahasa. tajuk ni ada kena mengena dengan cerita tak? HEHE

11 October 2010

peti ingatan terkoyak

Terjadi apabila ex-schoolmate hendak membuat reunion.
Ramai yang bagi respond baik punya.
Maka momochan agak teruja nak jumpa.tetapi disebabkan peti ingatan terkoyak dimakan anai anai.momo tak ingat semua budak darjah 6 kelas momo.HAHA
diri ini sangat teruk dengan daya ingatan.
maka buka la satu per satu facebook diaorang.*main tag ke apa diaorang ni.ramai gila*

WOOOSHHH~

Budak skema sekali dengan hingusan meleleh.gigi rongak makan comot.tiba tiba sekarang da bertukar 'I'm sexy lady' atau ' 'Bebeh let's party until duit kopak'. Ohhh~ada yang da jadi f.a. firefly flight attendance.zzzZZZ 100 kali cakap 'SAya JELES!!' momo tidak jeles dengan kejayaan diaorang sangat pun.ok tipu.ada sikit la rasa macam tu.tak mengapa selepas degree lihatlah saya yee.apa nak jadi pun tak tahu.

Mereka semua sudah berubah 200%.
yang gilakan camera.yang gila kan blog. yang gila kan fashion. yang gila kan sukan. yang gila kan melancong. yang gila kan berparty. yang gila kan STUDY!

ahhh banyak sungguh perubahan sudah berlaku.7 tahun yang lalu sudah berjaya mengubah mereka.mungkin lagi 10 tahun.one of them jadi artis?pemain kebangsaan?photographer?chef?cikgu?menteri?

memang momo sudah tak sabar nak jumpa mereka semua yang rata-rata muka pun dah lain macam.boleh la buat cerita sikit.teheeee~

enough about them.what about you momochan?engkau nak jadi ustazah ke?uhhh errr kalau hatiku terbuka apa salahnya.HAHA
ehh tak tahulah.momo cuma tahu dari orang yang momo pernah jumpa dan mereka kata lebih kurang begini.

"Dulu ko nerd skema!"
"Pendiam"
"Tak pandai nak bergaya"
"Ko da jadi pandai?" ahaha ayat tak guna betul.selama ni momo bodoh ke?ngeng
Senang cerita selalu budak yang ketinggalan zaman. Lepas tu tak dikenali ramai.

Tapi kalau diikutkan momo dari dulu sampai sekarang sama je kot.Maintain je perangai.

notakaki:momo ni pendiam ke banyak cakap ek?


pizza ku

hampir 30 minit yang lalu midah telah menghantar mesej
"sila baca midahiskandar.blogspot.com yea"
siap promote dah ni.walaupun baru pembukaan.ehehe

dalam hati momo dah berdetik ehh cepat ekspress dan mudah betul midah ni.dengan perasaan teruja dan berdebar debar.momo buka blognya.dan BANGGG! weyhh asal cantik?momo jeles.HAHA

ohh teringat pula pizzaku..ahh selamat tinggal kekasih.sob sob.

sekarang sudah ada blog masing masing.bagus la.lepas ni nak tengok novel 'Biarlah YM Berbicara' siapa yang berjaya dapat kan dulu.HEHE
midah.i won't let you have it before me! hehe




10 October 2010

hamidah sudah ada blog

BIG CLAPS for hamidah...! hehe

mengikut perjanjian yang dibuat midah akan buat err apa itu ceremony untuk blognya yang pertama kalinya!ahhh tepuk lagi yee

tetapi jika dia didapati tidak membuat blog dan active dengan blognya..maka dengan rasminya hamidah kena belanja nadhirah makan pizza! ole ole yeahhh nadhirah je yang lain-lain takyah.huhu
pizza large island supreme.

ohh midah sekarang keputusan di tangan anda...nak save duit ke tak?you bukan tak tahu momochan kuat makan..nyumm nyumm hehehe

notakaki:petang tadi belajar akaun dengan ika! yeaayy momo faham.thanx ika! huhu

HAPPY 10.10.2010


07 October 2010

I know I won't be the first one giving you all this attention

I just need somebody to love.I don't need nothing else.

Boy, you really make my heart melt. Just stay by my side.

When I met you I know you are my Mr.Right

The one that makes me crazy all the time

Of all the guys I’ ve ever known

It’s YOU sayang ..

I love you forever.

Pujian itu sesuatu yang indah

Kalau orang puji kita fuhhh hati kembang semacam je.macam melayang layang.malu malu kucing la.tapi kalau puji kat kita la.macam “cantik nya kasut” “you look damn georgeous in that dress” sort of like that .but if the person you know.the one you love the most.the one you admire.the one you look deep into her/his eyes.the one that makes you smile everyday.the one that makes you want to share every secrets.

but this person that-you-love-damn-much tiba tiba puji a-person-who-is-look-like-an alien- .how do you feel ehh? maybe it is kind a joke for them.but for you?can you really accept the compliment which-is-not-for you-for-sure?

Me?

Sigh*

SAMPAI mati pun tak terima la! Jealous la.im a girl with full of jealousy.yeahh that is real me.HEHE

Momo rasa kambing rumah depan atuk tu lagi cute kalau nak puji.HAHA takpun mayat bangkai kodok yang momo hampir terpijak semalam. Ok itu teruk.maybe a monkey?heee that is nasty.up kan sikit maybe kuda?ehh kuda cute!

Ok i think its enough.tak baiklah kutuk orang. Jahat tau momochan ni.

*evil momochan* “minah tu tak lawa la!ko lagi cantik tau!Cuma otak tu kene up lagi”.

*angel momochan* “evil tak baik kata macam tu tau.kita kena berprasangka baik.ehh yeke cantik?terima kasih la yee..malu la”.

Teeettt teeeett perbualan ditamatkan kerana mereka merepek!

*Real momochan* “ciss buat malu je budak 2 ekor ni.hampeh”.

ENOUGH!BASTA!BASTA!

Momo rasa setakat ini sahaja la.terpaksa pergi dulu sebelum cakap yang pelikpelik.bye!

Notakaki: my mood is okay! muahx! i love him so much.

06 October 2010

2 isu yang perlu ditangani

let see what are the issues..

  1. jalan raya di uitm arau telah menjadi 1 way @ 1 hala
sangat bagus sebab jalan 1 way je.nak lintas pun tak risau nak kena toleh kanan kiri pastu kanan lagi.huhu.
bagi siapa yang bawa kenderaan tak bagus lah.ok2 memang la bawa kenderaan orang kata mudah and all that kan.tapi fikirkan lah.contohnya.ada 1 student ni dia dapat last minute information yang dia tak dapat kolej lepas tu kelam kabut cari rumah sewa dapat pula yang cekik darah.ok takpa tahan lagi.dapat ehh penatlah taip kita pendekkan sahaja.parking kurang kereta and motor berderet.1 way tuh kena pusing 1 uitm tau tak??serius la menyusahkan.today ustazah pun bebel sebab dia kena pusing jauh.huhu pssstt~ustazah masuk lambat tadi kwang kwang.hikhik

MELAMBATKAN LECTURER KE KELAS KAMI.KAMI BUDAK BAIK YANG MAHU BELAJAR.
ayat poyo~

2. pelajar menggunakan jalan raya sebagai pejalan kaki
deyyyy padayapppa jalan itu manyak kecik tempat jalan kaki pun tiada.nak jalan tang mana lagi?tang langit ka?nak suruh kami pakat pakat terbang habis?lagu tuh?
tuu dia loghat utara mai dah. so macam mana?jangan nak salahkan siapa siapa.huhu

notakaki:mesej dengan roomate beritahu "awak punya kicap da habis la" tak sampai sebulan da habis.haha ganas gila.kami hantu kicap.hakhak...

05 October 2010

pencil case

momo punya pencilcase yang ada disney princess rosak! isk isk zip dia rosak dah..
siapa pandai baiki?sayang sangat kat pencil case tu.tengoklah sayang punya pasal siap letak getah rambut lagi.barang sudahlah banyak ada pen pencil dan macam macam lah.

ni tengah taip pun dok pandang je pencil case tu.nak beli baru mana nak cari?isk isk nak princess juga!yang lain lain tak nak..isk isk sedih.

haa midah hari tu cakap padan muka kat momo sebab pencil case rosak.sampainya hati cakap macam tu.terguris hati tau.huwaaaa wekkk tak kawan kang.

momo pun da beritahu ant tapi dia tak bagi respond pun.memang nampak remeh la macam 'ek eleh macam tak boleh beli baru.kecoh lebih' eee korang dengki apa?

exam nak dekat..pencil case nak...isk isk huwaaaaaaaaaaaaaa!!!

notakaki:kejap lagi nak bagitau umi la pula.isk isk.orang lain tak layan pun momo.sob sob

big apple

today we are going to talk about big apple.no no not the size of apple.

ahh forget it..my mood just fly away just now.and i will talk about it when i get my mood back.


notakaki:tak guna punya mood!main lari lari ek?takpa takpa larilah.kejap lagi dapat matilah ko.AHAHAHAHA *setan ketawa*

Im crazy about twins

goshh! i read this blog kan and then dia cakap dia pregnant lagi.yang bestnya dia dapat twins!waaahhh momo baca pun sudah teruja habis.and for your information dia ada lagi twins yang berumur 3 tahun.perghh miracle!

twins..twins..twins...

love!saya nak twins tau.nanti bagi ok?LOve yaa!hhehhe

Lepas tu kan..twins yang dalam perut dia tu.seorang tak dapat diselamatkan.sebab entah.maybe kecik sangat kot.so sekarang tinggal lagi seorang je dalam perut mummy dia.mesti dia sedih twins dia da tiada. iskisk


notakaki: menolong kawan yang baru nak belajar buat blog.momo pun tak pandai lagi nak ajar pula?takpa momo ajar mana yang boleh ye selebihnya cari sendiri.HAHA

04 October 2010

baru batuk nak elok..selsema datang.lepas selsema batuk balik and then bintik bintik merah naik kat leher. lepas tuh kena demam balik.haduhhsss penatlah macam ni. time nak dekat final la badan nak buat hal.ni demam da nak kebah rasa macam nak demam balik.grrrr~

Sekarang makin kerap lak terjaga tengah-tengah malam.bencinya! dahlah sunyi.kecut perut kot terjaga da la seorang.huhuhu buka mata je tengok ada katil kosong.roomate lagi seorang entah pergi mana tak tahu.selalu buka mata nampak dia oklah.berani je nak tidur balik.ni da rasa macam tidur sorang.roomate lagi seorang katil atas,memang komfom la tak nampak dia.

Disebabkan demam mengada ngada sesekali menjenguk dan malas nak report kat parents akhirnya diaorang dapat tahu juga.ceyhhh penat je cover line.instinct si ibubapa ni kuat juga ek?huhu selepas kona baring.pusing roundabout nak taknak kena bagi no telephone roomate and seorang mangsa classmate(guess who?).padahal diaorang minta lama dah..tapi da kena ceramah panjang tu bagi gak.HEHE


*eyyyy i really need energy to study.and be more brave maybe to stay up late.tsk tsk..
goshh why is it scary in Teja?creepy je kalau nak pergi toilet.zzzZZZ kat Dahlia taklah takut sangat.sigh*

lagenda budak setan

momo baru selesai tengok 'lagenda budak setan'

ok memang agak lambat lah orang lain da lama tengok momo baru nak tengok.heeee~
tak mengapalah janji tengok dari tak tengok langsung kan?

macam mana la boleh tengok cerita ni?entah momo tak sure tapi rasanya sebab terlalu bosan lalu merayau ke bilik orang dan merengek rengek nak movie baru. ramai cakap LBS ni cerita best.mula mula tak percaya la sebab momo kurang tengok cerita macam tu kecuali kalau ada Apek, kompom memang momo tengok. kalau takda apek rasa tak ralat pun kalau tak tengok.hehe *demand!*

Mula mula episod agak bosan la juga.so sabar je tengok sambil makan nasi berlaukkan ikan masin dan telur masin. (darah tinggi la jawabnya nanti).tapi bila sampai part Que Haidar belasah isteri dia, Lisa Surihani teruk juga macam real je. momo ni yang bukan jenis kaki nangis bila tengok cerita apa apa pun.boleh sedih,remuk hati,hampir jugalah nak nangis.ehemm ehemm momo macam biasalah cover macho takkan nak nangis kan. tapi serius takut tengok adengan pukul macam tu.geram je tengok Que tu.rasa nak belasah balik.

pstt: momo pernah termimpi lebih kurang macam tu.suami momo layan macam kuli jadi orang gaji kat rumah.sedih sangat.bila da sedar terus cari ant cerita kat dia.and he promise takkan jadi lelaki macam itu.Lepas tu momo sambung tidur balik dan mimpi momo sangat indah masa itu! tapi tak ingatlah momo mimpi apa...HAHA

attention to girls

Attention yea gadis gadis di luar sana. Sekarang dunia sangatlah bahaya teramat bahaya yee.
culik budak.buang bayi.sembelih orang yang tidak berdosa.bakar dan entah apa apa lagi la yee.
Kenapa tiba tiba momochan cakap pasal topic ni tiba tiba?

Meh nak habaq mai.

tadi kat kelas Law.madam ada cerita kat kelas. last week ada one girl nyaris kene culik! wuuu~
macam ni ceritanya. this girl dari rumah dia nak pergi ke kelas.die jalan kaki sebab tunggu bus tak datang. lebih kurang nak sampai main gate nak masuk U,tangan die kena rentap oleh seorang lelaki yang tak dikenali! (cisss kurang asam betul).

Girl ni memang perasan ada kereta slow je bawa belakang dia.so dia macam tak kisah la sebab ingat orang tu tengah cakap kat telephone. elokknya nak dekat sampai lelaki tu tarik dia nak masuk dalam kereta.

TAPI

perempuan ni pandai.dia meronta gila punya kuat sampai terlepas dari pegangan lelaki tu and terus lari masuk kawasan U and beritahu PAKGUard.malangnya pakguard tu tak boleh buat apa apa.(apa ni???) katanya itu luar dari bidang kuasa dia sebab kejadian berlaku luar kawasan U.
*sigh*
ohh kejadian tu berlaku 12.30 tengah hari!macam tak caya je.

kalau korang kena mesti sedih kan?mesti takut.trauma.semuanya lengkap je.

So atas nasihat someone this girl buat laporan polis dan juga pihak atasan U tersebut.
girls out there tolong hati hati..siapa yang takda ilmu pertahankan diri pergi belajar cepat.at least boleh mengurangkan risiko macam ni.huhu

psstt~takut dengan dunia sekarang.

03 October 2010


I may act like a kid, but when I say "I LOVE YOU" I mean it.Know why?
Because kids don't LIE!




psttt~I'm sorry what I did to you last night

Twins

yeayyyy momochan ada twins hehehe

02 October 2010

lari cepat agent 000

pernah larikan diri dari mana mana aktiviti?tak pernah?
ehh baik betul korang ni ek?
kenapa?
lorr takut?
heee~momo takut juga sebenarnya.

ini ceritanya.

last night momo and izyan larikan diri ke kolej Mayang sebab kolej Teja buat explorace dan memang wajib kena pergi.tapi kitaorang malas study lagi baik!huhuhu

dipendekkan cerita diaorang habis pukul 2.30 pagi.gila tak diaorang?
ooopp~ anda yang cakap momo tak.hehe
masa kitaorang sampai tu diorang tak habis lagi tengah potpet.RS la tengah bebel.

kitaorang jalan ikut belakang.gelap pula tu.tapi stuck sebab ada ajk tengah main buaian.
Sasaran: X
Bulat bulat oren : KENA ELAK!BAHAYA!
purple: itu kami spy!

haaa tengok susah kan?
siap menyorok belakang mesin basuh.pastu buat isyarat tangan
TAPI KANTOI!
ajk tu datang kat kitaorang.takut kot.
alih alih masuk toilet diaorang pun buat tak kisah.
junior maybe~
ahh peduli la.
yang sampai ke X hanyalah 5 orang sahaja.

GOOD JOB!

sampai kat tingkat 3 nak ke bilik masalah pula.tunggu punya tunggu.ketua aras datang ke arah kitaorang.

MAAKKK!! LARI NYAH!

maka menyoroklah momo & izyan di dalam tandas.
(sila lihat gambar rajah di bawah)





HHEHE momo tak tahan gelak.rasa macam main nyorok nyorok pula.heee~
lepas tu bila keluar dari toilet.semua dah pakat nak balik bilik masing masing.
sudah habis la rupanya explorace.
yang kitaorang berlima ni pun buatlah gaya poyo konon penat habis main explorace tadi.
padahal penat berlari sebenarnya.

THE END!

psttt~sebenarnya momo seronok main macam tu.HEHE

notakaki: tolong jangan ikut perangai kami ini.terutama spy momochan & spy izyan.fuhhh~



01 October 2010

pelayan lelaki tak guna

Jumaat hari yang memenatkan.Disebabkan momo terkena gigitan (Khamis) apa pun tak tahu sehingga menyebabkan bintik bintik merah tumbuh. Hari Jumaat baru sempat nak pergi UK (unit kesihatan).
momo pergi dalam pukul 10 pagi sebab 11 pagi ada kelas akaun.momo pergi la seorang diri..sampai je kat UK.mak aihh ramai sangat! sebabnya doctor seorang je. so momo cadang nak balik jela.tapi izyan call ajak pergi makan.disebabkan lapar kita makan dulu! lepas makan balik bilik terus tidur.sampai pukul 4 p.m. lamanya momochan tidur.

inilah jadinya kalau tak sihat.tidur je kerjanya. bangun siap siap nak pergi uk lagi sekali.patients pun tak ramai sangat.tunggu turn jumpa doctor then ambil ubat.

after ke uk momo pergi oren (kedai makan).momo tak tahu kedai dia cara jual macam mana.kata masakan panas.so momo order char kuew tow.time tu teringin sangat nak makan.bila tanya char kue tow ada jual tak? lelaki itu @ pekerja kat situ gelak gelak je. pastu main tanya geng geng dia.
"weyhh kita jual char kue tow ke?" HAHAHAHa
"mana ada char kue tow kat luar kat hujung jalan"HAHAHA
"Haiii char kue tow mana ek?"HAHHAHA

mereka gelak seperti setan yang dah berjaya menyesatkan anak anak Adam.

*serius time tu da malu sangat*

dalam hati dah mencarut habis dah.HAHA.lantak arr mangkuk tu semua..geramlah.orang tanya elok elok ni main main buat bahan lak.so momo terus angkat kaki blah. Sudahlah tak berapa nak sihat boleh lak ada manusia perangai macam tu.memang dugaan sungguh hari ini.

notakaki: baru balik dari melarikan diri dari explorace.dan sangat penat.momochan tidur dulu.esok momochan cerita ok? =D

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN