click click

ikut momo jom

25 June 2011

Cuci la ayam yak oi yak oi cekidaut

Salam sejahtera!

Hari ini adalah merupakan hari kecewa dan gembira...
Kerana..

Plan pertama cancel sebab dibantah keras-kerasan oleh umi. Sebagai anak yang taknak derhaka. Ikut je la kata orang tua. "Baik umi akak duduk rumah je".
*Terus buka Nickelodeon tengok Spongebob sambil kunyah coklat Cadbury.Puas hati*



Chocolate ni kalau dicairkan & terus masuk dalam mulut. nyummy!


Kak..nak yang besar lagi ada tak?


Plan kedua kononnya nak jadi chef. Sebab Asu minta tolong ajarkan buat cake. Momo kan expert! ngeee~
Sekali pagi tu dapat mesej...tak jadi datang rumah. Huwaaaa...da bersemangat nak buat cake da ni tau..
Da plan nak buat cake ni da tau...



Tengah sedih ni ayah balik bawa barang basah. Maksudnya ayam,sotong, udang segar khas dari pasar. But I told my father, I do not know how to siang-cuci-siang-cuci-dan-potong-cantik.Jadi buat tak tahu terus layan cartoon. yeay!yeay!



Anak yang degil tak reti nak meringankan beban ibubapa! Jangan sesekali tiru aksi ini.



Agak-agak 10 minit tu..hati rasa tak tenang je.. bersalah kot. Sebabnya ayah terpaksa bergegas ke tempat bergotong-royong sebab ada tahlil and umi pula ko-kurikulum kat sekolah. Nak taknak...kena buat juga..


*Abaikan keadaan sekeliling yang bersepah*
Tenung plastic ni lama gila. Tak tahu nak start mana dulu.

Dapat mesej Mr.Ant yang happy pun momo bolayaaan. Tengah sedih-sedih tapi Mr.Ant happy.Tak aci! Ramai-ramai kita mogok ignore dia.!

Sambung pandang plastic beg merah putih semula.


Kita mulakan sotong dan udang dahulu.

Hmm..Nak tahu momo berjaya ke tak?

Haa..Mestilah berjaya..tapi udang and sotong je la..ayam eheee~sampai luka jari buat..nasib ayam da mati kalau tak terseksa dia. sorry!
ikan? omaigosh geligeligeli ohhhhhh!

Tepat pada masanya umi balik dari sekolah and she take over pula.HA-Ha supermom datang!
Selamat momo.fiuhhhh
Tapi telinga tak selamat sebab kena bebel.hikhik
Alaaa..Nak kahwin nanti baru belajar. lalalala~

Oh! nanti dulu..cerita ini tak sampai di sini lagi..ada sambungan nya..iaitu sesi penghabisan duit. will be on next entry okay! Tu pun kalau ada yang sudi baca ;p


Tolong-menolong itu amalan yang mulia..

Ehh korang yang belum vote tu jom lah vote for me...
Senang je...
So..Boleh la kan? Vote for Momochan!

1st. Kena la log in Facebook masing-masing dulu
2nd. LIKE fanpage.
3rd LIKE picture momo bersama trolley kesayangan!




Vote.Vote.Vote
Thank you very much. You are so kind ! *flying kiss*

notakaki: eh eh terpanjang pula. HEHE oklah nak tidur esok pagi nak gerak ke Perlis da. :( tak happy. Mr.Ant is having his day.. but not for me..Jadi jangan pengaruhi mood dia, kita simpan seorang-seorang cukup.Bila dia balik baru story. Ok bye!

24 June 2011

Keluar dari Perlis yeay!Banyak halangan

Assalamualaikum

Hari ini gembiranya saya sudah selamat tiba di rumah. Home Sweet Home.
Gembira sebab dapat menempuhi banyak halangan.
Nak balik rumah pun banyak halangan.

Baiklah cerita ini bermula.

Hari Khamis tepat jam 10.30 pagi bergegas ke kauter di UiTM untuk membeli tiket bus.
Dengan harapan masih ada lagi bus pada waktu petang.
Yes momo berjaya membeli tiket pada pukul 2.30 petang.
Kemudian meneruskan sesi pembelajaran di kelas sehingga pukul 12 tengah hari.

Tepat 12 tengah hari lari pulang ke kolej dan terus menyumbatkan kain baju ke dalam beg.
*macam nak lari dari rumah je gaya*

Masalah 1
Telephone taxi untuk datang ambil pukul 2 petang.
Tetapi pakcik tu tak sure dia boleh ambil atau tidak maka meminta momo untuk menunggu sebentar kerana dia akan menelefon semula. Samada dia akan ambil atau orang lain ambil.
Baiklah. *1 pm*

*hampir 2pm*
Pakcik lupa nak call ke apa? Terus call dia lebih 6 kali. Dan kredit phone tinggal sedikit akibat voicemail. *tak guna*
Kalau telephone taxi lain kang kena maki pula.*pernah terjadi*

Tak berputus asa telephone lagi..dan lagi..
Akhirnya diangkat.
Dengan loghat utagha yang pekat mekat serta laju mengalahkan Bus UiTM. Terpinga-pinga nak menjawab balik.
Yang faham ayat terakhir " kat tempat taxi lama"
Lari la pula dengan menarik beg roda berwarna biru ke lokasi.
Nampak taxi sudah menunggu. Tapi malangya dia menunggu orang lain. Ahh sudah jam sudah tepat pukul 2 ni. Parah.


2.10pm taxi lain sampai untuk menjemput.
Bersedia untuk bergerak..
Tapi malangnya taxi driver ni ternampak kawan taxi dia.
"kejap ye pakcik nak cakap dengan kawan pakcik. 1 minit je*
"Ehh pakcik..."
Pakcik tu blah and sok sek sok sek..

Ahhh tak ke tension ni? Macam-macam hal.

ok ni sikit je baru. Nanti sambung semula. Malam ni nak pergi makan kat Abdullah Chan. oh Dim Sum wait for me.. I miss you so much. ;p

notakaki: makanan kat sini dengan sana jauh bezanya.









20 June 2011

Hari kuning untuk ke kelas. gila fikir apa pakai colour tu

Hari isnin yang sungguh gila ! Ahh sungguh tak sangka kenapa buat macam tu yaaa..

Begini jadinya bila diserang sakit kepala dan melarat hingga keesokan pagi, mata pun segan-segan malu nak buka, jadinya rembat sahaja baju kurung mana-mana. Hari Isnin kan wajib bagi siswi untuk menggayakan baju kurung masing-masing =.="

Disebabkan kelalaian yang tak berpanjangan..sarung baju, beg, stokin dan kasut tanpa breakfast bergegas ke kelas tak payah tengok cermin lama-lama. 
Masuk LT.. Kelas yang agak luas kawasannya, senang cerita part 5 semua ada dalam kelas tu bagi Diploma Perakaunan. 1st lesson was Taxation, ok I manage to avoid from transform to a sleeping beauty... but not for MIDAH mata kuyu. *tehee*  She's not feeling very well. Kasihan.Get well soon beb!

I forgot to mention that today pakai baju kurung kuning. Like seriously KUNING. Striking colour terang. yang macam dari jauh you can see the colour shinning. Gila betul.

Kenapa la tak sedar dalam bilik masa tengah iron baju?
Kenapa la baru sedar bila ditegur rakan di dalam kelas?

Ehemm baju tudung kuning semua, tapi tak bermakna otak kuning okay? It so nooot true. Otak warna merah pink coklat sedikit purple dan hijau. LOL *imaginasi sungguh*

Keadaan bertambah cemas bila berjalan di tepi ke koridor, mata semua macam belalang besar-besar belaka. Ye saya tahu saya cantik. tak perlu lihat saya sebegitu sekali. Ok itu hanya gurauan. tapi sungguh kenapa perlu ada insan-insan yang tengok budak baju kuning macam tengok alien. Jadi untuk menghilangkan rasa gundah gulana ni senyum je la kat budak tu, but but but... dia buat muka " You are sooooo not into fashion"

Erkkk T_____T

Kasihan la saya ni... 
Kesalahan saya tidak besar cuma hanya memakai baju kuning terover terang je.. *Tak teringat pula nak ambil gambar*

notakaki: Kuiz tadi Alhamdulillah boleh jawab but I'm not sure if I can score or not. Need to improve my marks so that I can go for my photoshoot. *satu-satunya mission saya yang terkini* 
Mr.Ant... I will show you that I am a super intelligent girl just like the others!!! and will fullfills my dreams. no objections.



hanya sekadar hiasan










15 June 2011

perjalanan pulang ke kolej bila kelas batal

Hello !
Sekarang ni sudah masuk minggu ke-3.. Belajar pun best macam semester yang lepas juga. Cuma jadual lebih padat dan kelas makin jauh even kolej dapat yang paling dekat. ^_^

Momo nak share picca sewaktu perjalanan pulang ke kolej bila kelas batal. HAHA Heaven okay ?


Semester ni banyak juga kelas di bangunan oren ni. Dipanggil BK short form kepada bilik kuliah.
A small class but a very nice class with aircond.. Masyukk sekali untuk melelapkan mata dan berdating pada waktu malam kononnya mahu study. =.="



Ini berhadapan dengan BK tadi. Dinamakan apa pun tidak tahu but it looks like bengkel kot. And the students pakai jubah putih ala-ala doctor you..auwww~ tapi lelaki tak hensem perempuan cantik la. HAHAHA .Laluan sini boleh dikatakan laluan utama pelajar nak ke kelas. Sambil jalan kita usha kiri-kanan kan? Cuci mata. psttt~

As you can see from the picture..its "Anjung Siswa" but honestly we call it as "mushroom". A huge different you can see right? Anjung Siswa and mushroom? What the? Apa kena mengenanya? I still remembered I asked one of the senior when I was in part one.
"Kak.. tempat ni nama apa?"
"Inilah mushroom" katanya
"Mushroom?"
okay please imagine momo gelak bagai nak rak..HAHA nama sikit punya glamour tu.
Dulu tempat ni best, sekarang kurang best sebab terlalu ramai sangat lepak sini so makin sesak.



Dining. Kitaorang panggil mayang. Sebab apa entah tak tahu heee~
Da bosan da makan kat sini. Tapi terpaksa .. T__T Rindu nak makan kat rumah la.




Itu dia pintu depan kolej kesayangan. Ahaks...~kelas gituhh nama dia.


Ini kolej ke 3 yang momo pernah duduk


Belah kanan kolej ke 2 dan kiri kolej ke 3 pernah momo duduk.
*hidup secara nomad*

Ni kat kolej sekarang la..



Pandangan dari bukan bilik sendiri


Pandangan dari bilik


ini dia pintu bilik ! Cuba teka no bilik berapa?



Ok da habis...


Sekarang,


Mempersembahkan tak ada kerja cari kerja !! So untuk korang yang baik hati ni jom lah vote kan untuk momo ni.

1st.. kena LIKE fanpage ni dulu

2nd.. boleh la LIKE picca momo

Thank you.

Black and White Contest.Momochan join !

Readers!

Ehemm..Ehemmm korang free tak?tengah online ni kan?
Haaa momochan baru join satu contest ni..Konon-konon ini 1st time la kan, contest kena like-like ni. So nak minta korang click LIKE kat my picture.heee~ boleh kan?boleh kan?

Step dia senang je...

1st kena like FOREVER YOURS kat facebook.
*tak rugi like sebab baju dia banyak cantik*

2nd. alang-alang tu like picture momochan juga yeee.

Click SINI untuk like picture yang mewah hitam dan putih :P
*macam sedih la pula, picca orang lain marvellous, kite biasa-biasa je*

=.="


*hantuk kepala kat dinding 7 kali*

notakaki: ok nak pergi kelas. Jangan lupa LIKE okay. Jasa mu dikenang acewahhh!

Wordless Wednesday

14 June 2011

petua menghilangkan batuk

Morning!

Cuaca di Perlis pagi ni sejuk je..setakat ni lah kang tengah hari mencanak panas sampai lah ke malam. Sekarang ni kan cuaca panas melampau-lampau so kesihatan kena jaga and banyakkan minum air suam. Kalau tak.. mula la batuk da start, nak belajar dalam kelas pun tak selesa.

Jadi momochan yang baik hati ni nak share kan petua hilangkan batuk.




1. ambil sedikit halia..
tumbukkan sampai lumat..
boleh dicampurkan ke dalam air suam atau
air teh o dengan 1/2 sudu kecil gula..
Baca Bismillah.. dan minum :)


2. Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

3. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

4. Rebus beberapa biji pisang masak. Bila da lembik campurkan santan, garam dan perasa vanilla secukup rasa. Selepas 20 minit, makan makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. *macam cekodok perasa vanilla ke?ada sesiapa pernah buat?*

5. Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Bila da kembang, air diminum setiap pagi

Insyaallah batuk korang hilang dengan keizinan-Nya .
Selamat mencuba !



12 June 2011

tengok cermin hilang seri nanti haaa

Hai readers !

Bangun tidur ada rasa nak mengadap cermin tak? Nak belek-belek muka tengok air liur basi melekat ka?tumbuh jerawat baru ka? rambut macam kena elektrik ke..pfttt~
Lepas mandi tengok cermin. ok tempek bedak sikit sikat-sikat rambut.
Then pergi makan, elok je lepas makan nak lagi tengok cermin.
Nak pergi toilet konon-konon nak basuh tangan tengok cermin dulu. Dalam toilet tengok cermin balik bilik tengok lagi cermin.
*untuk yang duduk di kampus mana ada singki dalam bilik ye tak?*
ada tak?ada?
perghh 24/7 tengok cermin tak bosan ke?
Da tu membebel ada jerawat, ada luka ada bintik hitam lagi macam-macam la dok menyinggah kat muka hangpa tu. Elok je buat sesi luahkan perasaan kat roomate kesayangan hangpa.



tu dia tanda-tanda anda akan kehilangan keserian muka.

kata orang tua- tua " Limah..udah-udah le kamu dok tengok muka kat cermin tu, hilang seri muka nanti baru kamu tau"
*ikut version nenek masing-masing menasihati cucunya*

Kalau ikut logic la kan... nenek cakap macam tu sebab takut kita nampak jerawat sebesar kuman lepas tu tangan gedik kot nak penyet-penyet lepas tu jerawat makin besar. Then mula la nak pakai segala jenis kimia kat muka tu. So bila da biasa pakai pencuci muka then tambah lagi make-up dari seorang hodoh bertukar menjadi bidadari dari kayangan. Maka, anda memerlukan make-up sentiasa di muka untuk kekal menjadi seorang bidadari.

Tinggg! Ini la masalahnya.. apabila da terlalu taksub sangat make-up + cermin = hilang seri
Kawan-kawan, boyfriend, semua orang da tengok muka ko kena make-up jadi bila da kahwin nanti muka nak naik seri apa? Da macam biasa la orang tengok.

Ye tak? Itu momo punya kefahaman la.






Siapa yang tak suka Lisa? Semua suka...

Entry ni dibuat sebab ada orang cakap momochan ni bukan jenis gila tengok cermin. LOL. Orang lain perasan, diri sendiri tak perasan. Takpe la kalau tengok cermin selalu hilang keserian muka ni ! lalalala~




notakaki: Lupa nak publish pagi tadi *mamai*..nak check ayat pun malas.So kalau tak faham tu buat-buat faham ek.HEHE




10 June 2011

Ulangtahun ke-6

Not today






Today

Yang mahal sebenarnya no 6 tu..HEHE.. siap printscreen lagi tu. Nak buat kenang-kenangan la kononnya la kan..Lepas ni tak muncul da nombor enam ni.
So, doakanlah hubungan kami berkekalan selamanya .
notakaki: Setiap hubungan akan ada halangan. Tipu lah kalau tak ada..

09 June 2011

Another night

Tonight is just like another night.. watching movie with roomate and share our food together. This is only our chance to spend time together before our lecturers become a vampire! *nyiahahha*
We hate assigment so much, so we gonna have fun and enjoy our moment slowly.

This feeling..where you feel your head gonna explode, your heart beating faster than usual. Feel like screaming feel like doing something stupid.. feel like 24/7 is not enough for a DAY, exhausted, angry, and confuse..

Weekend ni nak keluar jalan..pakai baju lawa-lawa and ambil gambar dengan kawan-kawan. Tapi-tapi nak keluar dengan siapa?sob sob..

YA..rindu nak keluar layan movie dengan Mr.Ant, nak pergi makan tepi laut dengan kawan-kawan dia yang lain.hmm esok lepas kelas rasa macam nak terbang balik rumah je.HOHO Kalau la kaya boleh balik naik jet je. *in your dream!*


notakaki: Penat melayan movie otak pun bengong.




Setahun lagi bertambah untuk tahun ini.terima kasih

Hai !

Nadhirah is here to tell you that today is my 6th anniversary . Alhamdulillah..


Hai ! Mr.Ant




I made something special for him.just for him.
Bukanlah tempah baju couple or mug couple bentuk lovelove.Tidak-tidak, I need to think my budget juga. Bagi yang semampunya dan ikhlas.Sorry ye Mr.Ant.

Tapi sungguh rasa malu nak bagi. Tak berani. Hadiah tak mahal branded pun. Tapi memang menyeksakan juga la jari jemari ni sebab buat benda yang tak berbakat langsung. Hailaa kalau Mr.Ant gelak guling-guling macam mana? Mogok seminggu taknak cakap dengan dia. heee~

Kalau nak bagi seminggu lepas dari tarikh ni boleh tak agak-agaknya?


video ni sweet okay


You only have to spend 15 minutes to watch this video. Oh My.. tangkap leleh gak la..yang hanya tengok video ni pun da terharu, Try kalau jadi perempuan tu..tak terkata apa dah.
Siap dok imagine lagi kalau macam ni terjadi la kan..mesti mulut potpet "Apa ni?Apa ni?Apa ni?Kenapa ramai sangat?" etc etc

Perempuan to chill gila kot, tak cakap banyak asyik nangis je kerja. *perempuan kan*
HAHA..Beruntung dia ada memory yang takkan dilupakan so boleh cerita kat cucu-cucu dia nanti.


notakaki: Kalau nak bagi seminggu lepas dari tarikh ni boleh tak agak-agaknya?



08 June 2011

Kampus sesak sekarang

I want to write something but each time log in idea terus hilang =.=" gila benci kot situasi macam ini. Maka kena start balik hidupkan diary online ini! HIp HIp HOi !

Pergi kelas pagi macam biasa, kelas petang cancel *thumbs up* and it was raining. Trying to sleep but I can't and end up reading the online novel like berjela-jela tak reti nak baca sikit-sikit. See how I'm wasting my time padahal boleh je start buat revision and so on. My roomate pula tak ada pergi C-Mart *the most popular mall in Arau?* beli stok makanan sedikit.

Ohh do you want to know something? Sekarang ni kan..no more kedai yang jual roti, jajan, susu, milo, maggi, gula-gula kopiko, butter, tuna, mayonnis senang cerita macam kedai runcit la.
I've no idea kenapa diaorang tutup. Ada yang kata kontrak da habis, ada yang kata kakak kedai tu merajuk *tuan kedai* ada yang entah la macam-macam version pun ada.
Kedai kosong banyaklah.. So sesiapa yang teringin nak meniaga ni come come anda dialu-alukan..kami sebagai pelajar yang selalu lewat bangun untuk ke kelas 8 pagi tak sempat breakfast kat bilik selalu menantikan kedai roti-roti yang sedap lagi lazat dan juga MURAH.
Senang tapau sekotak milo and roti gardenia berperisa jagung manis untuk dimakan depan lecturer.

Bukan kedai runcit tetapi kedai makanan juga berkurangan! oh apalah nasib kami ini,dengan penambahan student baru yang seriously sangat sesak. Lunch time je tengok dining, oh my god nasib baik puasa kalau tidak penat la berdiri beratur ambil nasi, ambil lauk and beratur to pay! then terkedek-kedek pergi ambil air kat bahagian air. Tunggu punya tunggu bila sampai turn dapat air sikit gila. Tengah cuaca yang panas ni bagilah air banyak-banyak.Kedekut sungguh!Hasilnya nasi dalam polisterin kembang semangkuk.tsk tsk

Nak cerita pula time beli makanan malam, ok nama tempat sini digelar 'oren'. tapi kedai semua tak warna oren and tak ada pun bau-bau macam buah oren. Nama tak glamour langsung senior bagi. LOL. Disebabkan hanya 1 kedai je yang beroperasi lagi 4 biji tutup tak jual nak tunggu order punyalah lama. Sampai order pukul 4 at the end 7 lebih siap. Yeahh terbaik. Itu pun balik kolej dulu tidur-tidur, mandi-mandi baru pergi kedai makan tapi masih tak siap juga. Bila sampai sana ada la minah tergedik-gedik *she was like lalang youknow terliuk sana-sini* sudah la order lambat then cakap nak cepat nak buka puasa. What the ? Kitaorang yang order lama and PUASA juga, tak ada nya nak heboh-heboh macam tu. Sabar and sabar je until abang tu perasan muka kitaorang da berubah macam hulk. Cepat-cepat dia masak.

Oh budak tu tak habis macam tu je..dia cakap lagi
"Alaa lambatlah abang ni..esok tak nak datang la..nak suruh adik abang la masak"
"Alaa abang ni"
"Alaa"

Seriously geli okay?
Pedih hati ni dok menahan perasaan. Annoying gilak. Nak maki-maki tak boleh so sabar je la.


So the best way sekarang ni ialah puasa! jimat pun jimat.
Makan time buka puasa ja..


notakaki: Membebel je kan? semalam minta nak beli kipas letak kat bilik..Nak beli ke taknak?


07 June 2011

Magic Scarf

Magic scarf in the house!

Rasanya benda ni da lama kot tapi momo baru je tahu.huhu


amoi cantik



amoi cantik



video ni tak tengok habis pun.sebab malas =.="

Malaysia rasanya tak sesuai.panas auwww.Lagi-lagi Perlis..heee~tak sanggup.

notakaki: pergi kelas pagi-pagi tapi lecturer tak masuk.uikkk?? uikkk??

05 June 2011

Peluang menjadi model.Siapa mahu?baca sini meh meh

okay anda mahu join kan?
How?


1) Please fill in info-info anda seperti ini:

Name :
Date of Birth :
Telephone :
Email :
Height :
Weight :
Measurement :
Shoe Size :
Hair Colour :
Hair Length :
Eyes Colour :
Ethnicity :
Skin Colour :
Experience :
Full Body Picture:

and send the details to Zainatun Adilah (FB) or agashi.eila@gmail.com (e-mail)



2) Next, you need to follow all this blog:




3) Next step, we would LOVE it if you can follow us in Facebook for any infos regarding this project:





4) Sila buat entry mengenai Pencarian Model ButiKafe ini di blog anda.


5) Letakkan banner ini di blog anda.Tadaaa..



Kalau masih ragu-ragu betul ke tidak momo cakap ni kan..check this out bebeh!

02 June 2011

habis diploma kerja ke degree?

Selalunya lepas Diploma orang sambung Degree ke kerja ek?
Haa itulah dilemma setiap orang yang akan menamatkan pengajian tak lama lagi.aceeeceh Momo memang la lambat lagi, tapi tak salah fikir awal-awal kan. Plan dari awal.

Da kate duduk beramai-ramai kan..haa kuarlah topik tajuk atas tadi . Pakat-pakat semua da penat da study tunggu masa nak kerja je.

Momo pun macam tu juga, rasa penat..tapi kalau tangguh macam rugi la pula kan? Better sambung la kot. course apa tak tahu lagi.fuhhhh~

If kerja sambil belajar pula cabaran memang tinggi la, mana nak komitmen dengan kerja dengan belajarnya lagi. Tapi kalau yang pandai bahagikan masa tu baguslah. Risiko tu tinggi silap-silap belajar half way, kualiti kerja tidak memberangsangkan.tak produktif orang kata.
Di situ anda sudah rugi besar walhal jika bijak boleh menjimatkan masa dan wang :)



Habis study nak apply kat sini. ehemm


So conclusion nya...tunggu final semester terakhir baru decide. HUAHUA tata




1st presentation for this semester

Selamat tengah hari !

Hari ini mood momo sangat lega sebab 1st presentation sudah lepas, but more presentations are coming soon.LOL.

Actually it was a short presentation, a really short one maybe just in 5 minutes. Momo and partner,NINA kena explain what is PREJUDICE?and must be related to the critical thinking terms. *apakah itu?*

Sometimes we know the meaning but its hard to explain for people to understand. *my big problem* Lagi-lagi nak kena cakap depan class. Oh man in white shirt~

The moment I walk to the front I was nervous till can't feel my own hands.
I started to greeting them, introduce my partner and erk did I forgot to introduce myself? LOL nevermind. I was nervous anyway.

Oh terperasan Midah and Sally angguk kepala.why la kakak?

Cakap tergagap-gagap and shaking sampai note tu vibrate kat tangan. Lagi teruk bila I couldn't find some of words. LOL

Seriously risau juga kalau explaination tu entah apa-apa, nak pula dalam kelas yang majority english power-power =.="


Kat sekolah ada smartboard ni tapi kat kampus tak ada. why?why? boleh main lukis-lukis macam ni


Erk. kalau mind map macam ni I'm not going to explain. Tak faham kejadah. pftt


notakaki: Ramai betul balik rumah esok, nak juga hmmm hmm
: Jangan lupa click banner Heartbeat

01 June 2011

Start belajar sudah..

Hye si gadis yang cantik dan jejaka yang tampan..momochan di sini ingin menaip dengan menggunakan imaginasi pada waktu tengah hari yang panas. By the way, I'm in Arau ! *boooo*

Sampai semalam dengan menaiki train. Berkejaran ke kolej untuk mendaftar kolej dan bergegas ke kolej lama untuk mengutip segala kotak-kotak comel dan beg-beg yang terperap dalam stor selama sebulan. Dengan tenaga yang tak seperti Wonderpets *kecik cenonot tapi power.TIPU!*
gagah berulang-alik dari kolej lama ke kolej baru.Fuhh cramp habis tangan kaki..

Hari ini pula hari pertama bangun awal untuk kelas 8a.m. *lupa kunci jam* baju tudung tak iron.heh..kan da kelam kabut..padahal da semester 5 bukan 1 macam dulu-dulu lagi. *angkat kening ala-ala Ziana Zain?*

Hari ini juga start belajar, 1st subject BEL..and hmm its kinda boring kot.teheee..but da dapat kerja untuk presentation. *ishish*
Next class..BATAL
Next class..hm da nak blah baru lecturer datang.phewww on the first period kena dengar dia cakap pasal introduction even mata ni makin lama makin berat. Alaa student belajar time tengah hari tak mengantuk ke? Lepas tu fikir nak makan apa ek? kan?kan? Seriously momo rela bangun awal pagi belajar pagi dari belajar tengah hari. 11 pagi da rasa macam 12 tengah hari kepala pun berpinar-pinar. *class panas mana syokk belajar* BUT on the 2nd period, mata segar bila Sir suruh buat calculation. *Yeayyy*

Then pergi beli moi sup
Serious kat kedai tak nampak lawa macam ni.sememeh ada la.tapi sedap pedassses.



Sambil-sambil tu layan CUN.

Maya Karin cantik woooo... M.K please be my sister..HAHA *gila*

next, online la update my laptop. Oklah angin da kuat ni..redup pula tu..so nak tidur! tata~
Lagi sejam tolong kejutkan momo yea..HALLO HALLO sama gua yeee.

picca: Mr.Google
notakaki: Cabaran semester ini lebih mencabar. Doakan momo.Thanks everbodyyy. *sengih *

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN