click click

ikut momo jom

26 May 2011

dapat juga la pergi cinema melayan cerita biasa-biasa

Hai readers!

Hmm cuti sekolah nak bermula da, sekarang macam-macam movie keluar kat cinema kan?
And momo salah seorang yang tak terlepas menjejakkan kaki kat tempat gelap tengok screen sebesar kedai atuk momo. *cinema*

Cerita yang momo layan hanyalah KONGSI and NUR KASIH the movie.
1st tengok KONGSI kat KLCC ok ramai orang nak beratur. Tapi layan je la sebab semua cerita habis lewat malam. Momo kan budak baik mana nak balik lewat-lewat kan? :P
Cerita dia da lama ke?Entah momo pun tak tahu, main beli je.
Rate cerita ni 3/5 bintang la momo bagi.
Sebab ending dia macam ehh da habis?macam tu je?
Then apa motif dia nak bunuh orang?
Then kenapa kereta polis waja lagi laju dari Evo10? *bajet mahal la tu*
Then kenapa waja je yang dihentam cukup-cukup? *bajet mahal lagi la tu*

Suka tengok driver evo10 tu pakai glove wohh macam pelumba kereta betul je polis tu.heee~
Suka tengok time langgar-langgar tu ada 1 kereta warna merah terlepas, dia stop dan terus reverse.HAHA ok kelakar la kan kereta lain stop dia seorang je jalan.ngee~

Erk tapi kena duduk baris 2 dari depan.Sumpah sakit tengkuk ohh macam da terkeher terbengkok semuannya la. Uhh memang tak tahan sakitnya.
Tapi da sendiri cari pasal huhu..


sekian untuk KONGSI.

NUR KASIH the movie di wangsawalk.
Today momo pergi dengan kawan baik momo Aini,bersama adik lelaki masing-masing*bodyguard kena bawa sekarang ni.bahaya tau*

dapat seat 3rd dari depan, ok much better dari KONGSI hari tu.
Since momo duduk berdua dengan Aini, and the guys lari pergi duduk depan sebab kasihan kan kawan diaorang yang setia follow-follow terpaksa duduk antara wanita, jadi mereka bertiga duduk di baris hadapan yang sememangnya tak ada orang langsung.

Momo and Aini banyak bercakap juga dalam cinema tu.opss..Sebab masing-masing tertanya kenapa dan kenapa begitu..?terlalu banyak persoalan.
Cerita yang agak slow membuatkan kami menguap banyak kali sampai mata berair menahan mengantuk.*serious*
Lagi 1 orang cakap cerita sedih la boleh buat menangis,yattaaaa tak faham la part mana entah nak kena nangis.
Yang penting ianya membosankan, rugi tak tengok PIRATES.Adoiii...

Sekian lintas langsung dari studio JUMPING MOMOCHAN.bye!
Rate cuma 3/5 je.


notakaki: Sangat rindu dengan kawan-kawan yang lain.Thanks to Aini & adiknya yang sanggup datang jemput sebab momo tak ada transport nak berdating dengan korang.hehe.Again thanks lalink yee..Hopefully dapat jumpa lagi.

The Guys =)





Momo da makin gemok T__T & Aini si cantik manis ;)

24 May 2011

Hey Followers!

Dear Followers....

Today is the 1st June 2011, *bulan 6 da ni.Puasa da habis ganti?* :P

Momochan nak ucapkan terima kasih sebab menjadi follower kepada 'Jumping Momochan'.
Thank You very much to the 261 followers yang baik hati itu.
Termasuklah yang sudi follow sebab suka or follow sebabkan kata slogan 'I Follow you, Please Follow me back'

Ehemm.. bukan nak cakap apa la kan, but momo bukan jenis yang ikut slogan tu, If rasa blog tu menarik momo akan follow..If not maybe next time bila momo jengah blog itu I will follow your blog. But it depends..

Hmm lagi satu, bagi yang follow or just nak tinggal kan tapak kaki kat shoutbox tu sangat la dialu-alukan if you are interested tapi kan please make sure link kan blog korang tu.
Senang momo nak usha-usha blog korang tu. okay?
Kira macam 'You visit I, I pun visit you baliklah' HAHA ok la kan? tapi bukan 'I follow you.you follow I'

Thanks again to all my followers yang number atas kotak tu die kadang je berubah.huhu...

Hm kalau korang nak tahu hari tu momo ada lukis conteng-conteng award untuk bagi kat korang..saja-saja suka la kan.
Tapi rasa sangat comot and buruk la pula nak bagi kat korang. Lagi-lagi kalau yang otai tu fuhhh rasa segan la pula kan..So tengoklah macam mana nanti, tunggu hilang segan dulu ke or momo kena buat balik yang lain. heee~segansegansegan

notakaki: Berzaman type hari ni baru publish.ho yeaah






23 May 2011

marathon dengan makanan bukan movie daaa

Readers da makan belom??
Belom?bagus..jom kita tengok makanan kat Google?Heee~



Spagethi meatball yang comot tapi umpphh...
Lunch momo today makan spagethi je.senang masak.


Malam ni tekak terasa macam nak makan tomyam pekat kawkaw pedas dan panas.
Ahh sedap sungguh walaupun hanya sekeping gambar.Telan air je la ni.


Siapa tak suka satay? Ceitt majoriti semua suka makan satay kan?Kalau order bukan sikit tapi berpuluh-puluh cucuk. Satay ayam, daging, perut..alahaii...
Haa lepas makan satay jangan lupa makan timun pula,nak bagi badan kita neutral balik.
Cuba tengok satay dibakar dengan apa? Arang kan?kan?
Heee...yang penting sedap kot.

Apa di dalam?






Nasi Lemak
Eh sekarang susah nak cari nasil lemak daun pisang kan? pastu sambal die berbalut dengan daun pisang. aroma dia menusuk kalbu...pedas and manis bercampur.
Sedap la !

Tapi yang sekarang ni banyak nasi lemak pinggan.
Daun pisang takda sebab orang malas nak tanam pisang yang asyik jantung die terkeluar je. LOL tak lawak okay.


Roti Canai padayappaa! angkat tangkat mulut muncung bagi siapa suka makan ini makanan!
Ho-HO
Ni lagi satu makanan yang sedap, pagi-pagi sebelum pergi kerja melepak dulu sambil makan minum teh tarik.perghhhh semangat waja baru terasa nak pergi kerja kan?
Memang la makanan korang ni membahayakan kesihatan.lalallala~
makan cili tak korang?pedas? lalalla lagi sekali.



Maggi goreng!
Yeahh esok momo nak masak maggi goreng. Kalau makan kat luar tak semua ikut anak tekak ni ha. *demand*
Kalau boleh nak pedas...bila angkat maggi tu berkepul-kepul asap keluar..tambah rasa ada manis-manis sikit, cukup masin.
Tambah telur mata kobau, lagi apa?ohh limau nipis?eee apa kelas masammasam tak thrill lak.



Sandwich tuna goreng.
Ok yang ini breakfast esok pagi. Kena sediakan untuk bekal adik.
Yang ni memang lagi sedap sejuta kali takpun bawa pergi picnic..alololo simple and deliciousooooosh *macam orang sehh ingus je bunyi* gagaga



Seterusnya penutup makanan,atau pun kata budak sekolah pembersih mulut. Tak masuk akal la pembersih mulut, sedap lagi pencuci mulut.hishhh

Asal nak makan ice-cream BR je kat tangan mesti tengah pegang Subway.Tak guna!






Ice-cream chocolate Sundae..Idaman budak sekolah yang tak tahu apa tapi main cinta monyet macam bongek berasmaradana.vavvisss
Pehal emo entah hari ni. Adeiihh.maaf la ye.

Ok terima kasih la kat my big brother yang sudi belanja ice-cream ni semalam walaupun tengok muka macam sumpah ko tak ikhlas kan? Lempang kang? lepas ni nak sushi pulak boleh tak?

Ya, secara kesimpulan momo suka makan dengan banyak. hoorayy!

Errm sebelum tu nak habaq la kenapa la tulis pasal makanan jadah semuakan? Sebabnya tak lama lagi nak naik keretapi ponn ponnn kecuu kecuuu keecuuu ponnnn kecuuu kecuu. Sudah mahu pulang Perlis tak boleh nak makan yang merapu.Asyik makan nasi dan nasi dan nasi sampai serious dan muakk. ok bye bye!
picca: Mr.Google

notakaki: Lusa result keluar..nervousnya haihhh..

18 May 2011

hari ni kerja melukis bagaikan pelukis handalan di chowkit.yeah!

Today kerja momo macam biasa mengemas rumah..then tolong Mr.Ant buat kerja..*suka-suka*
Kemudian bosan seperti hari-hari sebelumnya. ok adik ajak tengok cerita chuck sebab dia download terlebih. so tunggu la dia pasang kat tv. last-last yang keluar mythbuster pula.

Siapa suka tengok mythbuster?
Alaa rancangan yang diaorang cipta macam-macam tu..


Haa..da ingat da? Inilah geng diaorang.best !

Janggut blonde janggut dark bwown.tehee~



Sekarang tibalah ciptaan momochan! HO-HO *gelak shinchan*



ini momo buat dengan usaha yang gigih menahan tangan dari terketar-ketar.


notakaki: lukisan yang lain akan dijadikan headers.cewaahh.

17 May 2011

CONTEST FRIENDS FOREVER

Oyt Oyt readers!

This entry is about another contest yang momo join and juga korang juga boleh join bersama.Click banner di bawah untuk turut serta okay.






Picca ni diambil semester ni la.fuhh baru lagi okay? 1st dari kiri yang cantik berpakaian macam corak batik tu SALLY. A good girl tau.. Next, yang berpakaian biru gelap seperti elegant tu MIDAH. She is a good girl too. The last one, of course me! momochan heee~

Ok now masa untuk bercerita tentang gambar ni sedikit sebanyak.
Picca ni kat UPM..but we are not UPM's students. UPM tempat kitaorang menginap je. Sebab hari tu straight dari UiTM Perlis *kami budak UiTM!* dengan semangat yang membara semata-mata nak tengok orang berpidato. Bukan calang-calang orang ye. Tapi matsalleh and minahsalleh yang kecek Bahasa Melayu. wauu!!

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri

Ini sememangnya kenangan manis yang tidak akan momo & kawan-kawan momo lupakan. Sangat menarik and seronok. Kalau dapat peluang sebegini memang takkan momo lepaskan lagi.



Hmm ini baru cerita momo. Korang pula bagaimana? Oh yes..If you join this contest you can choose your prize! weee~menarik bukan? So momo cadang nak ini kalau menang ! *tengok picca dibawah*









Click this picture to see other prizes!
*ditaja oleh DROPLET HOUSE*

Now..now..akhir sekali mesti kena tag 3 orang :

Goodluck :)

15 May 2011

Malaysia's Next Top Female Blogger 2011 !! ada berani ke?

Hello !!!

Another contest for today!..Girls get ready with your picture and let's go..


Do you think you have what it takes? Who Wants To Be Malaysia's Next Top Female Blogger? Want a chance to be one of the lucky TOP 30?

YES!!
And now I'm gonna answer the questions...Lets see..


1) Tell us about your blog in 70 words or less. (When and why you started it, how often you update, and your viewers)
2009 and momo baru je active last year .Dalam blog ni semua tentang kehidupan, pengalaman,perasaan, dan impian momo luahkan. Ok la blog ni da macam diary je lalala~ The purpose is to tell everthing to my boyfrie-nd.
My blog tidak seperti blog lain yang semestinya ada vlog or tutorial and stuffs.Viewers? Tak sebegitu ramai tapi Momo dapat ramai kawan baru..jumpa kawan lama juga :) and of course silent readers juga tidak ketinggalan. LOL. Momo sangat puas hati maaa~



2) What is your personal style?
Simple. T-shirt and jeans. Sometimes jealous la juga tengok orang pakai dress cantik-cantik ni T___T
Teringin sangat...
But again, I've to be myself..T-shirt and jeans pun ok kan?selesa lagi tuh.


3) A picture of you in one of your favorite outfits:

say cheeseee


4) Are you the next Malaysia’s Top Female Blogger 2011? Why?
Hmm I can say YES and maybe NO.
ok I choose yes..I love blogging. Momo happy bila dapat menulis boleh meluahkan dan share semuanya, momo happy bila ada orang yang baca and sangatlah happy kalau ada orang sudi drop comment walaupun hanya sekadar comment pendek biasa =.=" .Serious momo HAPPY : ) I'm sure I can go more further in the blogging world because I will try and try untill I get what I aim for..my target..
So why not if I'm the Next Malaysia's Top Female Blogger?


5) I love to read ‘Life with Sandra…..’ because?
Ok the truth is momo baru je jumpa blog ni lepas blogwalking..So bila da jumpa terus excited buka older post...setiap post mesti ada gambar baju olalala~cantik la!*kagum* macam nak pinjam je..eh tak kalau boleh nak minta tolong design kan for my wedding dress *bila momo da kaya nanti la* heee~
Lagipun tak pandai nak berfashion sangat jadi tengok design baju and designer baju pun ok gak.
Cuba tengok header lain dari yang lain kan?cantik ohh..

Erm tu jela kot. hee~

Girls ini hadiah kalau anda menang..fuhhh terbulat-bulat mata auwww~

Main Prize: Sandra Azwan ‘Baby Doll Dress’ worth RM850.00, T-Shirt illustration by Sandra Azwan, A special date with me @ DOME, Pavilion Kuala Lumpur & an exclusive fashion illustration by Sandra Azwan.


1st Prize: Sandra Azwan ‘Front Zipper Top’ worth RM550.00, T-Shirt illustration by Sandra Azwan, A special date with me @ DOME, Pavilion Kuala Lumpur & an exclusive fashion illustration by Sandra Azwan.


2nd Prize: T-Shirt illustration by Sandra Azwan, A special date with me @ Coffee Bean, Pavilion Kuala Lumpur & an exclusive fashion illustration by Sandra Azwan.

Apa lagi tunggu?Join join join dan cuba untuk menang! -----click untuk join
notakaki: Kalau dapat 2nd prizes pun dah happy da..bersyukur kot. HEHE *Kalau ada rezeki*

12 May 2011

nak promote kawan lelaki momochan ni...HAHA

Yezza readers!

Today KL nak hujan yipeee! Bangun pagi tadi tengok KL Tower pun tak nampak, kelam je. huhu
Sekarang ni guruh bagai..ehh jangan lebat sangat nanti Astro takda, nak on lappy lama-lama time hujan bahaya.takut la momochan,kasihanilah saya. *menyampah dengar*

Eh ! Cuba tertengok tajuk atas ni kata apa? Promote kawan lelaki momochan ni? HAHA
Dasyat gila tak pernah orang buat ko gedik nak buat ek momo? teheee~
Tak sebenarnya saja nak kena kan dia ni. Hari tu birthday dia..momo cakap taknak wish kat dia.perghh rasanya mamat ni sentap ke tidak?

Meh bercerita sedikit info budak ini.

Motif dia?momo tak tahu.

Momo gelarkan dia Mr.Z perghh mengada. Sukatila member momo kan? finefine.
Umur for sure sama dengan momo juga. Haa umur momo berapa tau tak?tau tak? kalau tak tau meh kasi pelempang sikit.
Stay in KL and belajar pun sama..but now dia tengah bercuti.Seronok gila ko ek?



Motif..nak korek hidung kot, pastu cover line

BlaBlaBla selalu syok sendiri...Biasalah manusia kena ada perasaan kalau tak bukan manusia habis apa?
Lupa pula Mr.Z ni 1 sekolah dengan momo...1 tuition dengan momo.
And kitaorang selalu memaki-hamun sesama sendiri. Dulu asyik sentap gak la sebab ayat dia tajam macam pedang samurai.Last-last momo pun hadiahkan ayat pedas macam cili kat dia.Heh.. macam tak pernah nak cakap baik-baik.

Lagi apa hah?

Ohh dia ni tinggi kot..serious tinggi. Kalau berdiri sebelah Mr.Z ni rasa macam eee benci benci benci apasal la momo tak tinggi macam dia, nak je ambil semua ketinggian dia, minta tukar boleh?HAHA harapan je la kot.

Lagi satu nak kutuk, walaupun dia tinggi tapi dia kurus. So, momo selalu gelarkan dia 'keding'
HAHAHAHA.. Dia gelarkan momo...'rahsiala weyh' tapi yang penting macam hantu la nama tu.ngenng.

Anyone nak berkenalan?
.........................
........................
........................

Tak ada?



Baiklah, segala surat rayuan tidak akan dilayan :P

Bagus...momo pun tak nak jadi agen jodoh ni. tak kuasa.
Saja-saja nak memperkenalkan kawan sendiri.

notakaki: Happy belated birthday keding!
notakaki: Happy birthday my brother!!! *harini birthday dia, and yet momo tak bagi apa-apa pun.lalalala
notakaki: Click banner HB momo and terus register untuk dapatkan duitduitduit ! mz dapat duit lagi tu..seronok dia

10 May 2011

Baru nak pasang heartbeat

Good Afternoon!

Heyya readers! momo just nak inform that momo pun ada heartbeat juga! *yipeee*
At 1st rasa macam musykil la kan nak letak Heartbeat(HB) ni takut menganggu nuffnang pula.

Tapi lepas tengok entry-entry mama zarfan @ mz waahh memang terbukti nuffnang tidak diganggu.bagus!bagus!

check la kat blog mz ni yeaa:

Percaya tak? susah ohh nak percaya...
Dulu memang heboh gila la pasal ni, macam pasar malam. Sekarang ni da cool down sikit pasal apa tak tahu la. But momo just give it a try. (tolong click click kat atas tu tau) macehh.
Sekarang tengah hot apa? ohh DIGI Awards tu maaa...yang tu kalau ramai followers memang masyuk la kan, kalau setakat ciput macam momo ni. HEHE faham faham saja la..

Tambahan sedikit, momo tengok barang-barang kat HB comel kott..Rasa macam nak je beli. momo suka yang boleh letak kat kereta tu ,panggil apa ek? yang boleh lekat kat cermin tu.heeee~ momo letak muka uduh-uduh pastu letak 'stay away from my car' HAHAHA
tak senonoh...

Heee~ by the way if korang click mine, please let me know then I will click yours. Ok la tuh kan?kan?
Sesama kita menolong huhu...

notakaki: Kalau la dapat duit HB ni momo nak beli 'stay away from my car' !!! weeeeee~


08 May 2011

nak dating juga..huuuu :(

Hello korang !

......................(bunyi cengkerik)............................... *tak ada idea nak memulakan perbicaraan dengan korang*

Tadi tengah guling-guling atas katil lepas mengajar adik homework*lebih kepada membebel dia*
then terfikir eh nak dating dengan boyfriend momo la! rindu...
Si makcik pula busybody tanya cuti ni kenapa tak pergi dating?
Makcik ku sayang lagi ku sayang macam mana nak dating dia kat sana & diri ini kat sini.Lain la macam situasi dia masing-masing dekat ja. Haa pasai pa hangpa ja tak pergi dating? Boleh tumpang sekaki dapat gak makan ice cream.

Kalau dapat jumpa Mr.Ant nak buat apa ek?

ok pertama kali momo nak pergi tepi pantai ! heee~ bestnya.
Lepas tu momo nak makan burger dengan gelojoh sambil bersembang tak hingat dunia
Kemudian jalan pergi kedai souvenirs sambil gossip. *hot gossip auwww*
Ambil picca banyak and banyak and banyaknya. *Nak simpan memori sebab momo pelupa*
Kalau beli barang tu ada resit nak je scan pastu letak kat blog then original resit tampal pula dalam 1 special book.*buku Miss Momochan & Mr.Ant* says, today pergi beli topi.Ternampak pula blablabla yadaa yadaa...

Next, shopping! Both of us da kerja so takpa boleh membeli-belah dalam erti sebenarnya
After that, its movie time ! okay seriously taknak cerita seram. Tak pasal-pasal jerit dalam cinema tu kang.Dah memalukan. So kita tengok cartoon pleaseeeee...
Oppss tak lupa juga kena pergi tempat main games. Alaa yang guna token tu selalu ada kat tingkat atas mall. Nak best pergi Genting, bila da kaya lagi terus Disneyland la, puas hati kot !

Ada lagi ni, dinner ! candle light dinner? ermm ermm nampak gaya macam tak. So, kalau macam tu beli hotdog or sate ke anything which is not that heavy because ... nak makan atas pokok! HAHA ok la tu lain dari yang lain.
Makan icecream sampai cair lepas tu jatuh atas kepala kat orang bawah. euwww
Eh tertinggal pula, nak ballon juga! nak 6-10 biji. HEHE.Semuanya diikat reben merah or pink.

Lepas tu pula kan..
Ehh da la...yang lain kena simpan. teheee~



Saya tahu
Mr. Ant,
I Miss you so much.
xoxo

Takut betul dengan result yang tak lama lagi keluar. Goshhh.. If tak dapat apa yang ditarget habislah momo kena ikut janji yang dibuat dengan Mr.Ant . *rahsialah*
mood sedih pula tiba-tiba. Lagi la tak bermaya jawabnya.

Masih cuba dan cuba untuk mendapatkan yang terbaik.



notakaki: Perlukan juga keberanian nak tengok cerita seram !
notakaki: Mr. Ant.... :(



05 May 2011

Ini ke yang kata diari AF tu?

Jalan-jalan kat Jusco nampak ada satu kotak besar..Selalu tempat tu kosong or ada la apa-apa acara and wondering la asal ramai sangat orang tengok kat kotak tu kan?
Momo excited nak pergi ingatkan tempat mainan baru boleh lah main kan...
Rupa..rupanya.....









Kat sini baju-baju beg diaorang semua letak




Kotak tu besar ada 2 tingkat ! Ini tangga luar





Ini tangga dalam

Jangan tanya momo ini apa.Momo hentam cakap ini office dia. =.="



Tangga lagi..


Bla..Bla...Diaorang pratise melalak ehh tak menyanyi.








Sebagai penutup, momo tunjuk lagi tangga kat korang :D

Oh by the way kalau korang tanya siapa ada dalam kotak tu momo tak kenal pun siapa-siapa. LOL
Da kata da ingatkan tempat mainan,buat penat je teruja jalan laju-laju.ceitt.
Kalau nak tahu siapa dalam tu korang buka la diari AF nanti ek :)

notakaki: Sambung key-in markah budak sekolah. Sakit leher da.. T__T
notakaki: momo panggil kotak sebab bentuk dia kotak dan mereka macam terkurung dalam kotak yang lutsinar colour nya.tehee~








KAMI BLOGGER UTAGHA



Cantik kan? Colourful gila..Ini KAMI BLOGGER UTAGHA punya HO HO HO
Teet~memang khas untuk blogger utara je pun but since momo study di Perlis (UiTM) and boleh dikatakan half orang kedah la kan *try teka kedah belah ayah ke emak?*
sebab nak cakap pure loghat memang hancuss la korang gelak je kerja.kurennggg.! Kira boleh la ye cik GKSB ^_^

Ni entry baru buat sebab postpone punya postpone lepas tu lupa macam tu je.HEHE~
maaf ye KBU.
So ini momo sudah buat entry baru, maka tak terbuang negeri la momo *eh yeke?*
Jangan buang la..kang tak dapat tengok aksi-aksi ahli KBU kat FB huhu...

So kalau sesiapa yang belum sertai dan teringin nak sertai mehlah click


04 May 2011

School Holidays tak lama lagi ! jom ramai-ramai ke Sunway Lagoon !

son: Mom Dad..Tomorrow I don't want to go to school
mom: why son?
son: Don't you know what day is tomorrow?
dad: Hmm what is it? School holidays?
son: yes! yes! school holidays! *jumping*
mom: Oh my..really?have you plan anything yet?
son: Yes..Can we go to Sunway Lagoon please...



Hello SUNWAY LAGOON !

Price? Not bad.. Worth it because you're gonna love them!
See? Its not that expensive..Oh come on..once in a while, go and spend your money! Don't keep your money just like Mr.Crab. *kedekut*


Wanna have more experience? Why don't you try all this games
Don't forget to bring your MyKad..! *you can get discounts* >.<


You can read other informations here..

and here..


and also here..

Visit Sunway Lagoon for more information or just click on the Facebook.


Mom & Dad : Let's pack our stuffs and go now!
son: hoorayyy! Let's go !

notakaki: tak excited ke korang?tak ke? oh my..momo da teruja nak pergi ni. Tapi tak dapat pula sebab adik momo kaki die retak. Takkan nak tinggal dia tepi air je. momo bukan lah kakak yang kejam. So harap-harap kaki dia cepat pulih and we can have fun too !
JOm semua!!!

03 May 2011

1hb mei 2011 bersamaan hari pekerja tapi bergelumang dalam dewan peperiksaan

Readers?

I'm done with my exams and now I'm home!!! heeee sukanya dapat balik rumah.bahagia tak terkata.Balik rumah tidur..bangun untuk makan sambil menonton TV kemudian sambung tidur balik.Bangun makan..tidur balik.heeee~

1 Mei momo still ada last paper nasib baik paper pagi so sebelah malamnya boleh terus pulang.
Sebabkan paper momo straight 5 days *memang nak membunuh orang betul* I did not sleep well..asyik terbayang je kertas exam.Ada masa sampai tak tidur langsung. Perasaan tak payah cakap la asyik tension je, dengan kene kemas barang untuk dimasukan dalam stor lagi. Memang hari yang sengal dan macam menghukum orang je. Pfttt~ Roomate je la yang tahu keadaan momo macam mana.
Exam? At first memang target tinggi tapi lepas da habis exam. Tak tahu nak target apa lagi.
I don't think I can get the result that I target for.. hmm

Ok abaikan..benda da lepas so terima je la dengan hati separuh terbuka.

So sambung cerita balik. Entry ni sangat membebel panjang berjela. If you don't have time to read it better don't continue.Stop here and click X on the top. Thank you.
For those yang rasa hekleh itu pun nak kecoh ke?
Oh yeahh I love to kecoh-kecoh dude! because why? It is my blog not yours. Create your own blog and write something yang korang rasa bagus gilak.*sangat dialu-alukan*
Bagi yang ingin meneruskan pembacaan..
Diminta cuba memahami perasaan penulis ketika itu. Terima Kasih.

Mari mulakan..

Habis paper momo sambung mengemas barang simpan dalam stor like.Memang rushing la. Then siapkan diri sebab pakcik taxi nak jemput 5.20pm. Nak tempah
pukul 6 tapi da ada orang booked. Ok tak kisah. Tepat 5.20 memang kitaorang ada kat bawah da bila pakcik tu text suruh 'cepat'. ngennngg la.momo hangin betul kalau orang text suruh cepatcepatcepat. Memang momo takkan reply siapa yang suruh cepat tu,lagi buat lambat ada la.Padan muka.HO-HO

Ok lepas tu naik la kereta pakcik taxi tu walaupun dia tak bawa taxi yang warna merah tu sebaliknya warna biru kereta iswara. Pakcik tu macam mood agak senget la time tu. Die pergi ambil penumpang lagi seorang yang bus die pukul 6.15petang and 5.30 baru dia call pakcik tu.minah sengal ! Pakcik tu tunggu kat bawah kolej dia tak ada. Oh! momo tak faham kenapa pakcik tu tak call je minah tu beritahu "hello pakcik da sampai kamu kat mana?"

Pakcik tu bebel bagai nak mati, terus tak tunggu minah dan drive bapak punya laju di kawasan dikira kampung.Arau kampung la kan? Intai sikit kat dashboard *orang panggi apa yang ada number banyak-banyak tuh?* sampai 100 ! ceitt kalau kat highway nak bawa laju lebih dari tu momo tak heran. Cuma momo risau kang ada warga emas melintas tetiba sambil bawak bakul buluh dia tuh. Hah? sempat ke nak brek nak elak? Tambahan pula elok je tengah hujan lebat time tu.

Laju punya laju bawa then cakap pasal bayaran "bla bla kamu bayar RM4 seorang cukuplah".FINE pakcik bagi murah terimakasih ye.. Kitaorang 3 orang senyap je.*momo duduk depan* minah sengal tu text pakcik " kat depan pagar mayang ni"
Erghh once again kena patah balik ambil budak tu sebab kesian la kan bus nak sampai tapi diri sendiri lembab! menyusahkan orang lain betul.

Tibanya tempat budak tu berdiri dengan baiknya, terlihat barang die banyak. ceittt..dalam bonet memang da penuh barang kitaorang da.Seriously memang penuh. When I look at her face, muka tak bersalah gila la weyh! *panas hati panas hati.tengah lapar tu nasib tak kena @#$@$

Dengan baik hati rela tak rela kami bertiga offer diri untuk keluar dan suruh pakcik tu hantar minah ni dulu. *masih ada lagi sifat berperikemanusiaan* Turun dan terpaksa meredah hujan lagi sekali untuk menunggu kedatangan pakcik.
Bila da naik kereta dia...dia cakap.."Kamu bayar RM2 seorang la.Sebab sanggup turun bagi budak tu naik.Pakcik respect kamu." LOL.
Bagus gila.HAHA So tambang ke Kangar bus station hanya RM 2 seorang x 3 orang = RM6 . Normal price RM 14 itupun kalau dari pagar luar UITM. Kalau minta masuk dalam sampai kat kolej RM20 juga la kena.mahal kan?kan?

Lepas tu lepas tu da sampai kat stesen bus letak barang dan laju-laju pergi KFC. Weyhh ramai sangat okey! Nak bunyi malang sikit, momo order set snack plate tu.and dapat ayam 2 ketul yang size dia kecik gila.serius kecik macam ayam kita beli segera dalam packet bawa balik rumah goreng je.KFC kat KANGAR kat dengan STESEN BUS tu ayam dia selaluuuu kecik.
mencikmencikk. I paid with the same price as my friends and theirs is bigger 2x.
Bukan berkira but come on la I was soo hungry gila kot time tu..alih-alih dapat ayam kecik.Engkau buat lawak dengan aku apa??

Kalau kecik and comel macam ni tak makan takpa.Bawa balik rumah bela bagi gemok pastu sembelih sendiri.ok kejam. =.="


Ayam berkilat macam sedap je kan?

Untuk mengelakkan mulut ni makihamun kat orang lain.Cepat-cepat keluar pergi order nasi pulak.Sungguh-sungguh ni tengok menu nak nasi goreng USA sekali jawab, "nasi goreng biasa je ada dikk"
What? weyh ko letak menu ko gantung besar gabak. Then you told me only nasi goreng biasa je ada??Gila ! Better ko buang je menu ko tuh dari jadi kudis kat situ. Pakai baju melaramm kerja kejadah pemalas.

Ohh Did I mention that my bus suppose to be at 8pm but then kakak bus telefon kata "bus adik tak masuk Kangar la". Ohh great?
"Lepas tu kak? Ada bus lain tak ni?"
"Ada.9.30 malam.Boleh ke?"
"Hmm boleh la kak.Tapi seat single tau."
"Boleh untuk adik single tapi belakang sekali je la tinggal"
"Yeke?Hmm boleh la kak"

Korang tengok..tengok..tengok..Beli tiket lama da tapi hari nak balik baru nak inform.Mau tak cuak kena tunggu seorang kat stesen bus, member semua bus pukul 8malam.
T____T
FINE janji dapat pulang rumah.

situasi: Dalam bus.
momo da naik duduk kat seat. Then teringat selimut ada dalam beg yang diletakkan dalam bonet bus.*bonet ke?* So turun la kan..Tak sampai tangga lagi, pakcik bas sergah " Haaa..Nak pergi mana tuh?"
"Ermm nak ambil beg"
"Tu beg kat tangan kamu tu tak payah la letak bawah"
"..." sambil campak beg ke seat siapa entah. "ok fine.Da letak sekarang nak pergi ambil barang penting saya kat bawah"

Pergi ambil beg dan naik bus ke tingkat dua.Pakcik kecoh tu ada lagi tapi momo buat derk tak pandang lalu selamber je.Kalau beg kene kaki ko padan arr.Nak letak tak bagi kan?
Lantak arr ko rude dulu siapa suruh.Cakap kuat-kuat macam puaka. Everyone was staring at me.Ko da malukan aku.Bongek!Macam la ada kesalahan besar da buat, padahal itu memang hak
setiap penumpang la kan nak letak ke taknak letak beg.Tak pasal-pasal kaki kejang. Da la tempat sempit. Rasanya ini kali pertama dan terakhir naik bus tu.



notakaki: marah masa tu je sekarang sudah ok :)
notakaki: Baiklah momo nak blogwalking nak baca kat blog orang.








Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN