click click

ikut momo jom

28 March 2011

kentang kalau bakor bakor sedap sangat nyummmyy

Lihat gambar di bawah ini..apa yang anda lihat?

Ini adalah keluarga kentang. Ada pak kentang, mak kentang, abang kentang, adik kentang, nenek kentang, kakak kentang, atuk kentang dan ramai lagi ! Jawapan anda sama?Bagus..anda sangat pintar mencuri idea momo. HEHE


Baiklah puan-puan dan pembaca belog ini, hari ini momo dengan bangganya ingin berkongsi resepi masak-masak khas di blog 'Jumping Momochan'


Bahan yang kita perlukan adalah
~3 buah keluarga kentang yang sudah dibuang kulitnya dan dibasuh sebersihnya.
~garam secukup rasa
~black/white paper
~kertas foil atau apa-apa kertas yang boleh digunakan untuk membalut.surat khabar pun boleh kalau nak kena keracunan makanan la.
~1 sudu atau 1 sudu makan serbuk kuah potato. Instant gravy la..tu pun tak tahu ke? wekkkk~

Benda ni la gravy tu...bukan garfu la ! ketuk dengan senduk jadi beruk kang.
Kita perlukannya sebab nak jadi macam ni laaa...
v
v
v
v



Meleleh air liur ni...hadoiihh sedap !

Cara-cara:
-kentang tu salut dengan garam & white/paper
-balut dengan foil
-bakar sehingga masak
(korang agak-agak la tau,macam dalam math trial & error)



BAKAR ye....kalau kentang sebesar ini pun bagus juga kan???

Besar ni momo nak makan seorang korang takyah datang dekat-dekat. Pergi jauh-jauh.Grrrr~*tunjuk gigi tajam*

Bila da 'kite bakor! kite bakor! ' angkat slow-slow buka foil tu..woooh wooohhh asap keluar la..ngeeeehh. Kita penyek penyek kan dia tau. Jangan kasihankan kentang tu, pentingkan perut kita ni yee.




Sedapnya tengok picca ni...sabar lah hati tunggu balik rumah nanti 15 jam nak spend time in the kitchen.

Kalau malas nak penyet kan, kentang tu sapu dengan mayonnis lepas tu gigit laju-laju macam arnab makan carrot.
Heeee~ nanti gigi depan korang besar.HEHE

ok itu je nak cerita, sebab tak sabar nak buat bile da balik rumah nanti.
Last paper momo 1/5 so maybe balik the same day or the next day.heee~
ok GOODLUCK kepada semua yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi! All the best!
ciao~

picca: Uncle Google

23 March 2011

nak bebel and korang baca cepat! huhu

Dalam kebosanan tu..bukan la file yang penuh picca dari zaman tok kaduk sampai la zaman doraemon.eh eh tetiba pula cartoon masuk..abaikan.

Sejak 2-3 hari ni asyik cerita pasal rambut je.ish ishh bukan momo yang start diaorang start dulu so momo tukang penyambung cerita yang tergantung.ahaks macam kaunter pertanyaan gituh la.orang tanya kita jawab kan?


mula dari rambut asal seperti ini:
~Lepasan SPM ketika ini, muka fresh bagai kan bunga teratai di mana katak suka berenang mengelilingi

Jangan layan sangat lah,kalau muka macam ni..





~Time part 1 rambut sedikit panjang.Masih tidak berani mendajalkan rambut.oh rambut! aku sayangkan kamu,janganlah dikau bertukar warna putih.












~Part 2 mula mengganas untuk mencuba pelbagai. Hasilnya seperti di bawah:

-dari belakang-



Ibubapa begitu terkejut kerana anak perempuannya sanggup menggulung rambutnya menjadi bulat-bulat.Jikalau dahulu hanya mahu memotong rambut di depan dahi sahaja sudah memakan masa akibat tidak kesudian anak perempuannya untuk memotong rambut.


-dari hadapan-

Akibat tidak tahan melihat bukti tidak kecomelan di wajah sendiri seperti di atas,lalu mengambil keputusan melulu untuk memotong rambut sehingga pendek. ok sumpah sedih sebab rambut pendek weyh!



Minta-minta supaya ini kali terakhir buat rambut sependek ini.Sangat menakutkan!





~Part 3.Kegembiraan menyinar diri ini apabila rambut sudah melebihi bahu..ooo hoiii *mat kilau jerit*







Sungguh gembira melihat rambut sihat seperti bayi yang baru lahir.teehhheee~










~Part 4.Latest picca ni tau. Ok memang baru perasan rambut sudah lagi panjang! *hey! memanglah ingat rambut ni maintain takat tu je ke?ishish*

Yang penting rambut bertambah-tambah sihat walaupun tidak warna hitam sepenuhnya.HAHA ok berlagak! tumbuk lembut-lembut sekali meh.


Picca ini juga menunjukkan rambut tidak lurus seperti penyapu lidi macam picca 1st.Hey! mengapa pula jadi ikal mayang?mahu jadi seperti hanis zalikha punya rambut kah?
Diulangi sekali lagi...
RAMBUT seperti hanis zalikha.BUKAN seperti insan bernama hanis zalikha.Nampak perbezaan ye di disini.

Tengok lagi sekali..hmm tak ikal pun?adeihhh~ takpe lepas ni kembali kepada asal,rambut kurus melidi seperti kanak-kanak tadika!

notakaki: okay! Anda tidak perlu mengkritik, hanya baca dan diam sahaja.HOHO.
momo mengantuk and at the same time momo rindu Mr.Ant..He's away..sangat busy la dia.Takpe demi masa hadapan.momo kena jadi orang yang memahami.

Berkongsi pengalaman ambil result SPM

Hyeppp! Morning! ahaks...

Semangat momo nak update pagi-pagi yang sejuk ni. Padahal nak bangun tadi bukan main liyatt eh liattt..haaa~ tapi nampak tuna mayonnis tu terus bangun sambil tangan lincah membuat air white coffee.fuhh mantap arr kepahitan dia..geli tokak tokak ni. ok shut! kita cerita pasal pengalaman momo ambil result SPM 2008 yang lalu .*2008 ke 2010 ek?HAHA*

Di suatu pagi yang hening, bangun dalam keadaan yang semangat berkobar-kobar nak ambil result punya pasal.Bersiap sudah..dengan hati dup-dap dup-dap tak sedap hati. Berhenti da berfikir apa ke halnya la harini semacam je, tak sedap badap la.. kena pergi toilet banyak kali sebab cuak terlebih.Sampai sekolah cari toilet juga,HAHA

Serius tak tipu.

Bila jumpa kawan, lagi la nak pergi toilet HAHA sebab masing-masing muka tak cukup gula.
Hampeh betul.muka cuak!
Bila teringat sekarang, nak tergelak pun ada juga.HEHE

ok-ok momo masa nak ambil result tu yo-yo la janji "ko ambil la dulu karang aku follow ko dari belakang ek"

Agak-agak momo follow ke tak ek?

Hee~tett I did not amik result tu pun lagi lari ada la..HAHAHA
Sampai semua da nak balik pun momo tak amik lagi.Kawan-kawan paksa tapi momo boo-layaan.
Duduk bersenang-lenang mai kejar-kejar bertepuk tampar,sampai lah guru kelas tegur
"Nadhirah kamu da ambil result belum ni?"
"err result?entah lah cikgu.saya lupa" ok ayat sengal nak tipu cikgu.
Cikgu pula cepat-cepat pergi check nama sama ada da ambil belum.Eleh for sure la momo tak ambil lagi dok lari tak habis-habis.

Sekali cikgu keluarkan tonne soprano dia tuh
"Nadhirah!! sini ambil result kamu ni.Tak habis-habis nak main lari-lari.bla bla bla"
perghh tak fasal-fasal kena marah ohhh.

"Alaa cikgu,kejap-kejap lagi la ambil.kita relax la dulu"
"Banyak la kamu punya relax.Sini ambil cepat"

Dup dap dup dap kaki melangkah..
Sampai depan cikgu,dia senyum je..ceyhh sukala tuh paksa-paksa orang.HAihhh

Ambil la result dengan tangan terketar-ketar.*ok tipu tak ketar pun*

Dengan lafaz Bismillah...

Baca result dengan sekali lalu je.ok tak ada perasaan lagi.
Baca lagi sekali dari bawah ke atas.
Baru sedar ada A. Apa A entah..

Jari pun meleret atas kertas tu nak tengok subject apa.

Rupa-rupanya..

"Cikgu!!!Sejarah saya dapat A1! saya dapat A1 !!! yeayyy!! " momo melompat-lompat depan orang ramai depan guru kelas momo yang mengajar sejarah,peluk kawan-kawan.Goshh I was excited sampai lupa keadaan sekeliling.HAHA
Tu baru 1 subject, then baru tengok subject lain...Semuanya alhamdulillah..

Berlari pergi cari cikgu Sains pula bila da jumpa jerit-jerit cakap kitaorang dapat A1 !! HAHA
Cikgu Sains pula cool je cakap "saya da tahu da siapa dapat result bagus"
ohh ek?HAHA malu dowhhh..excited sangat. Padahal dalam kelas dia la momo asyik nak tertidur la buat kecoh lagi.kehkeh..

So conclusion nya, momo dapat apa yang momo target..*actually tak target mana pun*
Overall momo puas hati dengan result momo masa tu.perghh bangga gila.hakhak.Padahal orang lain staraight A's. momo tak pun. HEHE Sangat berbaloi apa yang momo hadapi.

Time belajar sikit lagi je nak gila.Hakhak tension punya pasal la. Kerja asyik menangis je kalau tak boleh buat.Hailorhhh..24hours memang tak cukup untuk momo nak study. Sampai nak give up je. But I manage to survived..lalala~

Maka, kepada yang ambil result SPM today, jangan lah korang buat perangai macam kakak momo ni ye?Kepada yang bakal menduduki SPM, study smart okay?Lasty, Form 4..ianya bukan honeymoon untuk korang, the real war is waiting for you,better get ready before menyesal sampai ke tua.




BM
BI
SCIENCE
SEJARAH
SENI
MATH
+MATH
AKAUN
AGAMA
EKONOMI

Subjects yang momo ambil time SPM.Ehemm itu je nak share. But BM & BI dapat A2 je..memang macam nak bunuh diri la kan.Target A1 alih-alih dapat A2.grrr~ Umi tanya kenapa languages tak dapat A1?Sepatotnya kena dapat la kan..2 subjects kegemaran momo pula tuh.haihh.tak ada rezeki kot.

Tak semuanya kita nak kita dapat kan?Ada kawan momo trial SPM dia memang gempak habis la..sekali SPM betul-betul dapat lain.Memang pelik la kan?
Thats all.momo kena study pula ni.Exam nak dekat.
Dinner-dinner semua letak ke tepi. Lantak pi la tak pi pun tak akan ada effect pun.Momo wujud ke tidak kat situ,esok hari pasti berjalan seperti biasa. :)
ok bye!






21 March 2011

Macam mana hendak buat kapal terbang kertas?anda tahu tak?

Korang masih ingat lagi tak kapal terbang kertas??



Masa kat sekolah dulu-dulu selalu la buka buku latihan sekolah warna kulit coklat tu pastu koyak semata-mata nak buat kapal terbang. Main lawan-lawan kapal terbang siapa lagi cantik pastu terbang tinggi.

Macam-macam bentuk la ada.Gemok kurus colourful kusam..Semuanya ada la.. Ada yang koyak buku Math semata-mata nak bagi kapal terbang tu corak kotak-kotak. Sudahlah kotak-kotak darjah 1 besar gabak.HAHA

Hmm momo rindu time masa sekolah dulu. Main je kerja..ada homework pun booo-layannn.tak heran.




Bahagia betul tengok kanak-kanak ni bermain. Seronok sangat walaupun hanya kertas putih kosong tak perlukan remote control,battery and etc.

Sangat menyesal tak belajar dulu.Kalau nak main je gedek-gedek pergi kat ayah suruh buatkan..eheee~bila da rosak minta buat yang lain pula.adoiyaiii...
mana la nak belajar kan?pemalas betul.

Lepas ni kena belajar la. Tak susah pun kita google je la macam ni. Momo tak try lagi so tak sure jadi ke tidak buat. Nampak senang tapi bila buat hancuss pulak.


Bakal suami momo mesti kena tahu benda ni semua sebab nak kena ajar anak-anak nanti. *ok berangan lagi*
Lepas tu anak ajar anak dia pula *cucu momo la tu!*
Bila ramai da tahu..boleh la main ramai-ramai..Wahhh tak ke happening tu? ishh momo terbayang-bayang da dalam kepala ni.

Haa tahu tak ini apa?

Yes. Kapal kertas.

Kalau da bosan dengan kapal terbang tukar pula kapal. heee~yang ni momo lupa buat..caranya macam nak buat topi kan?tapi lipat sana sini jadi kapal pula.
Selalu bila da buat momo dengan adik semangat nak layarkan dalam besen yang dipenuhi air. Kadang-kadang tu siap letak sabun bagi buih konon ombak la kan.
TAPI baru letak da tenggelam.HAHAHHA

ok fine.Kanak-kanank hingusan time tu, tak dapat berfikir dengan logic nya.HEHE
Akhirnya ayah beli juga boat untuk kita orang main, tapi kali ni main dalam bath up.HAHAHA laju orrr..dengan bunyi dia lagi.perghh mantap. krekkkk kreeee..ehh salah bunyi ek?teheee~

notakaki: 30 days before final!!

20 March 2011

I'm proud to be UiTM's Student

Heyya readers!

I was soo excited like a mon-key when I saw the purple ballons!!


OMG! OMG! OMG! *jerit kuat*
momo terlebih excited today..sebabnya malam tadi and pagi ni momo dapat jumpa dengan
the vice chancellor of uitm Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar
secara live and dekat!
geee~ingat senang ke nak jumpa?

Last night selepas program penutupan majlis adalah yang nak salam semua kan? ok momo tak nak pun *jual mahal*
TAPI I was stucked dalam kesesakan pelajar yang nak salam.phewww~ takut gila tengok diaorang da la momo tak dapat keluar.sob sob
Finally da rempuh-rempuh orang macam pemain ragbi then baru la momo dapat bersorak riang.HORAAYY berjaya keluar! auww auuww

Seterusnya mencari misi kawan seperjuangan yang terpisah,apabila berjumpa terus menaikkan pompom dan mengerakkan tangan ke kiri dan kanan.YEah!! ok da-da cukup.Pergi ambil gambar lompat-lompat macam kucing tapi tak menjadi kerana jurukamera yang kurang berpengalaman.

Ini KENYATAAN benar:

memang tak menjadi LOL

masa tengah syok baring atas track larian ek nama tempat lari-lari tu?
pandang ke langit and nampak ciptaan tuhan yang cantik colournya.

kiri kanan lampu buatan manusia tapi di tengah-tengah itu bukan lah buatan manusia.
Cantik betul bulan malam tadi ,sangat cerah.tak tahu la ramai perasan ke tidak.

Depan kan momo duduk?Sekali dengan cameraman. Bila ambil picca mula la seronok seorang-seorang.LOL kawan lain pergi mana??

HA-HA takde motif la nak cakap.
Bila pulang dapat text "kak,nice tadi.HAHA" LOL. Ni gara-gara muka terpampang di bigscreen time tengah joget-joget dengan pompom.Semangat itu penting! =.="
Segan tapi we had fun! ramai cakap acara dari awal sampai tamat best dan tak membosankan.Kalau gimik yang tembak-tembak baling tin keluar asap colour-colour tu lagi BEST! pergh macam real je jadi tahanan.hak-haks..Malangnya terlupa rakam sebab excited tepuk tangan main jerit-jerit. LOL menggediks~


*ini introduction kedua baca laju-laju* Pagi yang indah dicemari dengan music dari handphone yang tak berapa nak canggih lepas ni masuk dalam tong sampah.Tenyeh-tenyeh mata angkut towel pergi mandi air sejuk.

Pagi-pagi kena tunggu tepi jalan untuk tunggu vice chancellor datang.acececeh macam artis pulok.kehhh.Oh Oh! tadi kan dapat salam la! HEHE tak payah susah nak rebut macam malam tadi.yeahh! and He said my name, NADHIRAH. I was like..err ye saya.HAHA tiba-tiba tergagap pula.Padahal bukan ada apa-apa pun.Excited je lebih.
Momo suka dia sebab dia bapakkk la selamber and cool and relax..and cakap pun tak banyak and rambut dia 'hitam' walaupun sudah ada cucu seorang and BANYAK lagi la...hehe *kira berapa banyak and anda baca* Momo respect dia laaa....Students minta itu ini...dia kate okay je.ahaks Student UiTM semuanya manja kan.alaa bila lagi kan nak minta?

Salah satu dalam perancangan nak bina kompleks and McDonalds! gilaaa arr! okay maybe time tu momo tu da habis study time tu.Bak vice chancellor kata, berilah peluang kat adik-adik kita yang lain.kehkeh Takpe adik, akak keluar akak kerja pergi makan kat SUBWAy je.HAHAHAHA.


Rasminya~

Penutupnya!

momochan bersama Sue!
Ok bestfriend momo memang comel kan?
Sudah berpunya,so jangan kacau.HAHA

Goshh panjang gila entry ni...Inilah jadinya bila terlebih happy..HAihsss da la..sambung nanti la pula ye...

notakaki: I love UiTM Perlis !! UiTM di hatiku! Siapa student UiTM sini?Angkat tangan sambil jerit UiTM di hatiku!! HA-Ha gaya macam momo dengar la suara korang.psstt~ momo akan cari picca lain yang ada mascot comel-comel then letak kat blog ok?setttt~

tata!

16 March 2011

Stalker???

Heyyy!! who are you??
Apa?Stalker??

tetttttt...apa motif mereka jadi stalker ni?main stalk stalk pula...
Eypp tak elok tau..macam paparazzi pula.ish ish..

Senang cerita momo pun kadang-kadang suka juga stalk orang kan.KADANG-KADANG.
Tapi, bukanlah sampai terok-terok..setakat biasa je macam nak jadi spy bila ada 'mission impossible' hehe..

So people ! janganlah selalu stalk orang yee...menakutkan sebenarnya kerja ni..heee tak dapat bayangkan kalau ada orang tu selalu memerhatikan kita.Pergi kelas ada je orang tengok..nak pergi beli makanan pun terasa ada je orang memerhati..Tak ke rimas?

Except celebrities la....ni orang biasa-biasa macam momo ni je, macam korang ke.

Kalau da selalu sangat terasa macam tu sah la asyik susah hati je kan?risau pasal keselamatan, nak buat itu ini tak boleh, tak syokkk la weihh!!
yee itu la cerita untuk hari ini.Sekian.

Notakaki: Wahh Mr.Ant sedang membina laman sesawang nya! momo tak sabar hendak terjah dan menerokai apa yang ada dalam website nya.So kalau korang nak tahu website apa..tungguuuu...
Lagipun Mr.Ant tengah berusaha keras untuk website tu.Insyaallah harapnya jadi..amin.

video saya pertama yg bodo-bodo


HAHHAA ok sengal gila momo...ini saja suka-suka buat sebab kebosanan..

ohh kuatkan volume anda yeee...~

hati berkata: Lepas ni ramai yang cabut selepas melihat ini video dan mengecop kegedikan budak..sadisnya terasa.sob sob..

13 March 2011

suprise birthday cake?

Good morning readers!
Waahh lama betul momo tak update blog ni...bukan tak ada idea ke apa cuma tak cukup masa nak membebel panjang2 ni.

Seperti yang korang tahu *kalau yang tak tahu tu amik tahu sekarang* 8 March hari tu hari kelahiran momo! yeayy! ok fine I'm 20 sekarang ni..alahaii Mr.Ant lambat lagi nak 20..haiyoo

Eh! Eh! nak cakap pasal cake ni..
That day momo macam biasa la pergi kelas balik kelas..busy dengah kuliah assigment test semualah.tercungap-cungap nak kejar semua benda.haihh.

Malam tu dok la 'hello-hello' sama Mr.Ant.Free call weyh siapa taknak kan? Time siang masing-masing busy,so malam baru nak potpet..
So, nak dijadikan cerita, roomate momo ajak teman pergi basuh kain kat tingkat bawah.Momo yang tak syak apa-apa ni pergi jela.well momo ni roomate yang baik.HAHA

Bila da keluar tu..tengok member-member dok mengendeng tepi ampaian kain kat bawah.Apehal entah budak-budak ni.Tibanya di washing machine, Sue pula mai ajak borak potpet sambil kat telinga bercakap dengan Mr.Ant..Macam mana la momo tak banyak cakap semester ni. Ada je mengajak sembang, tambahan pula dapat roomate yang banyak cakap.Adoii parah betul..

Ok sambung cerita balik..Selesai sudah sembang dan basuh baju time to balik bilik!
Seronok nak balik, tiba Si Sue ni suruh teman ambil phone kat bilik dia..Yeye temankan orang lagi..Kerja momo memang menemankan orang betul la.
Sambil jalan sembang dengan Sue and Mr.Ant ish ish

Tak puas bercakap lagi akhirnya kaki melangkah nak masuk bilik momo pabila..
bilik begitu gelap dan pintu terbuka.Perghh otak fikir ohh roomate terlupa tutup pintu la ni keluar,dalam hati da membebel da cakap dia ni pelupa sungguh!
Lepas tu fikir,ehh bilik momo je blackout kan?*sumpah tak tahu kenapa boleh fikir blackout walhal bilik lain ok je *

Tibalah depan pintu kedengaran lagu 'happy birthday' dari suara-suara yang bukan penyanyi popular.uhhhh

I was like "ehh ehh apa ni?apa ni?"
Terkejut la kan..tak sangka pula ada orang nak sambut birthday momo.auwww terharu tau..

Cepat-cepat diaorang suruh tengok tulisan atas cake tu bila momo bising tanya siapa plan semua ni?
yee inilah jawapannya...



OMG!

Mr.Ant la master plan semuanya..grrr~ geram gila.tapi momo terharu kot..Nak nangis tapi cover la kan, sebab ramai tu...HEHE
Yang syoknye dapat cake chocolate indulgence..fuhh fuuhhh idamanku!Seronok weyh dapat cake mahal.hiahiahiahia..mana taknya kat tweeter kat FB kat phone dok bising kata nak indulgence ngidam!!.Haa amik ko..sekali orang tersayang bagi suprise sebijik.HEHE Thanks Mr.Ant


Aisyehh tak sempat nak snap diorang da kebas 2 donut.
Big Apple khas dari Kedah dibeli semata-mata untuk malam tu.Waahhh! Jiranku yang bernama Farah.Thanks!


Salah satu hadiah selain dari cake.Comel kan?
Namakan dia 'Miott'
Thanks to Fatin Najihah


Thanks to my roomate, nur Izyan yang bersubahat dengan Mr.Ant dan juga terpaksa memegang cake besar gabak tu atas motor.HAHA sumpah lawak bila teringat balik.Siapa suruh tak naik kereta.HEHE

Last semester member pakat belanja seafood,sebab momo teringin sangat...Thanks to Fiffy,Midah,Sally,Emma..
Big thanks to semua! huhu

Terakhir sekali..Big thanks to Mr.Ant..sebab bersusah-payah untuk plan semua ni..I've no idea macam mana dia boleh dapat no phone roomate..mesti banyak buat kerja CSI ni.auww auww..
Hey! LOVE! Next year agak-agak kita boleh sambut bersama tak??

ENd~


notakaki:ok da nak sambung tidur.momo mengantuk..Tengoklah petang karang nak cerita perihal ke Putrajaya pula. Sweet dreams semua!


08 March 2011

Happy Birthday to me!!!

HAppy Birthday to me...
*lagu selamat hari jadi berkumandang di telinga masing-masing*


cake ni sangat comel! tapi 1 slice je?sedih betul..


Hye!!! I'm 20 years old today! Amazing number right? 20-an no more belasan tahun..
opss~got to go now...
Will update more later...
Cepat wish kat momo and bagi hadiah banyak-banyak :P

bye readers!!

Rintihan ku

Ya Allah...malam ni adalah hari kelahiran ku.
Aku bersyukur kerana dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang cukup sempurna & mempunyai pasangan yang sangat memahami diri ini.

Tapi kenapa Ya Allah Engkau beri ujian sebegitu hebat kepada hamba-Mu yang lemah-selemahnya ini. Tidak mampu lagi ditanggung rasanya.
Betapa hina nya kadang-kadang terasa..Adakah kata-kata maaf dari hamba-Mu ini tidak didengari dan tidak dilayani?

Ya Allah. Pada-Mu ku berserah segalanya..Bantulah hamba-Mu ini Ya Allah..
Buntu..buntu..yaa itu kata paling sesuai.

Ya Allah kadang-kadang terasa bahawa hidup ini bukan untuk ku tetapi di tempat lain yang sedang menunggu. Malah, terasa juga dunia ini tidak adil.

Tapi aku sedar...Allah s.w.t itu Maha Mengadili , Maha Pengampun.

Aku berdoa supaya keluargaku, orang yang ku sayang & keluarganya, kaum-kerabatku,rakan-rakanku,yang mengenaliku, semuanya dilindungi Allah s.w.t. dari malapetaka..
Tunjukkan lah jalan yang benar, dan tolonglah beri PENGAJARAN kepada sesiapa yang berhasad dengki pada mereka.

Demi tuhan. aku insan yang teraniaya..aku tidak bersalah.tapi mengapa begini jadinya?
Tidak mengapa.Asalkan orang di sekelilingku tidak diapa-apakan.
Aku rela

Pada-Mu hanya dapat ku berdoa demi mereka...
Perasaan sayang ini tidak dapat dihakis lagi.
Andai kata aku pergi dulu...maafkan segala kesilapan dan dosaku.
Halalkan makan & minum ku..

Aku tak minta begini jadinya,jika terjadi pada masa itu...izinkan aku pergi dulu


notakaki: I'm crying right now. I miss everyone that I love so much!
ayah umi..maafkan akak...im not good to be your daughter
akmal, izzat..jaga diri baik-baik..and also family kita

Nasyrul..Do you know how much I love you? Wherever I go..you are still in my heart.please take care of our family.

MUAHX!MUAHX!
Berdoa sahaja agar kita semua dapat berjumpa lagi.
LOVE all..


06 March 2011

Momo suka Taemin

[SHINee] SNSD - OH! It's Taemin

Taemin ni paling comel habis la dalam group Shinee..Memang suka tengok dia la.time dia senyum lagi la HA-HA
Kalau dia jadi perempuan mesti momo and gadis yang lain kejelesan dengan Taemin ni.haishh comel kot.Then habis jejaka malaya dia tackle..grrrr~

Jom culik Taemin!!

Kita ajak dia pergi shopping nak tak?Pergi saloon.Main masak-masak.

Ok fine.Berangan sampai sudah la memang takkan jumpa.
Nak jumpa Hanis Zalikha pun tak dapat.MIahahaha

Tertinggal satu lagi SHINee - Lucifer dance version ♥


Smart kan?kan?
Sama je diaorang menari..
Fuhhh~
Kalau la boleh menari bersama mereka.

3 hari 2 malam tak tidur pun momo rela.

Antara video yang momo suka tarian rancaknya

SHINee(샤이니)_RingDingDong(링딩동)_뮤직비디오



Time dia RingDingDong tu fulawakkkk syookkk! Momo try buat depan roomate dia pandang pelik macam mata juling 360' HAHAHAHA...
Jahat betul.Ni gara-gara tengok show 'Hello Baby' punya pasal la.
Kepada yang belum tengok tu cepatlah tengok.Best juga sampai momo ketawa suara pun nak hilang.ngeee~ Bagus ditonton selepas study bagai nak gila.







Next video. I'm your man


Belajar menari sekerat jalan.Padan muka!
So now korang punya turn follow the step okay?
Step dia tak susah..cuma laju and korang kena bertenaga EXTRA!!

BUT
Make sure korang buat di kawasan yang agak lapang yee..
Kalau ada adik kecik yang suka jalan kehulur kehilir jatuh tertonggeng tu takyah la buat dekat dia.Kang ada yang accident meraung budak tu korang lari masuk bilik kunci pintu buat tidur mati. Bawah bantal sengih sampai nampak gigi kat dalam tu berlubang.

Ok itu korang la..momo tak..momo tak ada adik kecik da...teheee~



ShinEE group lagi!


1st time tengok video ni da jatuh hati kat kumpulan ni.Sebab tarian dia cun!
Lepas tu momo suka sangat rambut curl girl tu sampai sanggup tunggu balik KL nak buat macam tu.Tapi hasilnya tak sehebat itu dan duit menghilang bye bye.

Muka diaorang semua macam kanak-kanak lagi kan?Kalau RingDingDong tu nampak la matured.

3 videos ni memang favourite videos!!! Sumpah momo suka habis video ni...
Lagi-lagi kalau tengok dance dia..kiyaaaaaa~ smart!!

Video no 2 tu momo ingat lagi try menari-nari dengan fify..masing-masing berhajat nak tubuhkan 1 group.*tapi tak berjaya lagi* Group khas untuk tarian rancak kalau yang tradisional ermm taknak da la..cukup la main-main kat sekolah dulu.Tehehhee....
Tak main la lemah-lembut kan?Kita kena selalu cuba yang baru :)

So siapa nak join group dengan momo ni?Cewaahhhh
Tak mengapa..one day mana la tahu kan?
Weyh fify! Ko kat Sarawak tu pergi buat group la then tunjuk kat aku! Nanti aku tunjuk group aku pula.HAHA belagak habis ni.

notakaki: Menari boleh kuruskan badan tau! So tak payah nak berlari panas-panas.Pasang air-cond, pasang lagu..1..2..3..ok jalan...


MacBook Air worth RM3299 but need to pay only RM0.00??

1st thing to do kita tengok colour...waahhh cun!!! cun!! Lappy ni sangat la ringan only 1.06kg *eh really?* multi-touch trackpad?meowwwww......

Ok momo memang nak lappy ni sangat-sangat...sangat mudah untuk semua orang kan?ringan pun ringan...

So kamu nak dapat for FREE tak? Secara percuma ni...betul-betul...

Follow me:
1. Click Dealmates.com
2. Register & Login

Kemudian:
1. Click kat deal Macbook. (tengok sebelah kanan selalunya ada)



2. Click BUY...
Free ni so no need to worry




3. Click proceed to payment







4. Congratulations! ini akan keluar...


5. Check e-mail kamu pula..kamu akan dapat certificate dari Dealmates.com. Jangan delete pula, simpan ye.

6. Pada 8th March 2011, Dealmates.com akan mengumumkan pemenangnya..waahh siapalah yang bertuah itu ye?

Maka, ayuhlah kawan-kawan...tak salah untuk mencuba :) All the best!

05 March 2011

ada problem ke kat aras bilik momo ni?hmmm

Sharp 0.10am...just got back from the toilet..heh! scary la pula today...
wanna know why?

ok momo cerita ye.
Tengah hari tadi president kolej datang tanya momo pernah kena kacau tak kat bilik kan?
So I said nope...so far alhamdulillah tak ada apa lagi.kenapa?
She told me that bilik selang satu dari bilik momo ni selalu kena especially malam.
ohhh now I know the truth kenapa bilik tu siang je ada..malam tak ada orang.

For your information...sebelah kiri bilik memang tak ada orang langsung, belah kanan pula kejap ada kejap tak ada macam chipsmore.So bilik momo ni berada di tengah-tengah..banyangkanlah malam-malam nak pergi toilet memang takut. On the way nak pergi toilet pun ada 2 lagi bilik kosong.Kiranya aras 3 ni memang banyak bilik kosong jugalah..

So malam ni..roomate da ajak tidur sama-sama kat bawah dengan dia.means here kena angkat tilam berat tu turun.aiyarkk.
Momo follow je..sebab momo pun takut gak! HEHE

Baru tadi ada 2 orang bertudung labuh datang tanya roomate...bilik yang selalu kena kacau tu sekarang ada orang ke tak..?Bilik mana lagi kosong..Bila tanya kenapa? Dia cuma jawab tak ada apa-apa.LOL pelik...

Curious kot kitaorang...hmmm..

Momo cuma berdoa takada apa-apa berlaku sepanjang momo duduk sini...huhu

notakaki: roomate sudah ajak tidur.ok nyte semua!

03 March 2011

Jumping momochan is under constuction


SORRY


tak tahu tajuk..so baca je la ye

Readers....

Sudah makan ke?belom?diet ke? Momo nak diet juga tapi kalau berazam nak diet mesti lagi kuat makan.aishhh can't control myself..

Hey..
can you control yourself? can you?
Do you know when are you going to die?
Do you know when you will get sick?
Do you know when you will get marry?
Do you know that??

No...
You don't know..and will never know untill it happens to you..

Banyak perkara berlaku sekarang ni...
Contohnya UiTM student yang accident semalam. boleh baca di Metro
Agak menyedihkan juga lah bagi momo, eventhough momo tak kenal pun siapa and tak pernah jumpa siapa. Still momo rasa sedih bila lecturer cerita dengan emosi siap bagi nasihat lagi la sentap-menyentap.
Tengah taip ni pun still mood sedih juga...

Petang tadi pergilah kejap pasar malam dalam perjalanan tu ada accident lagi... haihhh
Risau betul.. terlalu banyak kemalangan sekarang ni.

By the way..mari kita sedekah kan al-Fatihah kepada arwah Umi Kalsom.
amin.

So everyone please drive carefully...kalau buat kerja tu tolong berhati-hati yea..
Tak kira la tengah potong bawang ke...tengah basuh kereta ke...benda yang kita tak jangka boleh je jadi kalau dia da nak jadi kan?..

Ermm one more thing momo nak balik minggu ni!! Sebabkan role play la momo tak boleh balik.Kena practise.
Plan tak jadi da buat kan demam menyerang.. T___T

notakaki: Hendak rehat sebentar dan mula untuk study bertungkus-lumus... momo nak Dekan! hehe amin..





02 March 2011

Starting to fallen in love with March

Hello readers!!

Today is 2 March 2011...HEY! Its March already!! *say out loud*
Happy March everyone...Its a new day..a new month for us.. be a good person.. okay people??

Now straight to the point why I love March so much? but not November, October etc..
1st thing is for sure.. my b-i-r-t-h-d-a-y *hadiah jangan lupa* 2nd I got a coupon from 'The Body Shop' bolehlah membeli belah kat situ nanti! 3rd momo dapat free passes for any movie at TGV Cinemas outlet from Nuffnang . I got 4 passes!! HAHA

Cool gila kan? Ingat senang ke nak dapat..
Tapi...bila ada masa nak pergi cinema entah..hmm ni yang tak sabar nak balik rumah ni..hoyeahh
Nak balik rumah..nak balik rumah...MAS or AirAsia taknak sponsor momo ke?HAHA
Ingat orang terpenting negara ke nak sponsor-sponsor ni..HUHU

Ehemm nak cerita juga tadi practise for assesment 3...its a group discussion. They give you one situation and you need to solve it in your group. For example, how to overcome with the social problems nowadays? contoh tau...for our group tadi dapat pasal Pizza punya..

Hmm kena bincangkan selama 20 minutes but we managed to finish emm 18 minutes macam tu la..It was okay and fun, we did laughed like crazy.LOL shouldn't do that infront of your lecturer.Heee~ lepas tu momo asyik potpetpotpet...zzzz~I dont want to be a talkative person!!
But my friends told me I have to talk a lot if you want to get a higher mark (BEL 312)...lalalla~

Ok its enough..Good day people!! Malam ni mahu menari lagi..horayy! momo sangat teruja bangat deyhh!





psttt~Im asking my aunt to buy the hair curler for me..*wink*


notakaki: I'm happy today...Are you happy?

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN