click click

ikut momo jom

28 February 2011

Seseorang yang ingin kujumpa

Dear readers...

I wasn't be myself for couple of days ago and I just finished my test just now..rushing back to college and switch on my lappy. I miss my blog so much! There are so many things in my head right now sampai tak cukup space dah melimpah ruah banjir. I'm so tired and wanna go home..but still can't..terlalu busy..*be strong momo!*

mood berubah tiba-tiba..

Hai ! kawan-kawan!!I am a hyperactive momochan!...So let's talk something else which will make momo & you happy.

Last night momo dengan roomate bercerita sambil makan
*I notice that I love to talk nowadays* zzzz salahkan roomate la macam ni!
So cerita punya cerita masuk la pasal someone yang I really really want to meet...
The person yang momo sangat nak jumpa adalah.....



Dr.Mahathir


Sweet je the way he smile


ok ini sangat macho !





He's still strong & never looks old!


Pasangan yang momo kagum selain my parents adalah pasangan di atas ini..

Why I admired them so much?
Should I give the answers to you?

hmm..Terlalu banyak reason maybe sampai esok pun tak habis taip lagi.*kononnya la*

I used to say Dr.Mahathir is my 3rd grandfather..*see.. how much I love him*
HAHA agak sengal bukan?

I love everthings about him.. I love to hear his speech..sangat berisi & tak basi.
You will never say NO to what he says..relevant kot apa yang dia cakap...

So..I think its enough la kot..panjang da ni.

Berjumpa dengan Dr.M is one of my wishlist...my birthday wish..*poyo*
Tak kira..nak jumpa lepas tu nak sembang-sembang sambil pekena pisang goreng di waktu petang..HAHA


notakaki: Today Mr.Ant pergi kerja...(praktikal) woohhh I was so excited kot...tapi dia kate tak buat apa-apa pun today..Okla tu 1st day..lepas ni da takda masa nak texting or calling anymore..busy...balik rumah tidur..HAHA momo da fikir jauh..naaaaa~nak makan cucur udang.siapa mau besarkan lubang hidung!

picca: Mr.Google






Quick entry for today

Hello morning!

I just had my breakfast (Susu choc HL) sedap!
and now still in the lab to practise for drama..but still we are bla..blaa..talking than do the work *sigh*

Another thing is I still don't get my lappy back.abang tu lupa nak check ke apa..geram-geram...
Hidup momo kosong betul tanpa lappy.Tengok la nak update pun time kat Lab je.sob sob

Happening now...
meowmeowmeowmeowmeow~kucing dok mengiau..and I was wondering apa jadi kat kucing itu?Sangat kecoh macam nak mati je..grrr..baling kayu kang..baru senyap.hahah

ok got to go...momo rindu nak taip panjang-panjang...tak sempat.but im happy 3 test da lepas tinggal 1 lagi tengah hari ni.ok ciao!

21 February 2011

kena spotcheck 5mins ago

"Sila berpakaian sopan ye..kapten nak buat spotcheck"kata presiden kolej.

Hoi! Hoi! Spotcheck?Gilaaa la..sticker pun tak da lagi ni..dengan bilik tunggang langgang...atas meja bersepah dengan buku yang da dibaca belum dibaca akan dibaca...

Dia datang..jeng..jeng...dengan lenggang-lenggoknya..ehh silap toughnya..HEHE

Masuk bilik memang jadi budak baik and skema la..Padahal da dup dap dup dap macam pesalah nak dijatuhkan hukuman tali gantung.wuwuwu
Tapi dia minta kad matrix and dia suruh buka locker..yang momo nak pergi buka laci..adeshh sengal betul.Nervous punya pasal la...

Da buka locker dia tegur aiikkk sikitnya baju...HOHO sempat lagi komen tuh.ishh da la kapten ni lelaki..Haiyohhh...sendiri mahu faham la kan...teeeeetttt!!

Alaaa cakap jela nak check takut kitaorang bawa barang haram macam rice cooker pastu bukan budak kolej ni...lalalla~We are safe!! Sekarang sambung study semula.

oppsss~ esok boleh pergi mengundi! hooray!! nak pergi la..rasa macam seronok je nak mengundi walaupun sebenarnya nak excuse dari kelas.hihihi



YES! I'm happy again...

Say out loud....yibeebebebbebebdadadalalala aushhhahhh!
Jerit sekuat hati anda macam anda tengah berdating di atas puncak bersama pasangan anda...
auuww sweet gitu..Tambahan pula "Aku SAMEOON..amat mencintai mu Bedahhh!!Terimalah cintaku yang suci ini wahai Bedahhh"

si gadis menjawab.."Yaaa abang Sameoon! Bedahhh pun begitu mencintai abang Sameoon! Bedah sudi menerima cinta sucimu wahai abang Sameoonku!!"

Perghh drama betul la..Momo yang taip ni pun rasa loya-loya je tekak sebab tengah duduk imagine ada teruna dara dari zaman tok kadok jerit-jerit atas puncak.ngiahhahah geli nya momo...huahua

Eypp biarkan mereka menjerit seperti unggas kehilangan hidung nya...Sambung cerita momo yang happy ni..
Momo happy sebab baru tadi Mr.Ant call...Yahoooo! Seronok weyhh..momo ni fikir macam-macam da sebab tak contact langsung.
Heee~tak percaya ke?hmm momo pun tak percaya gak mula-mula..mana tahu ada hantu menyamar ke?kan?kan? Duduk seorang dalam bilik fikiran memang melencong ke arah itu.tak guna!

Mr Ant sekarang berada di Kubang, Gunung Tahan..I've no idea situ ada line..Tapi bagus! Nak je minta 3G.Suhu 22c dan ketinggian pula 1345m! Wahh! gila tinggi!
Bila tengah cakap tu suara jadi lain sebab Mr.Ant kesejukan sangat.Kasihan...Da la jenis tak tahan sejuk...Tapi momo gelak padan muka je kat dia.ngeehhh ngeehhh Kejam punya awek ooohhh..

Yang part bestnya...cakap sampai keluar asap! hishhh itu memang nak minta 3G arrr! momo nak bukti tengok betul ke tidak...
zzzz bebel-bebel kat dia cakap nak ikut...wuwuwuwu...


Mr.Ant is using this phone right now...HTC


Momo buta IT thats why pakai yang normal je.. :P

notakaki:tomyam ni pedas betull..air pula tak ada.korang imagine la macam mana terseksanya tekak momo tadi..haduihhh



Entry untuk malam ini

Hallo and Assalamualaikum

Pada waktu tengah malam sebelum nak melelapkan mata sebentar lagi momo terasa nak update blog sekejap. Actually momo baru sahaja habis buat dialog for the role plays. Tomorrow kena submit kat lecturer..Tidak tahu la ok ke tidak...hmm takpe abaikan je. Momo sudah buat sehabis baik mungkin.

So..story for tonight..Ermm today was a very very veryyy hoottt day ever! Sangat panas rasa macam nak demam pun ada tapi abaikan sahaja mungkin perasaan je.Lagipun test menanti..so lepas test nak demam ke nak balik rumah pun tak apa la...Momo perasan yang sejak dua menjak ni ramai pula yang homesick termasuklah roomate momo and momo sendiri.. Tapi apakah daya rumah terlalu jauh kalau nak pulang setakat 2 hari..Bertambah penat lagi adalah. Maka solutionnya, kami masing-masing pujuk diri untuk bersabar demi masa hadapan.

Seterusnya, campus sekarang sangat busy dengan pemilihan calon MPP..Agak meriah sedikit berbanding dulu. thumbs up! dengan poster yang bermacam-macam riak wajah. Ada yang tersenyum lebar sampai kan dari jauh sudah nampak giginya yang besar tu. *momo nak vote dia sebab gigi dia sangat BESAR* HAHAHA

Seterusnya lagi... pasal modelling..oh mann! momo sangat tergila-gilakan benda tu dari dulu lagi..Secara cuma tunggu peluang je..Bila dapat selalu tarikhnya tak sesuai..clash...dengan macam-macam program. Ok tak apa..Kalau ada rezeki ada la kan? Education juga important to me!

Seterusnya lagi lagi.. This is the 1st time momo tak contact Mr.Ant..He's away to Gunung Tahan..Yes I admit..momo rindukan dia..baru sehari and there will be another 4 days to go..sama rindu macam family juga kalau tak contact..I guess macam ini kot umi rasa kalau ayah kena kerja jauh-jauh keluar dari Malaysia. *Tapi contact je diaorang.tak aci!* huhu

notakaki: Pray to Allah s.w.t. I hope everthing will be fine..I know something good will happen one day to me, my family, Mr.Ant, YOU and others...that day that we will never know when it will happen... Insyaallah it will be good..


20 February 2011

Hye! lets join this faceBlog!


Hye morning people! Such a wonderful day today isn't it?
Tengah mood yang bagus ni hati masih ceria lagi...jom kita join FaceBlog

Kalau nak join click je banner di atas ok?

Have fun everyone and happy Sunday!

19 February 2011

Exchange link di mana? -gulai tempoyak ikan patin sedap bukan?

Hello !

Mengadap laptop sebentar untuk menghilangkan rasa mengantuk so lepas ni bajet nak study bersungguh-sungguh sampai cicak nak mengorat pun boooo-layan aja..tehee~

ok about the exchange link tu kan...momo macam teringin gilo arr nak join tumpang sekaki sebab ini 1st time la link guna picca..Before ni kalau ada pun maybe tak perasan kot. So momo agak teruja omgomg!

Almost 1 hour gak arr godek cari picca..tapi disebabkan baru reformat laptop pun tunggang langgang files sume entah tercampak mana.. momo cuma ada picca ni je la kot...boleh tak En. Muhamad Mursyidin Bin Mohd Aminullah?

@ dikenali sebagai Meuz.
Dia begitu hensem! ahaks...pergi arr ngorat dia weyhh...tu pun kalau tak kena reject dengan dia arr.HOHOHO

Apa?
Mahu join juga yea?

Boleh-boleh tak da hal la..
korang just click je nama kat atas tadi ataupun bring your cute mouse here!





notakaki: HAHAHHA gila la betul picca ni..Kelakar kot..takpelah..hehe korang jangan gelak lebih-lebih ok?tehee~

Mr.Ant is going to Gunung Tahan

Sharp at 6 pm today Mr.Ant and the gang akan bergerak ke Gunung Tahan..
19-24Feb.

Kejap Mr. Ant call...momo nak cakap dengan dia jap..korang tunggu tau..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

(Kembali ke dunia blogging sebab Mr.Ant ada hal dengan kawan dia jap)
*kacau arr kawan dia tu.ishh.huhu*

sob sob momo sedih arr dia nak pergi lama....24hb baru balik..Before this selalu je dia pergi camping ke climbing ke apa-apa..momo tak kisah pun.but this time lama...pastu tak boleh nak contact..
Duduk dalam hutan kat gunung tu ada tempat nak charge phone ke?sah la tak ada kan...
kalau cucuk kat pokok pastu pokok tu boleh charge phone sampai penuh pun best gak kan?
lagi best kalau boleh online boleh main webby...huhuhu
ok da habis berangan...

Momo teringin nak ikut sama pergi ekpedisi macam tu...tapi kan kan...kadang-kadang fikir takut jadi beban kat dia pula.. Enjoy tu nak enjoy tapi kalau da macam menyusahkan orang tak best la pula. Betul tak?

Kat puncak nanti jerit nama kuat-kuat tau?? Itu pun kalau larat lagi la... :)

Anyways..momo doakan Mr.Ant & his gang selamat sampai dan selamat pulang..
and I'm gonna miss him..ngeeee~

"Hye dear!! I know this is one of your dream untuk pergi Gunung Tahan..But please take care of yourself dan jangan sampai membahayakan diri ok? Have fun and jangan gaduh-gaduh dengan unmatured people..HEHE... tak sabar nak tunggu kamu balik ! call me A.S.A.P. ".
notakaki: Nak golek-golek dan tidur..feeling not weel today..sob sob..bye love!

Engkau orang kelantan sejati ka??

Assalamualaikum !

Apa khabar orang kampung? Lama sudah tak berjumpa..kirim-kirim la..erkk salam yee.
Actually nak tulis lagu Sudirman yang balik kampung tu tapi lupa lirik pula. ahaks

Hey! Hey!
Tengok tajuk momo for today.
Engkau orang kelantan sejati ka??

Kenapa momo tiba-tiba nak buka topic ni ye?

My reason :
Korang perasan tak kat campus la selalunya..Depa ni selalu sangat duduk dengan geng-geng Kelantan je..Mana nak campur dengan negeri lain pun.

Momo mengaku...momo pun ada juga background dengan orang Kelantan ni. Tambahan pula, my new roomate ni pun orang Kelantan. She is nice...a very nice person. tak macam orang lain.

The problem is...my roomate ni suka berkawan, tak kisahlah dari negeri mana sekalipun.
Tapinya...budak kelantan lain selalu mengata dia & suruh jadi 'Kelantan Sejati'

I was like...weyhhhhhhhhhhhhhhhhh agak-agak arr..Nak jadi kelantan sejati pun it doesn't mean tak boleh kawan dengan orang lain. Fikiran diaorang sempit betul !
About 'jadilah kelantan sejati' itu memang agak rubbish! sorry to say this..

Open your mind...buka luas-luas...Hello!!! Kalau semua orang fikir macam tu..yang KL duduk dengan KL....Penang dengan Penang.. hmm sampai bila nak bersatu?? Masing-masing dengan ego..

Tak salah nak jadi anak negeri sejati...boleh sangat-sangat...tapi jangan lah sampai nak halang-halang orang tu berkawan..Lepas tu pulaukan pula orang tu.. tak ke sengal and bodoh??
Mencerminkan juga sikap anak negeri korang tu tak bagus!

Sama jugalah dengan negeri-negeri yang lain pun...Tapi majoriti orang Kelantan arr...
Mengutuk orang itu ini dengan loghatnya..haishhh orang zaman sekarang da faham da apa yang korang cakap tu..Lain la cakap bahasa alien..

Benda ni bukan baru je berlaku..tapi da lama sangat...senang cakap zaman hingusan budak sekolah momo dulu lagi da...entah-entah lagi lama dari tu..

So guys and girls...please and please I'm begging you..Buanglah attitude macam tu..Sangat tak manis ok? Momo bukanlah nak mengutuk ke apa..cuma nak luahkan rasa tak puas hati ni..tak adil la kan?...Kata 1 Malaysia...tapi puak-puak juga...hmmm

I don't know what others will think after reading this entry..Nak kutuk pun silalah...I don't mind..Tapi momo tak suka mereka yang berfikiran sempit sampai begitu sekali.Akhir kata,jangan jual ikan. Don't be too selfish.

Notakaki: Sakit gusi larhh...appointment dengan doc terpaksa dibatalkan sebab test yang terlalu banyak. Wish me luck! For blogger gathering di Alor Star yang berlangsungnya hari ini, momo minta maaf tak dapat join sebab kepadatan test. Next time, insyaallah momo turun berjumpa..thanks again for the invitation. thanks kak nora!!


18 February 2011

sambutan maulidur rasul di uitm perlis

Assalamualaikum dan selamat menyambut maulidur rasul. And momo harap tak terlalu lambat untuk mengucapkannya. 

Since momo sekarang ni terlalu busy dengan assigments and test yang menanti sehingga bulan depan. Kemudian kena fikir kan dialog untuk role plays.yeahh i know i know..google je..Tapi better buat sendiri kan? simple and relax..tak mahu heavy sangat.
acewahhh gaya macam terhebat sungguh!

Ok role plays ni sebenarnya untuk BEL. For my english class. So kamu dan kamu doakan momo dapat berlakon dengan baik  yeee :)

Next...sambutan maulidur rasul last Tuesday.
So here I am with my lovely roomate pergi berarak dengan jayanya.
OK! I'm proud laaa gila sebab bangun awal nak pergi berarak.perghhhh~
Orang lain sedap buat air liur basi 5 kg.


Di sebalik tabir~

"Diminta semua residen kesinai 3 untuk turun ke bawah dan bla bla"

ada la dekat 10 kali dia ulang buat pengumuman ni..
momo & roomate dan hangin-hangin ni tibai pergi toilet gosok gigi basuh muka.
rembat baju tudung and selendang tak di iron langsung.
Sarung di badan dan kepala.
Lari turun tangga dan terus pegang banner sambil buat muka tak bersalah dan mengantuk.

Well..at least kitaorang join juga program ni daripada orang lain yang tak join then minta sticker lak...HOHO tidak kusangka boleh dapat sticker..
Auuuwww~! terbaik la..

 

Jengjeng ini bukti kami!

Fine la...roomate momo lawa..so korang ketepikan momo la..macam ni arr korang.sobsob..

notakaki: Huduss betul momo pakai selendang macam tu.ngiahahha. Orang lain pakai lawa-lawa liplap liplap lagi tu. HUHU anyways thanks to my roomate kerana sudi meminjam kan laptop ini ahaks~

13 February 2011

my lappy rosak say byebye

Hello readers!stalkers! huhu...morning !!!! momo lapar! *smiling*

ok according to my title,my status now..*macam surat* my lappy rosak..
baru umur setahun jagung da rosak. I don't know what really happen actually.
That day guna macam biasa then it get stuck...macam what la weyhh tak pernah stuck tiba stuck jam terok!..so momo shut down and try on balik. 

Bila da on balik....teros dia blinkblik like 1000x...sampai momo naik pening tengok screen..
Tengah dok kering kemarau ni la lappy nak buat hal.gila kena korek duit.adeihadeih

Ini pun pinjam lappy roomate je. HUHU..So now..momo takkan update my blog..akan senyap sunyi seketika and I hope it won't be too long..because I miss my lappy and blogging .sobsob..

notakaki: Sakit badan semalam treassure hunt...and today demam :( sangat-sangat sakit..sampai tak boleh gerak kan badan.huwaaa...ada test ni...but I have to move on...tak boleh lemah..need to study hard..ok people! please pray for me... :)
 
another short notes: bila baca kat website ni... Rasa macam nak pergi je..nak buat hair treatment and also colour my hair! nyiahahaha..I don't care what others will think about this.yang momo tahu...Saya nak! Saya nak! dan Saya nak! 

thank you and miss you all :)

11 February 2011

Everyone is looking for money including me !


Money is any object or record, that is generally accepted as payment for goods and services and repayment of debts in a given country or socio-economic context. The main functions of money are distinguished as: a medium of exchange; a unit of account; a store of value; and, occasionally, a standard of deferred payment.

Sumber: Google

Pagi tadi tengok duit dalam purse yang dah terkoyak dan berlubang lipas gigit sedikit sahaja moneymoney. *lipas bodoh itu bukan makanan la!* Ni yang tak syok nak belanja ni..
Nak pergi tekan biji biji kat atm tu malas lepas tu selalu lupa no pin. zzzzzz~
Salahkan lipas tak guna tu la! bocor dompet momo..grrrr~

Disebabkan bocor dan makin kempis tak cukup zat purse maka mengambil langkah 'mari berjimat'
perghh sangat terseksa ok nak jimatjimat ni. Da la ada carnival 'mai belanja' kat campus.
Arghh sengalsengal ada je halangan wooohhhh.Ada ke patut dia suruh kita belanja aishhh..
Tak dapat tahan godaan momo ragut la makanan kat situ selepas buat akaun kira-kira. Teheehehe



I'm in love with money heyhey


Nak kumpul duit banyak-banyak macam ni lepas tu letak dalam bathup dan jerit macam orang gila kat atas tu..ohhh H.E.A.V.E.N nya!



Apahal lak duit ni buat jadi tisu lap bontot orang??Cuba la bagi idea yang best sikit.
Tapi jangan bagi momo la..momo tak rela duit itu bekas bekas ada warna tak menyelerakan.hauhau berbau hauhau...Korang amiklah free je ni....


HUHU memang tengah kering la sekarang ni..adesshh padahal baru je CNY.. tapi bukan dapat angpau pun.ceittt~



Sebutannya "SA dash PULOH"
"SA tolak PULOH"

ok tak tipu.Jangan percaya sangat.
Tapi cantik la duit ni..momo lagi suka design duit dulu-dulu dari sekarang.
Nilai nak tinggi-tinggi saja. :)

Ishhh ishh nak minta kat parents segan kot..Korang segan ke hah nak minta duit?Ke selamber je "ayahhhh nak duit boleh tak?Da habis la.." gituh ke?

Entahlah..momo memang jenis tak reti nak minta duit.Segan.Eventhough mereka my parents and its their responsibility. Nak buat macam mana da anak dia tak reti nak minta..Padahal da naik bebel da orang kat rumah..tak cukup beritahu.

HOHOHO...tunggu jela kang duit lebih terlebih belanja pula.haishh jangan-jangan.

So everyone! let's hidup bersederhana mulai errr now? tidak terlambat kan?
JOm jom!!

notakaki: nak jemur kain dulu.Sekali basuh RM2 melayang dalam kotak duitduit.hmm
Money is everthing nowadays~




10 February 2011

Anniversary di KLCC?


Sekali sekala selain menyambut ulang tahun perkahwinan ke hari jadi..Apa salahnya kalau kita pergi tempat yang istimewa selain dari dinner.
Maybe boleh pergi ke oldfoks ke orphnage ke..why not kan?
Tidak pun pergi ja zoo..Ye Ye..ramai yang tak ingin hidu bau dari tahitahi @ najis binatang..
Bagi momo alaaa sekali setahun je kot nak bau tahi binatang..Selalu sangat bau perfume dari CalvinKlein, BodyShop, etc etc...apa salahnya kita bau busuk pula?

HAHHAa gila tak gila itu adalah memory yang boleh cerita kat cucu nanti. *wink*
Pilihan di tangan anda.

Untuk menyambut wedding anniversary ke-22 tahun kali ini pada 5 FEB 2011.
KLCC menjadi pilihan.
wait....



bukan suria KLCC
Tapi lidi besi 2 batang tu la... HOHO




Uhh? Anniversary siapa?
22tahun bersama *acewaaahh* semestinya umi dan ayah nadhirah !! *that's my parents! wuuuuu!*

Jadual rancangan pada 5/2/2011

8 am : Breakfast sepatutnya sudah siap dihidangkan oleh momo *western breakfast yee sebab momo tak pandai nak buat nasi lemak* auchh

10am : Momo baru menggeliat atas katil.Shooott musnah plan dowhh bangun lambat.
10.15 : (Selepas gosok gigi laju-laju dan tak mandi terus pergi dapur lalu sengih menunjukkan braces) HEHE sorry bangun lambat la..special breakfast cancel makanya momo buat burger untuk diri sendiri dan adik je.

10.30 : Parents siap untuk keluar..Hek eleh nak dating berdua la tu..Gaya comel-comel la..
Entah mana ayah bawa umi pun tak tahu. Itu rahsia antara diaorang. Momo malu nak tanya arr...! zzzz

5.oo pm: Bergerak ramai-ramai ke Klcc. 5 ahli keluarga je pun bajet 50 orang.acehhh

momo excited lebih kott


(Cuaca sangat mendung kilat memancar-mancar)

(Hanya berdoa plan berjalan dengan lancar)

Berada di dalam bilik yang gelap sambil menonton apa yang patut ditonton.
ceittyy da macam hantu juoonn da momo ni.tsktsk
teringat budak kelas panggil momo juoonn!
*sengalll*



Berada di atas jejantas bersama Izzat.
Time ni ada lak matsalleh senyum-senyum. Apehal tak pernah tengok orang beraksi depan camera ke?
*momo malu meow meow da*



Bla bla bla akak tu tengah mengajar junior.
"Sini jalan imbi sini kedai makan favaorite aku"

3 adik-beradik menyampuk
"Sini rumah kitaorang!!"
Lepas tu lari laju-laju sampai bergegar KLCC.....

*tolonglah jangan ikut perangai kitaorang ni*
Bangunan berkayu-kayu



Dua merpati sejoli warna merah tengah mengalamun
red 1 : " I love u"
red 2 : "love love too "
pappp kena tampar kat bahu.deyyy momo yang berangan rupanya.duuhhh~



Tingkat 86. Hekelehh tak gayat pun. Tengok tuh momo siap boleh duduk lagi..
Macho kan kan kan???



Bila 3 orang bergabung masing-masing jadi sewel mewelll...
Itu adik-adik momo..hot yeahhh~






Ok da habis..turun-turun. Ambil picca depan air pancut pula.ceihh mula-mula takada orang lepas amik picca sengal-sengal semua menyibuk. Grrrr~ tak puas lagi ambil kat situ. Tapi da ramai sangat terpaksa blah.

pstt~ mat bangla tiru aksi kami !

ok dah habis..Lain picca semua dalam camera tak sempat nak ambil..


SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN KEPADA PEMBACA BLOG 'JUMPING MOMOCHAN'
&
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI DAN JUMPA LAGI.

Daripada: Team biru pelawat KLCC ...



BYE! BYE!

notakaki:annoying tak?annoying tak? bla bla momochan gemoks wawawa~
pergi KLCC lawatan sekolah apa barang weyhhh..dengan family baru best!
opsss we are the only malaysian visitors at that time.LOL



09 February 2011

bahasa ganu ni sapa leh translate kan?




"kalu buleh tupa butir sedap gop nie....xleh tupa, katok xpo doh"


FBwalking pastu jumpa ni...tak faham weyh.Anyone from Terengganu but FASIH loghatnya.Boleh la beritahu momo apa kebende la maksud dia ni?

Momo nak try ye..hmm maksudnya

-Kalau boleh tembak tupai best gak,kalau tak dapat katak pun ok.

HAHAHA apa hal lain macam je maksud ni ek?tiong tiong

takpun..

-tupa itu buah kot ehh katok itu perbuatan??

mannn I need a dictionary. Terengganu tukar ke Bahasa Malaysia or maybe English pun ok.

So anyone boleh translate kan ini??

08 February 2011

melihat cincin untuk sukasuka

Hello ! Good evening semua...
Today momo nak cakap pasal cincin pula. Sebabnya balik cuti Chinese New Year momo perasan budak kelas momo kebanyakkannya memakai cincin. Cincin yang bermakna atau tidak? Momo tidak tahu. Mungkin sudah bertunang ketika cuti raya cina. Mungkin baru dilamar untuk menjadi kekasih. Mungkin saja-saja pakai untuk matching dengan baju...

Rahsia dihati tiada siapa yang tahu....


Ini ada sedikit picca yang momo google sebentar tadi. Layan jom...


Adakah ini dipanggil jari yang runcing?
Nampak sangat cantik pula cincin yang besar tu.Teringin momo nak memilikkinya.




Sweet je tengok kan?




WAuu Blinkblink la you all.. :)







Princess Cut Diamond

Nanti nak kahwin nak princess cut diamond boleh tak?
Haiyooo kopak poket Mr.Ant.




Bulat dan sedikit diamond pun sudah cantik



Now girls! tunggu apa lagi?? Pergi ke kedai emas kuning putih hitam dan cari yang berkenan di hati. Bukan untuk dibeli sekarang pun tak mengapa. Just ajak bakal suamimu dan pilih la bersama. Pada masa yang sama si lelaki patut tahu yang si gadis sudah bersedia untuk hidup bersama.

Wahai lelaki! Sudah bersedia untuk kahwin?

notakaki: Kalau mahu tengok yang lain sila lah minta pertolongan dari Mr.Google. Nak lagi best pergi ke kedai dan sarungkannya di jari manismu!!

Gembira presentation dah habis!

Senyum dulu ramai-ramai.Tayang gigi cantik korang tu walaupun momo tahu korang paling malas nak gosok gigi kecuali bila nak pergi dating.kannnnn?

ok.Before kegembiraan momo ni habis. Momo nak cerita la juga.
So today group momo kena buat presentation (English). Tentang company buat products or services. My group buat product based on honey.

Semuanya okay..Berjalan dengan lancar. I was a bit nervous at fisrt tapi lepas tu ok je..acewahhhh!

My lecturer pun comment la juga :

- You are confident with yourself. *yang ni memang tak percaya.macam whatt?serious ke?*
-You voice is loud and clear. *time ni memang sengih lebar la.1st time woohh orang kata my voice is loud.Selalunya i can't hear your voicela...bla bla...sampai sakit hati juga dengar. grrr
-Your language is good. * Momo nak dapat excellent marks *

Dan ada juga kutukan & suggestion:

- Slide kena lebih menarik

HAHA yang tu je ingat sekarang ni.Lain lupa da.hikhik...

And now menunggu pula untuk role plays.waahhh! macam best kan?
Lepas madam tunjuk video from seniors, terus momo rasa berkobar-kobar nak berlakon.
Kalau nak jadi lelaki boleh tak?teheee :D

Apa-apa pun..Perjuangan bukan sampai di sini sahaja. Silap haribulan kita pula jatuh di bawah.
So momo kena lebih berhati-hati, lebih berusaha. Barulah boleh tebus kesalahan zaman jahiliah.ngeee~ Momo nak capai target momo.insyallah...berkat doa semua..amin.

notakaki: Tadi beli sata and nasi kerabu. :)



06 February 2011

siapa cakap naik taxi tak bahaya?

Korang...korang..esok momo mahu pulang ke Arau sudah.pagi-pagi lagi bertolak..sob sob kena bangun awal la jawabnya..wuwuwuwu tak best!

Esok mungkin sampai malam tapi kalau petang pun ok juga.Tengok keadaan bus la juga.
Kalau malam agak leceh sebab kena naik taxi..duit memang la tak de hal yang hal halnya malam kott pastu taxi driver lelaki. So faham-faham la malam=lelaki + perempuan.
Erghh jangan fikir bukan-bukan.Think positive momochan..Tak semua taxi driver jahat macam yang sengal bodoh ini.

Lepas baca je blog tu terus rasa cuak gila-gila...takut kot.ngeeee~

Tapi tapi maybe kawan datang jemput kot *baiknya dia* :)
MAYBE la..Kalau tak taxi la jawabnya. sroott srooottt

Doakan momo selamat sampai ke destinasi ye..
hmm nyte everyone momo nak tidur dulu tata~

04 February 2011

selepas dilanda gosip fasha sandha maintain cool

Yee kepada peminat fasha sandha...dan juga kepada bukan peminat F.S ini...*momo juga la tu..ishish*korang jangan arr nak emo emo kalau momo buat entry ni yee..



Macam ni today pergi beli barang di carrefour dengan parents, and secara tak langsung terjumpa la artis kesayangan korang ni dengan maknya membeli barang. at 1st tak perasan pun dia itu pun ayah yang cakap.
My 1st impression masa tu.. "tak ada la lawa sangat dia ni.."
HAHHAHA korang kipas-susah-mati keep cool ek.

Dia pakai makeup yang menunjukkan muka dia garang giloz.LOL Sempat lagi tu momo usha muka dia.Tapi kejap je lepas tu cepat-cepat cari barang. Sebabnya carrefour sesak dengan orang ramai. Lagi-lagi bila ada peminat yang teruja macam ni.

minah A : " Kak..kak...ko nampak tak siapa tadi??ko nampak tak?"
minah B : "Ehh itu kan '.....' kan?"
minah A : "Aah tapi dalam TV asal nampak tinggi ek?"

Perbualan sampai di sini sahaja.Sebab momo sudah mengeluarkan suara lelaki macho untuk menyedarkan diaorang yang secara tak langsung menghalang laluan insan-insan lain. including me. LOL.

The best part is momo bukan usha si fasha pun dok usha 2 adik beradik ni adalah.tengok muka keterujaan dia. gila arr...tapi fasha layan ke tak diaorang tu tak tahu la.HAHAHAHA
Agak-agak kalau jumpa HZ @ CT silap-silap momo pun macam diaorang teruja habis.

Apa-apa pun artis ni still nak juga privasi kan? buat apa nak kecoh-kecoh rileks sudah..
Tapi kalau mamat-mamat korea turun Malaysia korang jangan releks, pergi serbu ramai-ramai.HENSEM ! HAHAHA

notakaki: Tabik kat Fasha Sandha walaupun dilanda gosip macam-macam still lagi relax and enjoy her time with her family...
peace~



Headphone VS Earphone





Semalam jalan-jalan kat LOWyat sebentar..sambil usha barang-barang kat situ dengan bajet saya mahir dalam teknologi.padahal langsung tak reti. =,=
Tapi dengan bangganya momo nak cakap momo reti install kaspersky buat pertama kalinya tanpa bantuan.HUAHUA finefine korang banyak kali guna takpelah. 1st minta tolong kat Mr.Ant lepas tu momo merajuk giloz so tak minta tolong. *berlagak* Sendiri yang susah hari ini terkial-kial baca manual.nyiahahhaa.

Momo jumpa headphone STARS ni semalam. 1st jumpa price RM25 and my parents suruh beli tapi momo taknak sebab tak ada warna pink.
2nd jumpa price RM10.For real ! momo terkejut sebab asal murah sangat kan? Tapi tak ada juga colour pink yang ada warna hijau and red. Gambar tengkorak pula tu. Lagi ar momo taknak.Geligeli nak pakai.
3rd momo jumpa warna PINK ! serious nak ambil da sekali tanya harga RM40..gila lahh..
Tengok brand and quality sama je.Tapi harga lain kenapa.ish ish..Akhirnya tak jadi beli.LOL

Better cari jenis lain contohnya macam kat bawah ni



Ada bulu-bulu sedap nak pakai ni. Warna pun memang comel.
Serious memang lawa arrr..Tapi kat Malaysia tak jumpa lagi.


Yee peminat pink dan kucing marilah kita menangis bersama-sama kerana tak memilikki headphone sebegini.
Hadoiii cantik gila....

ok set...headphone warna pink masuk dalam birthday list.HAHAHA

notakaki:eypp Mr.Ant depan rumah momo?What?what?kejap nak turun tengok.

03 February 2011

Today pergi Plaza, TS,Sg,Weng,Pavilion.HAHA penat jalan je lebih

Hari ini memang tak plan langsung nak keluar berjalan. Lepas breakfast dengan family terus umi ajak pergi Melaka. Walawawa tak plan tetiba nak pergi Melaka.Dasyat oorh even bukan lah jauh mana pun Melaka tu,tapi penat ar.
Lain la kalau Mr.Ant ada kat Melaka sekarang, memang laju je momo setuju.HAHA

So bersiap la kerabat-kerabat dalam rumah tu kecuali seorang adik yang masih lagi nyenyak terbongkang atas katil. Hoii! bangun ! bertuah punya budak,,blablabla kakak dia ni membebel.


Habis cerita.Bergerak.Beli barang.
Beli coolpad.-tertinggal usb dia.sengal ! T_T
Beli beg sekolah- mahal lepas tu buruk,orang nak sponsor so rembat
Beli kaspersky-tak reti nak install.
Beli beg makeup- minta colour hitam dia bagi warna coklat.sebabkan eh eh macam lawa coklat ni so rembat je la..

Pergi Pavilion bajet macam nak beli barang padahal da penat nak jalan.Kiranya pergi sana singgah toilet lepas tu balik.Miahahha baik toksah masuk. Entrance dia aje da crowded.ceyhhh ramai orang berposing kot. Nasib baik today momo tak pakai cheongsam. :P

Ok la momo nak out, penat tak habis lagi. Rasa macam nak demam pun ada juga. Groupmate for presentation da kecoh-kecoh.macam what the fish engkau kerja just nak sambungkan slide je bukan letak isi.So shut up!!

ok habis daa marah. Jom layan picca ciput HEHE



I'm happy


tak tipu angin time tu sangat kuat.So kepala keluar cikit-cikit cukup


She's crazy !
Momo send this picca to Mr.Ant "Your girl is soo crazy.LOL"
Tapi dia diam tak bagi respond.
HAHA sadis siottt
Lepas ni nak tunjuk picca bulu hidung agak-agak dia senyap tak?HAHA
ohh picca ni angin sangat kuat ketika itu rambut terus macam ohh lalalala


ok cukup cukup perut begitu mual ni..oh man..I hate this feeling..grrr

notakaki: Nak naik KLCC dalam masa terdekat ni and momo nak pakai cheongsam time naik tu boleh tak?HOHO

02 February 2011

Contest Si Manis berbaju kurung by AZALIAHJSALLEH

Heee~ someone just called me sewel.. T__T
sakitnya hati.. apa kes entah nak cari gaduh.
Hermm..

oh by the way dia adalah seorang lelaki.
sorry to say memang tak gentleman langsung.

tettttt~
tamat di situ.
momo nak join contest pula


click banner di atas untuk join :)

Since contest ni berbaju kurung so why not momo join kan.
Hari-hari pergi kelas pakai baju kurung tapi ada masa ke nak ambil gambar?
nope!
so sorry la yee kalau picca yang momo pertandingkan ni.cewaaaah* agak membosankan.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Ok sila bergelak sampai jantung korang pecah jadi tiga segi.
sudah?
WELL DONE! tepuk tangan yee..

weyh hidup lagi korang ek.HOHO

Anyways momo pun tak tahulah kenapa letak picca ni.
Agak sengal jugalah.
Kate manis berbaju kurung tapi perangai hampeh.
Mati lah kalau bakal mak mentua semua tengok.HOHO

Teettt~ Jangan risau ini hanyalah sekadar gambar sahaja.
Menunjukkan walaupun saya orang melayu memakai baju kurung hati saya keras untuk berusaha menaiki tangga buruk itu. miahahaha
means that saya gigih berusaha walaupun apa jua keadaan.
*winkwink*

now momo tag

Kalau saya kaya pada waktu ini juga

Kalau time ni momo kaya sangat-sangat..ada segala jenis kenderaan.
Momo nak hantar pergi selamatkan semua rakyat Malaysia kat Arab nuhh..
Tak kira la udara ke air..
kalau ada kapal selam pun suruh gak pergi hantar IMMEDIATELY !

Haaa nak lagi canggih kalau ada Go! Go! Power Rangers! Ultraman ! Batman! momo seru suruh diaorang pergi sana. Bawa la robot-robot diaorang yang besar gedabak tu. Tapi versi Malaysia punya power rangersla HEHE

Lepas tu nak suruh hantar bekalan makanan banyak-banyak. Kalau boleh pizza ke kfc ke Mcd ke..yang boleh panaskan pastu rasanya sangat lazat.

And also tak lupa ubat-ubat untuk kes emergency. Hishh kalau ada doraemon lagi bagus arrr..Guna lampu suluh yang boleh kecilkan orang pastu sumbat semua orang dalam poket doraemon. Then suruh doraemon guna buluh terbang ke...mesin ke masa hadapan ke, pintu sesuka hati ke..Wahahhhhah senang je kan?ahaks

Ok fine. Momo tahu tak mampu tapi betul la..kalau lah boleh macam ni. Comfirm family yang ada anak kat sana tak payah nak susah hati, tak tidur malam, si ibu pula dok menangis je kerja.
Everyone akan happy kalau semuanya ada macam momo cakap kat atas tadi kan?

By the way asal Malaysia lambat sangat hantar bantuan eyh? Rakyat lain da ramai balik da. Ish Ish...But Alhamdulillah diaorang sudah hantar penyelamat HARI INI and will be arriving on 5 FEb.*kalau tak silap* ye arr naik kapal ingat laju ke?slow kott..
Kira ok la atleast ada gak penyelamat datang.Bersyukur lah kita. And berdoa dengan harapan semuanya berjalan lancar dan tiada lagi berita yang menyedihkan..amin. HUHU

notakaki: momo emo weyhh..jajajjaaja...Asyik fikir benda ni je, Kang momo jadi perdana menteri kang.HUHU okay da habis bebel nak sambung study pula.Eheee tak lama lagi kena pulang kampus.mencikkk!

oh tidak ! apa da jadi dengan blog ni

TOlong ! TOlong ! blog momo ni da macam tunggang langgang jadinya..
Sekarang ni momo baru je buka then semua blog yang momo follow HILANG.
Serious hilang. Tak tahu apa jadi..

So kepada kamu dan kamu..Please letak kan link anda di entry ni ye..

Or maybe someone tahu macam mana nak betul kan balik blog momo ni.Sob Sob

Thank You so much


01 February 2011

Perkara yang dilakukan bila bangun pagi~

Gong Xi Fa Chai ! and Selamat Hari Wilayah ! woooo KL cuti maka ramai la keluar rumah.Gaji baru masuk kan? HEHE

Eh eh momo nak tanya ni, selalunya kalau korang bangun pagi 1st thing korang buat apa?
tengok jam ke? Lepas tu apa yang korang suka pada diri korang bila bangun? Muka sememeh ke rambut ke..etc.etc.

Bagi momo 1st thing momo bangun bukan tengok jam pun. Tapi momo akan cari air. Selalunya momo akan letak sebotol air atas meja sebelah katil, senang kalau terjaga tengah malam dahaga tak payah takut-takut keluar bilik menapak pergi dapur. Pusing sebelah sikit je da ada botol air menunggu. Weeeee~

Lepas minum air sambung la tidur balik. Hmm jam? Tak best la tengok jam, tengok keadaan bilik tu gelap ke tidak cukuplah. Kalau gelap lagi alaaa tidur je kan malam lagi. *padahal pukul 10 pagi tapi cuaca mendung sebab tu gelap* . Kalau terang benderang cahaya matahari masuk bilik baru la bangun.HEHE Memang gaya malas kan?
Takpe kat rumah je buat macam ni kat campus kirim salam je la. Asyik terkejar sana sini memang tak ada masa langsung.

Bila bangun pula momo suka tengok rambut (before mandi). Orang selalu kata rambut dia serabai macam pontianak dulu-dulu. Menggerbang je kerja. Haa itu sebab kering sangat lah tu rambut takpun tidur terlalu lasak sampai kan rambut macam kena electric. HEHE

Why momo suka rambut baru bangun tidur? Entahlah bagi momo rambut lagi cantik pada waktu pagi lagi-lagi bila baru bangun. Nampak lagi lembut beralun-alun je rambut. Tak percaya malam ni korang tidur esok korang tengok rambut jadi macam apa.ok?

psstt~ Orang kata kalau nak tengok wajah seseorang gadis tu cantik atau tidak time dia bangun tidur kan?

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN