click click

ikut momo jom

30 November 2010

sunway lagoon padat dengan jeritan kegedikan manusia...

28 Nov 2010...momochan menapak ke Sunway Lagoon.


bersama Mr. Ant saya!

serious ramai sangat orang.haishh biasalah cuti sekolah kan.lepas ni spm and stpm habis.lagiiii la ramai.eh yeke?yelaaa.tak percaya nanti tengoklah.

services dia semua ok.boleh tahan.walaupun sesetengah tu cakap punya lah kasar.
ehh tak patut tau.kitaorang ni pengunjung.if tak ada orang nak masuk situ.siapa nak bayar gaji korang kalau tempat tu bankrup??

tapi tolong la jangan muflis.nanti momo bosan.HEHE

sampai pun pukul 12.walllalala.panas tau. but i like like.panas lepas tu masuk air.ok what?

sewa pelampung no 8 tu.yeahh besarnya..berat pula tu.jadi kami si gadis comel ni hanya mampu memandang si jejaka membawa pelampung ke hulur ke hilir sahaja.

YEAAHHH! buli time. :)

tapi bila petang sangat mendung.hujan turun begitu lebat.akhirnya kami berteduh di suatu tempat yang penuh dengan binatang such as ular.hamster and etc..

yepp di wildlife park yang dingin kami kesejukan. rasa nak amik ular sawa putih tu letak kat leher buat mafla.


sesudahnya kami berkemas da mara ke sunway pyramid pula untuk pergi makan.
makanan dalam sunway lagoon.mahall weihh~mahal tak mahal beli juga.da lapor kan.pedulik arr 1 tahun sekali kan..

di sunway pyramid melantak mcd.fillet o fish! my favourite larh~
di situ jugalah Mr. Ant berjanji bila braces momo buka.gigi da normal macam orang lain.dia nak masak sedap sedap untuk momo.yipeeee! *jari telunjuk kiri dan kanan bertemu*

lepas makan cuci mata laju laju tengok kat kedai.cakap baju itu cantik ini cantik.tapi respond macam ada tak ada.touching jap.lepas tu ok seperti biasa. kemudian teruskan perjalanan.naik kereta.terlupa nak top up touch n go.cermin kereta rosak. haduihh masalah.
seorang penyelamat ada membawa touch n go.
dan kami selamat sampai di rumah masing-masing.

paling kasihan.semuanya jatuh sakit.HAHHA telan air banyak sangat agaknya.

notakaki : nak pergi sunway pyramid main ice-skating pula.Mr.Ant bila awak free ye?HUHU




29 November 2010

girls do you really need a branded handbag or purse?

girls ! girls ! girls !
can i ask you something?

do..

you..

prefer..

branded handbag or purse

such as LV..PRADA..GUCCI.. etc...

or

pasar malam je?yang cikai-cikai la kirenya


which one eyh?

and why?why?gimme a reason boleh?

terima kasih daun kelapa yeahh..

eheeemm eheemm
momo tertanya tanya la.wondering je kerjanya

sebab Mr. Ant tanya momo tak minat ke beg yang branded?

ahh?minat ke tak ek?

hm momo jawab.minat tapi tak mampu nak beli. HEHE


tapi kenapa minat?
momo tak tahu nak jawap apa.heee~

pstt Mr. Ant soalan tu sangat membunuh la.tak mampu nak jawap.
ingatkan da taknak momo sebab momo mana la nak pakai yang mahal-mahal ni.ishish..
rupa-rupanya momo salah sangka je..HUHU awak kan baik.. HEHE

notakaki: pertama kali bangun pukul 1 tengah hari.HAHAHa balas dendam tidur la ni.huhu semua orang bangun pukul berapa today?












28 November 2010

henry golding la !!

kenal tak jejaka ni siapa??

his name is HENRY GOLDING.
ngeee~ hensem kan?ahaks~ tapi Mr. Ant lagi hensem HAHAHAHA

kenapa lak tiba tiba momo cakap pasal mamat ni.
erm entah saja je kot.tak tahu nak tulis apa.

tapi kan momo sangatlah admire the way dia bercakap. his english !! walaah superb.suka dengar..






picca : google la...

ok papai semua.lalalla~ jangan nak mengorat mamat ni pula.grrr~ HAHA dia da ada awek kot?? ekekke ciao!

dengar lagu ni tiba-tiba sedih rasa

Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

tajuk lagu: lagu kita
penyanyi : aizat

sayu je rasa bila lagu ni berkumandang dalam TV tadi.ishh mood jiwang pula tiba-tiba.
ni mesti kes rindu kat someone.

memang momo sangat merindui seseorang sekarang ni.
isk isk

tak boleh la nak tengok citer air mata kang tersentap susah pula.
ok itu je nak cakap.HUHU

tata nak pergi layan perasaan sekejap.

notakaki: naim!! when can i get my picca?HUHU

i love suprises!

hello people!! long time no see ya...hope you guys dalam telaga la...*hope you in the WELL*
hehhe kidding~ semoga in pink health?ehh macam tu ekh?hujan tak kat tempat korang?sini gelap tapi hujan sekejap sahaja. *memandang ke luar tingkap*

rasa janggal pula nak taip today..maybe because of my feelings yang bercampur-aduk.i feel so lonely.ok itu tipu. tak tak sebenarnya rindu lebih kat orang yang tersayang. kejap kejap rasa berdebar.lepas tu mula tak tenang je perasaan.entah mengapa agaknya. ahh tak apa abaikan sekejap. kita terus ke tajuk atas tadi ye.

I LOVE SUPRISES!

atoyaii..momo memang suka peranjat.terperanjat.memeranjat.hobi la kan.ahaks. tapi tak ada orang pun nak suprise suprise momo.huhu momo je suka buat.hahaha perasannya. alaaa korang pun sama je kaki nak tumpang sebelah kat momo.shuuuuh shuuhh kaki hapak blah arr.cisss. HAHAHa kang ada yang touching kang.HUHU momo gurau ja.jangan amik hati noh..

nak tahu tak suprises apa?
HEHEHE

momo dapat camera waterproof from Mr. Ant !!
ohh my gucci ! oh my PRADa !! ohh my my my...
he give you what??

camera la ngong!
auww ok.

super cute!kawaii~ok i cant stop smilling right now. *smiling sampai muka comel rosak* :P


Mr Ant bagi ini !!!! dup dap dup dap..terima kasih sayang..tak sangka sayang bagi.ishh ishhh



Mr.Ant bagi yang ni?

eehh bukan.gila engkauu ingat momo ni penyelam skuba sepenuh jiwa dan raga ka?
bukan bukan
NEXT..


aduhh comel sungguh camera ni...rambang mata dibuatnya.



haaa tengok boleh masuk air tau.da la cantik biru cool lagi. korang punya dslr tu boleh celup dalam air ke? :D

uhuuukks uhuuuks
cepat jerit cakap comel!!
HEHE
belang zebra with cute heart ni la momo dapat.
comel bukan? momo memang terkedu bila tengok. :P



yang ni digital punya...so takmau takmau.da biasa sangat. takdak bentuk love pun.HUHU


camera da dapat.ok gembira sampai lidah kelu nak cakap terima kasih . macam macam ahh bagaimana yea..kita rasa sangat gembira bila dapat benda yang diingin kan so bila nak ucap tu macam nak beritahu 1 dunia.HUHU tapi momo cakap berapa kali je tak sampai la seratus yang selebihnya senyum je la.dalam hati melonjak tinggi da. HEHE

ok habis cerita...

not yet!

ada lagi...Mr. Ant bagi pula medal yang dia menang masa masuk marathon kat penang hari tu.ishh ishh terima kasih sekali lagi sayang. rasa macam diri ini sungguh bermakna untuk dirimu.acceewaah. momo akan pastikan medal tu berkilat bersinar macam kepala botak.

alaa kamoo jangan jeles sama momo la. pergi la suruh boyfriend bagi barang mahal-mahal. jangan risau momo tak jeles pun. *muka serius*

to Mr. Ant...i really miss you right now..thanks for everything.thanks for coming.
I LOve you so much and i want to marry you ! opps pengakuan beranimati. last word..Thanks a lot.tak tahu la macam mana nak balas jasamu. HAHAHA

notakaki : text text text me ok.saya jeles la awak naik kereta dengan dia.sangat susah hati.but i trust you tau.budak baik kan?kan? :)





picca: atuk google yang baik hati :)



26 November 2010

rindukan tempat


momo sangat rindu ARAU!!!
location : station kereta api

saya tak tahu jalan.tolong la

kerana kera itu sumbang maka momo pun keluar jalan ke ts..waahhh! serius ramai kot orang.lepas habis spm stpm ni comfirm sesak habis.lepas tuh banyak kedaii...ngeeee~ *gaya macam tak pernah pergi*

adoiii memang sengih memanjang la.masuk kedai ni lepas tuh masuk kedai tu pula.jumpa saloon yang mamat-mamat die semua hensem! auchhh! *miangnye*

saya SETIA tau!

oleh itu momo hanya intai dan memberikan jelingan manja ehh takk jelingan maut je kat diaorang.takut tergugat nanti.hakhak
actually kalau masuk kang melayang la duit buat rambut.sebab da berikrar tak mau usik rambut lagi.nak panjang macam rapunzel.wohoooot~

masuk kedai baju..gelak-gelak..masuk kedai accesories..kak saya nak ni..yang ni..dengan ni..ohh yang atas tu juga ek...HAHAHA momo da gila nafsu shopping time tu...haihhh T___T

pergi pula dengan makcik.and dia berjanji nak belanja 1 barang.only ONE.UNO je yee...
hoiiit suka! terus peluk die tarik pergi kedai kasut.pilih yang mahal sederhana harganya.hehehe padan muka offer lagi..duit dia yang melayang.ngeehhh~



muka selekeh je.orang tengok pun tak kisah kata budak kampung la nih T___T


only bag je momo tak sempat nak beli.sob sob.

keluar lewat balik pun lewat la juga kan?HAHAHA pedulikk arr...momo suka jalan.
natijahnye bila nak keluar dari TS tak jumpa jalan..sengal betul dalam mall pun boleh sesat. HAHA
then, monorail pula delay sebab ada pokok tumbang.ramai manusia menenggek kat situ.1/2 hours tunggu penat jalan.so menapak pergi stesen LRT.sumpah jauh arr..boleh lak sesat malam-malam tu. cobaan sungguh.

sampai kat LRT.makcik kate laluan kita berbeza la tak sama tren.ahhh~momo memang nak nangis arr.tak reti dowhh nak naik menantang panjang tu. T____T

lepas kene explain sampai karat telinga baru faham..fuhhhh~

ini la die kisah budak duduk KL tapi jalan kat KL pun tak tahu.aiyooo~bukan salah momo tau.HEHE

perempuan dan handbag



kenapa perempuan suka handbag yang besar gedabak keretapi tu ekk?

ahaaa~

momo pun suka juga sebenarnya.suka teramat suka gila!
tapi momo jenis tak pandai mana beg yang sesuai dengan momo.silap-silap buruk jadinya maybe macam picca kat bawah ni??


cukup besar untuk momo masuk dalam.




putih cantik! tapi cepat kotor kalau momo dapat ni.





dalam sebulan berapa kali tukar no?

ada di kalangan kita ni.setiap bulan kalau boleh 13 kali nak tukar no. handphone
kenapa agaknye yee??

bila tanya tak ada apa.saja tukar je.
ishh apa punya alasan la..tak munasabah langsung.tak ke membazir namanya.saja nak bagi tauke kaya kot.

agak susah la bagi kawan-kawan yang lain kalau member asyik tukar no je.call je tak dapat.leceh ar.

tapi maybe da jadi tabiat kot memang kena asyik tukar no.kalau tak hati tak tenang.HAHA
takpun kan..boypreng ramai sangat tu kena selalu tukar.HEHE

hmm berapa kali momo tukar no ye?
1st no momo line italy..so bila da balik memang kena tukar no.
2nd amik maxis..lepas tu momo bosan.
3rd amik celcom sampai sekarang tetap di hati. :D

notakaki: ice cream cappucino ada dalam peti ais.tolong amik kan ek. :)

25 November 2010

takpe da kenyang


betul momo da kenyang ni..betul-betul da kenyang.tak payah la ajak makan lagi..kenyang sungguh ni.kalau perut pecah kang macam mana?nak tolong kutip isi-isi perut yang terburai tu ke?

haaa tau pun taknak kan?

ishh debik kang..

perut momo ni kena sentiasa kempis mana boleh ada lebihan..hakhakahkak
tak cun arr..HEHE

jangan goda saya..cukuplah godaan yang ko bagi hari itu.cukup.cukup.




impian dari Perlis lagi nak makan ni.bila sampai KL.tak dapat lagi merasa.haihh..kacewa momo

adehhs meleleh air liur tengok ni.kempunan sangat da... sob sob T__T

notakaki:cepatlah balik umi...nak kuar pula ni.huhu

macam mana nak buang orang ek??

hmm sebenarnya malas nak selongkar pula malam ni...so senang-senang korang tolong beritahu ek?pleaseeee....HEHE *dasar pemalas punya anak dara*

alaaa sekali sekala tolong.tak salah kan?amalan mulia gituh..

ni haaa macam mana kita nak delete follower kita ek? kalau da orang itu sangat annoying *in case*
pastu cara mudah nak cari follower kita yang 'annoying' itu.

how? how?

sekian terima kasih.
i lapp you all with my baju pasar malam :D

something inside my nose!! tapi baunya sangatlah erm wangi

tadi pergi la beli barang dapur dengan ayah kat 'dot dot'
orang tak ramai lagi sebab lepas maghrib je terus pecut kereta. boleh la dalam pasar raya tu bawa trolley main kona baring je..lap lap lagi.huhu

nak dijadikan cerita pergilah tempat sabun shampoo segala. nak beli shampoo baru la kan so kena la try test bau bauan dia.wangi ka hampeh ka.. so amiklah 1 jenama 'dot dot' hidu hidu letak.amik lagi yang lain.hidu hidu letak.cara ini berulang banyak kali sampai waktu bila momo memalukan diri sendiri.

dok syokk syookk hidung kembang kempis nak bau .ter'press' botol shampoo tu maka terkeluar la cecair dengan drastik masuk dalam hidung. ERKKK~

apakah?

tergamam seketika. ayah bantai gelak dah.ZZzzzz~
melilau la juga kot ada orang nampak ke ada camera tersembunyi cctv ke..fuhh lega tak da.HOHO

pedih kot hidung tapi maintain je wangi bau sebab pergi tempat ikan pun bau wangi je.HAHAHA

so lepas ni.kamu semua berhati-hatilah yee..tapikan ini satu cara yang bagus kalau nak pergi pasar.letak banyak-banyak perfume ke dalam hidung.spray kuat-kuat.bubuh lotion ke..sekarang lotion macam-macam bau ada. nasib bau taik ayam tak dak. *tetiba pula taik ayam*

ok la itu sahaja nak share...sebab rasa macam kelakar.bagi momo la..agak-agak korang punya pengalaman masa bershopping apa ye?

notakaki: mana Mr.Ant nih?? tido awal kang..boleh majuk-majuk :P

24 November 2010

mengusha baju

hari ini bosan masih lagi melanda.nak pergi library pinjam buku pun malas terasa.nak kena cari parking lagi kalau jalan mau ponatt.

buka google search baju yang lawa-lawa.agar dapat menghilangkan kebosanan ini mahupun sebentar cuma.



momo pakai macam ni sah kena gelak je T__T


notakaki:kebosanan sangat da ni..nak keluar berjalan.shopping

23 November 2010

kenangan silam yang hitam segala

kenangan silam memang sukar hendak dilupakan.pahit nak ditelan. hmm macam mana nak lupakan kenangan yang memang kita taknak?
kadang-kadang kenangan ni boleh menyeksa perasaan kita sendiri. kita dibelenggu.

tengah mandi teringat.tengah makan teringat.tengah berjalan teringat.eeee~ tension betul.

kalau tengah jalan kat kedai ke pastu nampak orang atau pun barang yang berkaitan dengan kenangan pahit tu menambahkan lagi kesukaran nak melupakan.bertambah nak ingat lagi ada la.
memang emosi pun susah nak stabil tak boleh nak kawal langsung.

anyone yang ada tips?
macam mana nak lepaskan semuanya and kembali normal semula.

notakaki:aishh tetiba pula cakap pasal ni??HUHU tiada motif.cuma nak tahu saja :)

sampai bila pun hutang tak terlangsai dengan dia ni!!!

tahu tak momo sekarang ni berhutang dengan someone..yeaa seorang lelaki dewasa!
sampai mati pun momo berhutang dengan this person tau tak? sampai bila hendak langsai pun tak tahu la.

orang ni kan..eeee...memang sangat dasyat. tapi tak ada la pula sampai mengerikan..huhu
memperkenalkan jengjeng

AZMAN B KAMIS

beliau merupakan bapa kepada 3 orang anak. seorang yang tegas dan juga kelakar orangnya.suka menyakat orang.terutama isterinya.

kenapa momo berhutang dengan lelaki ini?
kerana...

-beliau telah memberi kasih sayang yang banyak sampai tak cukup kaki tangan nak kira
-beliau akan menunaikan segala permintaan anak-anaknya.
-bawa pergi jalan-jalan sampai dalam kebun getah pun dibawanya
-sanggup melayan kerenah anaknya.

contoh : dalam kereta nak balik kampung sampai 8 jam la kan. anak dok sibuk tanya..ayah tu apa yang gerak tu?ayah nape orang tu korek hidung masa tengah bawa kereta? ayah cepatlah tanya soalan?ayah bagilah teka-teki.ayah potong la kereta depan ni.ayah bawa la laju macam F1.ayah lapar...ayah sakit perut...ayah tadi kat sekolah kan bla.bla..ayah..and ayah...

si ayah ni layan je..jawab semua persoalan si anak. heh~ si anak ni mulut popcorn betul.

si ayah ni sangat la baik.betul ! sebabnya kalau anak beli mainan senyap-senyap guna duit sendiri mesti gitau ayah je tak gitau mak.pastu suruh rahsia jangan gitau mak *tamagochi weyh!* T__T sah-sah la si ayah gitau mak juga.memang sengal je time tu. HAHA





Macho lagi bergaya malah nampak muda! :)


Gaya yang sangat err formal? HAHA dad! you look so...handsome wearing that uniform.ahaks

ayah!!! i love you!! HEHE
1st time beli hadiah harijadi for him.kumpul duit dengan mal. beli kemeja warna biru kotak-kotak lagi.pastu suruh kakak kat kaunter tu balut cantik-cantik.bila time nak bagi hadiah.malu-malu pula.HEHE

so?da nampak kan banyak je momo berhutang. heee~ nak bayar balik kena la belajar rajin-rajin nanti boleh beli macam-macam bagi kat ayah. you love to travel right?nanti akak support ye.ahaks..

notakaki: sayangi ibu bapa anda! HOHO

GiveAway Domain From MelRomeo.Com ditag oleh....


HOHO momochan ditag oleh ciao annin-sama...terima kasih ye~selalu tengok je orang buat.tak terfikir pula nak buat giveaway yang ni.tapi tak salah mencuba selepas ditag tag tag oleh si cantik ciao annin-sama

serius cakap momo tak faham pun benda ni sebenarnya HAHA *jujur ni*

GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM

Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS

1.pikok

2.cikin

3.einaz

4.cik yna

5.qilamahadi

MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG

GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM


Syarat & Peraturan

1. Create 1 Entry bertajuk “GiveAway Domain From MelRomeo.Com

2. COPY Ayat berwarna Merah diatas dan PASTE di blog anda. (PASTIKAN LINKBACK KE ENTRY INI)

3. Tag 5 Orang Kawan Bloggers

4. Comment Entry ini berserta LINK Entry anda dan Siap!

Tarikh Tutup 30 November 2010!

notakaki: cuba sajalah kan..HEHE

22 November 2010

honeybulan bersama yang tercinta

honeymoon! everyone semestinya suka kan?especially yang baru kahwin kan.kalau yang da lama kahwin lagi la sweet...

sunset ni dengan hubby lepak kat beranda ke. eee sukenya :P

hotel tak tahu nak pilih mana? apa kata kita jomm ke avillion
its heaven! best sangat tempat ni. sangat la tak rugi kalau melabur banyak duit pun. sangat sesuai untuk keluarga.

nak yang atas air?nak yang biasa-biasa? heee semuanya ada.
berenang siang-siang takut kulit hitam?tak apa malam pun boleh.*sekarang tak tahu boleh lagi ke tak*





terigin nak berpeluh tanpa perlu lari berjam-jam lamanya? kita pergi duduk dalam sauna!

mak mak yang penat layan kerenah anak kat tepi swimming pool apa kata kita pergi spa pula?




puas hati beb!

penat dan terigin berehat sahaja di dalam bilik? satu idea yang bagus!




memang taknak keluar bilik da..tidur je

maka beramai-ramai la kita ke avillion port dickson.yuhuuu!

notakaki: tiba-tiba teringin nak pergi lagi...next trip ke kelantan lagi then entah mana-mana lagi.huhu..can someone buy me a new pinky camera please?

mayydeyyy mayydeyyy highway

hmm hmmm momo kan..tertanya-tanya la kan...bila jalan nak ke kelantan tu bertukar jadi highway ek?huhu kelantan and pahang taknak bekerjasama ke?

kesian rakyat Kelantan tau...each time nak balik kampung kena rushing pastu terlekat dalam jammed. kalau manual lagi arr mau tercabut tangan kaki tuh.ish ish..

berbelas jam la juga. ponat oden nak tunggu dala kereta nya. lori yang banyak bila naik bukit...sendiri mau faham la macam mana.HUHU



haaa..kan senang banyak je jalan nak lalu..boleh lalu atas bawah lagi..pastu kona baring eeeeeek~




HAHHAHA kalau naik roller coaster macam ni memang momo dulu la beratur kat depan.lompat-lompat tak sabar nak naik.yeaaahhh!

picca: google

notakaki: do nothing today :)

award ketiga kot

momo dapat award from tuan spider punya blog :)

Dapat lagi soalan so kena la jawab kan.

nampak labah-labah kat dinding buka la blog ni.HEHE

2. nama blog anda & kenapa letak nama itu..
welcome to my destiny.semua orang ada impian destinasi masing-masing termasuklah momo.kat sini la momo nak cerita impian-impian momo :)

3. nama URL blog anda & dari mana datang idea tu
nuovefiabe. maksud dia the new fairytales...sebab momochan sangat suka cerita fairytales.

4. apakah kaedah dalam penulisan blog anda
ha?entah.suka suki hati kot.huhu

5. apa perasaan anda bila tengok blog orang cantik & menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang blog sendiri menarik tapi merendah diri)
sangat teruja! macam waaahh cantiknya blog die..seronok pandai menghias.huhu lebih kurang gituh la.

6. bilakah blog anda diwujudkan?
November 2009 wujudnya blog momochan ni.tapi mula aktif baru sebulan ni.HEHE dulu blurblur lagi.

7. siapakah orang pertama yang tahu dan menjadi follower anda?
MR.ANT ! dialah insan pertama tahu pasal blog ni dan juga my 1st follower.masa tu ada la 3 orang je.tak macam sekarang huhu

8. Sila tag 5 orang lain untuk menerima anugerah & pass kan syarat-syarat ni




award lagi


This award daripada Annis ...terima kasih daun keladi lain kali bagi lagi.HEHE
balik kenduri buka laptop online online ahh air tak ada pula.tak guna betul huhuuuhu
sambil berdoa agar keadaan air mula sembuh seperti biasa kita jawab soalan ni dulu.

Berikan Satu NickName Untuk Saya

Terlalu banyak nickname..tapi panggil momo ke momochan pun da ok :)

Ucapan Pemberi Award

Sangat berterima kasih kepada annis sebab bagi momo award ni


-Siti Nurhaliza
-Bunkface
-Taylor Swift
-4 Pelakon lelaki dalam Boys over Flower.
-Mizz Nina
-Emma Watson

Tag award ini kepada 10 blogger/follower

bagi kat semua orang la yee... :)




19 November 2010

penyebab jalam jem dan tersangkut dalam terowong

panjang betul tajuk kan?
malam semalam jem memang teruk di genting sempah. kalau naik basikal pun lagi laju dari kenderaan kat situ.

bila turun bukit lori besar kat belakang...ngeee~ seriau weyhhh! buatnya lori tu terlajak ke hape?brek tak makan ke? oh tidak mintak dijauhkan perkara buruk itu berlaku.terlalu ngeri untuk dibayangkan.

lagi bila dalam terowong.aaa~bising kot bunyi dalam terowong tuh.dengan tak ada siaran radio.sangat membosankan.hanya mampu merenung keluar tingkap dan mengintai kereta sebelah apa yang diorang buat.tapi diaorang pula tengok kita pula.aikk? HAHA sahlah masing - masing da bosan.

ingat kan accident ke sampai jatuh dalam gaung dan memerlukan anjing polis untuk mencari mangsa..ehh panggil apa anjing tu ek? hm tak kisah lah janji anjing tu sangat cute. *tetiba je*rupa-rupanya.......(sambung di bawah)


aiyoo banyak betul berceloteh..nak tidur da.good bai bai semua.*tangan tenyeh mata*


rupa-rupanya sila la click read more

picca hari raya

kita beraya dengan mengambil banyak gambar :)
ini ada sedikit picca yang hanya diambil guna cellphone biasa.



Di hadapan rumah atuk momo.haa tengok-tengok kampung momo ada kereta api.korang ada apa je? :)


Halaman rumah atuk nenek momochan!


Belakang rumah atuk nenek menjadi mangsa kami !!



OMG!! Galah tuh..nak tengok tak momo kait buah kelapa?




taknak la..momochan malu :P




jengjeng...myvi!myvi!

kepada midah...myvi ini bukanlah hak milik saya..hanya lah gambaran semata-mata. hak milik sepenuhnya milik makcik saya.HAHAHA
saja nak kacau kamu.jangan marah.HEHE
additional info: kamu tau saya tak suka colour ni.baik amik warna pink :)


notakaki: esok bermulalah gambar di Kelantan pula tapi ada masalah kerana photographer momo tak ikut pula. T__T

Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN