click click

ikut momo jom

31 December 2010

award cantik dan menarik rupanya ye


well kan momo da cakap cantik dan menarik tadi.
haaa...dapat award lagi tu..*kebanggaan di situ*

momo dapat award ni dari cik ciao annin-sama *panjang betul nama kan*
terima kasih ye kakak cantik.HEHE

alamak kakak cantik ni bagi kerja sekolah
so kena buat nanti muka dia bertukar jadi jeruk.ok gurau je jangan marah-marah yeee akak manis. :)

1. Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini?
blog ni ada gaya dia tersendiri...kalau baca memang tak bosan.lepas tu momo rasa..ehh bukan rasa tapi memang sah la akak manis ni suka anime kan?kan?alallaa malu-malu pula.betul la tu.
so kalau rasa macam nak baca jepun-jepun sikit momo terjah la blog ciao annin-sama ni.HEHE

2. Kenangan manis dalam hidup anda.
kenangan manis bila dapat pergi shopping,spend time with my family and also Mr.Ant.
bila dapat result SPM.bila start belajar kereta.bila dapat buat cake dengan jayanya serta menjualnya dengan harga murah.HAHA ketika mula nak masuk UiTM. oh my~terlalu banyak kenangan manis.

3. Kenangan pahit dalam hidup anda.
ketika orentasi di UiTM .*memang cicak kubing la semua faccy* bila merajuk dengan parents tak dapat barang yang momo nak. *childish ! wekkk biar ar* hmm kenangan pahit ni setiap orang mesti ada.tak sah la kalau tak ada kan..

4. Adakah anda puas hati dengan kehidupan anda sekarang?
puat hati je :)

5. Nyatakan 3 impian anda yang belum tercapai.
-menyelesaikan misi menjelajah ke seluruh negara
-membuka saloon muslimah dan stesen minyak *dasyat gila impian*
-menjadi gadis melayu yang maintain dengan gaya moden dan tradisional.*gaya budak kampung* HAHA

rasa macam merepek la impian no 3 tu.HAHA no 1 and 2 doakan ok?daripada berangan menjadi impian dan seterusnya kenyataan. insyaallah..

6. Tag 5 blog untuk award ini.

ok im done...ciao chincau mau makan cincau cincaicincai.eheee~

sambut new year 2011 dalam kereta

Hello readers and happy new year!!
this will be my last entry for 2010 *maybe*
so apa plan you all malam ni?sambut di mana?
dataran ke?
atau di rumah tengok tv saja?

actually momo baru sampai kampung di Kedah ni.
so sambut di kedah sahaja la
sambut dalam mimpi.
HAHA

tadi da sambut new year dengan adik da dalam kereta
meh layan picca
tapi sedikit sahaja sebab banyak blur blur.
ohh adakah momochan sudah menjadi pesakit parkinson.
minta dijauhkan yee




momo cakap picca ni adik nampak macam pondan je senyum macam tu.terjerit-jerit dia suruh delete.weeekkk takdenya momo nak delete.tunggu dia besar boleh bahan.ngiahahha






ohh ni mamat kaki tidur je dalam kereta.adik momo juga :)



dua-dua tembam T____T



evil tak?
mencuba buat tanduk la konon-konon tapi sebelah tangan je masing-masing
:)


ok ciao tutti! momo nak makan roti and webby dengan Mr.Ant.
i miss him so much..

honey ! i love you ! :P

30 December 2010

siapa khairul fahmi entah..blur blur je momo

wauuu wauuu dari malam semalam lagi topik hangat pasal khairul fahmi ni si penjaga gol malaysia *ceyh ingat momo tak layan bola ke broo?*
sampai la ke blog awek dia yang juga terkena tempiasnya.HEHE

momo minat ke?ehh tak minat pun.setakat tengok ohh pandainya dia beraksi di padang.thats it.
takda la sampai oh machonya mamat ni macam cina.eh bukan dia team kelantan ke?hmm not sure about that.kalau salah betulkan ye. thanks

so last night chat la dengan Mr.Ant bla...bla..bla...dia tanye " tak nak tidur lagi ke? ke rindu kat khairul fahmi?"

LOL.apa punya soalan la ish ish..mentang-mentang la topic hot malam tadi.
kang cakap yee saye rindu kat dia! tak pasal-pasal Mr.Ant touching,momo juga kena pujuk.ngeee~*selalu momo tak pujuk pun* HAHA

malam tu pula momo dok syokk layan novel,so macam mamai gituh arr happy je.biasa la happy ending.so momo jawap "ahh siapa khairul fahmi?" dalam hati nama macam kenal tapi siapa cousin momo ke?HAHAHHA ok betul tak tipu momo terfikir perkataan cousin je..entah macam boleh terfikir sampai situ pun tak tahu la.
nyiahhaha awek khairul ! sorry arr main-main je. :)

lepas Mr.Ant jawab "tu penjaga gol tadi la" ...ohh tetibe malu sendiri momo.HAHA
ehhh lantak la.buweeekkk~

eh eh kecian pemain lain.tak ada peminat ke?tak ada orang search ke gambar diaorang kat google?HEHEHE

ok da babai kaki kebass!!!perghhhperghhh sakit arr! kaki ni pun time ni la nak kebas .tsk tsk

im going to have this and

tadaaaa white long maxi, omg! omg!
serious cantik la..
i dont care people cakap
heyy itu fesyen lama la..
tolonglah up to date sikit.
haiyaa like i care?
selama ni pakai pun tak pernah fesyen terkini juga.
selamba badak air je pakai even dah berkulapuk ehh lapuk dek zaman.
nyiahahha~





i have no idea kenapa dengan senang hati jatuh cinta dengan baju ni.maybe because its white?
probably kot.putih itu kan suci..aauwww

momo sebenarnya termimpi pakai macam ni kat pantai jalan-jalan dengan Mr.Ant *ok saya shyshy*

see...how romantic it will be?

perggh tak boleh blah la dengan kereta sekali ada.kereta apa entah..alaa tak kisah la kita letak wolksvagen beetle.kalau dalam kereta nampak je beetle ni da terjerit-jerit da.*sengalll*
bayangkan kalau momo dapat duduk pastu siap drive lagi mau boleh menangis terharu kot.*serius ni* momo memang suka sangat kereta ni.siapa owner kereta beetle agak-agak nak let go kan bagi la kat momo jual murah-murah da la 2nd hand kan?nyiahahhaha~



i love the colour *pengsan*

ohh tak lupa juga candle light dinner *how sweet* . alaaaa sorry momo suka berangan lebih-lebih..but i will make sure benda ni tercapai *semangat gila* cuma kereta tu ganti dengan basikal ke scooter la kot.sebab mahal la nak beli.tunggu jadi jutawan baru boleh beli :)
erm cukuplah berangan di sini.adengan seterusnya biarlah realiti nanti.HAHAHHA

korang ingat ni novel ke apa nak buat cerita romantika bagai??HEHE


credit : uncle Google

29 December 2010

its new year and im going back to Perlis

Assalamualaikum..

hai bloggers!


and happy new year!

ohh apakah azam baru untuk 2011 agaknya ye?

momo tak ada la pula azam baru.tak terfikir lagi apa.
and kalau boleh taknak pun fikir.
azam kamu pula apa?

nak jadi kaya ye?nak cari boyfriend macam mat korea and cari girlfriend macam minah jepun?
HAHA
ok tak kesah la.selamat maju jaya demi mencapai azam kamu tu semua ok?

sekarang ni masa untuk momo mengemas barang untuk pulang semula ke kampus.
ohh malas betul~

bila tengok status FB kawan-kawan ada yang da beli tiket nak balik da.ada yang siap bershopping sampai beratusan ringgit. *standard harga naik kan sekarang?*

momo pun semalam kena paksa dengan umi pergi beli barang.
muka seposen baru bangun tidur.cepat bersiap.
cepat beli.cepat balik.cepat tidur balik.
ngeee~




ni picca dalam kereta~muka sememeh comot gilo dengan senyuman tak ikhlas

ok la nak sambung makan oreo cake and mengemas barang.
anyone yang ringan tulang nak tolong momo?
sangat dialu-alu kan.boleh momo belanja cake orea.ahaks~

kepada student uitm: mari belajar semula dan perah otak macam jus lemon.okie dokie? :)

27 December 2010

giveaway eqbalzack "SERBA SATU"


ngeeee lampu ohh lampu....
can you be mine??

i really need you.ish ish
di waktu malam semejak lampu tidur rosak..tidur tak pernah lagi lena.
kerana kegelapan punya pasal la.

tiap-tiap malam tidur gelap.isk isk T__T
so..momo nak lampu tu please. HEHE

sebabnya lepas ni tidur comfirm lena.
tak ada takut-takut da huhu

kenapa momo tak beli yang baru?hati tertutup nak beli yang baru tapi terbuka terus bila tengok lampu kat blog eqbalzack.

tapi saguhati pun cantik juga.HEHE

erm sekarang momo nak tag syazana



saya tahu size saya kecik tapi jangan la sampai begitu sekali

ayat pasrah giler kan?huhu...

sebenarnya macam ni.setiap kali momo keluar rumah pergi jalan kan.tak sah la..tidak sah dan menjadi satu kewajipan.
momo dilanggar orang..bukan orang biasa.tapi orang big size.
now momo nak tekankan di sini.momo bukan nak menyakitkan hati atau menyinggung perasaan sesiapa.maaf dan sekali lagi maaf.

momo rasa macam tak puas hati la.kadang-kadang rasa aihh adakah saya ni halimunan?
punyalah besar jalan mau gasak-gasak juga.main kasar pula tu.
kecik hati tau.isk isk T___T

pernah gak sound orang.actually tersound.time tu tengah geram pastu ada orang main rempuh je jalan tak tengok kiri kanan depan belakang.momo apa lagi "hoi ! apa ni jalan betul-betul la.hishhh!" and result nya orang tu minta maaf.nyiahahha.

salah momo juga sebab pergi marah dia.ahaks.maybe dia tak sengaja.tapi tulah momo tersound.
tapi kan kalau orang yang sengaja langgar-langgar ni gasakk ikut kepala hotak dia memang momo hangin.tapi tak pernah lak nak marah dia.HAHHA takut la..saya kecik je.die besar.kang dia smackdown momo kang. T___T

hey!hey! momo tak perli yee..momo cuma cerita apa yang reality jadi kat momo. most of them are big size tau.and momo ni kurus melidi je.haihhh

ok la taknak cakap da.takut momo menyinggung hati perasaan orang lain lagi.sorry semua yee..
apa apa pun, kalau berkawan momo tidak pernah judge seseorang itu dari segi luaran.yang penting dia ikhlas nak berkawan dengan momo.kalau cantik tapi perangai macam hantu.tak payah la..terima kasih daun keladi lain kali jangan jumpa lagi. ehemm sekali lagi momo betul-betul minta maaf.*serius ohh risau je nak post entry ni*

notakaki: hmm tidur dulu.tak berapa sihat ni.tak lama lagi nak pulang Arau.kolej pula bermasalah.hhmm


since ada yang masih lagi tak faham.dengan senang hati momo cuba untuk explain selaki lagi.kalau tak faham juga.momo memang gagal untuk jadi seorang cikgu.HUHU
*nasib tak cita-cita nak jadi cikgu*


1st sekali copy code dalam kotak hijau ni.
sudah?

paste kat new post kamu tu.

sekarang pilih colour yang kamu nak dan gantikan di RED.
dan tulis la isi post kamu tu dan gantikan di CONTOH ISI.

sampai sini faham?


tak faham?
ok ini contoh momo bagi.


ini adalah cara manual.ditekankan lagi disini adalah cara MANUAL.

bermaksud..setiap kali anda nak post new entry dan nak letak macam-macam colour MESTI letak code ini.

tak kira la dalam 1 entry tu nak letak macam-macam colour.
kena ada code ini.
1 code 1 colour.

ada faham??

1 code 1 colour

5 colour nak letak?ok letak 5 code dalam entry kamu.
yee memang leceh pun.

tak faham juga?
adoii memang la momo ni tak layak jadi cikgu.sob sob.

1 solution lagi yang tinggal ialah

tukar background korang.

sebab sesetengahnya berkait dengan background sebab tu tak boleh letak macam-macam colour.

masih tak boleh juga.hhmmm terpaksa la kamu tanye blogger otai atau pergi ke blog tutorial di mana mereka boleh bantu :)


26 December 2010

500 BLOG !


info mengenai momochan:

-anak 1st dalam 3 orang adik-beradik.and i'm the only princess in my family.yeahh!
-tinggal di kuala lumpur
-masih belajar di Perlis
-suka benda yang comel and juga warna pink
-pelupa juga orangnye T__T
-tak suka bercakap lebih kepada mendengar
-suka marah orang *nak try kene marah?*
-suka berjalan and cuba benda yang baru
-masih tak tahu bakat diri sendiri lagi *adoii sedih kan bakat sendiri pun tak tahu*
-kelemahan banyak la jugakan...nyiahhaha tak mau la cakap apa dia.semua tak perfect bukan?

tujuan jadi blogger:

-momo suka menulis sebab tu wujudnya blog ni
-lepas tu boleh cerita macam-macam..tengah geram ke happy ke sedih ke.betul tak?
-boleh dapat kawan baru.yeay!
-momo boleh usha tips dari blog lain.ye tak?
-haaa boleh juga share gambar sambil bercerita.HOHO
-famous?erkr uhuukk *tercekik tulang* dak eihh famous tak la..kang jadi lintang pukang pulak blog momo ni.ngeee~

ok sudah siap uncle Ben! hehe







contest pertama yg momo menang!

eee sukenye sukenye....haihhh *terbang di awangan*

hari tu momo masuk contest Giveaway Gift from Cameron by lisa

ngeee~thanks to lisa sebab menganjurkan contest ni :)

haa tak percaya ke momo menang?meh sini kelik

ini rezeki la orang kata kan alhamdulillah.momo pun masuk suka-suka je.
yang lain kalau terigin nak masuk contest anjuran lisa boleh la pergi ke blognya

ciao~

climbing di madmonkeyz pada hari christmas!

Pada 25/12/2010 momo telah mencuba 1 lagi aktiviti baru.
yang diri sendiri pun tak tahu diri ini berani untuk mencuba.

okey aktiviti yang momo lakukan semalam ialah memanjat dinding seperti spiderman.
HAHHAHAAHA
climbing la weyh.tapi climbing dalam bangunan je.ngee~
tempat yang dituju adalah
MADMONKEYZ

terletaknya bangunan sebijik warna hijau ni di wangsa maju.
meh momo cerita dengan lebih lanjut ye..

sebenarnya momo pun tak tahu pun ada benda nak panjat-panjat ni kat wangsa maju.shuuut~ dekat pula tu dengan rumah..yeahh!
bagusbagus.

oh pasal bayaran ek?
hm semalam momo dikenakan bayaran sebanyak RM13.see..tak mahal mana kan?
because im a student dapatlah kurang sedikit.
kasut dia RM 5 + bayaran masuk 1 hari RM 8 = RM 13
berbaloi-baloi..
kasut die kasut khas la korang jangan nak bawa kasut sukan besar gedabak tu.sah-sah memang korang tak boleh nak panjat sebab batu die kecik-kecik comfirm asyik jatuh nanti.
siapa ada kasut sendiri baguslah boleh bawa save duit.
*kasut pun harga RM300++ mana nak cekau ni duit.zzzz*

Eh lupa nak cakap, momo pergi dengan Mr.Ant..*sukesuke*
yee pergi dengan Mr.Ant.maka tercapailah impian nak belajar climbing dengan boyfriend sendiri.
dia banyak juga bantu momo sebab dia and group dia memang tiap petang pergi berlatih climbing.so momo pun dengan muka tak malu join la diorang.HAHA *Group dari Melaka*


now mari layan picca ye

1st FLOOR


wooot~ ini la tempat dia.agak best juga kan..ini di 1st floor.
beginners macam momo ni should try at this level 1st.
tengok mamat tu selamber je panjat kan



ohh waauu! look at that girl.panjat sana sini macam monkey.well nama tempat pun madmonkeyz kan? tapi momo tak dapat lagi nak bergayut macam tu.tak berani lagi.nyiahahha.tapi 1st time da boleh panjat tinggi kira not bad la kan?



3 orang ni group sekali dengan Mr.Ant. memang da terer-terer arr diaorang ni.
kecian saya kan?sobsob T__T



haaa panjat-panjat..pusing keliling.bagi penat.
momo pun asyik jatuh je main dekat sini,nyiahahaha tak imbang badan la weyhh.terketar-ketar tangan dengan kaki ni.fuhh fuhh

2nd FLOOR


oytt~ itu dia yang tergantung macam cicak tu la Mr.Ant.haa korang boleh ke buat macam tu?tergantung kat siling???
momo respect la dia boleh buat macam tu.tak apa one day momo pun boleh jadi macam dia juga.

pstt~nisa?lisa?risa?apa kamu buat tu?HAHA
oh oh ambil picca Mr.Ant rupanya -,-"


okay okay pijak yang tu.tangan kanan pegang warna kuning.tangan kiri pegang yang atas.kaki kena tolak naik..

woohhoo macam tu la momo diajar.ahaks. stage ni agak susah sebab batu dia banyak yang kecik-kecik.kat sini lagiiii banyak jatuh.HAHA

tapi momo berjaya sampai ke atas tempat tinggi tau! walaupun tak macam Mr.Ant bergayut or budak pakai seluar putih tu.

pergh budak ni sempat lagi ambil picca.
HAi! saya budak baru belajar.
time ni Mr.Ant bagi instruction kat bawah and momo kena naik sendiri sorang-sorang.

ohh saya hebat!!


time yang sungguh serious untuk memanjat.
yess! i know i can do it!!

overall momo sangat enjoy semalam. mana tak nye sambil dating sambil belajar.ahaks~ muka comot-comot lak tu.adeyhh takdenya nak pakai baju lawa-lawa macam korang pergi pavillion shopping dengan kekasih hati.cara kami memang berbeza betul kan.ngeee~

ini jela momo dapat tunjuk picca..yang lain nak simpan untuk diri sendiri.HEHE..byebye!



Saya Blogger Kuala Lumpur

Akhirnya penantian nak menulis untuk 'saya blogger kuala lumpur' muncul jua.thanks to BPM kerana merealisasikan keinginanku..cewaaaah tak boleh blah ayat momo. nyiahahaha

nama diberi Nadhirah, kalau nak nama glamer a.k.a. manja boleh panggil dyra takpun momochan pun da ok.hehe tapi kalau kat kampus orang panggil amoi dengan budak kecik.entah ape kes la melekat nama dua tu.ceittt.

status masih tidak berkahwin lagi.*muda kot nak kahwin* tetapi sudah ada yang steady. bro bila nak datang meminang? nyiahaha kejap lagi kena baling selipar.adess soalan gatal wooht.ok sudah tu anak?anak sendiri cuma anak tekak je, ngeee~ anak sepupu bersepah la.HAHA

cara hubungi ceyh macam ada orang nak hubungi ko je momo? alaaa takpe letak je la kan. korang boleh hubungi melalui Facebook.
twitter momo tak ada sebab tak reti langsung nak guna.*buta IT*

daerah. kejap fikir.hmm duduk di Kuala Lumpur maka kawasannya di wangsa maju.haa siapa duduk wangsa maju..yoookkk wangsa walk!! nyiahahha gimme 5 bebeh.kita 1 kawasan la..fuuhhfuuhh.

keistimewaan. alright mari bercerita apa yang istimewa kat wangsa maju ni. kat sini tak ada gua, takda lombong emas, takda puteri bunian.
tapi ada gua dimana rumah-rumah yang bersepah kiri kanan jalan dan mencanak tinggi ke langit.nasib rumah momo 5 tingkat je ada lift weyhh.rumah korang ada ke lift?kuikuikui.
lombong emas?haiyooo orang buang emas ada la kat situ.tak caya?sini nak habaq mai.

-wangsa walk.cinema?bowling?starbucks?T.G.I fridays *camni ke eja?*kopitiam?saloon cun sume pakwe makwe memang tip top untuk dingorat.ngeeeh.
-careffour.macam-macam la weyh
-jusco.haa ada 2 pula tu jusco.pilih je yang mana 1 idaman kalbu
-giant.ok ni tempat beli barang dapur momo la.tapi selalu ramai orang.ishh sebelah giant ada mcD!! petronas nak isi minyak pun sebelah je.fuuhh senang-senang

korang nak buang peluh tapi bosan dengan jogging?
pergi la monkeyclubz dude! climbing pula..berdekatan dengan carrefour express.alaaa dekat juga dengan wangsa walk :) tak percaya juga?haihh korang ni.meh kelik sini.

lagi apa? 4km je kalau nak pergi shopping kat KL tu.nak ke KLCC ke Times Square.boleh je naik menatang panjang tu.LRT ke monorail.tapi jangan tanya momo la sebab momo jarang keluar rumah so tak tahu macam mana nak naik.HEHE

ok cukuplah da banyak da bercerita ni.karang bosan pula.so siapa nak join boleh kelik sini.
ok tata semua~
happy blogging! and im proud to be malaysian!

25 December 2010

merry christmas and...

HO HO HO~merry christmas everyone!!
such a wonderful day today...
taaappp taappp *tepuk tangan*
momo nak pergi climbing today! hooray...
new experience for me...
so lets go...!

psttt~kalau sempat momo story morry kat blog yee..ciao readers!

merry christmas! merry christmas!
ehh salji mana??

24 December 2010

contest aku dan kacamata


well well well...
since i dont have work to do today.
maka berblogwalking la ke setiap blog dan terjumpa ini contest.

tapi malangnye momo tak ada banyak picca yang pakai kacamata hitam.
auchhh~sebab my face is too small and sangat tak sesuai pakai.
nampak macam cartoon kalau pakai.

so picca yang dipertaruhkan adalah...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




tadaaaa~

a very simple picca with mulut terpeliut.
ingatkan nak letak black and white picca je tapi takut kate bukan kaca mata hitam
so momo letak la dua-dua.
HAHHA im not that tamak ok?

picca cincai saja.lagipun kite support la member blogger sama..sama-sama kita naik kan?

ok if you guys wanna know more about this contest boleh click kat picca jejaka memakai kacamata hitam yang begitu gagah di atas :)

2 orang yang di tag ialah



23 December 2010

perangai momochan bersama uniform sekolahnya

Assalamualaikum dan hello! hello!

today ada entry yang maybe agak menarik sedikit tapi memerlukan kelajuan internet semaksima mungkin.

momo nak share picca dari zaman sekolah ketika form 5.


we are charlie angels.hehehe
hidup rumah hijau! :)

meh momo kenalkan kawan momo, dari kiri
syuhada..kavitha.suwaibah dan momochan
yeahh nama sendiri kena la bold kan?

alright not fair.kami ni kawan baik selamanya so
syuhada...kavitha...suwaibah dan momochan
ok now sudah sama rata.fair.

now kita layan picca sambil momo riang bersama hendak bercerita dengan tetamu nuovefiabe.


muka tempoyak cicah pulut memang betul basi.
eee momochan ko ni tembam haaa~
ohh ini lah sekolahku selama 3 tahun bertapa kat sini.
pintu biru itu adalah makmal di mana kes tikus menyerang kami sekelas.
HAHAHA eyhh momo tak cerita ke pasal tikus ni?

tak?ok nanti kalau rajin momo cerita.


kaki melangkah keluar ke gate sekolah bermakna
I AM FREE!
no UPSR, PMR and SPM

no more..no more...*tibe je nyanyi*
ehh picca ni macam nak ajak budak pergi sekolah je.
tapi momochan nak keluar dari sekolah la.
aishh


engkauu nak juga ke syuhada?ok finefine
pergi berdiri sana pastu buat-buat arr ko ehh terpandang camera pulak.
momo pula ehh tersnap picca ko pula.

pastu ehh tercantik pula picca.
ahhaha
sengal la budak dorang ni.




yelaaa kata bestfriend mesti la ambil picca mesra-mesraan gituh.betul tak kekasih ku??
ohh my la la la~

nampak sangat momo tak tahu nak cakap apa untuk picca ni.
maaf ye semua.


dari depan ke belakang memperkenalkan

SUWAIBAH
&
SYUHADA

alaa korang bajet control ayu dengan guaa lu cakap kasar kan?aakk elaaa lu..
wa relaks je brother..cakap kasar ni hah..cool bebeh cool.

erm persoalan di sini..adakah samseng @ mat minah rempit bercakap sedimikian rupa?
ohh sadis betul cara momo cakap.
nyiahahahha

ini lagi sorang amoi.
manyak kawan baik itu sama budak momochan.
namanya heng hui qi.
dia ni penolong ketua tingkatan.
siapa ketua tingkatan?
lerr momochan la.



miahahha bukan momo cuma duduk sebelah dia je dalam kelas.tempias sikit-sikit je kena, maka terlantik la jadi ajk keceriaan kelas.tapi kelas tak ceria sebab orangnya malas nak hias. wakakaka ekh ekh *lady gaga menyanyi*


hui qi..'wo xiang ni!!"





HOi! HOi! pergi sekolah suruh belajar la.ini main posing-posing pula.
haihh -,-" sila jangan contohi pelajar ini.

"tapi saya baik tau awak!"

-diamdiam buat tak nampak je statement tadi-


Perangai tak macam manusia.
nasib tiang atas tu tinggi kalau tidak da bergayut macam mon-ke-y.
tajuk picca ini ada 'akucintapadamutiangkacakmarilahkahwinberdua'




ok fine.saya mengaku suka tiang so muchosmuchos.
*pengakuan berani mati*



Tengoklah time sekolah pun da pandai control ayu.
haishh dengan pipi tertonjol keluar gebu.grrrr nak je tarik keluar.

tapi comel kan?kan?
hahahha syok sendiri ok sorry -,-"

itu je sekian terima kasih..

notakaki: tekan la likelike grrrr penat tau letak picca banyak-banyak.da la lembab internet ni..
MUAHAHHAHAHA syokk pula jadi garang-garang ni.
taraakk tarakkk memain saja sama kamu semua.
peace no war!

SAYALAH BLOGGER ITU


JUMPING MOMOCHAN

JUMPING MOMOCHAN

JUMPING MOMOCHAN

JUMPING MOMOCHAN

JUMPING MOMOCHAN

JUMPING MOMOCHAN

JUMPING MOMOCHAN

JUMPING MOMOCHAN

JUMPING MOMOCHAN

JUMPING MOMOCHAN

wohoottt ni memang paling simple habis la segmen from uncle Ben.ngeee suka saya.ahaks~

22 December 2010

Anda dilamun cinta?
Dapatkan tip2 percintaan dengan
".............."
sekarang!!


Kalau korang tiba-tiba la terbaca ni kat mana-mana
ape reaksi korang?tindakan korang ek?

lagi-lagi yang iklan kat TV tu..

hendak bermanja?sms ke ......
hendak caller ringtone bayi menangis? sila sms ke .....
hello sayang...*gaya gedik menggoda* inginkan bla bla sila .....

adeshhh serious la tak suka betul dengan iklan macam tu..
macam..
kelakar pun ada macam uneducated pun ada gak.ngeee~

ok itu je nak cakap sekarang momo nak layan movie 'how to lose a guy in 10 days'

notakaki: aihh kena tinggal kat rumah sorang-sorang.kasihan saya T__T

akhirnya momo ada juga

jasa-jasa baik daripada Geng Blog Pink sebab beritahu blog yang banyak tutorial.thanx a lot !
so today main terjah semua blog.carilah kalau ada benda yang best nak diletakkan dalam nuovefiabe ni.

akhirnya momo jumpa juga benda yang nak di add kan tu.which is fan page blog.ngeee~ orang lain da buat berzaman momo baru nak buat yee..

takpelah baru jumpa tutorial dia kan.

so sesiapa yang rasa agak suka blog ni boleh tekan yee..yang ada picca meemo tu.tahu tak siapa meemo? kalau nak tahu jerit malu-malu Meemo silalah keluar. haaa tengok kan da keluar tu.comel je kan?kan? kalau tak keluar juga maknanya Meemo tu malu.dia kan pemalu.HAHA ok tidak ye, momo rasa sebab kelajuan korang punya in-ter-net. lambat sangat.kwang kwang..
alalla gurau je la..aishh main ugut-ugut tak mau 'like' pula.

takpe momo tak kisah sebab da tertera kat situ 'click if you like'

cikgu momochan : jadi murid-murid apa yang perlu kamu lakukan?
pelajarnya yang pintar : tekan 'like' cikgu.
cikgu momochan : lagi apa intan cantik???
pelajarnya yang pintar : lagi..err lagi... *muka cuak masing-masing*
cikgu momochan : lagi apa !!! *marah seyh*
pelajarnya yang pintar : LAGI JANGAN LIKE KALAU TAK SUKA INI BLOG CIKGU
cigu momochan : oit mak hang terkejut...

HAHAHA itu sahajalah tata semua.

adakah saya normal macam kamu semua?

hyee and hyee again..
how are you guys??

huhu ok now da baca my tajuk kan?
am i normal like others?like you?
yes you girl! the one that wearing pyjamas and smiling selebarnya.

ok no just kidding.
serious now.

i was wondering laa kan.
hmm

i love to eat.very very much..
and my current weight is below 45kg. *malu nak beritahu yang sebenar* T___T

yet this is not my problem..
my problem is..
if i had my dinner before 7 p.m. and the next morning i wake up.
i realised that im not hungry!
but..

nasi goreng USA my favourite :)

if i eat after 7 p.m. bila bangun je..mybe at 5 in the morning terjaga, dan dan la time tu lapar gila.perut terus bunyi.aishh..
macam alien pula rasa.HAHAHA

so kenapa agaknya yee?
maybe ada doctor boleh explain kat patient yang bernama momochan ini?




char kuey teow my favourite juga tapi tak pernah jumpa berkuah macam ni.kalau jumpa taknak share weyhh!sedapp ohh ! dok tegok ayaq leoq jaa ni -,-"


notakaki: akan pulang ke campus tak lama lagi T__T

21 December 2010

candid contest itu cun laa !! by adilla


Assalamualaikum :)

buat apa tu?bosan tak?
momo bosan sebenarnya ni.tadi masak macaroni carbonara tapi rasanya sangat pelik.
jadi momo bawa lah diri untuk online.

click kat dashboard tengok ehh ada contest la.cepat-cepat godekk picca cari.
hampa picca tak ada pun -.-"

tapi ada la picca yang boleh dikatakan candid sebab momo langsung tak perasaan picca ni diambil.siapa photographer dia momo pun tak ingat.hehe

boleh la kan??

ok picca ni diambil di kuala perlis, Perlis.
time ni part 1.freshie biasa la teruja nak berjalan je kerja.
time ni tengah tunggu nak buka puasa kitaorang da siap-siap order so berjalan la dulu :)

air pula surut time tu.tak caye suba tengok picca.sangat surut tau..
banyak cengkerang kat situ.and that picca momo terpijak something so cepat-cepat tarik tangan kawan.si midah. *hai midah!*

ohh yes! kalau anda perhatikan kat air tu ada benda bulat-bulat warna coklat kan?
ok itu ikan belacak. *rasanya*
sebab macam ikan pastu macam katak pastu macam berudu.

bila kite dekat dia lari.HAHA comel je tau dia lari.terkekang-kekang.

oklah itu cerita pendek momo.
tag :
anisa hang tuah
rozuan ismail

opsyy click picca atas tu kalau nak ke owner penganjur ni :)

lagu mase tadika dulu-dulu syokkk la

bangun pagi gosok gigi
minum kopi
telan ubat gigi

HAHAHHA

momochan tak tahu lirik dia macam mana.tapi seakan-akan boleh la tu.korang janganlah kutuk kang touching kang haaa~

ok next lagu pula..
ni momo belajar dari sepupu yang berumur 3 tahun.

kucing yang datang badannya kurus
KURUS ! *jerit kuatkuat*

bla..bla..
meaww meawww...
*tangan gaya macam nak cakar orang*

misainya tebal..
TEBAL *kuat lagi suara oii*

lepas tu lagu terberhenti sebabkan budak ni malas nak nyanyi nak main lawan-lawan pulok.
sabar je hakuu -,-"

haaa lagu suzana! tau tak lagu ni??

eee momo darjah 1 nari-nari lagi kene buat persembahan.pegang basket.
*bajet comel la dulu*
menolak tawaran hebat untuk jadi watak utama iaitu suzana yang kena jalan berpegangan tangan dengan budak laki.
ciss~takmoh hakuu..siap nangis-nangis takmau.


I come from Alabama
With my banjo on my knee
I'm going to Louisiana,
My true love for to see

It rained all night
The day I left
The weather it was dry
The sun so hot,
I froze to death
Susanna, don't you cry

Oh, Susanna,
Oh don't you cry for me
For I come from Alabama
With my banjo on my knee

I had a dream the other night
When everything was still
I thought I saw Susanna
A-coming down the hill

The buckwheat cake
Was in her mouth
The tear was
In her eye
Says I, I'm coming from the south
Susanna, don't you cry

Oh, Susanna,
Oh don't you cry for me
For I come from Alabama
With my banjo on my knee

eh suzana ke susanna?HAHA lantak la labu..yang penting gua suka nari-nari.

lepas tu nyanyi lagu apa entah siap kene pegang buah manggis besar.

eyh bukan buah betul pun.diperbuat daripada benda yang putih-putih bulat kecik tu.

alaa kalau beli tv dalam kotak tu ada benda putih tu. *takpe abaikan*


dulu-dulu muka innocent sekarang muka macam pisang goreng je -,-"
picca tak mandi pagi tapi rambut maintain cool bebeh! byiahahha

-lagu LONDON BRIDGE
-lagu KERETA KECIL *suka lagu ni sangat.nak momo nyanyi tak?* :)

'my time to jiwang-jiwang'.amaran keras diletakkan for those yang agak-agak rasa meluat nak baca :)

OH well..i guess you tak meluat untuk membaca celoteh momochan kali ini.
terima kasih banyak-banyak.
love you so machosmachos and crispy.

'MY TIME TO JIWANG-JIWANG'
-caps lock-

baru perasan tajuk ke? ok tak kisah still got time kalau nak cabut lari.
sila la..
*senyumsenyum*

momo start yee..

ok kisah nya macam ni.......
*haa jangan nak lari duduk situ diam-diam baca sampai habis*

tapi sebelum tu nak memperkenalkan dulu pelakon utama yee.

~ arnab~


~Mr. Ant~


selesai sudah sesi berkenalan bersama pelakon.

mari kite tengok cerita yang bagaimana momo nak cerita ni.

gojenggojeng beruslah gigi anda walaupun anda memelihara hamster gebu
shoot! iklan pula..takpe tunggu jap tau.


ok habis da..

ceritanya begini.pada suatu hari ada seekor arnab teringin sangat nak pergi picnic..very the teringin you know.
dalam masa duduk goyang kaki atas kerusi.dia mendapat mesej yang berbunyi.
"hye..picnic kat tepi tasik nak tak petang ni?ada suprise tau. p/s: semut kecik-kecik"

reaksinya?
melompat keseronokan laa..
bergegas Si Arnab ni ke dapur menyediakan makanan.


waah cantik dapur Si Arnab ni

Arnab : "Apa yang patut saya masak yee?ringkas tapi sedap..hmm..ahaa! sandwich!!"



comel-comel betul

maka bergegas la Si Arnab menyiapkan bekal untuk berpicnic..
siap berdandan siap bekal seterusnya menuju ke lokasi yang dituju dengan menaiki basikal??


lokasi~tepi tasik


Semut : "......."



Arnab : "......."



eyhh apa diaorang sembang tu?apa yang terjadi?semut nak bagi suprise apa ye?

nantikan kemunculan di pawagam nuovefiabe berdekatan dengan blog anda!!
persoalan demi persoalan???
apakah yang terjadi?


notakaki: dipannggil Si Arnab kerana....ada budak kecik panggil momo kakak arnab bila pakai reben macam kat picca atas tu.HEHEHE dia ingat telinga kot? :)





20 December 2010

my new hobby heyhey and your hobby is?

Hai readers! good evening..

momochan is here to share with you and you with my new hobby..
walaweyy cakap hobi ni macam darjah 1 pula.

so nevermind.

since momo lovelovelove mengutip hobi baru.now momo ada hobi baru which is


ICE-SKATING

maaf picca yang agak kurang memuaskan kualitinya


At 1st main untuk suka-suka jatuh atas ais je.saja nak bagi basah baju.
ternyata baju tak basah juga T__T
yelaaa momo kan da pandai.
hakhakhak
pandai jalan jela pun.kalau suruh buat flip ke pusing laju-laju.
sumpah tak boleh lagi dowhh.
main pun setahun 2 kali gamaknye.adeshh~

last two days i tried jalan ke belakang.ohh syokk arr!
tapi macam siput la.so -lembab-
jelesjeles tengok budak kecik main macam main LEGO.alaa senang je die buat.
tak gunes.

if you wanna try skating, set your mind 'no pain no games'

when momo da set my mind macam tu,barulah main tak takut.
ini main tolak sikit..jerit je lebih,lepas tu sakit pun lebih lebih laa jawabnya.


kalau nak selamat la kan..taknak ambil risiko kepala pecah gara-gara berlumba atas ice ring bersama-sama kawan.
better main rollerblade a.k.a. kasut roda.
momo dulu pun main benda tu juga selalu before ke arah ice skating ni.
tiap-tiap petang momo main dengan adik siap main bola sepak pakai rollerblade.
amacam advance tak?
huhu..

but for those yang expert cemerlang sangat tu ....
if you dont mind...
boleh tak...
ajar momochan?? *blink blink*
HEHEHHE

ohhh momo tak sabar nak memiliki sepasang kasut putih licin tu.


putih nampak tak lawa kan?but trust me..
ianya sangat lawa bila dok tengah-tengah ice ring tu.
betulll sangat lawa.nak matching dengan baju pun tak susah kan?
yeyeyeye...buy one for me please?
sepasang jangan ngade ko nak bagi sebelah je.aishh


momo kipassusahmati warna merah jambu.
just add a little bit pink pun da okay.
dance on the ice sememangnya masyukk..

pstt~ already asked umi to buy for me tapi dia cakap duduk jauh kat perlis bila nak main.
T___T auchh ini kenyataan yang menyakitkan hati.


notakaki : jom la kite buat gathering sama-sama main kat sunway pyramid..jom la..jom laa...please.. HAHA


Template by:

Free Blog Templates

Hak milik JUMPING MOMOCHAN